You are on page 1of 1

Soalan : Kita tidak dapat menafikan kepentingan teknologi maklumat seperti Internet

membawa kemajuan dan kebaikan dalam kehidupan manusia, namun kewujudannya


menghadirkan juga pelbagai ancaman. Bincangkan.
.

Teknologi maklumat telah menjadi suatu keperluan asas dalam era pemodenan ini. Kegunaan
teknologi maklumat seperti Internet telah membawa kepada kemajuan negara serta kehidupan
masyarakat dengan kadar yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, teknologi maklumat turut
mengemukakan pelbagai keburukan atau ancaman kepada negara dan masyarakat.

Antara kebaikan penggunaan Internet ialah perhubungan antara negara menjadi lebih mudah.
Kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, politik, pendidikan,
pelancongan dan sukan dapat ditingkatkan lagi bagi menempuh cabaran globalisasi. Hal ini
mendatangkan banyak faedah kepada semua negara yang terlibat.

Selain itu, sistem penyimpanan maklumat menjadi lebih cekap dan dapat menjimat kos. Kos
dan ruang fizikal yang diperlukan untuk penyimpanan maklumat dapat digantikan dengan
penggunaan ruang dalam alam siber. Maklumat tersebut turut dapat diakses dari mana-mana
tempat di seluruh dunia bagi memudahkan prosedur kerja lain.

Penyampaian maklumat juga menjadi lebih efektif dan efisien dengan penggunaan Internet.
Pihak kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat awam atau swasta dan juga
individu boleh menggunakan pelbagai laman sesawang serta sistem e-mel untuk
menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam masa yang singkat. Penerimaan maklum
balas juga menjadi serta merta.

Namun begitu, teknologi maklumat boleh juga menghadirkan beberapa ancaman seperti
pengodaman sistem dan pencurian maklumat peribadi. Sistem perlindungan maklumat yang
lemah memudahkan pihak luar memasuki database sesuatu sistem untuk mencuri maklumat-
maklumat kerajaan atau maklumat peribadi individu. Hal ini boleh membahayakan
keselamatan negara dan rakyatnya.

Seterusnya, penggunaan teknologi maklumat juga boleh memudahkan penyebaran fitnah dan
maklumat palsu atau kurang tepat. Hal ini terutamanya berlaku melalui penggunaan laman
sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp. Perkara tersebut boleh menyebabkan huru-
hara dalam prosedur pentadbiran atau pengurusan jika orang ramai mudah mempercayainya.

Kesimpulannya, teknologi maklumat boleh mendatangkan banyak kebaikan dan juga


keburukan dalam hidup manusia. Oleh hal yang demikian, pengurusan teknologi maklumat
harus ditingkatkan lagi supaya dapat mengurangkan atau membendung penyalahgunaannya,
serta meningkatkan kepenggunaannya.

You might also like