You are on page 1of 9

Sosial dan Budaya

Kes buli di institusi pendidikan berpunca daripada


kelemahan pelbagai pihak. Langkah tertentu perlu
dilakukan bag mengelakkan perkara tersebut daripada
terus berlaku.
Bincangkan.
Pendahuluan
Statistik gejala moral dan jenayah yang melibatkan
pelajar di institusi pendidikan akhir-akhir ini sangat
membimbangkan. Pelbagai andaian, hujah, cadangan,
program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini
diutarakan
Isi 1 : Punca kes buli
F1 : Antara punca kes buli di institusi pendidikan ialah pengaruh rakan
sebaya

H1 : Rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu dan sangat


berpengaruh dalam tingkah laku pelajar.

H2 : Demi mengeratkan hubungan di antara kawan, mereka sanggup


mengikut apa yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjukkan
bahawa mereka mementingkan persahabatan.

H3 : Contohnya, seorang pelajar sanggup untuk membuli pelajar lain


apabila teman sebayanya mengajaknya untuk berbuat demikian.
Isi 2 : Punca kes buli
F2 : Punca kes buli yang seterusnya ialah kurang pengawasan ibu bapa dan
keluarga.

H1 : Kurangnya pengawasan anggota keluarga menyebabkan mereka mudah


terjerumus ke dalam pelbagai perkara yang tidak mendatangkan manfaat
seperti membuli.

H2 : Sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain


menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan
untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain.

H3 : Akibatnya, anak-anak merasa seperti ibu bapa mereka tidak


mempedulikan mereka dan akhirnya melibatkan diri dalam gejala sosial
seperti membuli untuk mendapatkan perhatian.
Isi 3 : Punca kes buli
F3 : Selain itu, kes buli di institusi Pendidikan juga berpunca daripada pengaruh
persekitaran.

H1 : Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk


perilaku para remaja.

H2 : Sebagai contoh, media cetak dan elektronik memaparkan pelagai iklan dan
cerita yang kurang baik seperti filem ganas dan mengandungi unsur-unsur buli
boleh merosakkan minda pelajar di institusi Pendidikan.

H3 : Golongan ini juga banyak terdedah dengan maklumat yang tidak sihat
melalui Internet seperti Youtube dan Facebook.

H4 : Kesannya, dorongan yang kurang sihat yang dipaparkan melalui


persekitaran ini menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini dan
seterusnya terjerumus dengan kes buli.
Isi 4 : Langkah menangani kes buli
F4 : Antara langkah bagi mengelakkan kes buli daripada terus berlaku ialah
peranan ibu bapa.

H1 : Ibu bapa seharusnya menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-
anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak lazimnya akan
mengikuti sifat dan perilaku ibu bapa serta anggota keluarga mereka.

H2 : Ibu bapa juga wajib melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan


ilmu/pendidikan dan kasih sayang yang mencukupi.

H3 : Sebagai contoh, entiti ini perlu memberi pendedahan awal kepada anak-
anak mereka tentang nilai-nilai murni dan keburukan terlibat dengan gejala
sosial seperti kes buli.
Isi 5 : Langkah menangani kes buli
F5 : Langkah yang terakhir untuk menangani kes buli di institusi pendidikan
ialah peranan pihak kerajaan.

H1 : Kerajaan perlu melakukan pemantauan terhadap media massa agar tidak


memaparkan kandungan negatif yang boleh mempengaruhi minda
masyarakat.

H2 : Hal ini dikatakan demikian kerana hampir kebanyakan pelajar memiliki


peranti pintar serta mendapat akses tanpa had terhadap informasi melalui
Internet.

H3 : Oleh itu, badan Kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan


Multimedia Malaysia perlu meningkatkan kawalan terhadap media elektronik
dengan menyekat laman-laman web yang menunjukkan budaya yang tidak
sihat dan mengandungi unsur-unsur ganas serta buli.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kerjasama semua pihak perlu
digembleng bagi mengelakkan kes buli dan gejala sosial yang
lain tersebut daripada terus berlaku.
Terima
Kasih !
CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, and includes icons by Flaticon and
infographics & images by Freepik

You might also like