You are on page 1of 2

21/7/2017

Jumaat

Negara Malaysia memiliki kawasan pelancongan yang menarik. Jelaskan kepentingan sektor pelancongan dan usaha
mempertingkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai banyak tempat yang menarik. Tempat-tempat ini sama
ada wujud secara semula jadi atau yang dibina oleh kerajaan telah menarik perhatian serta minat para pelancong luar untuk
datang melawat ke negara kita. Ramai pelancong sama ada dari luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi
pelacongan. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan dan usaha mempertingkat sektor pelancongan di negara
kita?

Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia.
Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di Melaka.
Tempat-tempat bersejarah ini bukan sahaja dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang, malah turut membolehkan
pelancong beriadah kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Bintang Safari dan Dunia Air turut disediakan.
Tempat-tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak-kanak ataupun remaja. Jelaslah bahawa sektor
pelancongan dapat mempromosikantempat pelancongan yang menarik di negara kita.

Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita. Di Malaysia, terdapat pelbagai
kaedah masakan yang menghasilkan beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Masyarakat berbilang kaum di
Malaysia mengetahui pelbagai jenis masakan dari serata dunia seperti kuetiau daripada kaum Cina, rendang daripada kaum
Melayu, capati daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan enak daripada kaum yang berlainan.
Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong ini memberikan mereka rasa baharu lalu menarik minat mereka untuk
mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan setempat dapat dipromosikan melalui sektor pelancongan.

Seterusnya, sektor pelancongan membantu dalam memajukan industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan
rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan
Malaysia amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderamata kepada pelancong. Pelancong pasti
membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia untuk djadikan sebagai buah tangan buat keluarga atau rakan mereka.
Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara bahkan turut menjadi
periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.

Usaha yang berkesan perlu dilakukan untuk mempertingkatkan sektor pelancongan di negara kita supaya pelancong sentiasa
datang ke negara kita. Antara usaha yang dapat dilakukan ialah pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di
seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi
pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di
Malaysia, makanan yang pelbagai dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, karnival ini juga wajar
menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah
diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendklah diberikan kepada rantau yang jauh seperti Amerika Selatan dan Afrika. Oleh yang
demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempertingkatkan sektor
pelancongan di negara kita.

Selain itu, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap. Sebagai contoh,
penganjuran acara sukan antarabangsa seperti perlumbaan Formula 1 dan kejohanan badminton merupakan acara yang
mendapat perhatian peminat antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara
antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak setiap tahun. Acara antarabangsa ini hendaklah
diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan mengunjung negara ini
bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di
negara kita. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat mempertingkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Seterusnya, kempen Tahun Melawat Malaysia hendaklah diadakan dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak
penyertaan. Tahun Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negera kita dengan lebih
bilangannya. Kempen yang diadakan ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini.
Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak
digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga
memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif. Hotel-hotel, syarikat
21/7/2017

Jumaat

Negara Malaysia memiliki kawasan pelancongan yang menarik. Jelaskan kepentingan sektor pelancongan dan usaha
mempertingkatkan sektor pelancongan di negara kita.

penerbangan dan syarikat pengangkutan wam perlu melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Jelaslah kempen Tahun
Melawat Malaysia dapat mempertingkatkan sektor pelancongan.

Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu,
kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat
pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Selain itu, semua pihak hendaklah
berusaha membantu kerajaan mempromosikan negara Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat. Jika tidak, segala
kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong
tempatan dan luar negara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah
destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.

You might also like