You are on page 1of 5

37. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Namun,
usaha tersebut berhadapan dengan pelbagai masalah untuk merealisasikannya. Jelaskan.

Pendahuluan
Memang sudah banyak usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
Bagaimanapun, usaha murni ini masih gagal untuk mencapai kejayaan.

Isi / Idea
Bi Isi/Idea Huraian
l
A. Usaha kerajaan:
1 Memperkasakan sekolah  Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan melalui pendidikan dan
kebangsaan bahasa kebangsaan untuk menyatukan generasi muda
 Dengan adanya sekolah kebangsaan, akan dapat merapatkan lagi hubungan
dan meningkatkan komunikasi antara kaum yang sebelum ini begitu terhad
 Pelajar berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama
lain. Mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap
budaya dan agama kaum lain
2 Memperkenalkan dasar-  Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar bagi mengukuhkan perpaduan
dasar berkaitan perpaduan antara kaum
 Antara dasar tersebut ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan
Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Integrasi Nasional
 Dasar-dasar tersebut memberi penekanan kepada pelbagai aspek meliputi
ekonomi, pendidikan, bahasa, kebudayaan dan sukan agar perpaduan boleh
dicapai dalam pelbagai sudut
4 Meningkatkan  Rukun Negara merupakan salah satu platform untuk membentuk dan
penghayatan terhadap membimbing masyarakat Malaysia ke arah perpaduan
Rukun Negara  Rukun Negara juga menjadi rujukan yang penting bagi kerajaan untuk
membuat sebarang dasar dan keputusan pada masa akan datang supaya
perpaduan dapat dicapai dan seterusnya diperkukuh
B. Masalah:
5 Pergaulan antara kaum  Masyarkat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan
berlainan terhad jarang bergaul dengan kaum lain
 Mereka hanya bertegur sapa apabila difikirkan perlu sahaja
 Situasi ini menyebabkan interaksi antara kaum yang berbeza terhad dan
persefahaman antara mereka sukar dicapai
7 Tiada kesedaran  Tidak mahu mengamalkan perpaduan dan lebih suka membuat kerja sendiri
pentingnya perpaduan tanpa mempedulikan orang lain
 Tidak prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap perkara tersebut
tidak mendatangkan sebarang faedah
 Sikap negatif ini menghalang usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan
di negara ini
8 Pengaruh media sosial  Pengaruh media sosial menjadi ancaman terhadap perpaduan masyarakat
berbilang kaum di negara ini berikutan tindakan pihak tidak
bertanggungjawab menggunakannya untuk menyebarkan cerita tidak benar
yang boleh menjejaskan keharmonian
 Menggunakan saluran media sosial untuk menyebarkan mesej yang
mewujudkan rasa kebencian dan syak wasangka antara kaum di negara ini
Kesimpulan
Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini dapat diperkukuh. Segala
masalah yang wujud hendaklah diatasi agar usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan di negara ini tidak sia-sia.

Pilihan jawapan: 2+3 atau 3+2


38. Salah satu tempat yang sesuai untuk menyemaikan perpaduan ialah sekolah rendah. Namun, terdapat pelbagai masalah
yang dihadapi bagi memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Huraikan.

Pendahuluan
Sekolah rendah merupakan tempat bermulanya perkenalan kanak-kanak pelbagai kaum. Selain menjadi tempat untuk
menuntut ilmu, sekolah ini turut menjadi alat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang masih muda.
Namun, usaha tersebut berhadapan dengan pelbagai masalah.

Isi / Idea
Bil Isi/Idea Huraian
1 Kewujudan sekolah pelbagai  Kewujudan tiga aliran bagi sekolah rendah iaitu Melayu, Cina dan
aliran India menyukarkan usaha memupuk perpaduan
 Kanak-kanak diasingkan mengikut kaum masing-masing
menyebabkan interaksi antara kanak-kanak tersebut hanya terhad
dalam kalangan kaum yang sama sahaja
 Sistem pendidikan sebegini menyebabkan hubungan kanak-kanak
pelbagai kaum menjadi semakin renggang
2 Sistem pendidikan  Sistem pendidikan di negara ini lebih memberi tumpuan kepada
berorientasikan kecemerlangan kecermerlangan dalam peperiksaan
dalam peperiksaan  Kecemerlangan dalam peperiksaan menjadi piawaian utama
pengajaran guru dan pentadbiran guru besar di sekolah rendah
 Sistem pendidikan sebegini telah membelakangan pemupukan
perpaduan dalam kalangan pelajar
3 Masalah komunikasi  Penggunaan bahasa ibunda yang berbeza sejak kecil membataskan
interaksi antara kanak-kanak yang berlainan kaum
 Tidak memahami bahasa lain kerana tidak mahu memperlajari
bahasa kaum lain
 Boleh menimbulkan salah sangka dan prasangka antara satu sama
lain
4 Selesa bergaul dengan kaum  Dibesarkan dalam persekitaran kaum sendiri
sendiri  Cenderung untuk bergaul dengan rakan-rakan daripada kaum yang
sama
 Tidak mahu membuka dunia sosial kepada kaum lain
5 Sikap negatif ibu bapa  Ibu bapa tidak mahu menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan,
sebaliknya memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah
Jenis Kebangsaan
 Ibu bapa mempertahankan bahasa ibunda mereka dan kurang bersifat
terbuka untuk mempelajari bahasa kaum lain
 Memilih kawan daripada kalangan kaum sendiri
 Sikap tersebut menjadi contoh dan ikutan anak-anak
6 Kurang pendedahan kepada  Kanak-kanak ini hanya didedahkan dengan budaya kaum mereka
budaya kaum lain sahaja sehingga menganggap budaya sendiri yang terbaik
 Tahap kefahaman yang rendah tentang budaya kaum yang lain
menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat menerima amalan dan
budaya kaum lain yang berbeza dengan budaya mereka
 Situasi ini akan menjadi penghalang kepada usaha untuk memupuk
perpaduan
7 Tiada kesedaran keperluan  Masih terlalu muda untuk memahami tentang kepentingan perpaduan
bersatu padu dalam hidup mereka
 Dilahirkan setelah negara mencapai kemerdekaan dan tidak tahu
tentang perlunya perpaduan dalam mencapai kemerdekaan
Kesimpulan
Perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah rendah perlu disemai dalam usaha membentuk masyarakat yang harmoni,
bekerjasama, saling menghormati dan seterusnya dapat melahirkan bangsa Malaysia yang Bersatu padu.
Pilihan jawapan: Mana-mana 5 idea
39. Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini hendaklah bermula dari rumah. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah memainkan peranan bagi memupuk sikap bersatu padu dalam kalangan generasi muda. Jelaskan.

Pendahaluan
Walaupun kerajaan memainkan peranan utama ke arah pemupukan perpaduan antara kaum, peranan ibu bapa adalah
penting untuk memupuk sikap bersatu padu terhadap anak-anak mereka.

Isi / Idea
Bil Isi/Idea Huraian
1 Sebagai ‘suri teladan’  Ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dengan
kepada anak-anak menjalinkan hubungan yang erat dengan rakan berlainan kaum
 Ibu bapa bertegur sapa dan melayani rakan-rakan dengan mesra tanpa mengira
bangsa, kaum dan anutan agama
 Ibu bapa membantu rakan yang berlainan kaum yang memerlukan bantuan atau
menghadapi masalah
2 Menggalakkan anak-anak  Ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan kaum lain dan
bergaul dengan pelbagai mempunyai rakan daripada pelbagai kaum
kaum  Anak-anak digalakkan berkominukasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan
membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari perayaan
 Dengan cara ini, anak-anak akan dapat hidup bersama dengan kaum lain secara
harmoni
3 Mendidik anak-anak  Ibu bapa mendidik anak-anak untuk memahami dan menghormati adat resam
menghormati budaya kaum lain sejak dari kecil lagi
kaum lain  Apabila anak-anak memahami adat resam kaum lain, sikap prejudis mereka
terhadap budaya kaum lain dapat diatasi
 Hubungan erat dan semangat perpaduan akan menjadi amalan jika budaya
pelbagai kaum dihormati
4 Menggalakkan anak-anak  Ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti
menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum
kokurikulum  Memberi sokongan dan membantu pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti
kokurikulum
 Melalui aktiviti kokurikulum, interaksi antara pelajar pelbagai kaum berlaku,
seterusnya dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak
5 Mendorong anak-anak  Dorongan diberikan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti masyarakat
melibatkan diri dalam setempat atau membawa anak-anak untuk menyertai aktiviti tersebut
aktiviti kemasyarakatan  Melalui aktiviti kemasyarakatan tersebut, ibu bapa boleh mendedahkan kepada
anak-anak tentang perlunya sikap bertoleransi dan bekerjasama dalam kalangan
masyarakat setempat walaupun berlainan kaum
 Hubungan antara ahli keluarga dengan masyarakat setempat menjadi lebih rapat
dan mesra tanpa mengira kaum
6 Mengajar anak-anak  Ibu bapa turut berperanan penting dalam mengajar anak-anak mereka untuk
menghayati prinsip- menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara
prinsip Rukun Negara  Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak berpegang teguh kepada prinsip-
prinsip Rukun Negara supaya dapat melahirkan masyarakat yang bersatu-padu
dan harmoni dalam pelbagai aspek
7 Menyemai budaya ziarah-  Ibu bapa membawa anak-anak menziarahi rakan-rakan atau jiran tetangga
menziarahi berlainan kaum sentiasa sakit atau semasa hari perayaan
 Melalui aktiviti tersebut, sikap mengambil berat dapat dibentuk dalam jiwa
anak-anak
 Melalui kunjungan ke rumah terbuka pula, anak-anak dapat mengenali rakan-
rakan berlainan kaum dengan lebih dekat, bertukar-tukar pendapat dan
menghormati adat resam serta budaya kaum lain
Kesimpulan: Perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah rendah perlu disemai dalam usaha membentuk masyarakat yang
harmoni, bekerjasama, saling menghormati dan seterusnya dapat melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
40. Walaupun perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum di negara ini adalah penting untuk
dikekalkan, namun sikap segelintir anggota masyarakat telah menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. Bincangkan.

Pendahuluan
Semangat perpaduan antara kaum di negara ini perlu dijaga dan selalu dipupuk. Perpaduan yang kita bina selama ini
adalah penting untuk dipertahankan. Namun, perpaduan kau mini terjejas kerana sikap segelintir anggota masyarakat.

Isi / Idea
Bil Isi/Idea Huraian
A.Kepentingan  Amalan hormat-menghormati dan bertolak ansur antara kaum menjadi
mengekalkan perpaduan pegangan
Mengukuhkan keharmonian  Dapat menerima kaum yang berbeza tanpa perasaan prasangka dan curiga
1 anggota masyarakat mencurigai
 Perselisihan faham dihindari
 Suasana yang harmoni dan aman diperkukuh
2 Meningkatkan imej negara  Perpaduan kaum membuktikan pemimpin Malaysia dapat memerintah
dengan baik
 Malaysia menjadi ‘role model’ negara lain untuk membentuk perpaduan
rakyat
 Pemimpin negara luar mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan
formula integrasi nasional
3 Mengekalkan kestabilan  Parti-parti politik yang berbeza bergabung dalam Pakatan Harapan
politik  Sikap toleransi dan bekerjasama antara pemimpin masyarakat membantu
Malaysia untuk mengekalkan kestabilan politik
 Parti politik yang mewakili kaum berbeza bekerjasama mentadbir dan
memajukan negara
4 Mengekalkan kemerdekaan  Masyarakat yang berbeza agama dan kaum bersama-sama berjuang
negara mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi oleh pihak musuh
 Perpaduan yang terjalin dapat mengekalkan kemerdekaan negara sejak tahun
1957
 Masyarakat berbilang kaum hidup bersama-sama tanpa gangguan dan
belenggu penjajah
B. Sikap segelintir anggota  Sengaja mewujudkan konflik dan melaga-lagakan antara satu kaum dengan
masyarakat kaum yang lain
5 Sengaja menimbulkan  Mencetuskan perasaan marah dan tidak puas hati kepada kaum-kaum
provokasi tertentu
 Tindakan hasutan dan provokasi menyebabkan sikap saling menghormati
musnah
6 Menyalahgunakan media  Media sosial menjadi medium kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk
sosial menyemai rasa benci antara kaum di negara ini
 Memuat naik status berkaitan isu sensitif, menaburkan fitnah dan
menyebarkan berita palsu menyebabkan wujudnya perbalahan dan
persengketaan dalam kalangan pelbagai kaum
 Kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman disebarkan sewenang-
wenangnya sehingga menyebabkan timbulnya kerenggangan hubungan
pelbagai kaum
7 Mengamalkan sikap prejudis  Pandangan negatif terhadap kaum lain yang tersemat dalam hati seseorang
terhadap kaum lain individu
 Memandang rendah budaya kaum lain dan menganggap budayanya sahaja
yang terbaik
 Interaksi antara kaum terbatas dan menimbulkan semangat perkauman yang
tebal
Kesimpulan: Perpaduan kaum di negara ini diuji dengan beberapa isu sensitif yang mampu menjejaskan perpaduan kaum
di negara ini. Jika perkara ini dibiarkan tanpa diselesaikan, hal ini mampu menjejaskan perpaduan kaum yang sedia
terjalin antara pelbagai kaum di negara ini. Pilihan jawapan: 2+3 atau 3+2

You might also like