You are on page 1of 2

Penyalahgunaan dadah yang kian berleluasa boleh mendatangkan

kesan yang amat membimbangkan. Namun, terdapat banyak


kekangan dalam mengawal gejala ini. Bincangkan.

Isu: penyalahgunaan dadah


Bentuk: terbuka
Kehendak soalan: kesan penyalahgunaan dadah dan kekangan
mengawal gejala ini
Kombinasi: 2+3 / 3+2

Karangan:

Penyalahgunaan dadah sememangnya sesuatu perkara yang


membimbangkan pada masa kini.Penyalahgunaan dadah yang kian
berleluasa telah mendatangkan kesan buruk.Namun,terdapat
pelbagai kekangan dalam mengawal gejala ini.

Antara kesan penyalahgunaan dadah ialah menjejaskan


kesihatan seseorang.Penagih dadah itu akan hilang selera makan
dan kekuatan fizikalnya terjejas.Penagih lebih mudah diserang
penyakit kerana daya tahanan penyakit yang kekurangan.Sistem
saraf penagih akan lumpuh dan mungkin akan membawa maut.

Kesan kemudian ialah menjejaskan imej negara.Negara kita


akan dianggap sebagai pusat transit dadah yang mempunyai
penagih dadah yang banyak.Pelancong dari negara lain tidak akan
melawati negara kita kerana menganggap negara kita tidak selamat
dan terdapat golongan penagih yang bergelandangan.

Kesan seterusnya ialah menimbulkan masalah


sosial.Kejadian jenayah seperti rompakan akan berlaku kerana
penagih dadah memerlukan wang secara pantas untuk membeli
dadah.Hal ini akan mengancam ketenteraman awam.Perkongsian
jarum suntikan antara penagih juga akan menyebabkan penyakit
AIDS merebak.

Antara kekangan dalam mengawal gejala ini ialah kelemahan


individu sendiri.Seseorang tidak mengambil peduli tentang mudarat
dadah dan mengambil dadah sebagai jalan pintas untuk mengatasi
tekanan.Seseorang juga mudah dipengaruhi oleh rakan yang buruk
dan mempunyai sikap ingin cuba sesuatu yang baru.

Kekangan kedua ialah sikap tidak peduli masyarakat.


Kebanyakan masyarakat bersikap secara individualistik dan
materialistik.Mereka tidak akan melaporkan kegiatan penagihan
dadah kepada pihak tertentu walaupun telah terlihat.Masyarakat
biasanya kurangnya nilai kemasyarakatan dan hanya fokus dalam
hal individu sahaja.

Kesimpulannya,semua pihak haruslah berganding bahu


untuk menyelesaikan gejala penyalahgunaan dadah supaya tidak
menjadi beban kepada negara.

You might also like