You are on page 1of 3

MEMORANDUM

Kepada:Jabatan Pengangkutan Jalan Raya


Daripada:Pengerusi Jawatankuasa Taman Desa Pelancongan

Memorandum tentang Perlumbaan motosikal haram yang sering


diadakan oleh kalangan remaja di Taman Desa Pelancongan

1.0 Pendahuluan
Penglibatan remaja dalam akti viti -akti viti yang ti dak sihat telah
menjadi satu isu dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Isu lumba
haram telah banyak diperdebatkan di dada-dada akhbar saban hari. Pihak
kerajaan telah mengambilti ndak an te r hadap ge j al a ini dar i pada
te r us be rl ak u te tapi m asal ah ini
s e m aki n  berleluasa dari sehari ke sehari.Oleh sebab ibu dan bapa sibuk
bekerja demi menampung kos menyara keluarga, anak-anak daripada golongan
remaja dibiarkan tapa pengawasan sehingga mereka melibatkan diri dengan
kegiatan yang tidak berfaedah seperti perlumbaan haram.Oleh itu,Persatuan
Jawatankuasa Keselamatan menghantar memorandum ini untuk
mengemukakan kesan negatif aktiviti perlumbaan haram tersebut dan juga usul
untuk menangani kesan yang dimaksudkan.

2.0 Pernyataan Kekesalan


Pihak persatuan berasa kesal tentang isu berkenaan kerana aktiviti
perlumbaan haram boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada
masyarakat setempat.

2.1 Mengancamkan nyawa pelumba


Antara kesan gejala lumba haram yang pertama adalah mengancamkan
nyawa pelumba dan pengguna jalan raya. Pelumba-pelumba motor sering
berlumba antara satu sama lain tanpa mengira keadaan jalan yang dilalui
semata-mata mahu memenangi perlumbaan. Mereka menyebabkan
keselamatan diri mereka sendiri terjejas dan kemungkinan besar boleh
mendapat satu kemalangan yang tidak disangkakan. Perlumbaan mereka ini
mengganggu pemanduan pengguna jalan raya yang lain. Nyawa pengguna jala
raya lain juga terancam akibat daripada perbuatan yang tidak bermora!
pelumba-pelumba.

2.2 Mengakibatkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya menjadi


rosak
Perlumbaan haram juga mengakibatkan kemudahan-kemudahan yang terdapat
di jalan raya menjadi rosak. Pelumba-pelumba tidak menghiraukan apa-apa benda
yang dilanggar mereka di jalan raya sebaliknya meneruskan lagi perlumbaan itu.
Kerajaan pula terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak kuantitinya untuk
membaiki kemudahan-kemudahan yang telah rosak. Hal ini telah merugikan
kerajaan yang sudah menyediakan kemudahan yang lengkap di jalan raya
3.0 Usul
Yang berikut merupakan usul bagi mengatasi masalah tersebut.

3.1 Menguatkuasakan undang-undang

Oleh itu, suatu pendekatan yang kolektif dan berkesan perlu diambil untuk
mengekang gejala yang menjadi ancaman serius kepada keselamatan awam ini. Akta
Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pengangkutan Jalan harus dipinda untuk diberi
kuasa menahan mat rempit. Pindaan tersebut wajar dilaksanakan segera bagi
membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng jalanan.
Golongan itu juga semakin berani memperlekeh undang-undang dan mencabar
pihak berkuasa, termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya. Pelajar berumur 15
hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti
sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati
bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat
kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas.

3.2 Sikap prihatin terhadap anak-anak mereka

Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit ini juga banyak didorong
oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi muka kepada anak-anak yang masih di
bawah umur. Mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dalam mengawal
pergerakan anak-anak di luar rumah. Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar dikenakan
denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan anak-anak
memiliki dan menunggang motosikal tanpa lessen. Untuk menambahkan
keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan bahawa had umur
untuk mendapatkan lessen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21
tahun. Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu
sudah berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih
agresif terhadap golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu
bertimbang rasa dan kasihan kepada golongan inilah yang menyebabkan mereka
mengambil kesempatan untuk meneruskan kegiatan yang tidak bermoral ini.

4.0 Kesimpulan
Konklusinya, kegiatan lumba motosikal haram yang dilakukan oleh golongan remaja
sememangnya mendatangkan impak negatif kepada diri, masyarakat dan negara
malah turut menjadi virus epidemik yang akan menjatuhkan imej negara di mata
dunia luar.Persatuan ini tidak menuntut agar perlumbaan haram dapat diatasi
secepat mungkin .Sekiranya usul di atas dilaksanakan, persatuan yakin bahawa kesan
negatif yang dimaksudkan itu akan berkurangan. Semoga matlamat negara untuk
melahirkan remaja yang bertanggungjawap bagi menjamin keselamatan negara.

Disediakan oleh, 22 April 2022

Shitralega Murali
(SHITRALEGA MURALI)
Pengerusi
Persatuan Jawatakuasa Taman Desa Pelancongan

You might also like