You are on page 1of 1

Karangan penggal 1/STPM

Bahagian C
1. Penetapan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan perlu dilakukan untuk memastikan golongan
pekerja di negara ini memperoleh pendapatan yang berpadanan dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
Bincangkan kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimum tersebut. (STPM 2013, so 20)
2. Warisan budaya yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Oleh itu, langkah-langkah bagi memastikan warisan budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu
diambil. Bincangkan. (STPM 2013, so 21)
3. Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagal jenis barangan kraftangan. Usaha perlu dijalankan
untuk menjadikan industri kraftangan ini sebagai satu industri berskala besar yang mampu memberikan
sumbangan kepada ekonomi negara. Bincangkan. (STPM 2013, so 22)
4. Selain daripada menguruskan pentadbiran Negara, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab lain.
Bincangkan. (STPM 2014, so 20)
5. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memperkasa pertahanan negara bagi memastikan kedaulatan
negara kita terpelihara, namun terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut. (STPM
2014, so 21)
6. Laman web rangkaian sosial, seperti Facebook, Friendster, MySpace, dan Twitter telah menyerap
dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Namun begitu, ada pihak yang mencadangkan laman
web ini diharamkan penggunaannya. Bincangkan. (STPM 2014, so 22)
7. Gejala rasuah telah menjadi "duri dalam daging" sehingga mendatangkan kesan buruk kepada
masyarakat dan negara. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi mengawal gejala ini daripada
berleluasa. Bincangkan. (STPM 2015, so 20)
8. Selain dari aspek pemisahan fizikal, terdapat faktor-faktor lain yang menghalang pengintegrasian dan
perpaduan kaum di negara ini. Ulaskan pernyataan tersebut. (STPM 2015, so 21)
9. Perhijrahan modal insan Malaysia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi (brain drain)
ke negara lain terus berlaku. Fenomena ini jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan ekonomi negara.
Bincangkan. (STPM 2015, so 22)
10. Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan awam menuntut ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti.
Huraikan. (STPM 2016, so 20)
11.Kebelakangan ini, generasi muda yang merupakan benteng pertahanan negara pada masa depan
dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik terhadap negara. Usaha-usaha perlu dilakukan bagi
menyuburkan semangat patriotik dalam kalangan mereka. Ulaskan. (STPM 2016, so 21)
12. Tenologi satelit membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia, namun kesan negatif disebaliknya tidak
boleh diketepikan. BIncangkan. (STPM 2016, so 22)

You might also like