You are on page 1of 8

1.

1 Pengenalan

Di era globalisasi yang semakin pesat kini , pengangkutan jalan raya menjadi salah satu
keperluan kepada masyarakat pada masa kini . Ia juga memberikan kemudahan dan faedah
kepada sesebuah negara maju dan individu dalam meningkatkan sumber ekonomi. Di sebalik
kemajuan pengangkutan di dalam sesebuah negara juga terdapat kesan negatifnya ,iaitu
kemalangan jalan raya . Kecederaan akibat kemalangan jalan raya merupakan pembunuh utama
di dunia selepas penyakit kronik seperti penyakit strok , jantung dan kesukaran pernafasan
(WHO,2009).

Di malaysia kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian saban hari dilihat
semakin meningkat. Ketua Polis Trafik Bukit Aman menunjukkan laporan bahawa purata
kematian harian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia adalah sebanyak 19 orang (Sinar
Harian , 2014). Dibandingkan dengan pendudukan di Malaysia sebanyak 28 juta orang , jumlah
ini dilihat sangat tinggi dan kadar jumlah ini wajar dikurangkan memandangkan Malaysia sedang
berusaha menjadi sebuah negara maju pada tahun 2035.

Kemalangan jalan raya boleh didefinisikan sebagai kejadian yang tidak diingini berlaku
akibat daripada hilangnya kawalan pemanduan sehingga menyebabkan perlanggaran terhadap
sesuatu objek atau tersasar dan mendatangkan kecederaan kepada pemandu atau orang awam.
Kemalangan ini terjadi kerana beberapa faktor seperti kegagalan pemandu tersebut atau
kegagalan kenderaan itu sendiri. Kegagalan penyelenggaraan juga boleh menjadi salah punca
kemalangan jalan raya. Kegagalan penyelenggaraan kenderaan yang tidak mengikut garis
panduan yang ditetapkan juga akan menyebabkan kegagalan fungsi kenderaan itu boleh berlaku.

Kajian yang dijalankan ialah tentang penerimaan dan pemahaman penyelenggaraan


motosikal dalam kalangan penduduk luar bandar di Parit Raja, Batu Pahat , Johor sejauh mana
kefahaman penduduk diluar bandar ini tentang penyelenggaraan motosikal berbanding penduduk
yang tinggal di bandar. Sebuah risalah dibangunkan untuk panduan penduduk di luar bandar ini
untuk menjadi rujukan dan menambah pengetahuan tentang penyeleggaraan motosikal yang
betul.
Penghasilan buku manual ini juga dapat menimbulkan kesedaran tentang pentingnya
penyelenggaraan motosikal dengan cara yang betul dan memudahkan golongan luar bandar
dalam memahami aturan penyelenggaraan motosikal.Risalah yang dibangunkan adalah mengikut
garis panduan penyelenggaran motosikal yang betul sekaligus memastikan kenderaan berada
dalam keadaan selamat untuk digunakan di jalan raya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemalangan jalan raya acap kali menjadi permasalahan di setiap negara diseluru dunia.
Hal ini di anggap serius kerana kemalangan yang berlaku boleh membawa kepada kematian . Di
malaysia kemalangan jalan raya juga membawa pelbagai implikasi kepada negara dari segi aspek
sosio-ekonomi seperti golongan pekerja yang merupakan sumber produktiviti negara kehilangan
upaya dan kehilangan kualiti kehidupan kerana kecacatan dan kecederaan yang dialami kerana
kesan kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya sering terjadi boleh dihubungkaitkan faktor
kecuaian manusia, kegagalan mekanikal kenderaan , jalan raya dan juga haiwan.

Di Malaysia kemalangan jalan raya terjadi sehingga 94% berlaku berpunca daripada
kecuaian daripada pemandu sendiri (Aminuddin Adnan, 1989). Maka kes kemalangan jalan raya
akibat ralat manusia menyumbang kepada peratus tertinggi . Mengikut Sabey dan Staughton pula
faktor pengguna menyumbang kepada 95% kemalangan jalan raya dan faktor yang berhubung
kait antara pengguna jalan dengan persekitaran pula menyumbang kepada 25% kemalangan jalan
raya (Sabey, B. E. and Staughton. 1975). Dalam faktor manusia pula, sikap pengguna adalah
punca utama kejadian kemalangan jalan raya ini, termasuklah ketidakmahiran, kelalaian,
kecuaian dan ketidaksabaran semasa mengendali kenderaan. Sikap buruk seperti pemandu tidak
berdisiplin,angkuh dan tidak sabar dan gagal mematuhi undang-undang adalah antara sikap
negatif yang mengundang kemalangan jalan raya.

Menurut Talib Ria Jaafar (2003) analisis kemalangan jalan raya keatas 1,000,000 km
kenderaan berdaftar menunjukkan kemalangan motosikal adalah paling rendah. Walaupon
kemalangan motosikal paling rendah tetapi kadar kematian paling tinggi. Kadar kematian bagi
setiap 1000 motosikal yang terlibat dengan kemalangan adalah 20 kali ganda lebih tinggi
daripada kemalangan yang melibatkan kereta.

Rajah 1
Rajah 2

Punca kemalangan motosikal boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor yang
menyebabkan kemalangan adalah daripada penunggang motosikal itu sendiri. Selain itu, faktor
jalanraya dan persekitaran juga menjadi antara faktornya. Akhir sekali, faktor penyelenggaraan
kenderaan yang tidak mengikut aturan yang betul juga akan menyebabkan berlakunya
kemalangan.

Kesan daripada penyelenggaraan kenderaan yang tidak mengikut aturan yang betul akan
menyebabkan kegagalan fungsi kenderaan. Sebagai contoh, brek kenderaan yang berfungsi untuk
memberhentikan kenderaan tidak dapat melakukan tugasnya apabila diperlukan, lantas
mengakibatkan hilangnya kawalan keatas kenderaan tersebut.

Berdasarkan daripada faktor penyelenggaraan kenderaan, penduduk luar bandar dilihat


kurang pendedahan dan kesedaran keatas penyelenggaraan kenderaan. Golongan ini tidak
menyedari bahawa penyelenggaraan kenderaan berkait dengan kegagalan fungsi kenderaan yang
akan membawa kepada kecelakaan atau kemalangan. Hal ini disebabkan oleh kurangnya
bengkel-bengkel motosikal yang menawarkan khidmat penyelenggaraan mahupun baikpulih
motosikal.
 Jumlah kemalangan yang dilaporkan dalam Laporan Status Keselamatan Jalan Raya Global
2018 oleh World Health Organization (WHO) di Malaysia adalah sebanyak 7,152 kes dan sekitar
60% daripada kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan motosikal. Jiran kita, Indonesia
melaporkan 31,282 kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun berkenaan. Kemalangan
jiwa melibatkan kenderaan dua roda menyumbang kepada 73.6% jumlah keseluruhan.
Bagaimana pun, mereka mempunyai kadar kematian yang rendah, 12.2/100,000, oleh kerana
populasi 261 juta mereka yang besar.

Disebabkan isu yang dinyatakan diatas, adalah menarik untuk menyediakan satu manual
penyelenggaraan bagi penduduk luar bandar. Manual ini disediakan bagi memudahkan golongan
luar bandar dalam memahami aturan menyelenggara motosikal dengan betul. Manual yang
disediakan akan di buat dengan mengambil kira tahap pemahaman golongan luar bandar
terhadap penyelenggaraan motosikal.

Dengan demikian, penghasilan manual ini dapat menimbulkan kesedaran tentang pentingnya
penyelenggaraan motosikal dengan aturan yang betul. Bukan itu sahaja, golongan luar bandar
juga akan mengetahui kaedah dan cara-cara untuk menyelenggara motosikal dengan betul lantas
mengurangkan kadar kemalangan motosikal.

1.3 Penyataan Masalah

Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kebanyakkan pengguna motosikal di kawasan
luar bandar tidak mengikuti undang-undang jalan raya seperti tidak mempunyai lesen memandu,
membiarkan kanak-kanak dan remaja menunggang motosikal, tidak memakai topi keledar dan
memandu dengan tidak mematuhi peraturan jalan raya. Jalan di kawasan luar bandar tidak mesra
kepada pengguna jalan raya seperti reka bentuk jalan yang tidak sesuai, permukaan jalan raya
yang tidak rata, persimpangan yang bersimpang siur, dan jalan yang sempit. Faktor ini mungkin
turut menyumbang kepada peningkatan kemalangan maut di luar bandar.(Jaafar et al., 2003).

Walaupun terdapat pelbagai langkah keselamatan yang dilakukan untuk mencegah kemalangan
jalan raya akan tetapi masalah kemalangan sering juga berlaku di kawasan luar bandar.Ini kerana
sesetengah penduduk luar bandar kurang pendedahan terhadap penyelenggaraan motosikal
berbanding golongan bandar dan mereka juga tiada kesedaran mengenai penyelenggaraan
motosikal dan kegagalan fungsi motosikal di atas jalan raya.Oleh itu,terdapat keperluan untuk
penghasilan modul ini dimana ia bertujuan untuk mendidik penduduk luar bandar supaya lebih
peka terhadap penyelengeraan motosikal disamping dapat membantu mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya terutama kawasan luar bandar.

1.4 Tujuan Kajian

Secara khususnya, kajian tentang penerimaan dan pemahaman penyelenggaraan motosikal


dalam kalangan penduduk luar bandar di Parit Raja, Batu Pahat, Johor adalah untuk mengkaji
sejauh manakah jurang dan masalah berkenaan penyelenggaraan motosikal berbanding penduduk
bandar. Setelah mendapat data dan maklumbalas daripada kalangan penduduk luar bandar,
sebuah panduan berbentuk risalah tentang penyelenggaraan motosikal dapat dibangunkan.
Panduan berbentuk risalah ini dapat memberi pengetahuan tentang penyelenggaraan motosikal
yang betul bagi golongan sasaran iaitu dalam kalangan penduduk luar bandar. Seperti yang kita
sedia ketahui, faktor penyelenggaraan kenderaan yang tidak mengikut aturan yang betul
merupakan salah satu punca kemalangan jalan raya. Justeru itu, melalui panduan berbentuk
risalah yang dibangunkan kepada kalangan penduduk luar bandar dapat memberi pemahaman
tentang penyelenggaraan motosikal mengikut aturan yang betul sekaligus dapat memastikan
kenderaan berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan di atas jalan raya. Hal yang
demikian dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang berpunca daripada faktor
kenderaan.

1.5 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk:

1. Mengkaji pengetahuan penyelenggaraan motosikal dalam kalangan penduduk luar


bandar
2. Membangunkan panduan berbentuk risalah tentang penyelenggaraan motosikal bagi
penduduk luar badar
3. Menguji penerimaan dan pemahaman tentang penyelenggaraan motosikal dalam
kalangan penduduk luar bandar

1.6. Skop Kajian

Skop kajian ini melibatkan pengujian tahap pengetahuan penyelenggaraan motosikal dalam
kalangan pengguna motosikal yang terdiri daripada golongan luar bandar di Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk membangunkan panduan berbentuk
risalah tentang penyelenggaraan motosikal kepada golongan luar bandar di Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Skop kajian seterusnya adalah untuk melihat sejauh manakah pemahaman dan
penerimaan tentang penyelenggaraan penduduk luar bandar di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

1.7. Kepentingan Kajian

Kajian yang telah dilakukan berkenaan dengan pemahaman golongan luar bandar di Parit
Raja, Batu Pahat, Johor tentang pengetahuan dan pemahaman penyelenggaraan motosikal dapat
menghasilkan satu panduan berbentuk risalah tentang cara atau aturan penyelenggaraan
motosikal yang betul. Hal yang demikian, dapat membuatkan golongan luar bandar tersebut
memahami tentang kepentingan penyelenggaraan motosikal dengan aturan yang betul.
Seterusnya, mereka akan menyelenggara motosikal mereka dengan aturan yang betul. Akibat
daripada tindakan golongan tersebut, masalah kemalanagn jalanraya yang melibatkan daripada
faktor kenderaan motosikal khususnya dapatlah dikurangkan.

1.8 DEFINISI ISTILAH / OPERASIONAL

1.8.0 Definisi Terminologi

Terdapat beberapa istilah yang digunakan di dalam penulisan kajian ini. Berikut merupakan
penerangan kepada istilah yang digunakan:
a) Produk

Menurut Mulder (2013), produk membawa maksud sesuatu barang yang lebih ketara ataupun
boleh dirasai. Produk juga memenuhi keperluan pengguna dan sebagai tambahan kepada nilai
ketara produk juga mempunyai nilai abstrak. Produk mengikut kajian adalah produk yang
mempunyai abstrak di mana mempunyai potensi untuk dipasarkan di pasaran.

b) Modul

Modul merupakan bahan ajar cetak yang dirancang untuk dapat dipelajari secara mandiri oleh
peserta pembelajaran. Modul disebut juga media untuk belajar mandiri karena di dalamnya
telah dilengkapi petunjuk untuk belajar sendiri. Artinya, pembaca dapat melakukan kegiatan
belajar tanpa kehadiran pengajar secara langsung(Depdiknas, 2008)

c) Kemalangan

Pemahaman falsafah mengenai kemalangan mendefinisikan kemalangan sebagai satu peristiwa


yang bersifat jarang, bersifat rawak, melibatkan pelbagai faktor, didahului oleh situasi apabila
satu atau lebih orang membuat kesilapan dalam jangkaan keadaan persekitaran (Ditjen
Pengangkutan Darat, 2006).

1.9 Rumusan

Dalam kajian yang dijalankan ini menjelaskan bahawa kepentingan penyelenggaraan


perlu dilakukan terhadap setiap kenderaan diatas jalan raya terutamanya kenderaan berjenis
motosikal.Pendedahan tentang kepentingan penyelenggaraan membuatkan penduduk di luar
bandar lebih mengambil berat tentang penyelenggaraan dan juga menitik beratkan dan
melakukan mengikut garis panduan yang disediakan. Pengkaji telah menghuraikan isu dan asbab
kajian ini dilakukan di dalam penyataan masalah merujuk latar belakang masalah. Mengikut
kepada objektif kajian yang dikemukakan, pengkaji telah menetapkan hala tuju kajian yang
dijalankan berdasarkan kepada objektif yang ditetapkan. Kajian ini juga dapat memberikan
manfaat yang banyak kepada banyak pihak .

You might also like