You are on page 1of 2

FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA

Rajah di bawah menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya. Huraikan pendapat anda
tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.

PENDAHULUAN – 5 Ayat
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin meningkat dari
hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar mahupun di corong-
corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. [AR-
A.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika
hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. [AA] Oleh itu,punca-punca
kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih parah lagi. [80 pp]

Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri – 5 Ayat


Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu
sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika
berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu
kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. [AH-Kesan?]
Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa
pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal
Selamat akan dapat menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]

Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya – 5 Ayat


Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan struktur jalan raya.
[AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan rata sudah pasti
mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC] Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-
bengkok, selekoh tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan
terlibat dalam kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil
inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya..
[AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih
dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp]

Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan – 5 Ayat


Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca berlakunya
kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual
yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh,
brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal
kenderaan ketika saat-saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan
berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara kecemasan. [AP]
Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh
kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp]

Perenggan Isi 4 : Undang-undang – 5 Ayat


Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca berlaku kemalangan
jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti
memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu
mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-
musim perayaan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya
kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi hanya dilakukan
pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan
pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya
kemalangan maut. [93 pp]

Kesimpulan.
Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isu kemalangan jalan
raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan istiqomah bukannya
sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. [Pendapat]
Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif dirangka untuk mengatasi
kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja kerana
impaknya sangat besar kepada negara terutamanya kerugian sumber tenaga yang produktif.
[Harapan] Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna
jalan raya agar nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang
perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai.
[80 pp]

You might also like