You are on page 1of 26

PERSOALAN PENGURUSAN PUSAKA:

KAEDAH DAN PENYELESAIAN

Soalan Lazim - Pusaka Kecil


1. Adakah proses bagi pindahmilik tanah yang terlibat dengan penamatan
GSA seperti tanah-tanah bukan GSA?
2. Adakah proses turunmilik tanah pusaka yang telah digadaikan semasa
hayat simati boleh dilakukan?
3. Jika kesemua waris bersetuju, bolehkah tapak rumah diturunmilik kepada
seseorang, dan tapak pertanian diturunmilik kepada seseorang yang lain?
4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pentadbir yang dilantik tidak
amanah?
5. Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pentadbir meninggal dunia?
6. Apakah kuasa-kuasa pentadbir ke atas harta simati yang ditadbirkannya?
7. Berapa orang pentadbir boleh dilantik bagi mentadbir harta simati?
8. Siapakah yang layak menjadi pentadbir harta?
9. Bagaimanakah penurunan pusaka dibuat seandainya terdapat lebih
daripada dua orang waris bagi tanah berstatus GSA?
10.Sekiranya si mati adalah seorang perempuan/lelaki yang belum
berumahtangga, siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka?
11.Siapakah yang berhak mewarisi harta seorang isteri yang telah meninggal
dunia?
12.Adakah rayuan lanjutan boleh dikemukakan di Mahkamah Persekutuan
sekiranya perayu masih tidak berpuas hati dengan perintah yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi?
13.Adakah perintah pembahagian permohonan kemudian boleh dirayu
sekiranya ada pihak tidak berpuas hati dengan perintah tersebut?
14.Bagi permohonan pembahagian pusaka yang telah lama selesai apakah
rayuan masih boleh dilakukan?
15.Si mati belum berkahwin dan meninggalkan seorang saudara perempuan
seibu sebapa sebagai waris. Bagaimanakah harta si mati dibahagikan?
16.Seorang suami telah meninggal dunia meninggalkan empat (4) isteri dan
beberapa orang anak. Berapakah bahagian yang diperolehi oleh setiap
isteri dan anak?
17.Berapakah bahagian anak lelaki berbanding bahagian anak perempuan?
18.Sekiranya si mati hanya meninggalkan isteri/suami (spouse), ibu/bapa dan
anak-anak tiada, berapakah bahagian yang boleh diwarisi oleh suami/isteri
tersebut?
19.Siapakah waris yang berhak mewarisi tanah pusaka adat mengikut
Enakmen Pegangan Adat Bab 215?
20.Bagaimanakah Baitulmal boleh mewarisi harta si mati?
21.Apakah yang dimaksudkan dengan "faraid"?
22.Perlukah waris menggunakan khidmat peguam bagi urusan rayuan?
23.Berapakah bayaran perintah yang dikenakan jika perbicaraan
pembahagian harta pusaka si mati telah selesai dijalankan?
24.Bagaimanakah harta pusaka orang yang bukan beragama Islam
dibahagikan?
25.Bolehkah pemegang Surat Kuasa Tadbir menjual harta yang di tadbir?
26.Siapakah yang dimaksudkan dengan pemegang Surat Kuasa Tadbir?
27.Siapakah yang layak memohon pusaka?
28.Siapakah yang dianggap sebagai pembeli di bawah Akta Harta Pusaka
Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008)?

29.Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang telah didaftarkan di


satu-satu daerah dipindahkan ke daerah lain untuk kemudahan ahli waris?
30.Sekiranya si mati memiliki beberapa bidang tanah di daerah yang
berlainan di manakah permohonan perlu dibuat?
31.Bagaimanakah cara menebus (Pembelian timbal balik) bahagian yang
dibuat diperolehi Baitulmal?
32.Adakah urusan rayuan akan dikenakan sebarang bayaran?
33.Bagaimanakah kedudukan wasiat seorang Islam?
34.Bolehkah ibu/bapa mewarisi harta pusaka anak?
35.Apakah tanggungjawab penjaga?
36.Apakah bentuk perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan?
37.Apakah yang dimaksudkan dengan penjaga (guardian)?
38.Di manakah rayuan boleh dibuat?
39.Bilakah perintah pembahagian dikeluarkan?
40.Siapakah yang boleh membuat rayuan?
41.Bilakah rayuan boleh dibuat?
42.Siapakah yang boleh menjadi penjaga?
43.Di manakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat?
44.Adakah permohonan pusaka boleh diteruskan sekiranya si mati adalah
seorang peneroka Felda tetapi dokumen hakmilik belum dikeluarkan?
45.Bagaimanakah persetujuan dibuat sekiranya perbicaraan tidak dihadiri
oleh semua waris dan bersetuju untuk melantik seorang pentadbir?
46.Bolehkah waris belum dewasa (minor) menyerahkan bahagian mereka
kepada waris lain ketika perbicaraan sedang dijalankan?
47.Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa
hakmilik sementara seperti Surat Akuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved
Application). Apakah kedua-dua jenis hakmilik ini boleh dijadikan harta
pusaka si mati?
48.Bolehkah " Surat Ikatan Amanah" (Trust Deed) dianggap sebagai
sebahagian daripada harta pusaka si mati?
49.Sekiranya seseorang waris tidak dapat menghadiri perbicaraan, apakah
tindakan yang harus dilakukanya?
50.Sekiranya terdapat waris yang gagal diserahkan notis perbicaraan
kepadanya, apakah perbicaraan yang dijalankan menjadi tidak sah?
51.Sekiranya seorang waris (pemohon) sahaja yang hadir perbicaraan,
bolehkah perintah pembahagian dikeluarkan?
52.Apakah tujuan perbicaraan?
53.Bagaimanakah waris dihubungi untuk menghadiri perbicaraan
pembahagian pusaka?
54.Bolehkah pihak awam turut menghadiri perbicaraan?
55.Perlukah waris kanak-kanak (belum dewasa) hadir perbicaraan?
56.Siapakah yang boleh menyaksikan surat akuan bersumpah?
57.Adakah tanah "daftar pegangan" (register of holdings) di bawah Akta
Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif
harta pusaka?
58.Apakah tanah pajakan lombong (mining lease) yang didaftarkan atas
nama si mati boleh dijadikan harta pusaka si mati?
59.Adakah permit dan lesen seperti lesen pendudukan sementara (TOL),
lesen perniagaan, permit pengangkutan awam boleh dijadikan sebahagian
daripada harta pusaka?
60.Apakah yang dimaksudkan harta alih?

61.Apakah yang dimaksudkan sebagai harta tak alih?


62.Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka kecil?
63.Siapakah saksi bebas?
64.Siapakah yang perlu hadir pada hari perbicaraan?
65.Di manakah rayuan boleh dibuat?
66.Bolehkah peguam menghadiri perbicaraan?
67.Di manakah tempat perbicaraan dijalankan?
68.Apakah yang dimaksudkan dengan perbicaraan?
69.Apakah dokumen yang perlu dibawa ketika menghadiri perbicaraan?
70.Bagaimanakah penyelesaian harta-harta alih seperti kenderaan, wang
simpanan, dan saham koperasi simati boleh diselesaikan?
71.Peneroka (simati) ada membuat wasiat yang bertentangan dengan
sekatan tanah GSA? Bolehkah wasiat itu dilaksanakan?
72.Dokumen hakmilik bagi tanah-tanah rancangan dikeluarkan berperingkat.
Ada sebahagiannya dikeluarkan terdahulu dan pernah diturunmilik kepada
seseorang. Bolehkah dokumen tanah yang diterima kemudian itu
diturunmilik kepada seseorang yang lain?
73.Apakah rasional sekatan kepentingan tanah GSA yang tidak membenarkan
tanah dimiliki oleh lebih daripada dua orang pemilik?
74.Adakah tanah yang dikeluarkan hakmiliknya atas nama isteri si mati
seperti kes peneroka meninggal sebelum dokumen hakmilik dikeluarkan di
kira sebagai harta pusaka si mati atau isterinya?
75.Peneroka asal telah meninggal dunia sebelum dokumen dikeluarkan.
Selepas itu, dokumen hakmilik dikeluarkan di atas nama isteri peneroka.
Bagaimanakah perkara tersebut berlaku?
76.Sekiranya perkahwinan tidak didaftarkan mengikut Akta memperbaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, apakah balu/duda
layak mewarisi harta pusaka salah seorang daripada mereka sekiranya
berlaku kematian?
77.Kesemua waris tinggal berjauhan dari tempat terletaknya harta pusaka
simati, tidak berminat kepada harta pusaka tersebut, dan berhasrat untuk
menjual harta. Bolehkah ia dilaksanakan?
78.Adakah Ibu dan bapa simati yang mengalami masalah nyanyuk masih
dikira sebagai waris simati?
79.Apakah yang dimaksudkan dengan tanah adat (customary land)
80.Apakah hak anak luar nikah terhadap pewarisan harta?
81.Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka?
82.Adakah konsep harta sepencarian turut digunapakai dalam pembahagian
harta pusaka si mati yang bukan beragama Islam?
83.Bagaimana hak perwarisan seorang isteri / suami yang telah diperuntukan
harta sepencarian kepadanya?
84.Bolehkah seorang suami menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka
isterinya yang telah meninggal dunia?
85.Bolehkah seorang isteri menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka
suaminya yang telah meniggal dunia?
86.Apakah perkara-perkara yang perlu diselesaikan oleh waris sebelum harta
pusaka si mati dibahagikan?
87.Siapakah yang berhak ke atas harta pusaka si mati seandainya si mati
tidak mempunyai waris?
88.Adakah Akta Pembahagian 1958 memperuntukan apa-apa bahagian
kepada waris yang telah mati terdahulu dari si mati?

89.Bolehkah harta pusaka si mati yang bukan berugama Islam dan


meninggalkan wasiat diselesaikan di bawah bidang kuasa pusaka kecil
sekiranya nilai keseluruhan harta tersebut kurang atau RM 2 juta?
90.Di daerah manakah di Negeri Sembilan dan Melaka terdapat tanah adat
tersebut?
91.Apakah sistem pewarisan mengikut adat ini berbeza dengan sistem
pewarisan mengikut undang-undang Islam (faraid) dan sejauh manakah
pemakaianya?
92.Apakah tindakan yang boleh di ambil untuk menyelesaikan pembahagian
pusaka sekiranya terdapat waris si mati yang hilang dan tidak dapat di
kesan?
93.Jika waris bermastautin di luar Malaysia, siapakah yang boleh
menyaksikan Surat Persetujuan Pembahagian?
94.Apakah hak seorang isteri yang diceraikan?
95.Mengapakah tanah-tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960 tidak boleh dibahagikan terus kepada waris-waris?
96.Jika si mati ialah warganegara dan mati meninggalkan waris bukan
warganegara, bolehkah waris tersebut mewarisi harta peninggalan si
mati?
97.Sekiranya kematian tidak didaftarkan bolehkah ia dibuktikan dengan
dokumen lain?
98.Apakah yang dimaksudkan harta sepencarian atau harta syarikat?
99.Mengapakah Akta Pembahagian 1958 diwujudkan?
100.
Bagaimanakah duti harta pusaka ditentukan?
101.
Apakah peruntukan yang digunapakai dalam menyelesaikan harta
pusaka tanah adat ini?
102.
Adakah bayaran lain dikenakan?
103.
Adakah seorang Pentadbir (Administrator) yang dilantik oleh
Pentadbir Tanah mempunyai kuasa menjual harta yang ditadbirkannya?
104.
Bolehkah harta pusaka orang bukan Islam diwarisi oleh orang
Islam?
105.
Di manakah Sijil Faraid boleh diperolehi?
106.
Siapakah yang boleh mewarisi harta si mati?
107.
Apakah penama (nominee) yang beragama Islam berhak
sepenuhnya kepada wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
Tabung Haji dan Insuran si mati?
108.
Sekiranya sijil kematian hilang, dimanakah boleh diperolehi salinan
sijil tersebut?
109.
Apakah anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam
layak menerima harta pusaka si mati berkenaan?
110.
Bolehkah plot-plot bangunan yang belum dikeluarkan hakmilik
strata diturunmilik kepada waris?
111.
Si mati seorang Islam, mempunyai anak angkat yang dipelihara
sejak kecil. Sijil kelahiran anak angkat tersebut mencatatkan nama si mati
sebagai bapa kandung (lawful-father). Bolehkah anak angkat tersebut
menerima harta pusaka si mati?
112.
Bolehkah seorang Islam mewasiatkan hartanya kepada anak-anak?
113.
Apakah bentuk wasiat yang dibenarkan dalam Islam?
114.
Apakah wasiat?

115.
Sekiranya simati berugama Islam meninggalkan wasiat, perlukan
waris si mati memohon pembahagian harta pusaka si mati?
JAWAPAN
1. Adakah proses bagi pindahmilik tanah yang terlibat dengan penamatan
GSA seperti tanah-tanah bukan GSA?
Proses pindahmilik tanah GSA yang terlibat dengan penamatan GSA boleh
dilakukan seperti tanah-tanah bukan GSA dengan syarat pemohon
mestilah mengesahkan penamatan GSA tersebut kepada Pentadbir Tanah
sewaktu perbicaraan. Pengesahan boleh diperolehi daripada Pihak
Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah) melalui warta kerajaan.
2. Adakah proses turunmilik tanah pusaka yang telah digadaikan semasa
hayat simati boleh dilakukan?
Memandangkan si mati masih berhutang dengan pihak bank, maka proses
pindahmilik kepada waris tidak boleh dilakukan. Surat Kuasa Mentadbir
akan dikeluarkan, dan pentadbir akan diarahkan untuk menyelesaikan
baki hutang terlebih dahulu.
3. Jika kesemua waris bersetuju, bolehkah tapak rumah diturunmilik kepada
seseorang, dan tapak pertanian diturunmilik kepada seseorang yang lain?
Tanah-tanah yang tertakluk kepada Akta GSA adalah berangkaian di
antara setiap satu hakmilik. Ia tidak boleh dipajak, digadai, dicagar, dan
dipindahmilik melainkan bersekali dengan lot-lot yang berangkai
dengannya.
4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pentadbir yang dilantik tidak
amanah?
Jika didapati bahawa pentadbir tidak amanah terhadap pengendalian harta
pusaka simati, waris-waris yang lain boleh memohon untuk melantik
pentadbir yang baru bagi menggantikan pentadbir yang sedia ada.
Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pentadbir meninggal dunia?
Jika berlaku kematian ke atas pentadbir, sila pohon ulangbicara untuk
melantik pentadbir yang baru, dan sila kemukakan senarai waris kepada
pentadbir asal tersebut, sekiranya pentadbir asal itu adalah waris kepada
simati.
Apakah kuasa-kuasa pentadbir ke atas harta simati yang ditadbirkannya?
Kuasa-kuasa pentadbir adalah tertakluk kepada Seksyen 13 Akta Harta
Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2008, yang hanya terhad kepada
penjagaan dan pengurusan harta simati sahaja. Walaubagaimanapun,
sebenarnya harta tersebut masih lagi dimiliki oleh simati.
Kembali ke Atas
Berapa orang pentadbir boleh dilantik bagi mentadbir harta simati?

Merujuk kepada Akta Probet dan Pentadbiran, pentadbir boleh dilantik tidak
melebihi 4 orang sahaja.
Kembali ke Atas
Siapakah yang layak menjadi pentadbir harta?
Pentadbir boleh dilantik di kalangan waris-waris kadim simati. Selain daripada
itu, Amanah Raya Berhad juga boleh dilantik sebagai pentadbir bagi harta simati.
Kembali ke Atas
Bagaimanakah penurunan pusaka dibuat seandainya terdapat lebih daripada dua
orang waris bagi tanah berstatus GSA?
Jika si mati meninggalkan waris melebihi dua orang, perlantikan pentadbir sahaja
yang akan diberikan. Pentadbir akan bertanggungjawab untuk menguruskan
harta simati sahaja, dan membuat pembahagian hasil kepada kesemua waris
mengikut kadar syer masing-masing.
Kembali ke Atas
Sekiranya si mati adalah seorang perempuan/lelaki yang belum berumahtangga,
siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka?
Waris yang berhak adalah;
Bapa simati - 2/3 bahagian
Ibu simati - 1/3 bahagian
Saudara (lekaki dan perempuan) si mati, walaupun masih hidup namun mereka
tidak layak mewarisi harta si mati.
Kembali ke Atas
Siapakah yang berhak mewarisi harta seorang isteri yang telah meninggal
dunia?
Bapa - 1/6 bahagian
Ibu

- 1/6 bahagian

Suami - 1/4 bahagian


Anak-anak - baki harta, mengikut nisbah anak lelaki kepada anak perempuan
(2:1)
Kembali ke Atas
Adakah rayuan lanjutan boleh dikemukakan di Mahkamah Persekutuan sekiranya
perayu masih tidak berpuas hati dengan perintah yang dikeluarkan oleh
Mahkamah Tinggi?

Perintah Mahkamah Tinggi adalah muktamad di bawah Akta Harta Pusaka kecil
(Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008) dan perayu tidak boleh lagi merayu di
mana-mana mahkamah lain.
Kembali ke Atas
Adakah perintah pembahagian permohonan kemudian boleh dirayu sekiranya
ada pihak tidak berpuas hati dengan perintah tersebut?
Rayuan adalah dibenarkan dan perayu boleh mengemukakan rayuan ke
Mahkamah Tinggi melalui Unit Pembahgian Pusaka yang berkaitan.
Kembali ke Atas
Bagi permohonan pembahagian pusaka yang telah lama selesai apakah rayuan
masih boleh dilakukan?
Rayuan masih boleh dikemukakan namun perintah perlanjutan tempoh rayuan
hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Mahkamah Tinggi.
Kembali ke Atas
Si mati belum berkahwin dan meninggalkan seorang saudara perempuan seibu
sebapa sebagai waris. Bagaimanakah harta si mati dibahagikan?
Harta si mati akan dibahagikan seperti berikut;
Saudara perempuan - 1/2 bahagian
Baitulmal - 1/2 bahagian
Kembali ke Atas
Seorang suami telah meninggal dunia meninggalkan empat (4) isteri dan
beberapa orang anak. Berapakah bahagian yang diperolehi oleh setiap isteri dan
anak?
Pembahagian pusaka mengikut faraid bagi kes seperti di atas adalah seperti
berikut;
Setiap isteri - 1/32 bahagian
Anak
- 31/32 bahagian
Kembali ke Atas
Berapakah bahagian anak lelaki berbanding bahagian anak perempuan?
Anak lelaki akan mendapat 2 bahagian, anak perempuan pula mendapat 1
bahagian.
Kembali ke Atas
Sekiranya si mati hanya meninggalkan isteri/suami (spouse), ibu/bapa dan anakanak tiada, berapakah bahagian yang boleh diwarisi oleh suami/isteri tersebut?

Pembahagian pusaka hanya akan berlaku di antara pasangan berkenaan di mana


isteri atau suami akan mendapat kesemua bahagian harta si mati tersebut.
Kembali ke Atas
Siapakah waris yang berhak mewarisi tanah pusaka adat mengikut Enakmen
Pegangan Adat Bab 215?
Secara umumnya, waris-waris yang berhak adalah yang dan perempuan (female
issues) yang sama sukunya dengan pemilik tanah adat itu. Secara khususnya
mengikut giliran adalah sebagaimana berikut;
Kembali ke Atas
Bagaimanakah Baitulmal boleh mewarisi harta si mati?
Baitulmal akan mewarisi harta simati sekiranya si mati tiada meninggalkan waris
yang boleh menerima bahagian secara fardu atau asabah seperti anak lelaki,
bapa, saudara lelaki seibu sabapa, anak saudara lelaki seibu sebapa si mati dan
sebagainya. Dalam keadaan di mana si mati tidak meninggalkan waris seorang
pun, kesemua harta si mati akan diwarisi oleh Baitulmal.
Kembali ke Atas
Apakah yang dimaksudkan dengan "faraid"?
Faraid ialah hukum pewarisan dan pembahagian harta pusaka bagi orang-orang
Islam berdasarkan syariat Allah dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.
Kembali ke Atas
Perlukah waris menggunakan khidmat peguam bagi urusan rayuan?
Memandangkan urusan rayuan adalah rumit, maka pemohon digalakkan untuk
menggunakan khidmat guaman bagi membantu mereka menguruskan prosedur
rayuan.
Kembali ke Atas
Berapakah bayaran perintah yang dikenakan jika perbicaraan pembahagian
harta pusaka si mati telah selesai dijalankan?
Bayaran perintah yang dikenakan adalah berdasarkan nilaian harta simati. Jika
nilaian harta simati RM1.00 hingga RM1,000, bayaran perintah adalah RM10. JIka
nilaian RM1,001 hingga RM50,000, bayaran perintah adalah RM30 manakala jika
nilaian keseluruhan harta si mati adalah RM50,001 dan ke atas bayaran perintah
adalah 0.2% dari nilaian harta.
Kembali ke Atas
Bagaimanakah harta pusaka orang yang bukan beragama Islam dibahagikan?

Pembahagian harta pusaka bagi orang bukan Islam ialah berdasarkan kepada
Akta Pembahagian 1958 (Akta 300). Walaubagaimanapun pembahagian secara
muafakat dibenarkan sekiranya mendapat persetujuan semua waris.
Kembali ke Atas
Bolehkah pemegang Surat Kuasa Tadbir menjual harta yang di tadbir?
Pemegang Surat Kuasa Tadbir boleh menjual harta yang di tadbir melalui
perintah pembahagian yang diberikan oleh Pentadbir Tanah atau Mahkamah.
Kembali ke Atas
Siapakah yang dimaksudkan dengan pemegang Surat Kuasa Tadbir?
Pemegang Surat Kuasa Tadbir atau biasa juga disebut "Pentadbir" (administrator)
ialah orang yang dilantik oleh Pentadbir Tanah melalui perbicaraan pembahagian
pusaka. Tugas mereka adalah untuk mentadbir harta si mati dengan
menyediakan inventori, menerima dan membuat pembayaran bagi pihak waris
sehinggalah perintah pembahagian yang selanjutnya dikeluarkan. Jumlah
pentadbir adalah di antara 1 hingga 4 orang.
Kembali ke Atas
Siapakah yang layak memohon pusaka?
Waris terdekat seperti suami, isteri, bapa, ibu, anak dan lain-lain waris yang
boleh mewarisi harta si mati, pemiutang, pemegang gadaian, penerima wasiat,
Baitulmal, Penghulu, Pegawai Penempatan, Pemegang Amanah (trustee),
Penerima Amanah, Pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney), Amanah
Raya Berhad dan pembeli.
Kembali ke Atas
Siapakah yang dianggap sebagai pembeli di bawah Akta Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008)?
Seksyen 2 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008)
menjelaskan pembeli sebgai seseorang yang pada tarikh permohonan atau
pembahagian pusaka dibuat samada oleh dirinya sendiri atau orang lain,
menduduki (in Occupation) mana-mana tanah atau kepentingan yang
didaftarkan atas nama si mati, melalui perjanjian jual beli di antara dirinya
dengan si mati.
Kembali ke Atas
Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang telah didaftarkan di satu-satu
daerah dipindahkan ke daerah lain untuk kemudahan ahli waris?
Boleh, walau bagaimanapun pemohon hendaklah membuat permohonan bertulis
kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan menyatakan tujuan mengapa
permohonan pemindahan tersebut dibuat. Permohonan akan dipanjangkan untuk

kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri sekiranya ianya melibatkan


pelangkauan daerah dalam negeri yang sama dan Ketua Pengarah Tanah dan
Galian Persekutuan sekiranya ianya melibatkan pelangkauan negeri.
Kembali ke Atas
Sekiranya si mati memiliki beberapa bidang tanah di daerah yang berlainan di
manakah permohonan perlu dibuat?
Permohonan boleh dibuat di mana-mana daerah harta tak alih simati berada.
Kembali ke Atas
Bagaimanakah cara menebus (Pembelian timbal balik) bahagian yang dibuat
diperolehi Baitulmal?
Penebusan dilakukan timbal balik Boleh Pendapatan kena cukai Nilai tebusan
dipersetujui Dibuat dan Pembayaran dilakukan pihak Baitulmal Boleh Secara
Cadangan umum atau ansuran.
Kembali ke Atas
Adakah urusan rayuan akan dikenakan sebarang bayaran?
Perayu perlu menjelaskan fee rayuan seperti berikut jika ingin meneruskan
proses rayuan.

Perkara

Fee

Rayuan

RM50.00

Salinan dokumen yang


dikehendaki disalinkan

Salinan pertama - RM30.00


RM10.00 bagi salinan kedua dan seterusnya
Salinan pertama:-

Salinan nota perbicaraan

RM30.00 - Folio 100 patah perkataan atau


sebahagian daripadanya

Kembali ke Atas
Bagaimanakah kedudukan wasiat seorang Islam?
Wasiat simati yang beragama Islam memerlukan pengesahan dan pengesahan
wasiat hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah terlebih dahulu dan perintah yang
dikeluarkan akan digunapakai dalam menentukan pembahagian pusaka di bawah
Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008).
Kembali ke Atas

Bolehkah ibu/bapa mewarisi harta pusaka anak?


Akta Pembahagian 1958 memperuntukan hak ibu/bapa (parents) di mana
sekiranya si mati tiada waris lain, bapa akan mendapat 1/2 bahagian dan ibu 1/2
bahagian. Jika ada waris lain, bapa akan mendapat 1/8 dan ibu 1/8 bahagian.
Kembali ke Atas
Apakah tanggungjawab penjaga?
Penjaga bertanggungjawab ke atas semua kepentingan waris yang belum
dewasa atau hilang upaya dan di beri kuasa di bawah undang-undang untuk
menentukan pembahgian kepada orang yang dijagai.
Kembali ke Atas
Apakah bentuk perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan?
Perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan fakta,
keterangan dan persetujuan ahli waris semasa perbicaraan. Ianya mungkin
merupakan penurunan milik langsung kepada waris, pelantikan pentadbir
ataupun perintah jualan.
Kembali ke Atas
Apakah yang dimaksudkan dengan penjaga (guardian)?
Penjaga ialah orang yang dilantik bagi pihak waris yang belum dewasa atau
hilang upaya untuk bertindak bagi pihak waris tersebut dalam sesuatu
perbicaraan yang dijalankan.
Kembali ke Atas
Di manakah rayuan boleh dibuat?
Rayuan hendaklah dilakukan di Mahkamah Tinggi di negeri di mana permohonan
pembahagian harta pusaka dimasukkan dan mestilah dibuat melalui Unit
Pembahagian Pusaka Kecil yang menguruskan permohonan harta pusaka
tersebut.
Kembali ke Atas
Bilakah perintah pembahagian dikeluarkan?
Perintah pembahagian akan dikeluarkan sebaik sahaja perbicaraan selesai.
Namun, perintah bertulis (Borang E) hanya akan dikeluarkan 14 hari kemudian.
Tempoh 14 hari ini merupakan tempoh rayuan di mana jika ada pihak yang tidak
berpuas hati dengan keputusan perbicaraan, rayuaan boleh dibuat di sepanjang
tempoh tersebut.
Kembali ke Atas
Siapakah yang boleh membuat rayuan?

Rayuan boleh dibuat oleh waris atau mana-mana pihak berkepentingan yang
tidak berpuas hati dengan keputusan pembahagian yang dikeluarkan oleh
Pentadbir Tanah dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta Harta Pusaka
Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008).
Kembali ke Atas
Bilakah rayuan boleh dibuat?
Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah pembahagian
dikeluarkan
Kembali ke Atas
Siapakah yang boleh menjadi penjaga?
Pelantikan penjaga adalah berdasarkan budibicara Pentadbir Tanah.
Walaubagaimanapun pada kebiasaannya, waris terdekat seperti ibu, bapa,
saudara mara, datuk nenek adalah orang yang biasa dilantik
Kembali ke Atas
Di manakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat?
Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat di Pejabat Tanah
atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil yang terdapat di daerah di mana harta
tidak alih itu berada.
Kembali ke Atas
Adakah permohonan pusaka boleh diteruskan sekiranya si mati adalah seorang
peneroka Felda tetapi dokumen hakmilik belum dikeluarkan?
Permohonan boleh dibuat walaupun dokumen hakmilik masih belum diterima
dan keterangan mengenai harta tak alih simati boleh dirujuk dengan
menggunakan nombor R.O.H ( Daftar pegangan) yang boleh disahkan oleh
Pengurus Felda / Felcra.
Kembali ke Atas
Bagaimanakah persetujuan dibuat sekiranya perbicaraan tidak dihadiri oleh
semua waris dan bersetuju untuk melantik seorang pentadbir?
Perlantikan pentadbir boleh dibuat berdasarkan persetujuan waris-waris yang
hadir pada hari perbicaraan, setelah Pentadbir Tanah berpuashati dengan
kelayakan calon pentadbir tersebut. Tidak ada halangan jika ada di antara waris
yang tidak hadir, kerana tiada pemberian turunmilik dibuat. Kuasa-kuasa
pentadbir adalah terhad, jadi waris yang tidak hadir tidak perlu risau.
Kembali ke Atas
Bolehkah waris belum dewasa (minor) menyerahkan bahagian mereka kepada
waris lain ketika perbicaraan sedang dijalankan?

Waris minor boleh menyerahkan bahagian yang diperolehi sekiranya mendapat


persetujuan daripada penjaga dengan syarat pada pandangan Pentadbir Tanah,
penyerahan tersebut tidak mendatangkan ketidakadilan kepada waris
berkenaan.
Kembali ke Atas
Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa hakmilik
sementara seperti Surat Akuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved Application).
Apakah kedua-dua jenis hakmilik ini boleh dijadikan harta pusaka si mati?
Kedua-dua jenis hakmilik di atas adalah sebahagian daripada harta pusaka si
mati sebagaimana hakmilik-hakmilik jenis lain dan ianya boleh diwarisi oleh
waris-waris simati.
Kembali ke Atas
Bolehkah " Surat Ikatan Amanah" (Trust Deed) dianggap sebagai sebahagian
daripada harta pusaka si mati?
Ya, sekiranya nama si mati merupakan sebahagian daripada orang-orang yang
kepada mereka amanah tersebut dipegang. Sekiranya si mati adalah pemegang
amanah, ianya tidak boleh dianggap sebagai harta si mati.
Kembali ke Atas
Sekiranya seseorang waris tidak dapat menghadiri perbicaraan, apakah tindakan
yang harus dilakukanya?
Seandainya ada waris dewasa tidak dapat menghadiri perbicaraan yang telah
ditetapkan, maka beliau hendaklah mengemukakan borang persetujuan
pembahagian yang ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret
atau Pentadbir Tanah. Borang tersebut akan menyatakan apakah bentuk
pembahagian yang dikehendaki oleh waris berkenaan.
Kembali ke Atas
Sekiranya terdapat waris yang gagal diserahkan notis perbicaraan kepadanya,
apakah perbicaraan yang dijalankan menjadi tidak sah?
Walaupun waris tidak menerima notis untuk hadir ke dalam perbicaraan, ianya
tidak boleh menjadikan sesuatu perbicaraan itu tidak sah, melainkan jika pada
pandangan Mahkamah Tinggi telah berlaku ketidakadilan
Kembali ke Atas
Sekiranya seorang waris (pemohon) sahaja yang hadir perbicaraan, bolehkah
perintah pembahagian dikeluarkan?
Sekiranya seorang waris sahaja yang hadir pada hari perbicaraan, perintah
pembahagian hanya boleh dikeluarkan mengikut hukum faraid atau Akta
Pembahgian 1958 sahaja.

Kembali ke Atas
Apakah tujuan perbicaraan?
Tujuan perbicaraan diadakan adalah untuk menentukan perwarisan,
pembahagian dan memutuskan tuntutan daripada pihak yang berkepentingan.
Kembali ke Atas
Bagaimanakah waris dihubungi untuk menghadiri perbicaraan pembahagian
pusaka?
Pemohon dan setiap waris akan dihubungi melalui notis perbicaraan (borang D)
yang akan diserahkan secara serahan tangan. Bagaimanapun sekiranya serahan
tangan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu, notis perbicaraan boleh
dihantar secara pos berdaftar bersama kad akuan penerimaan. Notis perbicaraan
juga akan dipamerkan di tempat-tempat awam seperti masjid, surau, balairaya
dan sebagainya dengan tujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai
sekiranya ada bantahan atau tuntutan.
Kembali ke Atas
Bolehkah pihak awam turut menghadiri perbicaraan?
Perbicaraan bersifat terbuka dan boleh dihadiri oleh orang awam.
Kembali ke Atas
Perlukah waris kanak-kanak (belum dewasa) hadir perbicaraan?
Waris kanak-kanak (bawah 18 tahun) tidak perlu hadir kerana penjaga (guardian)
telah dilantik mewakili diri mereka.
Kembali ke Atas
Siapakah yang boleh menyaksikan surat akuan bersumpah?
Surat akuan bersumpah boleh disaksikan oleh dua (2) orang saksi bebas yang
mengenali si mati dan menyaksikan kematian si mati.
Kembali ke Atas
Adakah tanah "daftar pegangan" (register of holdings) di bawah Akta Tanah
(Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif harta
pusaka?
Tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si mati.
Kembali ke Atas
Apakah tanah pajakan lombong (mining lease) yang didaftarkan atas nama si
mati boleh dijadikan harta pusaka si mati?

Tanah pajakan lombong adalah hakmilik muktamad dan ianya adalah sebahagian
daripada harta pusaka si mati yang boleh diturunmilik kepada waris.
Kembali ke Atas
Adakah permit dan lesen seperti lesen pendudukan sementara (TOL), lesen
perniagaan, permit pengangkutan awam boleh dijadikan sebahagian daripada
harta pusaka?
Lesen dan permit tidak boleh diwarisi dan ianya akan luput setelah kematian
pemilik asal.
Kembali ke Atas
Apakah yang dimaksudkan harta alih?
Harta alih ialah harta yang selain daripada harta tak alih seperti wang tunai,
saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas dan sebagainya
Kembali ke Atas
Apakah yang dimaksudkan sebagai harta tak alih?
Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Bangunan kekal adalah
meliputi takrif harta tak alih.
Kembali ke Atas
Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka kecil?
Harta pusaka kecil ialah harta yang terdiri daripada harta tak alih (tanah /
rumah) dan harta alih yang jumlah keseluruhan nilai semasanya tidak melebihi
RM 2 juta dan si mati tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1949.
Kembali ke Atas
Siapakah saksi bebas?
Saksi bebas ialah orang yang tiada kaitan keluarga terdekat dengan si mati dan
tidak berhak mewarisi harta peninggalannya.
Kembali ke Atas
Siapakah yang perlu hadir pada hari perbicaraan?
Perbicaraan perlu dihadiri oleh semua waris dewasa (berumur 18 tahun ke atas),
orang berkepentingan dan saksi-saksi juga penghulu sekiranya kehadiran
mereka dikehendaki.
Kembali ke Atas
Di manakah rayuan boleh dibuat?

Rayuan hendaklah dilakukan di Mahkamah Tinggi di negeri di mana permohonan


pembahagian harta pusaka dimasukkan dan mestilah dibuat melalui Unit
Pembahagian Pusaka Kecil yang menguruskan permohonan harta pusaka
tersebut.
Kembali ke Atas
Bolehkah peguam menghadiri perbicaraan?
Pihak peguam boleh menghadiri perbicaraan namun perlu mendapatkan
kebenaran daripada Pentadbir Tanah terlebih dahulu.
Kembali ke Atas
Di manakah tempat perbicaraan dijalankan?
Perbicaraan pembahagian pusaka dijalankan di Pejabat Pembahagian Pusaka
Kecil atau Pejabat Tanah daerah di mana permohonan didaftarkan. Ia juga boleh
diadakan di mana-mana tempat seperti di balai raya, dewan orang ramai,
pejabat penghulu dan lain-lain tempat yang difikirkan sesuai oleh Pentadbir
Tanah.
Kembali ke Atas
Apakah yang dimaksudkan dengan perbicaraan?
Perbicaraan ialah satu siasatan yang dijalankan oleh Pentadbir Tanah untuk
menentukan kedudukan waris bagi sesuatu permohonan. Selain daripada itu,
ianya juga untuk memutuskan segala tuntutan yang timbul dan seterusnya
mengeluarkan perintah pembahagian.
Kembali ke Atas
Apakah dokumen yang perlu dibawa ketika menghadiri perbicaraan?
Pemohon dan waris perlu mengemukakan dokumen-dokumen asal seperti kad
pengenalan, sijil kelahiran, sijil kematian, hakmilik tanah, sijil saham, buku wang
simpanan dan lain-lain dokumen berkaitan harta si mati.
Kembali ke Atas
Bagaimanakah penyelesaian harta-harta alih seperti kenderaan, wang simpanan,
dan saham koperasi simati boleh diselesaikan?
Harta-harta alih yang dimiliki oleh simati bersama dengan harta-harta tak alih
boleh boleh diselesaikan bersama-sama dalam pembicaraan harta pusaka kecil..
Kembali ke Atas
Peneroka (simati) ada membuat wasiat yang bertentangan dengan sekatan
tanah GSA? Bolehkah wasiat itu dilaksanakan?

Sebarang wasiat yang tidak selari dengan sekatan-sekatan tanah, tidak dapat
dilaksanakan.
Kembali ke Atas
Dokumen hakmilik bagi tanah-tanah rancangan dikeluarkan berperingkat. Ada
sebahagiannya dikeluarkan terdahulu dan pernah diturunmilik kepada
seseorang. Bolehkah dokumen tanah yang diterima kemudian itu diturunmilik
kepada seseorang yang lain?
Dokumen tanah yang diterima kemudian tidak boleh diturunmilik kepada waris
lain. Ini adalah disebabdkan hakmilik yang tertinggal itu akan menuruti perintah
yang sama dalam perbicaraan terhadap hakmilik yang dibicarakan terdahulu,
kerana kesemuanya adalah hakmilik berangkai.
Kembali ke Atas
Apakah rasional sekatan kepentingan tanah GSA yang tidak membenarkan tanah
dimiliki oleh lebih daripada dua orang pemilik?
Rasional di atas sekatan kepentingan ini adalah berdasarkan kepada matlamat
Akta GSA itu sendiri, iaitu untuk memaksimumkan hasil daripada kegiatan
pertanian, yang mana hakmilik tidak boleh dimiliki oleh pemilik yang ramai.
Kembali ke Atas
Adakah tanah yang dikeluarkan hakmiliknya atas nama isteri si mati seperti kes
peneroka meninggal sebelum dokumen hakmilik dikeluarkan di kira sebagai
harta pusaka si mati atau isterinya?
Sepatutnya, harta itu adalah harta peneroka asal. Walaubagaimanapun, setelah
dokumen hakmilik didaftarkan kepada nama isteri simati, Pentadbir Tanah perlu
merujuk kepada Seksyen 340 Kanun Tanah Negara, yang menyatakan hakmilik
yang tidak boleh disangkal kepada pemilik yang tertera namanya itu. Maka
demikian, harta itu dikira sebagai harta pusaka isteri simati.
Kembali ke Atas
Peneroka asal telah meninggal dunia sebelum dokumen dikeluarkan. Selepas itu,
dokumen hakmilik dikeluarkan di atas nama isteri peneroka. Bagaimanakah
perkara tersebut berlaku?
Perkara ini berlaku kerana waris tidak membuat permohonan pusaka dengan
merujuk kepada nombor R.O.H setelah peneroka meninggal dunia. Oleh yang
demikian urusan pengeluaran dokumen hakmilik telah ditukar terus kepada
nama isteri simati tanpa ada perintah perlantikan pentadbir daripada Pentadbir
Tanah.
Kembali ke Atas
Sekiranya perkahwinan tidak didaftarkan mengikut Akta memperbaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, apakah balu/duda layak

mewarisi harta pusaka salah seorang daripada mereka sekiranya berlaku


kematian?
Walaupun perkahwinan mereka dianggap tidak sah di bawah Akta berkenaan,
namun balu/duda masih layak mewarisi harta pusaka salah seorang daripada
mereka, sekiranya dapat dibuktikan bahawa perkahwinan di antara mereka
berdua telah sebenarnya berlaku mengikut adat dan amalan masyarakat
mereka.
Kembali ke Atas
Kesemua waris tinggal berjauhan dari tempat terletaknya harta pusaka simati,
tidak berminat kepada harta pusaka tersebut, dan berhasrat untuk menjual
harta. Bolehkah ia dilaksanakan?
Waris boleh menjual pusaka tersebut walaubagaimanapun Pentadbir Tanah akan
mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir terlebih dahulu, dan pentadbir perlu
mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk kebenaran menjual harta.
Kembali ke Atas
Adakah Ibu dan bapa simati yang mengalami masalah nyanyuk masih dikira
sebagai waris simati?
Walaupun kedua ibu bapa si mati sudah tua dan nyanyuk mereka masih di kira
waris yang sah dan layak ke atas pusaka si mati.
Kembali ke Atas
Apakah yang dimaksudkan dengan tanah adat (customary land)
Tanah adat adalah merujuk kepada tanah di bawah hakmilik Pejabat Tanah yang
diwartakan di bawah Enakmen Pegangan Adat, Bab 215 dan Enakmen Pegangan
Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dan ianya diwarisi secara turun temurun oleh
sesuatu suku kaum secara berkelompok. Dalam sijil daftar tanah tersebut tercatit
nama suku atau kaum berkenaan. Tanah adat terdapat di Negeri Sembilan dan
Melaka.
Kembali ke Atas
Apakah hak anak luar nikah terhadap pewarisan harta?
Anak luar nikah boleh mewarisi harta ibunya tetapi tidak boleh mewarisi harta
bapanya.
Kembali ke Atas
Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka?
Harta pusaka ialah semua harta dan kepentingan si mati yang kematiannya telah
dapat dibuktikan.
Kembali ke Atas

Adakah konsep harta sepencarian turut digunapakai dalam pembahagian harta


pusaka si mati yang bukan beragama Islam?
Konsep harta sepencarian tidak berlaku dalam pembahagian pusaka&nbsp
bukan Islam namun, wujud konsep matrimonial asset di kalangan bukan Islam di
mana harta akan dibahagikan di antara suami dan isteri sebaik sahaja
perkahwinan mereka dibubarkan tetapi tidak selepas kematian suami atau isteri
tersebut.
Kembali ke Atas
Bagaimana hak perwarisan seorang isteri / suami yang telah diperuntukan harta
sepencarian kepadanya?
Walaupun telah diperuntukan bahagian harta sepencarian atau harta syarikat,
namun isteri/suami masih boleh mewarisi baki harta si mati secara faraid
bersama-sama waris-waris lain.
Kembali ke Atas
Bolehkah seorang suami menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka
isterinya yang telah meninggal dunia?
Asas hukumnya adalah sama sebagaimana tuntutan yang dibuat oleh seorang
isteri iaitu perlu merujuk ke Mahkamah Syariah dan perintah yang dikeluarkan
akan digunapakai dalam urusan pembahagian pusaka selanjutnya.
Kembali ke Atas
Bolehkah seorang isteri menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka
suaminya yang telah meniggal dunia?
Seseorang isteri boleh menuntut harta sepencarian di atas harta pusaka
suaminya dan ia hendaklah dikemukakan di Mahkamah Syariah dengan
menyertakan bukti-bukti yang boleh menyokong tuntutan tersebut. Sumbangan
isteri dalam perolehan atau pengumpulan harta berkenaan akan diambilkira
sebagai asas dalam menentukan jumlah yang layak diperuntukan. Perintah
dalam Mahkamah Syariah akan digunapakai dalam pembahagian harta pusaka si
mati tersebut.
Kembali ke Atas
Apakah perkara-perkara yang perlu diselesaikan oleh waris sebelum harta
pusaka si mati dibahagikan?
Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan oleh waris si mati sebelum
harta pusaka dibahagikan. Imam Nawawi dalam kitabnya (Minhaj -El-Tolibin)
telah menjelaskan bahawa 3 perkara yang perlu diselesaikan oleh ahli waris
ialah:
a. Belanja pengkebumian

b. Hutang si mati
c. Wasiat
Kembali ke Atas
Siapakah yang berhak ke atas harta pusaka si mati seandainya si mati tidak
mempunyai waris?
Seandainya si mati tidak meninggalkan waris, maka Akta Pembahagian 1958
memperuntukan harta tersebut kembali kepada kerajaan untuk diuruskan.
Kembali ke Atas
Adakah Akta Pembahagian 1958 memperuntukan apa-apa bahagian kepada
waris yang telah mati terdahulu dari si mati?
Tiada peruntukan untuk waris yang mati terdahulu dari si mati dan Akta
menyatakan hanya waris yang hidup (surviving issues) sahaja yang layak
mendapat harta si mati.
Kembali ke Atas
Bolehkah harta pusaka si mati yang bukan berugama Islam dan meninggalkan
wasiat diselesaikan di bawah bidang kuasa pusaka kecil sekiranya nilai
keseluruhan harta tersebut kurang atau RM 2 juta?
Penyelesaian harta pusaka berwasiat bagi bukan Islam adalah terletak di bawah
jurisdiksi Mahkamah Tinggi. Oleh yang demikian, sekiranya simati meninggalkan
wasiat sama ada mewasiatkan sebahagian atau kesemua hartanya dan nilai
hartanya adalah RM2 juta atau kurang ianya tidak ditakrifkan sebagai harta
pusaka kecil.
Kembali ke Atas
Di daerah manakah di Negeri Sembilan dan Melaka terdapat tanah adat
tersebut?
Tanah adat banyak terdapat di daerah Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Jempol,
Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan. Manakala di Melaka, tanah adat terdapat
di daerah Alor Gajah dan Jasin. Keluasan keseluruhan tanah adat di Negeri
Sembilan ialah 34.550 ekar.
Kembali ke Atas
Apakah sistem pewarisan mengikut adat ini berbeza dengan sistem pewarisan
mengikut undang-undang Islam (faraid) dan sejauh manakah pemakaianya?
Terdapat perbezaan dalam sistem pewarisan tanah adat terutama dari segi
waris-waris yang berhak dan bahagian waris-waris tersebut.
Walaubagaimanapun, pemakaiannya hanyalah terbatas di bawah Enakmen

Pegangan Adat Bab 215 dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960
yang mempunyai jumlah keluasan sebanyak 13, 981 hektar.
Kembali ke Atas
Apakah tindakan yang boleh di ambil untuk menyelesaikan pembahagian pusaka
sekiranya terdapat waris si mati yang hilang dan tidak dapat di kesan?
Kehilangan waris berkenaan boleh diiklankan di akhbar-akhbar. Selepas tempoh
tertentu perbicaraan boleh diteruskan dan pembahagian akan di buat
berdasarkan hukum faraid bagi yang beragama Islam dan Akta Pembahagian
1958 bagi yang bukan beragama islam. Seterusnya (pentadbir) akan dilantik
bagi mentadbirkan bahagian waris tersebut. Sekiranya perintah penjualan
dikeluarkan, hasil jualan bahagian waris yang hilang tersebut akan di simpan di
Pejabat Amanah Raya berhad.
Kembali ke Atas
Jika waris bermastautin di luar Malaysia, siapakah yang boleh menyaksikan Surat
Persetujuan Pembahagian?
Penyaksian boleh dilakukan oleh Penyaksi Awam atau Perwakilan Malaysia di
negara berkenaan.
Kembali ke Atas
Apakah hak seorang isteri yang diceraikan?
Seorang isteri yang diceraikan berhak menerima harta sepencarian hasil usaha
mereka bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Sekiranya dalam tempoh
iddah, bekas suaminya meninggal dunia, isteri yang diceraikan berhak mewarisi
1/8 daripada harta bekas suaminya.
Kembali ke Atas
Mengapakah tanah-tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan
Berkelompok) 1960 tidak boleh dibahagikan terus kepada waris-waris?
Tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 tertakluk
kepada Seksyen 16 Akta tersebut yang hanya membenarkan turunmilik
dilakukan kepada dua orang waris sahaja.
Kembali ke Atas
Jika si mati ialah warganegara dan mati meninggalkan waris bukan warganegara,
bolehkah waris tersebut mewarisi harta peninggalan si mati?
Waris yang bukan warganegara tidak terhalang dari mewarisi harta si mati.
Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada Peraturan Tanah Negeri yang
sedang berkuatkuasa dan pendaftaran untuk mendaftarkan nama waris warga
asing hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Sekiranya
permohonan diluluskan, sejumlah bayaran pendaftaran mungkin akan dikenakan.

Kembali ke Atas
Sekiranya kematian tidak didaftarkan bolehkah ia dibuktikan dengan dokumen
lain?
Pemohon perlu mengemukakan Surat Akuan Bersumpah yang disediakan
mengikut kehendak Akta Akuan Bersumpah 1960 (Statutory Declarations Act
1960) atau Perintah Anggapan Kematian (Order of Presumption of Death) dari
Mahkamah Tinggi sekiranya si mati telah didapati hilang bagi tempoh yang
melebihi 7 tahun.
Kembali ke Atas
Apakah yang dimaksudkan harta sepencarian atau harta syarikat?
Harta sepencarian atau dikenali sebagai harta syarikat ialah harta yang
diperolehi atau dikumpulkan bersama oleh suami isteri di sepanjang tempoh
perkahwinan mereka. Kebiasaannya ia ditentukan ketika pasangan suami isteri
bercerai. Bahagiannya tidak ditentukan syarak namun ianya tidak melebihi 1/2
daripada keseluruhan harta.
Kembali ke Atas
Mengapakah Akta Pembahagian 1958 diwujudkan?
Akta ini digubal bertujuan untuk menjelaskan hak-hak pewarisan si mati yang
bukan beragama Islam serta bahagian-bahagian setiap seorang daripada
mereka. Akta ini terpakai sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat.
Kembali ke Atas
Bagaimanakah duti harta pusaka ditentukan?
Duti harta pusaka dikira berasakan nilai aset si mati pada tarikh kematiannya,
setelah ditolak belanja pengkebumian. Kadarnya adalah berbeza -beza dari
tahun ke setahun di antara 1% hingga 4%.
Kembali ke Atas
Apakah peruntukan yang digunapakai dalam menyelesaikan harta pusaka tanah
adat ini?
Terdapat beberapa peruntukan yang digunakan dalam menyelesaikan
pembahagian pusaka tanah adat. Peruntukan -peruntukan tersebut adalah
Enakmen Pemegang Tanah Adat Bab 215, Enakmen Pemegangan Adat (Tanah
Lengkongan) tahun 1960 dan Enakmen Rezab.
Kembali ke Atas
Adakah bayaran lain dikenakan?
Bayaran lain yang mungkin dikenakan ialah duti harta pusaka sekiranya
kematian berlaku sebelum 1 November 1991. Jumlahnya tertakluk kepada

Enakmen Duti Harta Pusaka 1941. Kematian selepas tarikh tersebut adalah
dikecualikan daripada duti harta pusaka.
Kembali ke Atas
Adakah seorang Pentadbir (Administrator) yang dilantik oleh Pentadbir Tanah
mempunyai kuasa menjual harta yang ditadbirkannya?
Pentadbir yang dilantik boleh menjual tanah yang ditadbirnya dengan syarat
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pentadbir Tanah atau Mahkamah
Tinggi.
Kembali ke Atas
Bolehkah harta pusaka orang bukan Islam diwarisi oleh orang Islam?
Menurut pandangan ulamak Mazhab Syafi'e berpendapat bahawa orang Islam
tidak boleh mewarisi harta pusaka orang yang bukan beragama Islam, begitu
juga di sebaliknya di mana orang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang
Islam. Bagaimana pun pembahagian harta pusaka orang bukan Islam tertakluk
kepada Akta Pembahagian ( Pindaan ) 1997 -Akta A1004 dan Akta Wasiat 1959
Kembali ke Atas
Di manakah Sijil Faraid boleh diperolehi?
Sijil Faraid boleh diperolehi daripada Mahkamah Syariah melalui permohonan
waris si mati.
Kembali ke Atas
Siapakah yang boleh mewarisi harta si mati?
Sekiranya si mati adalah seorang Islam, waris-waris yang berhak ialah
sebagaimana ditetapkan dalam faraid seperti bapa, ibu, isteri, suami, anak lelaki,
anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya. Bagi simati
bukan Islam, waris adalah sebagaimana dinyatakan dalam (Akta Pembahagian
1958 (Distribution Act 1958) iaitu seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak dan
zuriat / keturunan (issues) yang ke bawah.
Kembali ke Atas
Apakah penama (nominee) yang beragama Islam berhak sepenuhnya kepada
wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Insuran si
mati?
Penama yang telah dilantik oleh si mati berhak untuk mengeluarkan wang-wang
yang telah dinamakan di atasnya bagi mmpercepatkan proses pengeluaran wang
si mati. Namun Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa penama
adalah wasi yang bertanggungjawab untuk membahagikan wang tersebut
kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Kembali ke Atas
Sekiranya sijil kematian hilang, dimanakah boleh diperolehi salinan sijil tersebut?
Cabutan sijil kematian tersebut boleh diperolehi dengan berurusan di pejabat
Jabatan Pendaftaran Negara. Maklumkan nama si mati, no kad pengenalan dan
tarikh kematian bagi memudahakan urusan
Kembali ke Atas
Apakah anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam layak menerima
harta pusaka si mati berkenaan?
Anak angkat kepada si mati yang bukan beragama Islam boleh mewarisi harta si
mati jika status pengangkatannya didaftarkan secara sah di bawah Akta
Pengangkatan 1952 (Akta 257).
Kembali ke Atas
Bolehkah plot-plot bangunan yang belum dikeluarkan hakmilik strata diturunmilik
kepada waris?
Plot-plot bangunan yang masih belum diturunkan hakmilikstrata boleh
diturunmilik kepada waris tetapi perintah pembahagian hanyalah terhad kepada
pengeluaran "Surat Kuasa Tadbir" kepada ahli waris tertentu sahaja yang
kemudiannya akan membuat permohonan kemudian setelah hakmilik strata
dikeluarkan. Ketika itu barulah pembahagian sebenar kepada waris-waris dapat
dilaksanakan.
Kembali ke Atas
Si mati seorang Islam, mempunyai anak angkat yang dipelihara sejak kecil. Sijil
kelahiran anak angkat tersebut mencatatkan nama si mati sebagai bapa
kandung (lawful-father). Bolehkah anak angkat tersebut menerima harta pusaka
si mati?
Anak angkat kepada seseorang yang beragama Islam tidak boleh mewarisi harta
bapa angkatnya walaupun pada sijil kelahiran menyatakan si mati sebagai bapa
kandung (legal father). Sekiranya ada pertikaian, ianya akan dirujuk ke
Mahkamah Syariah yang akan mengesahkan kesahihan pengangkatan tersebut.
Kembali ke Atas
Bolehkah seorang Islam mewasiatkan hartanya kepada anak-anak?
Kadar harta yang boleh diwasiatkan hanyalah 1/3 daripada jumlah keseluruhan
hartanya dan 2/3 harta tersebut perlu ditinggalkan kepada ahli waris yang
berhak untuk diwarisi.
Kembali ke Atas
Apakah bentuk wasiat yang dibenarkan dalam Islam?

Seseorang Islam hanya boleh mewasiatkan harta bendanya kepada orang-orang


yang bukan ahli waris yang boleh mempusakai hartanya secara faraid. Sebagai
contoh si mati mewasiatkan hartanya kepada anak angkat, anak tidak sah taraf,
individu luar yang tiada hubungan waris ataupun badan-badan dan persatuapersatuan yang diluluskan oleh syarak.
Kembali ke Atas
Apakah wasiat?
Wasiat merujuk kepada pemberian harta daripada seseorang yang masih hidup
kepada mana-mana orang atau badan dan ianya dilaksanakan hanya setelah
pemberi tersebut meninggal dunia. Bagi orang bukan Islam, wasiat tertakluk
kepada Akta Wasiat 1958 manakala bagi orang Islam ianya hendaklah selaras
dengan beberapa penentuan syarak.
Kembali ke Atas
Sekiranya simati berugama Islam meninggalkan wasiat, perlukan waris si mati
memohon pembahagian harta pusaka si mati?
Waris perlu memohon pembahagian harta pusaka si mati di Pejabat Tanah/Unit
Pembahagian Pusaka di mana harta tak alih terletak walaupun si mati ada
meninggalkan wasiat dan nilaian keseluruhan harta simati tersebut di bawah
RM2 juta.
Kembali ke Atas
Alamat Ibu Pejabat
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA
Malaysia
Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8881 0796 / +603-8890 1237
webmaster@jkptg.gov.my
Hak Cipta Terpelihara : Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan)
2010-2016

You might also like