You are on page 1of 32

970823-13-5836

SMK Bandar Bintulu


Pengajian Am 900/4

Nama / Kelas Shirley Ta Sze Sze ( U6S2 )

Tema Prasarana : Kemudahan Asas

Isu kajian Perkhidmatan Kesihatan Dan Perubatan

Tajuk Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan di Hospital Bintulu


Medical Center ( BMC )

Objektif 1. Mengenal pasti jenis-jenis perkidmatan


kesihatan dan perubatan yang ditawarkan di
BMC kepada masyarakat Bintulu.
2. Mengkaji faktor-faktor masyarakat Bintulu
mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan
perubatan di BMC .

Kaedah kajian / 1 . Persampelan Mudah Dalam Masyarakat Bintulu


metode 2 . Soal Selidik
3 . Temu Bual
4 . Pemerhatian
5 . Kaedah Rujukan
970823-13-5836

ABSTRAK

Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian iaitu mengenal pasti jenis-jenis
perkidmatan kesihatan dan perubatan yang ditawarkan di Hospital Bintulu Medical
Center ( BMC ) kepada masyarakat Bintulu serta mengkaji faktor-faktor masyarakat
Bintulu mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan di BMC . Kajian ini
dilakukan di Hospital Bintulu Medical Center ( BMC ) . Metodologi kajian yang
digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik , temu bual , pemerhatian dan rujukan .
Sampel kajian seramai 30 orang responden iaitu penduduk Bintulu yang pernah
melawat ke hospital BMC dan terdapat seorang informan . Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pembinaan BMC membawa banyak manfaat dan terdapat
pelbagai jenis perkidmatan kesihatan dan perubatan telah ditawarkan oleh BMC
kepada masyarakat Bintulu. Dapatan kajian berdasarkan soal selidik yang dilakukan
telah menunjukkan faktor-faktor masyarakat Bintulu mendapatkan perkhidmatan
kesihatan dan perubatan di BMC . Kesimpulannya , pembukaan BMC telah mendapat
sambutan yang baik daripada masyarakat Bintulu . Perkhidmatan yang ditawarkan
telah memberi peluang kepada penduduk Bintulu untuk mendapatkan perkhidmatan
kesihatan dan perubatan yang berkualiti.
970823-13-5836

PENGHARGAAN

Yang pertama sekali , pengkaji ingin merakamkan setinggi - tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada Puan Kong Mee Yoke selaku pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu dan kepada Encik Ting Tin Chung sebagai
penolong kanan Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu
yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian luar dan banyak
memberikan sokongan moral kepada pengkaji semasa melaksanakan Kertas Kursus
Pengajian Am Kertas 4 ( 900 / 4 ) Penggal 2 Tahun 2016 yang bertajuk
“ Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan di Hospital Bintulu Medical Center
( BMC ) ” . Tidak lupa juga kepada guru yang menyelia segala perkara yang berkaitan
dengan kajian ini iaitu Puan Kow Pei Hoon . Segala tunjuk ajar dan panduan yang
diberikan dalam menyiapkan kajian ini amat pengkaji hargai dan sanjungi .

Pada kesempatan ini juga , ribuan terima kasih juga diucapkan kepada kedua
ibu bapa pengkaji iaitu Encik Ta Chee Hong dan Puan Wong Leh Ting serta keluarga
yang tidak jemu memberi sokongan moral mahupun kewangan kepada pengkaji
dalam apa jua yang pengkaji lakukan .

Buat teman - teman seperjuangan , terima kasih juga diucapkan kerana sudi
memberi bantuan kepada pengkaji seperti sentiasa memberi sokongan dan memberi
idea sewaktu ketandusan idea . Mereka banyak membantu pengkaji dalam mengajar
pengkaji kemahiran menggunakan ICT . Tanpa bantuan mereka , mustahillah
pengkaji dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan lancar .

Akhir sekali , pengkaji ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak yang terbabit sama ada secara tidak langsung atau
tidak langsung , terutamanya informan Anis Zaini , seorang pekerja di kaunter
informasi BMC yang telah menerima temu bual . Segala budi dan jasa yang kalian
hulurkan , pengkaji akan mengingati selama -lamanya . Dengan kerjasama semua
pihak , pengkaji dapat menjalankan kerja kursus dengan sempurna .
970823-13-5836

1.0 PENGENALAN

Tajuk yang dikaji oleh pengkaji ialah ‘Perkhidmatan Kesihatan dan


Perubatan di Hospital Bintulu Medical Center ( BMC )’. Menurut Kamus
Dewan edisi keempat ( 2007 ) , istilah ‘perkhidmatan’ bermaksud perihal
berkhidmat ataupun kerja untuk kebajikan orang ramai. Menurut Wikipedia
Ensiklopedia bebas ( 2015 ) , istilah ‘perkhidmatan’ memberi maksud kerja yang
dilakukan oleh seseorang individu atau sekumpulan individu yang memberi
manfaat kepda orang lain. Ini termasuklah memberikan tenaga , kemahiran ,
kepakaran dan pengalaman yang bersifat baik kepada masyarakat. Takrif
perkataan ‘perkhidmatan’ dalam Kamus Pelajar edisi kedua ( 2008 ) bermaksud
kerja yang dilakukan untuk kepentingan orang ramai.

Selain itu , merujuk Kamus Dewan edisi keempat ( 2007 ) , istilah


‘kesihatan’ membawa maksud perihal sihat dan kesegaran. Menurut Wikipedia
Ensiklopedia bebas ( 2015 ) , perkataan ‘kesihatan’ pula , bermaksud satu
bentuk homeostasis yang merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim
masuk dan keluar berada dalam keseimbangan badan. ‘Kesihatan’ juga
membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Istilah ‘kesihatan’ juga membawa maksud keadaan badan yang baik dalam
Kamus Pelajar edisi kedua ( 2008 ) .

Istilah ‘perubatan’ diberi maksud perihal berubat , yang berkaitan


dengan ubat atau usaha mengubati dalam Kamus Dewan keempat ( 2007 ).
Perkataan ‘perubatan’ yang tercatat dalam Wikipedia Ensiklopedia bebas
( 2015 ) , bermaksud satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan
mengekalkan kesihatan dan rasa sihat. Dengan perkataan lain , ‘perubatan’ ialah
sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit .Takrif perkataan
‘perubatan’ juga membawa maksud semua perkara yang bersangkutan dengan
hal berubat sekiranya merujuk kepada Kamus Pelajar edisi kedua ( 2008 ) .
Maka , definisi secara keseluruhannya frasa ‘perkhidmatan kesihatan dan
perubatan’ ialah pemberian khidmat nasihat dalam penjagaan kesihatan dan
mengubati penyakit
970823-13-5836

kepada pesakit. Lokasi kajian berfokus kepada Hospital Bintulu Medical Center
( BMC ) .

Sebelum tahun 2010 , daerah Bintulu hanya terdapat sebuah


hospital kerajaan yang terletak di Jalan Nyabau , iaitu Hospital Bintulu. Pada
masa itu , penduduk Bintulu telah menghadapi masalah kekurangan kemudahan
hospital. Masalah bertambah parah lagi , apabila hanya terdapat 6 buah
ambulans untuk kegunaan seluruh daerah Bintulu. Hal ini telah memberi
kesusahan kepada penduduk Bintulu yang ingin mendapatkan rawatan
kecemasan di hospital. Pada tahun 2011 , Hospital Bintulu Medical Center
( BMC ) dibuka dan terletak di pusat Assyakirin Commercial. Tidak dapat
dinafikan bahawa , kewujudan Hospital BMC ini merupakan berita yang baik
kepada penduduk Bintulu. BMC merupakan hospital swasta yang dibuka pada 1
Januari , 2011. Alamatnya ialah Lot 6009 , Blok 31 , Kemena Land District ,
97000 Bintulu Sarawak. BMC dilengkapi dengan kemudahan asas yang agak
sempurna dan mencukupi. Sebagai contohnya , pelbagai klinik pakar , unit
fisioterapi , unit X-ray , pusat pemulihan , perkhidmatan kecemasan dan
penjagaaan kesihatan , unit farmasi dan wad. BMC memberi perkhidmatan yang
terbaik dan berkualiti tinggi kepada pesakit dan pelanggan mereka. Dengan ini ,
masyarakat tidak perlu pergi ke hospital swasta di daerah lain untuk
mendapatkan rawatan kerana BMC juga dapat memberi perkhidmatan kesihatan
dan perubatan yang baik .

Rasional kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui jenis-jenis


perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang ditawarkan oleh BMC .
Perkhidmatan yang ditawarkan telah memberi peluang kepada penduduk Bintulu
untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang berkualiti.
Sebelum ini , pilihan masyarakat Bintulu untuk mendapatkan rawatan di hospital
pakar adalah terhad . Hal ini diperkatakan sebegini , kerana sesiapa yang
berkemampuan dan berpendapatan tinggi , mereka biasanya berharap untuk
memperoleh perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang lebih bermutu . Oleh
itu , BMC telah menjadi pilihan kedua mereka selain hospital kerajaan. Selain
itu , aspek kesihatan rakyat merupakan agenda utama dalam memajukan
970823-13-5836

sesebuah masyarakat . Perkhidmatan kesihatan dan perubatan adalah amat


penting bagi menjamain kesejahteraan masyarakat . Pembukaan BMC telah
mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Bintulu . Pengkaji ingin
mengetahui faktor-faktor masyarakat Bintulu mendapatkan perkhidmtan
kesihatan dan perubatan di Hospital Bintulu Medical Center ( BMC ). Secara
umumnya , persekitaran yang kondusif dan kemudahan asas yang lengkap dapat
membantu pesakit menerima rawatan dengan baik . Dalam aspek ini , pesakit
akan berasa selamat dan selesa dalam proses rawatan dan pemulihan kesihatan
mereka . Pesakit juga berpeluang mendapat rawatan yang cepat selain memilih
doktor pakar yang khas berdasarkan masalah kesihatan badan mereka .
Penduduk Bintulu boleh mendapatkan rawatan di BMC mengikut kemahuan dan
kemampuan kewangannya . Akhir sekali , perkidmatan 24 jam sehari telah
menjadi kelebihan BMC agar masyarakat Bintulu boleh mendapatkan rawatan
pada bila-bila masa .

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk

2.1 . Mengenal pasti jenis-jenis perkidmatan kesihatan dan perubatan yang


ditawarkan di BMC .

2.2 . Mengkaji faktor-faktor masyarakat Bintulu mendapatkan perkhidmatan


kesihatan dan perubatan di BMC .
970823-13-5836

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 KEDUDUKAN BAHAGIAN BINTULU

Peta 1 : Peta Negeri Sarawak


Sumber : Profil Negeri Sarawak
Menurut Sumber Sejarah Malaysia ( 2004 ) , negeri Sarawak merupakan
negeri terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 131,598 km persegi . Negeri
Sarawak terbahagi kepada 9 daerah iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei,
Sibu, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang. Ibu kotanya di Kuching. Menurut sumber
Buku Malaysia 2009 , Buku Rasmi Tahunan , negeri Sarawak dikenali sebagai Bumi
Kenyalang dan menghadap Laut China Selatan. Unjuran penduduknya pada tahun
2010 adalah seramai 2,506,500 orang. Bahagian Bintulu terletak 650 km
dari Bahagian Kuching dan kira-kira 215 km dari Bahagian Sibu dan 205 km dari
Bandar Miri. Bahagian Bintulu terletak di bahagian tengah Negeri Sarawak .
970823-13-5836

Peta 2 : Peta Bahagian Bintulu Sarawak


Sumber : Bintulu Location Guide

Menurut Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Bintulu ( 2009 ), Daerah


Bintulu mempunyai keluasan sekitar 7220 kilometer persegi yang dihuni oleh sekitar
250000 orang. Berdasarkan wikipedia ( 2015 ) , pada asalnya , Bahagian Bintulu
hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang
, cencaluk dan belacan. Bintulu kini muncul sebagai bandar sejak penemuan gas asli
di luar pantai. Daerah Tatau, Sebauh, Tubau merupakan daerah kecil yang di bawah
pentadbiran Bahagian Bintulu . Similajau National Park pula, merupakan taman
nasional Sarawak yang terletak kira-kira 30 km dari Bahagian Bintulu menurut
Bintulu Travel Guide ( 2015 ). Kerajaan Tempatan telah menyediakan banyak
kemudahan asas di bandar Bintulu untuk kebajikan penduduk di bahagian Bintulu .
Oleh itu , aktiviti sosial di bandar Bintulu adalah rancak kerana menjadi tumpuan
penduduk Bahagian Bintulu .
970823-13-5836

3.2 KEDUDUKAN HOSPITAL BINTULU MEDICAL CENTER ( BMC )

Pelan 1 : Pelan Lokasi Hospital Bintulu Medical Center


Sumber : Google Maps
Tempat yang menjadi lokasi kajian ialah Hospital Bintulu Medical Center
yang terletak di Assyakirin Commercial Center , Jalan Sultan Iskandar. Lokasi BMC
adalah strategik kerana terdapat bank , hotel , kedai runcit , restoran , dan stesen bas
di kawasan berdekatan dengannya . Bintulu Sentral , Assyakirin Commercial Center
dan Medan Jaya Commercial Center merupakan pusat perniaggan yang sibuk . Di
arah selatan dan barat BMC merupakan kedai-kedai perniagaan , di arah timur BMC
adalah Masjid Assyakirin Bintulu . Di arah utara pula , adalah Farley Mini market dan
Shell Minyak stesen yang terletak di Medan Jaya .
970823-13-5836

Foto 1 : Papan Tanda Arah Ke Hospital Bintulu Medical Center


Sumber : Kerja Lapangan 2016
Papan tanda ini terletak di simpang Jalan Sultan Iskandar yang menuju ke Tanjung
Batu .

Foto 2 : Foto Hospital Bintulu Medical Center


Sumber : Google Maps
Foto 1 telah menunjukkan banguan Hospital Bintulu Medical Center yang
terletak di Assyakirin Commercial Center , Jalan Sultan Iskandar bertentangan dengan
simpang empat yang sibuk .
970823-13-5836

4.0 METODOLOGI KAJIAN\

Bahagian ini membincangkan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk


mencapaikan objektif kajian . Metodologi kajian meliputi cara mendapatkan makluma
dan data , cara memproses data dan mempersembahkan data.

4.1 Cara Mendapatkan Sampel

Persampelan mudah akan digunakan untuk membuat kajian ini . Sampel terdiri
daripada masyarakat Bintulu yang pernah melawat ke Hospital Bintulu Medical
Center ( BMC ) . Pengkaji telah memilih 30 orang sebagai responden untuk
menjawab soal selidik . Mereka sememangnya mengetahui tentang kewujudan
Hospital Bintulu Medical Center ( BMC ) yang terletak di Assyakirin Commercial
Center, Bintulu . Seorang informan , pekerja dari kaunter informasi BMC telah
ditemu bual untuk mendapat maklumat tentang jenis - jenis perkhidmatan kesihatan
dan perkhidmatan yang telah ditawarkan .

4.2 Cara Mendapatkan Maklumat Dan Data

Cara-cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data adalah


melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian dan kaedah rujukan.

4.2.1 Soal Selidik

Soalan yang ringkas dan mudah difahami telah dikemukakan dalam borang
soal selidik . Borang soal selidik yang digunakan mengandungi dua bahagian iaitu
Bahagian A merupakan maklumat diri responden manakala Bahagian B pula ,
terdapat 6 soalan yang mengenai dengan faktor-faktor masyarakat Bintulu
mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan di hospital Bintulu Medical
Center ( BMC ) .

Bagi Bahagian A , aspek jantina , kaum , dan pendapatan telah diperoleh atas
kepentingan kajian ini .Untuk menjalankan kajian ini , borang soal selidik perlu
diedarkan kepada 30 orang responden . Bahagian B pula , pengkaji telah
menggunakan skala likert 5 mata dalam Bahagian B untuk memudahkan responden
menjawab soalan . Petunjuk skala likert 5 mata itu ialah 1 = sangat tidak setuju , 2 =
tidak setuju , 3 = tidak pasti , 4 = setuju dan 5 = sangat setuju . Melalui kaedah ini ,
pengkaji dapat mengumpul dan menganalisiskan data dengan lebih cepat dan efektif .
970823-13-5836

4.2.2 Temu Bual

Soalan-soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis perkidmatan kesihatan dan


perubatan yang ditawarkan di Hospital Bintulu Medical Center ( BMC ) kepada
masyarakat Bintulu dan faktor-faktor masyarakat Bintulu mendapatkan perkhidmatan
kesihatan dan perubatan di BMC telah dikemukakan . Kaedah temu bual digunakan
adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada informan . Temu
bual yang informal telah dijalankan supaya informan berasa selesa semasa memberi
respon kepada pengkaji . Informan Anis Zaini telah ditemu bual untuk memdapatkan
information secara kualitatif .Temu bual telah dijalankan pada 19 March 2016 pada
10 a.m. pagi semasa cuti sekolah di kaunter informasi BMC dan telah mengambil
masa sekurang-kurangnya 25 minit .

4.2.3 Pemerhatian

Keadah permehatian merupakan kaedah terawal dalam kajian ini . Kaedah ini
dijalankan bertujuan memahami dan mengetahui situasi lapangan kajian dan
memperoleh maklumat secara kualitatif . Pengkaji telah memerhatikan tempat kajian
kursus , iaitu Hospital Bintulu Medical Center ( BMC ) pada waktu petang selepas
tamat waktu persekolahan . Lokasi kajian telah dilawat sebanyak dua kali .

4.2.4 Rujukan

Pengkaji telah menggunakan kemudahan laman sesawang untuk mendapatkan


sumber rujukan . Sumber-sumber Internet telah diguna pakai dalam kajian ini untuk
mengetahui perkidmatan kesihatan dan perubatan yang biasanya ditawar oleh hospital
dan fungsi-fungsi pelbagai unit seperti unit X-ray , unit farmasi dan sebagainya.
Selain itu , peta dan latar belakang Hospital Bintulu Medical Center ( BMC ) turut
dirujuk dari Internet . Pengkaji juga menggunakan Kamus Dewan Edisi keempat ,
Wikipedia Ensiklipedia dan Kamus Pelajar untuk mencari definisi tajuk kerja kursus
ini .

4.3 Cara Memproses Data Dan Mempersembahkan Data


970823-13-5836

Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan pandangan daripada


masyarakat Bintulu tentang faktor-faktor masyarakat Bintulu mendapatkan
perkhidmatan kesihatan dan perubatan di BMC . Selepas data di kumpulkan melalui
soal selidik tersebut, analisis secara deskriptif akan dijalankan berdasarkan data yang
diperoleh . Bagi bahagian A pada borang soal selidik , data yang diperoleh
dibahagikan kepada jantina , kaum dan pendapatan manakala bagi bahagian B pula ,
kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk skala
likert . Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu
data . Untuk mendapatkan data yang teliti , Skala Likert 5 mata digunakan untuk
mendapatkan perspesi responden tentang persoalan yang dikaji . Selepas itu ,
kekerapan dan peratusan akan dikira dan keterangan secara deskriptif akan dibuat .
Data dan hasil analisis akan dipersembahkan dalam bentuk jadual , carta pai atau graf
bar di bahagian Dapatan Kajian dan perbincangan .

Dalam pada itu, kaedah temu bual juga digunakan untuk mendapatkan
maklumat daripada informan . Skrip wawancara dan hasil respon daripada informan
kepada soalan-soalan yang ditanya telah direkodkan dan dipersembahkan dalam
bentuk skrip wawancara . Skrip tersebut dilampirkan dalam kerja kursus ini dan
dijadikan bahan rujukan dalam penulisan penulisan Dapatan Kajian . Akhir sekali ,
foto yang berkaitan dengan jenis-jenis perkidmatan kesihatan dan perubatan yang
ditawarkan di Hospital Bintulu Medical Center ( BMC ) telah diambil pada masa cuti
sekolah atas tujuan pemerhatian lalu dipaparkan di bahagian dapatan kajian dan
bahagian lokasi kajian .. Lokasi kajian dilawat atas tujuan mengumpulkan maklumat.
Bagi penyataan yang mengguanakan skala lkert , poin yang diberi sperti berikut :

Jadual 1 : Skala Likert


Skala Poin
Sangat Setuju 5
Setuju 4
Tidak Pasti 3
Tidak setuju 2
Sangat tidak setuju 1
Sumber : Kajian Lapangan 2016
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
970823-13-5836

Bahagian ini menerangkan keputuasan analisis data berdasarkan tindak balas


responden terhadap faktor-faktor masyarakat Bintulu mendapatkan perkhidmatan
kesihatan dan perubatan di Hospital Bintulu Medical Center ( BMC ) . Soal selidik
yang dijalankan berkaitan perspesi penduduk terhadap perkhidmatan kesihatan dan
perubatan yang ditawarkan . Data yang telah dikumpulkan selain dikirakan untuk
mendapatkan statistik seperti nilai peratusan , min purata dan kekerapan .

5.1 Data Demografi responden

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Bintulu yang


pernah melawat ke BMC telah disol selidik . Analisis latar belakang responden yang
meliputi aspek jatina , kaum dan pendapatan telah dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan rajah .

5.1.1 Jantina

Jadual 2 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina


Jatina Kekerapan ( orang ) Peratus ( % )
Lelaki 15 50
Perempuan 15 50
Sumber : Kajian Lapangan 2016

JANTINA

50%
50%
Lelaki
Perempuan

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jatina


Sumber : Kajian Lapangan 2016
Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 orang responden seramai 15 orang
lelaki ( 50% ) dan 15 orang perempuan ( 50% ) telah dipilih dari penduduk Bintulu .
970823-13-5836

Jadual 2 dan rajah 1 telah jelas menunjukkan bahawa tiada perbezaan jurang dalam
pemilihan jantina oleh pengkaji . Hal ini disebabkan pemilihan jantina yang seimbang
amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang diperoleh ini adalah tidak
bias ataupun sebelah terhadap satu jantina sahaja .

5.1.2 Kaum

Jadual 3 : Demografi Responden Berdasarkan Kaum


Kaum Kekerapan ( orang ) Peratus ( % )
Melayu 9 30
Cina 17 56.7
Iban 3 10
Lain-lain 1 3.3
Sumber : Kajian Lapangan 2016

Kaum
3.30%
10%
30%

Melayu
Cina
Iban
56.70% Lain-lain

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Kaum


Sumber : Kajian Lapangan 2016
Daripada Jadual 3 dan Rajah 2 di atas , terdapat 4 golongan kaum dalam
kalangan 30 orang responden . Golongan kaum yang berbeza dipilih sebagai
responden adalah untuk mendapatkan pandangan yang berbeza dalam kajian ini .
Responden golongan kaum cina merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai
17 orang ( 56.7 % ) manakala golongan kaum Melayu dan kaum Iban pula , terdapat
bilangan responden iaitu 9 orang ( 30% ) dan 3 orang ( 10 % ) . Respondengolongan
970823-13-5836

kaum lain-lain mempunyai 1 orang ( 3.3 % ) sahaja dalam kajian ini . Hal ini telah
membuktikan kebergantungan berbagai-bagai kaum terhadap perkhidmatan kesihatan
dan perubatan yang ditawarkan adalah berbeza .

5.1.3 Pendapatan

Jadual 4 : Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan


Pendapatan Kekerapan ( orang ) Peratus ( % )
RM 2000 ke bawah 3 10
RM 2001 - RM 3000 3 10
RM 3001 - RM 4000 5 16.7
RM 4001 – RM 5000 9 30
RM 5001 ke atas 10 33.3
Sumber : Kajian Lapangan 2016

Pendapatan

10%
33.30% 10%
RM 2000 ke bawah

16.70% RM 2001 - RM 3000


RM 3001 - RM 4000
RM 4001 - RM 5000
30%
RM 5001 ke atas

Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan


Sumber : Kajian Lapangan 2016
Pendapatan responden telah dianalisiskan dalam Jadual 4 dan Rajah 3 . Rajah
3 telah menunjukkan kebanyakkan responden daripada 30 responden berpendapatan
RM5001 ke atas , iaitu 10 orang ( 33.3 % ) . Selain itu , terdapat bilangan responden
yang sama iaitu seramai 3 orang ( 10 % ) yang berpendapatan RM2001 - RM 3000
dan RM 2000 ke bawah dengan masing - masing . Selain itu , terdapat 9 orang
( 30 % ) dalam golongan yang berpendapatan RM 4001 - RM 5000 dan bakinya pula
970823-13-5836

ialah responden yang berpendapatan RM 3001 - RM 4000 dengan peratusan sebanyak


5 orang ( 16.7 % ) . Responden mendapatkan rawatan dengan mengikut kemahuan
dan kemampuan kewangannya .

5.2 Mengenal Pasti Jenis-jenis Perkhidmatan Kesihatan Dan Perubatan Yang


Ditawarkan Di BMC Kepada Masyarakat Bintulu
970823-13-5836

Foto 3 : Klinik Pakar Kanak - kanak


Sumber : Kerja Lapangan 2016
Foto di atas menunjukkan klinik pakar kanak-kanak Doktor Ho . Klinik ini
adalah satu - satunnya klinik pakar kanak-kanak di BMC . Menurut informan Anis
Zaini , sejak kebelakangan ini , bilangan pelawat klinik kanak-kanak ini lebih banyak
dari biasa . Hal ini disebabkan perubahan cuaca yang semakin panas lalu
mengakibatkan kanak-kanak menjadi sakit .
970823-13-5836

Foto 4 : Klinik Pakar sakit Puan


Sumber : Kerja Lapangan 2016

Foto di atas menunjukkan klinik pakar sakit puan . Perkhidmatan Antenal


( rawatan ibu-ibu hamil sepanjang kehamilan ) , ibu bersalin , rawatan kesuburan ,
rawatan masalah haid dan menopaus ,serta prosedur dan pembedahan telah
ditawarkan di klinik ini .

Foto 5 : Klinik pergigian


Sumber : Kerja Lapangan 2016

Foto di atas menunjukkan klinik pergigian . Klinik ini telah merangkumi


beberapa jenis rawatan seperti pemeriksaan dan diagnose , tampalan gigi , cabutan
gigi , prostetik ( pembekalan / pembaikan dentur) dan Endodontik (rawatan akar
gigi) .
970823-13-5836

Foto 6 : Pusat Perkhidmatan Kecemasan


Sumber : Kerja Lapangan 2016
Foto di atas menunjukkan pusat perkhidmatan kecemasan . Perkidmatan 24
jam telah ditawarkan oleh pusat perkhidmatan kecemasan . Menurut informan Anis
Zaini , perkhidmatan ini sebenarnya memberi kemudahan kepada sesiapa yang ingin
mendapatkan rawatan lanjut pada bila-bila masa , orang yang mendapatkan
perkhidmatan biasanya mereka yang mengalami kemalangan jalan raya . Pusat
perkhidmatan kecemasan ini mempunyai 2 buah ambulans dan satu daripada
ambulans sedang dibaiki .
970823-13-5836

Foto 7 : Unit Farmasi


Sumber : Kerja Lapangan 2016

Foto 7 menunjukkan unit farmasi . Unit farmasi merupakan tempat


pengambilan ubat . Di sebelahnya adalah pusat pemulihan kesihatan dan unit
kecemasan . Lokasinya adalah di tingkat bawah dan dapat diperhatikan setelah masuk
ke pintu hadapan BMC .
970823-13-5836

Foto 8 : Klinik Orthopedik


Sumber : Kerja Lapangan 2016

Foto di atas menunjukkan klinik orthopedik . Biasanya orang yang mengalami


kecedaraan tulang akan melawat ke klinik ini . Jenis - jenis perkhidmatan yang
ditawarkan meliputi pembedahan athroplasti, pembedahan tangan, pembedahan kaki,
rawatan kecederaan sukan, rehabilitasi ortopedik dan onkologi. Lokasi klinik ini
berada di tingkat 1 .

Foto 9 : Unit Fisioterapi


Sumber : Kerja Lapangan 2016

Foto di atas menunjukkan unit fisioterapi . Matlamat utama unit fisioterapi


adalah menyediakan perkhidmatan pemulihan yang efektif dan komprehensif dengan
pendekatan holistik untuk membantu dan membolehkan seseorang pesakit mencapai
tahap kefungsian yang optima dan pencapaian kualiti hidup berdikari dalam aktiviti
seharian. Lokasi klinik ini berada di tingkat 1 .
970823-13-5836

Foto 10 : Unit Pengimejan Dan Diagnostik ( X – ray )


Sumber : Kerja Lapangan 2016

Foto di atas menunjukkan unit X-ray . Lokasi unit ini berada di tingkat 1 .
Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pengendalian pemeriksaan
radiologi , pemonitoran dos radiasi untuk anggota radiologi , pengurusan
mendapatkan laporan pakar radiologi dan menganalis filem-filem x-ray .

Foto 11 : Pusat Cuci Buah Pinggang ( Hemodialisis )


Sumber : Kerja Lapangan 2016
Foto di atas menunjukkan pusat cuci buah pinggang . Lokasi unit ini berada di
tingkat 1 . Menurut informan Anis Zaini , hemodialisis ialah satu daripada kaedah
rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis dengan tiga kali
seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan.
970823-13-5836

Foto 11 : Klinik Pakar Telinga , Hidung , Tekak , Bedah kepala dan Leher
Sumber : Kerja Lapangan 2016

Foto 11 menunjukkan Klinik Pakar Telinga , Hidung , Tekak , Bedah kepala


dan Leher . Perkhidmatan rawatan yang dibekalkan bukan sahaja kepada orang
dewasa tetapi juga kanak-kanak . Lokasi unit ini berada di tingkat 1 . Penyakit hidung
, masalah alergi ENT , penyakit tiroid, benjolan leher, kelenjar air liur , kanser
nasofarinks (NPC) , penyakit berdengkur, masalah tekak dan peti suara adalah
penyakit yang biasa menerima rawatan di klinik ini berdasarkan penyataan informan
Anis Zaini .
970823-13-5836

Foto 12 : Senarai Tugas Doktor Pakar BMC


Sumber : Kerja Lapangan 2016
Foto 12 menunjukkan senarai tugas doktor pakar BMC . Papan tanda ini telah
ditunjukkan di lobi tingkat bawah supaya dapat diperhatikan setelah masuk ke pintu
hadapan BMC sebagai pengetahuan kepada orang umun .
970823-13-5836

5.3 FAKTOR-FAKTOR MASYARAKAT BINTULU MENDAPATKAN


PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN PERUBATAN DI HOSPITAL
BINTULU MEDICAL CENTER ( BMC )

Jadual 5 : Faktor-faktor Masyarakat Bintulu Mendapatkan Perkhidmatan


Kesihatan Dan Perubatan Di BMC
BIL FAKTOR- 1 2 3 4 5 MIN
FAKTOR f % f % f % f % f %
1 Kos rawatan 5 16.7 4 13.3 9 30 9 30 3 10 3.0
hospital adalah
berpatutan .
2 Kemudahan 0 0 4 13.3 13 43.3 8 26.7 5 16.7 3.5
yang disediakan
adalah lengkap .
3 Perkhidmatan 0 0 2 6.7 4 13.3 14 46.7 10 33.3 4.1
kecemasan 24
jam sehari telah
memberi
kemudahan .
4 Perkhidmatan 0 0 2 6.7 4 13.3 11 36.7 13 43.3 4.2
doktor pakar
dalam pelbagai
bidang
ditawarkan .
5 Hospital ini 0 0 1 3.3 8 26.7 9 30 12 40 4.1
berperanan
sebagai pusat
servis sehentian .
6 Perkhidmatan 0 0 2 6.7 6 20 12 40 10 33.3 4.0
yang diberikan
adalah cekap
dan mesra .
Sumber : Kajian Lapangan 2016
970823-13-5836

Faktor - faktor Masyarakat Bintulu Mendapatkan


Perkhidmtan Kesihatan Dan Perubatan Di Hospital Bintulu
Medical Center

14

12

10
Kekerapan ( orang )

Sangat
8 tidak setuju

Tidak
setuju
6
Tidak pasti

Setuju
4

Sangat
setuju
2

0
Faktor 1 Faktor 2 Faktor 3 Faktor 4 Faktor 5 Faktor 6

Faktor - faktor Mendapatkan Perkhidmatan Kesihatan


Dan Perubatan

Rajah 4 : Faktor-faktor Masyarakat Bintulu Mendapatkan Perkhidmatan Kesihatan


Dan Perubatan Di BMC
Sumber : Kajian Lapangan 2016
970823-13-5836

Berdasarkan Jadual 5 , terdapat 3 orang ( 10% ) responden sangat setuju akan


kos rawatan hospital adalah berpatutan dan bagi yang sangat tidak setuju pula ,
terdapat 5 orang ( 16.7 % ) daripada keseluruhan responden . Sebanyak 9 orang
( 30 % ) responden memilih kategori tidak pasti dan kategori setuju dengan masing -
masing akan faktor ini , manakala bakinya ialah 4 orang ( 13.3% ) yang memilih
kategori tidak setuju . Hal ini telah menyebabkan min purata 3.0 , iaitu skala likertnya
bernombor 3 iaitu kebanyakan responden tidak pasti akan faktor ini .

Faktor kedua adalah kemudahan yang disediakan adalah lengkap . Seramai 5


orang memilih kategori amat setuju bersamaan 16.7 % dan seramai 8 orang
bersamaan 26.7 % memilih kategori setuju . Bagi kategori tidak setuju pula , telah
dipilih oleh 4 orang ( 13.3 % ) daripada keseluruhan responden manakala tiada orang
( 0% ) yang memilih kategori sangat tidak setuju . Bakinya ialah 13 orang ( 43.3 % )
yang memilih kategori tidak pasti . Maka , min purata 3.5 , iaitu skala likertnya
bernombor 3 iaitu kebanyakan responden tidak pasti akan faktor ini .

Kebanyakkan responden daripada 30 responden setuju akan perkhidmatan


kecemasan 24 jam sehari telah memberi kemudahan , iaitu 14 orang ( 46.7% )
responden . Selain itu , terdapat 10 orang ( 33.3 % ) responden yang memilih kategori
sangat setuju manakala tiada orang ( 0% ) yang berpendapat sangat tidak setuju akan
faktor ini . Namun begitu , terdapat 4 orang ( 13.3 % ) daripada keseluruhan
responden memilih kategori tidak pasti manakala bagi kategori tidak setuju pula ,
telah dipilih oleh 2 orang ( 6.7 % ) daripada keseluruhan responden Oleh itu , min
purata 4.1 , iaitu skala likertnya bernombor 4 iaitu kebanyakan responden setuju akan
faktor ini . Informan Anis Zaini telah berpendapat bahawa perkhidmatan kecemasan
24 jam sehari telah banyak memberi kemudahan kerana pesakit boleh mendapat
rawatan lanjut pada bila-bila masa .

Faktor keempat adalah perkhidmatan doktor pakar dalam pelbagai bidang


ditawarkan . Seramai 11 orang bersamaan 36.7 % memilih kategori setuju manakala
sebanyak 13 orang ( 43.3 % ) memilih kategori sangat setuju . Bagi kategori tidak
pasti pula , telah dipilih oleh 4 orang ( 13.3 % ) responden sahaja daripada
keseluruhan responden . Bagi kategori tidak setuju pula , telah dipilih oleh 2 orang
( 6.7 % ) daripada keseluruhan responden manakala tiada orang ( 0% ) yang memilih
kategori sangat tidak setuju Dengan ini , min purata 4.2 , iaitu skala likertnya
970823-13-5836

bernombor 4 iaitu kebanyakan responden setuju akan faktor ini . Informan Anis Zaini
telah berpendapat pesakit berpeluang mendapat rawatan yang cepat selain memilih
doktor pakar yang khas berdasarkan masalah kesihatan badan mereka melalui
perkhimatan ini .

Terdapat 12 orang ( 40 % ) responden memilih kategori sangat setuju


manakala tiada orang ( 0% ) yang memilih kategori sangat tidak setuju akan hospital
ini berperanan sebagai pusat servis sehentian . Terdapat 1 orang ( 3.3 % ) responden
memilih kategori tidak setuju dalam faktor ini . Bakinya ialah 8 orang ( 26.7 % ) yang
memilih kategori tidak pasti . Maka , min purata 4.1 , iaitu skala likertnya bernombor
4 iaitu kebanyakan responden setuju akan faktor ini .

Faktor yang terakhir adalah perkhidmatan yang diberikan adalah cekap dan
mesra . Seramai 10 orang bersamaan 33.3 % memilih kategori sangat setuju manakala
sebanyak 12 orang ( 40 % ) memilih kategori setuju . Bagi kategori tidak pasti pula ,
telah dipilih oleh 6 orang ( 20 % ) responden sahaja daripada keseluruhan responden .
Tiada orang ( 0% ) yang berpendapat sangat tidak setuju akan faktor ini . Namun
begitu , terdapat 2 orang ( 6.7 % ) daripada keseluruhan responden memilih kategori
tidak setuju . Dengan ini , min purata 4.0 , iaitu skala likertnya bernombor 4 iaitu
kebanyakan responden setuju akan faktor ini . Informan Anis Zaini telah berpendapat
doktor dan kakitangan selalu melayan pelawat dengan hormat .
970823-13-5836

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini mengemukakan dua objektif kajian iaitu mengenal pasti jenis-jenis
perkidmatan kesihatan dan perubatan yang ditawarkan di Hospital Bintulu Medical
Center ( BMC ) kepada masyarakat Bintulu serta mengkaji faktor-faktor masyarakat
Bintulu mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan di BMC .

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui jenis-jenis perkhidmatan


kesihatan dan perubatan yang ditawarkan oleh BMC . Perkhidmatan yang ditawarkan
telah memberi peluang kepada penduduk Bintulu untuk mendapatkan perkhidmatan
kesihatan dan perubatan yang berkualiti. Sebagai contohnya , pusat cuci buah
pinggang , klinik pakar telinga , hidung , tekak , bedah kepala dan leher , klinik pakar
kanak-kanak , klinik pakar sakit puan , klinik orthopedik , unit fisioterapi , klinik
pergigian , pusat perkhidmatan kecemasan , unit farmasi serta unit pengimejan dan
diagnostik telah dibekalkan di BMC . Oleh itu , pembinaan BMC membawa banyak
manfaat .

Pengkaji telah menjalankan soal selidik berkaitan dengan faktor-faktor


masyarakat Bintulu mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan di BMC . 30
orang responden yang berbeza jantina , kaum dan pendapatan telah diambil . Data
yang telah diperoleh daripada soal selidik dianalisisi dan dijelaskan secara deskriptif
dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan . Secara rumusannya , hasil analisis
telah menunjukkan perkhidmatan doktor pakar dalam pelbagai bidang ditawarkan
merupakan faktor dominan masyarakat Bintulu mendapatkan perkhidmatan kesihatan
dan perubatan di BMC . Penyataan ini telah disokong oleh Informan Anis Zaini yang
berpendapat bahawa pesakit berpeluang mendapat rawatan yang cepat selain memilih
doktor pakar yang khas berdasarkan masalah kesihatan badan mereka melalui
perkhimatan ini . Sebaliknya , faktor yang minium pula , adalah kos rawatan hospital
yang berpatutan . Kebanyakkan daripada responden tidak pasti akan kos rawatan
BMC kerana kos rawatan yang dibiayai bergantung kepada keadaan keseluruhan
pesakit .

Kebanyakkan daripada responden telah bersetuju perkhidmatan kecemasan 24


jam sehari merupakan faktor masyarakat Bintulu mendapatkan perkhidmatan
kesihatan dan perubatan di BMC . Data ini telah disokong oleh informan Anis Zaini
yang telah berpendapat bahawa perkhidmatan kecemasan 24 jam sehari telah banyak
970823-13-5836

memberi kemudahan kerana pesakit boleh mendapat rawatan lanjut pada bila-bila
masa . Faktor yang seterusnya ialah hospital ini berperanan sebagai pusat servis
sehentian . Dengan perkataan lain , kebanyakkan responden bersetuju dengan faktor
ini . Penyataan ini telah dibuktikan dalam proses temu bual , informan Anis Zaini
telah berpendapat doktor dan kakitangan selalu melayan pelawat dengan hormat .
Faktor ini mempunyai min yang sama dengan faktor perkhidmatan yang diberikan
adalah cekap dan mesra . Faktor yang akhir sekali adalah kemudahan yang disediakan
adalah lengkap . Kebanyakan responden tidak pasti akan faktor ini .

Kesimpulannya , aspek kesihatan rakyat sering menjadi agenda utama dalam


memajukan sesebuah masyarakat . Tujuan hospital ditubuhkan adalah untuk
menjamin kesihatan masyarakat selain meningkatkan taraf hidup rakyat . Oleh itu ,
pembukaan BMC telah banyak memberi manfaat masyarakat Bintulu .

.
970823-13-5836

RUJUKAN

3 sumber INTERNT 5 rjukan KAMUS WIKIPEDIA WAWANCARA SUSUN


IKUT HURUF SEMUA WARNA HITAM

LAMPIRAN

You might also like