You are on page 1of 5

4.

0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem yang
digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialan kaedah, jalan,
teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode
atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.
Penyelidikan pula ditakrifkan sebagai perbuatan menyelidik, pemeriksaan, penyelidikan dengan
teliti dan cermat (Dr. Tengku Iskandar, 1996). Metodologi kajian merupakan salah satu cara
untuk mangadun dan menstruktur setiap maklumat yang diperoleh mengikut ketetapan yang
telah ditetapkan. Penyelidikan dilakukan dengan megikut langkah-langkah tertentu yang telah
diatur khas bagi menghasilkan maklumat-maklumat tersifat terkini. Secara keseluruhannya,
metodologi merupakan satu kaedah atau cara yang dapat mengawal maklumat yang diperoleh
bagi sesebuah penyelidikan.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci
bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Reka bentuk kajian juga berfungsi
sebagai panduan dalam membantu penyelidikan dalam proses mengumpul, menganalisis dan
membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan
juga menjadi model bagi membolehkan penyelidikan membuat inferens berkenaan pemboleh
ubah yang dikaji, di bawah menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Kajian
ini juga menggunakan kaedah kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Menurut John W.
Cresswell (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan iaitu pengkaji
memutuskan perkara yang hendak dikaji, bertanyakan soalan yang khusus, mengecilkan skop
soalan dan mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan. Kajian kuantitatif adalah kajian
menggunakan data atau maklumat yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur,
melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik atau ujian.

4.2 Pensampelan Kajian

Pensampelan menurut Mohd Sheffue Abu Bakar (1991) ialah satu proses, iaitu
sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi telah dipilih dan dikaji melalui satu proses untuk
membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu. Sampel atau responden-
responden yang terpilih dalam soal selidik haruslah mengikuti beberapa kriteria dan juga isu
yang berkaitan dengan isu sama ada secara langsung dan tidak langsung. Kaedah kaji soal selidik
telah digunakan oleh pengkaji dan keratan rentas tinjauan bertujuan untuk mengumpul data
kajian. Kaedah tinjauan keratan rentas dianggap sesuai digunakan kerana kaedah ini hanya
melibatkan edaran soal selidik sekali sahaja dalam satu tempoh tertentu, tetapi terhadap
kumpulan orang yang berbeza. Dapatan kajian ini dapat mengukuhkan lagi kajian penyelidik
dengan mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna daripada kaedah ini.

4.3 Instrumen Kajian

Apa-apa alat atau cara, atau apa-apa kaedah atau cara yang digunakan untuk diperoleh
dan mengumpul data kajian sesuatu kajian ialah merupakan definisi secara umum bagi instrumen
kajian. Menurut Creswell (1994), terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh
instrumen kajian seperti objektif, validiti, reliabiliti, dan praktikaliti. Objektif di sini bermaksud
instrumen tersebut hendaklah memenuhi matlamat kajian manakala validiti pula merujuk kepada
kesesuaian instrumen kajian dengan tujuan kajian. Reliabiliti pula berkaitan dengan
kebolehpercayaan dan kestabilan instrumen kajian manakala praktikaliti pula merujuk kepada
kesesuaian instrument kajian dari segi masa dan kos. Penyelidik telah menggunakan beberapa
instrumen seperti pemerhatian, soal selidik, dan kaedah kepustakaan dalam instrumen kajian ini.
Instrumen kajian ini dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan
jelas melalui kaedah- kaedah tersebut yang diguna pakai dalam dapatan kajian pengkaji.

4.3.1 Pemerhatian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemerhatian bermaksud perkara yang berkaitan
dengan perihal memerhatikan atau mengamati sesuatu perkara. Menurut Mohd Kajid Konting
(1998), pemerhatian adalah salah satu daripada kaedah mengukur pemboleh ubah penyelidikan
kajian pengkaji. Metod pemerhatian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat
tambahan untuk menyokong dapatan kajian yang sedia ada dalam kajian ini. Pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian turut serta ketika kajian dijalankan. Pengkaji menurut serta
menghendaki pengkaji untuk berada bersama-sama dengan penduduk semasa aktiviti itu
dijalankan. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai
tingkah laku penduduk berpandukan pemboleh-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti
sebelumnya.
4.3.2 Soal Selidik

Soal selidik dijalankan adalah untuk menyiasat dan mengumpul maklumat dengan tujuan
mengenalisis untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian. Soal selidik merupakan satu
soalan dalam bentuk tulisan. Soal selidik juga dibentuk secara khusus untuk mengumpul
maklumat bagi tujuan analisis untuk menjawab persoalan kajian. Soal selidik ini telah dijalankan
oleh pengkaji ke atas responden penduduk Kampung Alor Gunong, Alor Setar, Kedah untuk
mendapatkan data yang lebih tepat. Terdapat 3 bahagian dalam soal selidik iaitu Bahagian A,
Bahaian B dan Bahagian C. Di Bahagian A, telah dikemukakan 5 soalan iaitu demografi
responden seperti jantina, kumpulan umur, sektor pekerjaan, julat pendapatan dan tahap
pendidikan.

Selain itu, di Bahagian B dan Bahagian C, masing-masing mempunyai satu set soalan
yang terdiri daripada 10 soalan yang membincangkan objektif-objektif kajian ini. Bahagian B
adalah untuk mengenal pasti aktiviti sambutan Aidilfitri yang dilakukan oleh penduduk
Kampung Alor Gunong, Alor Setar, Kedah untuk mengukuhkan semangat kejiranan manakala
Bahagian C pula untuk mengkaji kesan positif aktiviti sambutan Aidilfitri dalam memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Kampung Alor Gunong, Alor Setar, Kedah.
Borang soal selidik ini telah menggunakan dua jenis skala iaitu “Skala Guttman” dan “Skala
Likert”. “Skala Guttman” ini telah diguna pakai dalam bahagian B dan responden hanya perlu
menandakan persetujuan mereka sama ada “Ya” atau “Tidak” berdasarkan soalan yang diberikan
untuk skala ini. Selain itu, “Skala Likert” pula telah digunakan dalam bahagian C untuk
mengkaji objektif dua iaitu “Sangat tidak setuju”, “Tidak setuju”, “Kurang setuju”, “Setuju” dan
“Sangat setuju”.

4.3.3 Kaedah Kepustakaan

Bagi mengukuhkan lagi kajian terhadap aktiviti sambutan Aidilfitri yang dilakukan oleh
penduduk Kampung Alor Gunong, Alor Setar, Kedah, pengkaji juga telah menggunakan kaedah
kepustakaan untuk mendapatkan data dan maklumat sampingan. Kajian kepustakaan menurut
Mohd Shaffie (1991) merupakan kaedah yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan
maklumat atau data daripada dokumen atau rekod-rekod lepas. Selain itu, pengkaji menggunakan
bahan-bahan bertulis yang diterbitkan seperti kamus dan sumber daripada internet bagi
mendapatkan maklumat berkaitan bagi menyokong kajian pengkaji. Bukan itu sahaja, maklumat
daripada laman web rasmi kerajaan persekutuan atau negeri juga telah diambil dan dimasukkan
ke dalam kajian dan perkara ini telah memudahkan pengkaji semasa kajian dilakukan.

4.4 Cara Pengumpulan Data

Sugiyono (2013) telah menyatakan bahawa teknik pengumpulan data merupakan langkah
yang paling strategik dalam penyelidikan kerana tujuan utama penyelidikan adalah untuk
mendapatkan data. Dalam menjalankan sesebuah kajian, aspek yang paling penting dalam
menjalankan penyelidikan adalah pengumpulan data. Mengapa teknik ini dianggap yang paling
penting, ini adalah kerana pengkaji dapat memperoleh data yang seperti yang diharapkan dan
sesuai dengan apa yang ada dikaji. Selain itu, terdapat tiga kaedah penyelidikan yang digunakan
dalam kajian ini oleh pengkaji untuk mengumpulkan data yang diperlukan. Soal selidik,
kepustakaan dan pemerhatian merupakan kaedah yang dikatakan tersebut. Pengkaji juga
bertanya soalan, membuat pembandingan, memikirkan pelbagai maksud terhadap sesuatu
perkataan dan sebagainya dalam proses pengumpulan data dijalankan.

4.5 Cara Menganalisis Data

Analisis data menurut Merriam (1998) ialah proses memberi makna terhadap data yang
telah dikumpul oleh pengkaji. Analisis secara deskriptif telah digunakan dalam kajian ini untuk
menganalisis data daripada hasil soal selidik dalam bentuk peratusan, min dan kekerapan. Data-
data yang disiasat dan dikumpul itu akan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif mudah
termasuklah data yang diperoleh daripada pemerhatian dan kepustakaan. Selain itu, data yang
dikumpul melalui soal selidik dianalisis secara kiraan mudah berdasarkan bilangan responden
yang telah menjawab soalan mengikut Skala Guttman. Maklum balas yang diberi oleh responden
amatlah penting bagi pengkaji untuk mendapat maklumat atau data dan kemudiannya pengkaji
perlu menganalisis data tersebut agar data tersebut mudah untuk difahami. Melalui cara
menganalisis data ini, pengkaji telah memperoleh makumat yang ingin diketahui dengan lebih
jelas mengenai kajian yang dijalankan.

4.6 Cara Mempersembahkan Data


Pengkaji telah mencari responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Alor
Gunong, Alor Setar, Kedah seramai 30 orang bagi menjawab soalan dalam borang soal selidik.
Pengkaji menerangkan data yang telah diperoleh melalui jadual, graf dan carta. Graf merupakan
satu grafik yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat atau data yang diperoleh
manakala graf dipilih adalah kerana bentuknya yang menarik dan mudah difahami dan ditafsir.
Selain itu, carta pai digunakan untuk mempersembahkan data dalam dapatan kajian dengan lebih
jelas dan ringkas.

You might also like