You are on page 1of 9

ABSTRAK

KEPERCAYAAN PENDUDUK TAMAN PARIT BAKAR GEMILANG TERHADAP


VAKSIN DAPAT MENCEGAH COVID 19

Kajian ini dijalankan dibawah tajuk “Kepercayaan penduduk Taman Parit Bakar Gemilang
terhadap vaksin dapat mencegah COVID 19”. Kajian ini mengemukakan dua objektif .
Objektif pertama ialah mengenal pasti jenis-jenis vaksin yang diambil oleh penduduk
Taman Parit Bakar Gemilang. Objektif kedua ialah mengkaji faktor pengambilan vaksin
dalam kalangan penduduk Parit Bakar Gemilang .Seramai 20 orang responden dari Taman
Parit Bakar Gemilang terlibat dalam kajian ini . Kaedah yang digunakan ialah soal
selidik , rujukan dan pemerhatian . Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara
kuantitatif dan kualitatif serta dipersembahkan dalam graf dan carta. Dapatan dan
kesimpulan daripada kajian ini ialah kepercayaan penduduk tentang vaksin perlu
dipertingkatkan . Semoga dengan kajian ini dapat menarik minat penduduk untuk
mengambil suntikan vaksin yang telah ditetapkan.

7.0 Lokasi Kajian

7.1 PETA NEGERI JOHOR

Sumber :

https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fjohortakzim.blogspot.com
%2F2017%2F05%2Fpeta-johor

Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai petempatan perdagangan yang


penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit
sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi
salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh
pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri
ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor.

Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I, anakanda Sultan


Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh
kerajaan ialah Johor Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga
ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau
lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang,
Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.

Pada tahun 1946, Johor telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union dan Dua


tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya
persekutuan Malaysia pada tahun 1963

7.2 PETA DAERAH MUAR

Sumber: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Map_of_Muar_District,_Johor.svg
Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri
daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan Pagoh.
Muar bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerah Segamat di timur dan daerah
Batu Pahat di selatan.

Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695


orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan
lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing
bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir
melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.

Bandar Muar terletak pada 2 o3′N 102o34′E, di muara Sungai Muar. Bandar ini
berada pada kedudukan 150 km (93 batu) ke barat daya ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Ianya adalah 50 km ke utara Batu Pahat dan 179 km ke barat laut Singapura.
7.3 PETA TAMAN PARIT BAKAR GEMILANG

Sumber: https://mapcarta.com/15849856

Taman Parit Bakar Gemilang adalah perumahan yang telah dibina di tengah-tengah
Pekan Parit Bakar Tengah. Pembinaan Taman Parit Bakar Gemilang ini telah melibatkan 3
fasa sebanyak 24 buah biji rumah. Lokasinya yang strategik ini terletak kira-kira 10 km dari
pusat bandar dan 8 km dari Parit Jawa menyebabkan pekan ini menjadi tumpuan orang ramai.
Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di sekitar Taman Parit Bakar Gemilang seperti
Pasaraya Mega, Growth Mart, Speedmart, Apple Store, Stesen Minyak dan Gerai Makanan
dan pelbagai lagi infrastruktur yang ada seperti rumah ibadah dan sekolah bagi memberi
keselesaan kepada penduduk Taman Parit Bakar Gemilang. Menurut data yang diambil
daripada Banci Malaysia, terdapat seramai 40 orang populasi penduduk telah dicatatkan pada
tahun 2021. Hal ini telah menjadi daya tarikan kepada pengkaji untuk melaksanakan kajian
yang terperinci di lokasi ini
8.0 Metodologi Kajian

8.1 PENDAHULUAN

Menurut Sabitah Marican (2009), dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor
Shahizan Ali (2014), metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.
Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu pengkaji sedaya upayanya
memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas projek ini.

Oleh itu, dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan reka bentuk
kajian,instrumen kajian, sampel kajian, cara pengumpulan data, dan cara analisis data.
Metodologi ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah
dikemukakan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk
memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai.

8.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah berbentuk tinjauan. Bentuk tinjauan yang
dipilih oleh pengkaji ialah tinjauan deskriptif. Tinjauan adalah pendekatan deskriptif yang
digunakan dengan meluas dalam bidang kajian bagi mengumpul data dan maklumat. Menurut
Mohd Yusof (1996), kajian deskriptif adalah kajian yang mengkaji mengenai peristiwa atau
fenomena pada masa sekarang. Kajian ini melibatkan penerangan, pemerhatian, dan analisis
keadaan pada masa kini. Menurut Mohamad Najib (2003), kajian berbentuk tinjauan
merupakan satu kajian yang dijalankan dalam satu masa tertentu sahaja dengan menggunakan
soal selidik. Kajian tinjauan digunakan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang
berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud
(Mohd Majid, 1990).
8.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen ialah alat yang digunakan oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian.
Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah borang soal selidik 30 daripada 60 orang
penduduk Taman Parit Bakar Gemilang diberikan borang soal selidik secara rawak bertujuan
untuk memperoleh data. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat
berkaitan kefahaman penduduk Taman Parit Bakar Gemilang mengenai hukuman qisas.

. Borang soal selidik ini mempunyai tiga bahagian. Bahagian A merupakan bahagian
tentang data demografi responden. Bahagian B bagi mengukur tahap pengetahuan am.
Bahagian disediakan untuk mengkaji kefahaman penduduk Taman Parit Bakar Gemilang
mengenai hukuman qisas. Para responden diminta menandakan (/) dalam ruang berkenaan
berdasarkan skala yang ditetapkan. Skala likert digunakan untuk mengukur soalan
berdasarkan borang soal selidik. Skala likert mengandungi tiga nilai iaitu, ‘tidak setuju’,
‘tidak pasti’, dan ‘setuju’. Sehubungan itu, pengkaji berpandangan item dalam soal selidik
kajian ini boleh menjawab soalan kajian dan mencapai objektif kajian.

Item Aras
Tidak setuju 1
Tidak pasti 2
Setuju 3
Skala likert 3aras

8.4 SAMPEL KAJIAN

Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang penduduk Taman Parit Bakar
Gemilang. Responden-responden telah diedarkan borang soal selidik dan mengisi borang
dengan jujur dan ikhlas. Responden-responden tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat
umur dan latar belakang. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula
ialah menggunakan teknik persampelan bertujuan, di mana dengan menggunakan teknik
persampelan ini, 30 orang penduduk Taman Parit Bakar Gemilang mempunyai peluang untuk
dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang penduduk Taman Sri
Aman. 20 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara bertujuan untuk
memperoleh data dengan lebih tepat. Pengkaji menggunakan Google Form untuk
menjalankan soal selidik.

8.4 CARA PENGUMPULAN DATA

8.4.1 SOAL SELIDIK


Pengkaji menjalankan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi
kajian yang hendak dijalankan. Pengkaji mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai
dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Pengkaji menggunakan
Google Form sebagai platform untuk menjalankan soal selidik.

8.4.2 KEPUSTAKAAN
Pengkaji menjalankan kaedah ini dengan cara merujuk buku teks, buku rujukan dan
kamus di perpustakaan mini untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu,
pengkaji juga membuat rujukan internet. Kaedah ini kebiasaannya menjadi kaedah tambahan
kepada kajian. Hal ini berdasarkan kepada skop kajian.

8.5 CARA MENGANALISIS DATA

Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji membuat analisis secara deskriptif. Data
daripada borang soal selidik dinilai untuk menghasilkan laporan kajian. Pengkaji telah
mencari 20 orang responden untuk menjawab soalan dalam borang soal selidik. Melalui
kaedah kiraan bilangan, peratusan, min, jadual, graf dan carta, pengkaji dapat mengetahui
demografi responden dan pengetahuan am penduduk Taman Parit Bakar Gemilang mengenai
hukuman qisas. Carta pai sesuai digunakan untuk menggambarkan saiz komponen bagi
sesuatu jumlah. Graf merupakan cara grafik bagi mempersembahkan maklumat dan data.
Selain mudah dibaca dan ditafsir, rupa graf adalah menarik.
Bagi bahagian C pada borang soal selidik, nilai min dan purata min digunakan untuk
melihat perbezaan nilai min bagi 3 skala likert berdasarkan soalan-soalan yang telah
disediakan. Analisis tahap pengukuran tahap skor min berdasarkan Jadual 1 adalah
mengikut interpretasi Pallant (2001). Jadual pengukuran tahap skor min oleh Pallant ini
adalah berdasarkan tiga tahap iaitu nilai skor min 1.00 hingga 2.23 adalah pada tahap rendah,
nilai skor min 2.24 hingga 3.66 adalah pada tahap sederhana dan nilai skor min 3.67 hingga
5.00 adalah pada tahap tinggi.

Nilai Purata Min Tahap Kefahaman


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Tahap analisis min

Sumber: Julie Pallant (2001)

You might also like