You are on page 1of 10

STPM PENGAJIAN AM CONTOH KERJA KURSUS 2018

MASALAH GANGGUAN BEKALAN AIR DI JALAN THAMBY KECHIL


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan di bawah tajuk “Masalah Gangguan Bekalan Air Di Jalan Thamby
Kechil”, di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kajian ini mengemukakan dua objektif.
Objektif pertama ialah mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air di
Jalan Thamby Kechil. Objektif kedua ialah mengkaji kesan gangguan bekalan air di Jalan
Thamby Kechil. Seramai 30 orang responden dari Jalan Thamby Kechil terlibat dalam kajian
ini.. Kaedah yang digunakan adalah soal selidik, temu bual, rujukan dan pemerhatian. Data
kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif dan dipersembahkan dalam
bentuk linear serta jadual, graf dan carta. Daripada dapatan kajian, faktor kekurangan sumber
air mentah merupakan faktor yang utama menyebabkan masalah ini. Dari sudut yang lain,
kesan gangguan bekalan air yang paling serius ialah rutin seharian tergendala. Dapatan dan
kesimpulan daripada kajian ini ialah semua penduduk Jalan Thamby Kechil haruslah
bekerjasama untuk menangani masalah ini dengan pihak berkuasa dengan secepat
mungkin. .Semoga dengan kajian ini, masalah ini boleh ditangani dengan secepat mungkin
oleh pihak berkuasa.

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK Telok
Air Tawar khasnya Puan Pengetua SMK Telok Air Tawar  Pn Hajah Jusniar Bt Ab Jalil dan
Penolong Kanan Tingkatan Enam Pn Faridah bt Angkasah kerana memberi sokongan dan
kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini .
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Cikgu Pn Nor Liyana Bt Ismail selaku guru Pengajian Am saya. Beliau
telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru
yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Khas untuk kedua ibu bapa saya yang sangat saya kasihi, iaitu Encik Tee  dan Puan
Goh dan jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan
kepada saya sepanjang masa.
Selain itu, saya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada responden-
responden yang sudi meluangkan masa untuk ditemubual bagi mendapatkan persepsi mereka
berkenaan dengan tajuk kerja kursus saya ini.
Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi dan rakan-rakan
seperjuangan di Tingkatan Enam 6A2, terima kasih kerana sudi membantu. Jasa anda semua
amat dihargai.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

1.0  PENGENALAN  
Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk
menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai bidang
ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik
dan sebagainya. Krisis air di Lembah Klang yang melanda negara pada tahun 1998 dan awal
tahun 2002 yang lalu adalah bukti jelas bahawa betapa pentingnya air di dalam kehidupan
kita. Krisis ini banyak membuka mata masyarakat dan kerajaan tentang kepentingan air.
Oleh itu, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan asas atau
prasarana bagi membahagikan pembekalan air dengan lebih efektif. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat : prasarana bermaksud keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas
(seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dan lain-
lain)  yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur. Contohnya
pihak kerajaan telah membina beberapa empangan air untuk tadahan air dan dapat
membekalkan sumber air kepada beberapa tempat yang tertentu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 70 peratus daripada badan kita ialah
air. Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Selain ia
diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga bertindak sebagai
cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik
dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ kita.
Namun, Pada 2010, Pertubuhan Air Dunia melaporkan bahawa permintaan terhadap
air telah meningkat tiga kali ganda sejak tahun 1950 berbanding penambahan populasi dunia
sebanyak dua kali ganda. Ini bermakna permintaan air dunia telah meningkat hasil daripada
peningkatan tahap kehidupan dan teknologi moden.  Yang menjadi ironi ialah negara-negara
yang mempunyai sumber air semula jadi yang melimpah seperti Malaysia turut mengalami
masalah ‘tekanan’ air yang berkemungkinan besar disebabkan penambahan jumlah air
tercemar dan penggunaan air bersih yang tidak terkawal.
Menurut statistik daripada Jabatan Bekalan Air Malaysia , pada Februari 2014, krisis
air telah diisytiharkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor apabila kemarau panjang
mengeringkan takungan air di negeri-negeri ini. Kekurangan air telah mula menjadi
fenomena biasa di Malaysia semenjak 1982 di Kedah diikuti dengan Melaka pada 1991. Kes
terburuk adalah krisis air Selangor 1998 yang telah menjejaskan lebih kurang 1.8 juta
penduduk untuk tempoh enam bulan.
Pada 2002, fenomena ini menjalar ke Perlis seterusnya Negeri Sembilan dan Johor
pada 2005. Memandangkan kebanyakan daripada krisis air yang besar berlaku di Selangor
(1998, 2002, 2007, 2012, 2013 dan 2014). Fenomena ini mungkin merupakan petanda
bahawa sumber air sedang mengalami ‘tekanan’ akibat daripada pembangunan dan
perancangan yang gagal untuk mengambil kira had keupayaan alam sekitar untuk melalui
proses pemulihan secara semula jadi.
Dengan menurut pemerhatian pengaji, lokasi Jalan Thamby Kechil ini juga
mengalami gangguan bekalan air yang amat serius. Sebagai contoh, tekanan bekalan air
harian di Jalan Thamby Kechil ini memang sangat rendah dan tidak cukup bagi penduduk di
setempat. Catuan air juga akan terlaku sebulan sekali. Dengan ini, gangguan bekalan air ini
memang membawa implikasi yang banyak kepada penduduk setempat. Sebagai contoh,
tekanan bekalan air ini memang telah menganggu rutin keharian penduduk. Kerja
penyelenggaraan setempat juga menyebabkan masalah yang memang leceh ini. Oleh itu,
pengaji berminat untuk menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti faktor-faktor dan juga
kesan-kesan yang memyebabkan gangguan bekalan air ini. Dengan ini, pengaji telah
menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini.
Kesimpulannya, masalah ini memang haruslah diatasi dengan secepat mungkin
supaya hidupan harian tidak terganggu. Oleh itu, kajian ini memang perlulah dijalankan
untuk mengaji faktor dan kesan gangguan bekalan air dan secara tidak langsung mengatasi
masalah ini.

2.0  OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berdasarkan kepada objektif yang telah disusun.
        i.            Mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan bekalan air yang sering berlaku di Jalan

Thamby Kechil, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.


      ii.            Mengaji kesan gangguan bekalan air ini kepada penduduk di Jalan Thamby Kechil,

Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

3.0 LOKASI KAJIAN


3.1 Negeri Pulau Pinang
Kajian ini dijalankan di negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah salah satu daripada 13
buah negeri-negeri di Malaysia. Terletak berhampiran dengan persisiran barat laut
Semenanjung Malaysia. Dipisahkan diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur,
Negeri Perak di sebelah Selatan dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera (Indonesia) di
sebelah Barat. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang
dikenali sebagai Seberang Perai.
Jumlah keluasan kedua-dua pulau dan Seberang Perai adalah 1,031km persegi dan ianya
dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan juga dua jambatan iaitu Jambatan Pulau Pinang
sepanjang 13.5km dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sepanjang 24km
Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini
juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia. Larian Jambatan Pulau Pinang juga
dianjurkan setiap tahun di Pulau Pinang ini. Perjalanannya ialah pergi dan pusing balik di atas
jambatan jam bermula awal pagi.
Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan
bahawa Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM49,873 pada 2017.
Peta 1 : Peta Negeri Pulau Pinang
Sumber : https://www.google.com/maps/place/Penang/@5.3546241,100.0827956,10z/data=!
3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x304a9403095390dd:0x29c305a5f38f633f!8m2!3d5.4163935!
4d100.3326786

3.2 Daerah Seberang Perai


Daerah Seberang Perai Utara (S.P.U) adalah salah satu daripada 5 daerah di Pulau
Pinang. Ia adalah daerah terbesar sekali dengan keluasan 26588.04 hektar (262.53 km
persegi) dan merupakan daerah separa bandar yang masih berteraskan kawasan luar bandar.
Pusat Pentadbiran Daerah S.P.U. telah berpindah dari Bandar Butterworth ke Pusat
Pentadbiran Daerah di Bertam, Kepala Batas mulai 7 Oktober 1996. Pusat Pertadbiran Baru
bagi Daerah Seberang Perai Utara ini telah dan akan menempatkan juga Jabatan Kerajaan /
Agensi Negeri dan Pusat serta NGO seperti Jabatan Kerja Raya, Kompleks Sukan MPSP,
Hospital Daerah, Bangunan Persekutuan, Ibu Pejabat Polis Daerah, PBA, Jabatan Bomba,
Pusat Budi Penyayang dan lain lain.
Terdapat sejumlah 220 buah kampung yang terletak di dalam 15 mukim serta empat
(4) pecahan bandar. Kesemua kampung diselenggarakan melalui 34 Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan keahlian seramai 647 orang melainkan kawasan
bandar menerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga dan lain lain. Parlimen Kepala Batas sendiri
merangkumi 8 mukim dengan jumlah penduduk seramai 84,915 orang.
Dari segi lokasi, kedudukan S.P.U. sangat strategik bersempadankan kawasan
pembangunan Sungai Petani, Tikam Batu, dan Kulim di Kedah.   Dalam pada itu,
Butterworth bandar utama daerah ini merupakan Pusat Pertumbuhan Antarabangsa Segitiga
(IMTGT) yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Thailand. Selain merupakan pintu masuk
utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan
Semenanjung. Dua kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara -
Selatan dan Butterworth - Kulim Expresway (BKE) menjadi nadi utama sistem perhubungan
jalan darat.
Pada dasarnya kemudahan air dan elektrik daerah SPU telah mencapai tahap 95%
dengan sebilangan kecil kawasan sahaja masih belum dibekalkan dengan bekalan air kerana
masalah pemilikan tanah.  Kemudahan Jalanraya adalah memuaskan di mana kawasan-
kawasan perkampungan telah dihubungi melalui rangkaian jalan minitar di bawah program
Projek Jalan Kampung.
Peta 2 : Peta Daerah Seberang Perai Utara
Sumber : https://www.google.com/maps/place/North+Seberang+Perai,
+Penang/@5.4840377,100.3635777,12z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!
1s0x304adaa42f5eac61:0x4b8ea0f643411489!8m2!3d5.5148341!4d100.4355477

3.3 Lokasi Jalan Thamby Kechil


Jalan Thamby Kechil merupakan jalan yang agak lama di Raja Uda. Sepanjang jalan
tersebut terdapat pelbagai jenis perniagaan. Antaranya terdapat kedai menjual peralatan
elektronik, kedai membaiki motorsikal dan pusat tuisyen. Selain itu, kedai makanan juga
boleh dicari di jalan tersebut. Antara kedai makanan yang amat terkenal ialah Restoran
Subaidah yang terletak di hujung jalan tersebut. Kedai tersebut ialah kedai nasi kandar yang
buka selama 24 jam sehari. Terdapat banyak penduduk yang memang suka pergi makan di
kedai tersebut.
Penduduk yang tinggal di Jalan Thamby Kechil terdiri daripada pelbagai kaum iaitu
kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Walaupun penduduk setempat berbilang bangsa
dan kaum, tetapi mereka berhidup dengan bersatu padu.
Peta 3 : Lokasi Jalan Thamby Kechil
Sumber : https://www.google.com/maps/place/Jalan+Thamby+Kecil,+Butterworth,
+Pulau+Pinang/@5.4348355,100.3805125,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!
1s0x304ac4f74e3e6ccd:0xda9e36511a40a4f1!8m2!3d5.4348355!4d100.3827012
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Pendahuluan
        Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi merupakan sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya. Bagi pelaksanaan kajian ini, penulis akan memastikan teknik- teknik kajian yang
dipilih dapat menjamin kajian dapat dilakukan secara lebih teratur dan teliti dalam semua
aspek.

4.1 Reka bentuk kajian


            Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian ini
menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan
borang soal selidik. Maklumat juga boleh diperolehi daripada data sekunder penyelidikan
yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada data sekunder adalah lebih mudah kerana
ia telah dibuat terlebih dahulu oleh orang lain untuk kegunaan lain. Selain itu, kaedah soal
selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta persoalan yang ingin
dikaji. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan bekalan
air di Jalan Thamby Kechil dan mengkaji kesan gangguan bekalan air di Jalan Thamby
Kechil, Pulau Pinang.

4.2 Instrumen Kajian


         Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini,
instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang
temubual, borang soal selidik, kaedah rujukan.
Kaedah Instrumen kajian
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temubual, rujukan, pemerhatian

Jadual 1 : Kaedah Instrument Kajian

4.2.1 Kaedah Soal Selidik


Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data dan
mengikut pandangan Miles dan Huberman (1984) yang mengatakan bahawa data yang
diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan dalam suasana
semula jadi memberikan data berbentuk deskriptif yang tepat. Borang soal selidik dalam
kajian ini telah dijawab oleh penduduk Jalan Thamby Kechil. Borang soal selidik ini
berbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk
mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan. Borang soal selidik yang
dikemukakan kepada responden mempunyai tiga bahagian. Bahagian A adalah tentang
maklumat asas responden. Bahagian B adalah soalan-soalan untuk mengenal pasti faktor
yang menyebabkan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil, Pulau Pinang. Bahagian C
pula mengkaji kesan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil, Pulau Pinang. Jawapan
responden adalah berdasarkan skala peringkat seperti yang ditunjukkan di jadual di bawah.
Borang soal selidik ini diedarkan pada tarikh 1 Mac 2019, masa 6.13 petang. 
Perkara Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
Setuju Pasti Bersetuju Tidak
Bersetuju
Skor 5 4 3 2 1

Jadual 2 : Skala Likert

4.2.1.1 Cara mendapatkan responden


         Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk Jalan Thamby Kechil, Pulau
Pinang. Responden terbatas kepada penduduk yang tinggal di Jalan Thamby Kechil, Pulau
Pinang dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi
teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik
persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini,
setiap penduduk Jalan Thamby Kechil mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
responden. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk, 30 set borang soal selidik akan
diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat.
Dalam kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemubual. Selain itu, kaedah rujukan akan
dilakukan oleh saya sendiri.

4.2.2 Kaedah Pemerhatian


Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif dalam pengumpulan maklumat atau
pengumpulan data selain soal selidik dan rujukan. Pemerhatian memerlukan pengkaji
memerhati sendiri di tempat kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami
situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden. Setiap pemerhatian pengkaji
mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus dan betul. Catatan
yang dibuat mestilah tepat , sah dan boleh dipercayai. Masa pemerhatian ini telah direkodkan
dalam Lampiran 2.

4.2.3 Kaedah Rujukan


Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan
dengan menggunakan internet dan bahan rujukan lain. Kebanyakan maklumat yang pengkaji
dapati terdapat di dalam laman web. Ini dapat memudahkan lagi kerja untuk menyiapkan
kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Di samping itu, buku-buku
pelajaran serta majalah berilmiah dijadikan rujukan tambahan untuk melengkapkan lagi hasil
kajian pengkaji. Rujukan ini dibuat pada bila-bila masa.

4.2.4 Kaedah Temu Bual


           Pengkaji telah menggunakan kaedah temubual dengan beberapa penduduk di Taman
Riang, Butterworth. Kaedah ini dapat memudahkan pengkaji untuk mendapat maklumat yang
lebih lanjut daripada responden berbanding dengan kaedah soal selidik. Responden boleh
memberi keterangan yang jelas melalui pertuturan tentang kaedah yang sebenar di taman
permainan tersebut. Pengkaji juga boleh mendapat maklumat dengan memerhati reaksi
responden semasa temubual dilakukan untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang
ditentukan. Terdapat 8 soalan disediakan untuk dijawab oleh 3 orang responden.

4.3 Kaedah Menganalisis dan Mempersembahkan Data


Selepas borang soal selidik siap dikumpul, proses menganalisis kajian akan dilakukan.
Bahagian A borang soal selidik mengandungi data yang berkaitan dengan demografi
responden manakala dalam Bahagian B, data dianalisiskan kepada jenis gangguan air yang
sering berlaku di Jalan Thamby Kechil dan faktor-faktor yang ditahui oleh respondan
terhadap berlakunya masalah gangguan bekalan air ini. Kaedah statistik deskriptif telah
digunakan di bahagian ini bagi menganalisis data yang berbentuk skala likert.
 Dalam Bahagian C, kaedah statistik deskriptif juga digunakan bagi menganalisis data
yang berbentuk skala likert.           

4.4 Cara Analisis Data


Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan secara deskriptif untuk menganalisis
data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian yang lengkap.
Data yang telah diperoleh akan dianalisis menggunakan graf, carta dan jadual. Seterusnya,
pengkaji turut menganalisis data bagi penyataan yang menggunakan Skala Likert 5 aras.
Perkara Sangat Kerap Tidak Jarang Sangat
Kerap Pasti Jarang
Skor 5 4 3 2 1

Jadual 3 : Skala Likert


5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Demografi Responden
5.1.1 Umur
Untuk mengkaji persepsi penduduk terhadap gangguan bekalan air yang berlaku di
Jalan Thamby Kechil, seramai 30 orang penduduk telah dipilih. Huraian analisis latar
belakang melibatkan umur, jantina , kaum , taraf pendidikan dan kekerapan penggunaan air
dalam sehari telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.
Umur Bilangan (orang) Peratusan (%)
Kurang daripada 21 tahun 10 33.33
21-30 tahun 6 20.00
31-40 tahun 2 6.67
41-50 tahun 6 20.00
51-60 tahun 2 6.67
Melebihi 60 tahun 4 13.33

Jadual 1 : Umur Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2019

Daripada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas, terdapat 6 lingkungan umur dalam kalangan 30
orang responden. Lingkungan umur yang berbeza ini dipilih sebagai responden adalah untuk
mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini. Responden yang berumur kurang
daripada 21 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai 10 orang iaitu 33.33%
daripada jumlah 30 responden. Seterusnya ialah umur 21-30 tahun dan umur 41-50 tahun
yang merupakan dua golongan yang mempunyai bilangan responden yang sama dengan
seramai 6 orang bersamaan 20.00%  manakala umur 31-40 tahun dan 51-60 tahun pula
terdapat bilangan responden yang sama dan paling kurang iaitu 2 orang bersamaan 6.67%
masing-masing. Responden yang melebihi 60 tahun pula mempunyai 4 orang dengan
sebanyak 13.33% daripada jumlah responden. Bilangan responden yang paling rendah ialah
golongan umur 31-40 tahun dan 51-60 tahun. Hal ini kerana penduduk yang tinggal di Jalan
Thamby Kechil mamang banyak terdiri daripada generasi muda yang sedang membaca. Oleh
itu, golongan kurang daripada 21 tahun merupakan golongan yang mempunyai peratus tinggi
peratus dalam kajian ini. Hal ini juga disebabkan perkhidmatan pendidikan seperti tuisyen
dan perpustakaan awam merupakan sektor yang utama sepanjang Jalan Thamby Kechil.
Bukan itu sahaja, perniagaan makanan juga merupakan sektor yang penting sepanjang Jalan
Thamby Kechil. Restoran-restoran yang berniaga sepanjang jalan memang menjual makanan
yang sedap. Oleh itu, ramai warga emas juga berminat untuk tinggal di Jalan Thamby Kechil.

5.2 Faktor Menyebabkan Gangguan Bekalan Air di Jalan Thamby Kechil


5.2.1 Jenis Gangguan Bekalan Air yang berlaku di Jalan Thamby Kechil
5.2.1.1 Catuan Air
Skor Bilangan (orang) Peratusan (%)
Sangat Kerap 13 43.33
Kerap 10 33.33
Tidak Pasti 5 16.67
Jarang 1 3.33
Sangat Jarang 1 3.33

Jadual 6 : Kekerapan Catuan Air Berlaku di Jalan Thamby Kechil


Sumber : Kajian Lapangan 2019

Jadual 6 dan Rajah 6 telah menunjukkan persepsi penduduk setempat terhadap


kekerapan catuan air berlaku di Jalan Thamby Kechil. Berdasarkan penilaian yang dibuat
oleh pengkaji, kekerapan yang paling tinggi ialah sangat kerap berlaku dengan seramai 13
orang iaitu 43.33%, manakala skor kerap, terdapat 10 bersamaan 33.33% daripada jumlah
responden. Seterusnya, sebanyak 5 orang responden bersamaan 16.67% yang memilih tidak
pasti. Kekerapan yang paling sedikit ialah jarang dan sangat jarang yang mempunyai
bilangan responden yang sama iaitu 1 orang masing-masing dengan peratus 3.33% daripada
jumlah responden. Oleh itu, pengaji mendapati catuan air memang kerap berlaku di Jalan
Thamby Kechil ini.
5.2.2 Faktor Berlaku Gangguan Bekalan Air di Jalan Thamby Kechil
5.2.2.1 Faktor Kerja-kerja penyelenggaraan
Skor Bilangan (orang) Peratusan (%)
Sangat Setuju 8 26.67
Setuju 14 46.67
Tidak Pasti 6 20.00
Tidak Setuju 2 6.67
Sangat Tidak Setuju 0 0.00
Jadual 10 : Faktor Kerja-kerja Penyelenggaraan yang Menyebabkan Gangguan
Bekalan Air di Jalan Thamby Kechil
Sumber : Kajian Lapangan 2019

        Berdasarkan Jadual 10 dan Rajah 10, didapati responden yang bersetuju dengan
penyataan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sebagai faktor yang menyebabkan gangguan
bekalan air di Jalan Thamby Kechil ialah paling banyak iaitu seramai 14 orang bersamaan
46.67%. Hal ini kerana Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan penyelenggaraan kerja iaitu
membaiki jalan raya yang sudah lama. Perkara inilah yang menyebabkan penduduk setempat
berpendapat bahawa kerja pengyelenggaraan ini akan mengganggu paip-paip air bawah tanah
yang berperanan untuk mengalirkan bekalan air kepada penduduk. Selain itu, terdapat juga 8
orang bersamaan 26.67% yang sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Terdapat juga
responden yang tidak pasti bahawa adakah faktor ini yang menyebabkan kekurangan bekalan
air dengan 42.86% daripada jumlah responden yang bersetuju dengan penyataan ini iaitu 6
orang. 2 responden bersamaan 6.67%. Responden yang tidak bersetuju dengan penyataan ini
kebanyakkan terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan PT3 yang masih tidak tahu tentang
penyelenggaraan kerja ini. Tiada responden yang memilih skor sangat tidak setuju.
6.0 Rumusan Dan Kesimpulan Kajian
Berdasarkan dapatan kajian, penduduk Jalann Thamby Kechil mempunyai pandangan
yang berbeza terhadap faktor dan kesan gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil.
Daripada dapatan kajian bahagian B, jenis gangguan bekalan air yang kerap berlaku
di Jalan Thamby Kechil ialah masalah penurunan paras air dengan seramai 14 orang
responden bersamaan 46.67% yang memilih sangat kerap dan 9 orang responden bersamaan
30.00% yang memilih kerap. Diikuti dengan masalah catuan air dengan 10 orang responden
bersamaan 43.33% yang menjawab sangat kerap dan 10 orang responden bersamaan 33.33%
yang menjawab kerap. Seterusnya ialah masalah bekalan air yang tidak bersih dengan hanya
seorang responden bersamaan 3.33% yang memilih sangat kerap dan 12 orang responden
bersamaan 40.00% yang memilih kerap. Akhir sekali, jenis gangguan air yang sangat jarang
berlaku di Jalan Thamby Kechil ialah bekalan air yang mengandungi klorin berlebihan
dengan tiada responden yang memilih sangat kerap dan kerap.
            Menurut analisis kajian pengkaji, faktor yang paling utama dalam menyebabkan
berlakunya gangguan bekalan air di Jalan Thamby Kechil ialah faktor kekurangan sumber air
mentah dengan merekod sebanyak 26 orang responden yang bersetuju  bersamaan 86.67
responden dan diikuti dengan faktor kegunaan air pada masa yang sama dengan seramai 23
responden iaitu 76.67% responden yang bersetuju dengan pernyataan ini. Seterusnya ialah
faktor kerja-kerja penyelenggaraan dengan sebanyak 22 orang responden bersamaan 73.33%
yang bersetuju. Seterusnya ialah seramai 13 orang bersamaan 43.33% bersetuju bagi faktor
paip air terbocor, 12 orang bersamaan 40.00% bersetuju bagi faktor cuaca panas
berpanjangan dan 11 orang bersamaan 36.67% bersetuju bagi faktor gangguan bekalan
elektrik di logi rawatan air. 8 pula orang responden bersamaan 26.67% yang bersetuju dengan
faktor kekurangan kapasiti logi rawatan air dan faktor yang paling kurang disetujui oleh
responden ialah faktor kekurangan kapasiti sistem agihan dengan hanya 7 orang yang
bersetuju bersamaan 23.33%.
            Daripada analisis kajian pengaji terhadap rutin seharian terhadap penggunaan air
penduduk di Jalan Thamby Kechil, pengkaji mendapati bahawa kebanyakkan penduduk
menggunakan air pada waktu 5.00 petang hingga 7.00 malam dan diikuti dengan waktu 12.00
tengah hari hingga 5.00 malam. Seterusnya ialah waktu 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
diikuti dengan waktu 7.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Waktu 12.00 tengah malam
hingga 7.00 pagi pula masa yang sedikit penduduk menggunakan air untuk menjalankan rutin
seharian
            Seterusnya, kebanyakkan penduduk di Jalan Thamby Kechil memerlukan lebih
daripada 700 litre air sehari dengan seramai 15 orang bersamaan 50.00%. Seterusnya ialah 10
responden bersamaan 33.33% yang menggunakan 500 – 700 litre air sehari dan diikuti 300 –
500 litre sehari dengan seramai 4 orang responden bersamaan 13.33% memilih pernyataan
ini. Seorang pula responden bersamaan 3.33% menggunakan bilangan yang menggunakan
100 – 300 litre air sehari.  Tiada seorang responden yang menggunakan kurang daripada 100
litre air sehari.
            Pengkaji mendapati bahawa kesan yang paling serius disebabkan gangguan bekalan
air ini ialah rutin seharian tergendala dengan seramai 29 orang responden bersamaan 96.67%
yang bersetuju diikuti dengan pembaziran masa dan penangguhan kerja dengan jumlah
responden yang bersetuju dengan pernyataan ini yang sama dengan seramai 20 orang
responden bersamaan 66.67%. 14 orang responden bersamaan 46.67% yang bersetuju dengan
kekurangan sumber minuman dan diikuti dengan12 orang responden bersamaan 40.00% yang
bersetuju dengan gangguan emosi.  Seterusnya ialah 10 orang responden bersamaan 33.33%
yang bersetuju dengan penyakit mudah merebak.
            Secara kesimpulan, bekalan air yang cukup memang penting untuk manusia. Faktor
yang paling utama dalam menyebabkan masalah gangguan bekalan air di Jalan Thamby
Kechil ialah kekurangan sumber air mentah dan kesan yang paling serius disebabkan oleh
masalah gangguan bekalan air ialah rutin seharian tergendala. Oleh itu, penduduk di Jalan
Thamby Kechil berharap pihak berkuasa boleh mengatasi masalah gangguan bekalan air ini
dengan secepat mungkin.

You might also like