You are on page 1of 11

Case Study

NAMA: MUHAMMAD HAZIQ QAYYUM BIN MOHD JUNAIDI

NO. MATRIK: A19HP0077

Pada era zaman globalisasi ini, pencemaran air di Malaysia semakin lama semakin
meningkat sehingga tidak mampu dikawal lagi. Pencemaran air di Malaysia berlaku akibat
daripada sikap masyarakat yang tidak prihatin dengan alam ciptaan tuhan. Mereka sesuka hati
merosakkan keindahan alam yang disediakan oleh tuhan.

Pencemaran merupakan bahan pencemar seperti bahan kimia, haba, cahaya, tenaga di
alam sekitar yang mengakibatkan kesan memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan
manusia serta membahayakan sumber alam dan ekosistem alam sekitar. Menurut Akta Kualiti
Alam Sekitar (AKAS) 1974 menyatakan yang pencemaran adalah perubahan sama ada secara
langsung kepada sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam
sekitar dengan mengeluarkan bahan buangan sehingga menjejaskan alam sekitar dan
membawa bahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebaikan awam manusia dan hidupan
lain.

Air pula merupakan cecair yang penting kepada hidupan di muka bumi ini. Air
merupakan bahan yang tidak boleh diganti dengan cecair yang lain. Penggunaan air sangat
diperlukan dan sangat berguna bagi kehidupan yang menjadikan air sebagai air minum. Hal
ini kerana badan manusia atau hidupan lain memerlukan jisim air yang secukupnya. Manusia
dewasa sekurang-kurangnya memerlukan air 1 hingga 2 liter sehari untuk keseimbangan
tubuh. Air juga merupakan gabungan antara dua atom hiidrogen dan satu oksigen sehingga
menjadi H2O. Menurut Sayyid Quthb, air adalah dasar dari suatu kehidupan dan merupakan
satu unsur yang diperlukan dalam kehidupan sehingga manusia dan hidupan lain sangat
menantikan kedatangan air ini. Air juga merupakan zat yang paling diperlukan oleh makhluk
hidup di bumi ini.

Pencemaran air pula merupakan perubahan yang berlaku kepada air dari segi
kandungannya serta warna sifat-sifat kimianya yang disebabkan oleh pelbagai bentuk seperti
pepejal, cecair serta gas. Selain itu, ia juga merujuk kepada pencemaran jasad air contohnya
tasik, sungai, lautan, dan air bawah tanah. Dalam kebanyakkan kes, pencemaran air
disebabkan oleh pembuangan bahan kumbahan ke dalam air tanpa dirawat terlebih dahulu.
Pencemaran air juga boleh menyebabkan kerosakan kepada hidupan di bumi ini lebih-lebih
lagi kepada hidupan akuatik. Ia juga boleh membawa kepada masalah kepada kesihatan
masyarakat seperti orang di kampung yang menggukan sungai sebagai punca air dalam
kehidupan mereka untuk minum, mandi serta memasak. Air sering digunakan dalam
kehidupan seharian kerana ia kegunaan utama masyarakat untuk melakukan sesuatu.
Pencemaran air juga mempengaruhi sistem biosfera tumbuhan dan organisma hidup yang
hidup di dalam air tersebut. Kesan pencemaran ini boleh merosakkan spesies individu, tetapi
kepada komuniti biologi semulajadi yang wujud di muka bumi ini.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti punca berlakunya pencemaran air yang semakin teruk di Malaysia


2. Langkah untuk mengatasi pencemaran air yang berlaku di Malaysia
3. Kesan pencemaran air kepada hidupan seperti manusia, akuatik dan tumbuhan di
Malaysia
4. Mengenalpasti tahap kebersihan air seperti tasik, sungai dan laut di Malaysia

Faktor berlakunya pencemaran air yang pertama ialah pembuangan sampah


sarap dari kawasan perumahan seperti taman perumahan atau kawasan kampung
sepanjang sungai, tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah,
minyak dan lain-lain lagi secara tidak terkawal yang mengakibatkan keadaan air
berubah dan membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, sungai di Malaysia
antara sungai yang sering dicemari akibat pembuangan sampah sarap. Pencemaran
ini sentiasa berlaku di Malaysia pada setiap tahun sehingga sukar untuk dikawal.
Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan mengakibatkan pencemaran
air semakin teruk dan mengancam hidupan akuatik yang ada di dalam laut serta
tumbuhan yang ada di dalam laut seperti rumpai air.
Selain daripada itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak
bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai dan laut juga
mendorong kepada berlakunya pencemaran air. Hal ini dikatakan demikian kerana
pembuangan sisa toksik dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos untuk
melupuskannya. Masalah mula timbul apabila cecair kimia tersebut disalurkan ke
dalam sungai sebelum dirawat terlebih dahulu kerana sisa toksik ini mengandungi
bahan tosik yang amat merbahaya kerana ia mampu mencemarkan air sungai.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa bauh negara maju memasukkan
sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum dibuang ke dasar laut. Begitu juga di
negara Malaysia, pembuangan sisa toksik ke sungai dan laut juga semakin teruk
sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran air yang begitu teruk serta
membahayakan kesihatan manusia dan hidupan lain di bumi ini.
Selain itu, berlakunya pertumpahan minyak daripada kapal akibat
perlanggaran dengan kapal lain turut membawa kepada berlakunya pencemaran
air. Apabila perlanggaran berlaku, minyak yang mengalir akibat daripada
kebocoran yang berlaku pada tangki minyak akan menutupi lapisan air dan
memnyebabkan berlakunya pencemaran air di laut di negara Malaysia. Sebagai
contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal MT bunga 3 yang membawa
minyak tan sebanyak 61858 tan metric minyak mentah telah menyababkan
berlakunya pertupahan minnyak di Tanjung Ayam sehingga menyebabkan
berlakunya pencemaran air serta laut di Malaysia.

Statistik kebersihan atau pencemaran air di Malaysia


Statistik menunjukkan bahawa tahap kualiti air di Malaysia semakin lama
semakin meningkat akibat sikap manusia sendiri. Pada setiap tahun seperti dalam
rajah menunjukkan pencemaran semakin meningkat dari tahun 1990 hingga tahun
2000. Statistik sendiri menunjukkan ia semakin lama semakin teruk sehingga
sukar dibendung. Oleh itu, masyarakat haruslah prihatin dengan masalah
pencemaran ini.

ISU PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA

Menurut akhbar berita harian online, keadaan Sungai Jarum yang tercemar kesan dari
pembinaan kilang di Kampung Jenjarum. Sungai Jarum antara salah satu sungai yang
mengalir ke Sungai Langat. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat menjadikan sungai seolah-olah tempat pelupusan


sampah sarap, sisa pertanian serta industri, antara punca utama pencemaran sumber air di
negara ini, akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Sungai negara ini yang jernih airnya di hulu, bertukar keruh dan kotor serta tercemar akibat
pelbagai perbuatan masyarakat yang mencemarinya ketika mengalir melalui kawasan
penempatan penduduk, kebun pertanian, ladang ternakan serta kawasan perindustrian.
Pada masa sama, penguatkuasaan undang-undang yang lemah membabitkan pelbagai agensi
kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebersihan sungai, alam sekitar dan pembersihan
serta pelupusan sampah, menyebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu terus berlaku.

Pencemaran menyebabkan syarikat pengurusan bekalan air berdepan masalah kerana perlu
memberhentikan operasi loji apabila bekalan air mentah dicemari bahan tidak dapat
dibersihkan menerusi pemprosesan sebelum air bersih dapat diagihkan kembali kepada
pengguna.

Situasi itulah yang sering dialami syarikat utiliti air di Lembah Klang, setiap kali sumber air
mentah yang mahu diproses secara tiba-tiba dikesan tercemar sehingga memerlukan langkah
pembersihan dan penyelenggaraan loji.

Kenyataan bahawa orang ramai menjadikan sungai sebagai tempat pelupusan sampah bukan
andaian, sebaliknya terbukti menerusi tinjauan BH 10 kilometer menyusuri Sungai Gombak
bermula muka sauk untuk Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju di Kampung Sungai
Chinchin dan di Sungai Jenjarom hingga LRA Semenyih 2 di Jenderam Hilir, Dengkil.

LRA Wangsa Maju dan Semenyih 2 yang dikendalikan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
(Air Selangor) adalah antara LRA yang membekalkan air bersih untuk penduduk sekitar ibu
kota dan sebarang pencemaran boleh menyebabkan jutaan pengguna menanggung sengsara.

Bermula dari LRA Wangsa Maju di Batu 9, Kampung Sungai Chinchin, Gombak,
wartawan BH menyusuri laluan hingga ke muka sauk Sungai Gombak sebelum bergerak ke
hulu melalui Jalan Gombak-Genting Sempah.

Tinjauan mendapati air yang disedut untuk diproses oleh LRA kelihatan keruh dengan
bahagian perangkap dipenuhi pelbagai sampah sarap domestik yang dipercayai dihanyutkan
dari kawasan perumahan dan premis.

Perjalanan diteruskan melalui kawasan perkampungan sebelum mendapati banyak rumah


serta premis termasuk depoh bas dan bengkel kenderaan beroperasi berhampiran sungai.

Penduduk yang ditemui mendakwa tidak sanggup mandi di sungai itu kerana bau hanyir dan
busuk, akibat pencemaran sampah.
“Dulu boleh mandi, tetapi sekarang kami tidak sanggup lagi berbuat demikian walaupun ada
kalanya air kelihatan jernih kerana ia berbau busuk. Mungkin dicetuskan sampah sarap yang
dibuang di tepi jalan berhampiran sungai di kawasan laluan berhutan,” kata Sulaiman Ahmad,
25, penduduk yang ditemui di Kampung Sungai Salak.

Berdasarkan maklumat itu, tinjauan diteruskan melalui Jalan Gombak ke Genting Sempah
sebelum menemui tiga lokasi pembuangan sampah haram di tepi jalan berhampiran Hutan
Simpan Hulu Gombak.

Sebahagian besar sampah sarap dibuang di situ jatuh ke bahagian bawah cerun bukit yang
menempatkan anak sungai bersambung dengan Sungai Gombak yang menjadi sumber air
kepada muka sauk LRA Wangsa Maju.

Lebih mengejutkan, apabila bahan serbuk berwarna biru dan kuning dipercayai bahan kimia,
ditemui di dua lokasi berbeza. Bahan yang dibuang dari atas tebing itu turut terkena pokok di
sekitarnya hingga menyebabkan tumbuhan terbabit mati.

Beberapa guni mempunyai logo syarikat dan jenis bahan kimia digunakan. Semakan
kemudian mendapati bahan itu dipercayai digunakan untuk menghasilkan produk berasaskan
plastik seperti bekas makanan, plastik sampah dan penutup botol, rak plastik.

Ketika menyusuri beberapa anak sungai dan punca air yang menghubungkan Sungai
Semenyih dan Sungai Langat, pula tinjauan mendapati selain perumahan, sungai itu mengalir
menerusi kawasan industri sederhana dan berat.

Penduduk Kampung Jenjarom yang ditemui, mendakwa banyak kilang di situ yang
melepaskan sisa operasi menerusi saliran yang disambung dengan Sungai Jarum yang
mengalir ke Sungai Langat.

Mereka mendakwa, pelepasan sisa industri itu dilakukan pada waktu malam dan kesannya
cukup ketara menjelang pagi kerana sisa yang dialirkan ke parit mengeluarkan bau busuk.

Tinjauan mendapati, aliran sisa melalui longkang kecil di tepi sebuah kedai makan dengan
airnya berwarna gelap.
Menurut penduduk, warna air longkang itu dikatakan bertukar hitam pekat apabila sisa
operasi kilang dilepaskan pada waktu tengah malam hingga awal pagi.

Sungai Jarum itu mempunyai kunci air yang digunakan bagi mengawal paras sebelum
dilepaskan ke Sungai Buaya.

Tinjauan di kawasan kunci air Sungai Jarum yang bersambung dengan Sungai Buaya,
mendapati banyak sisa sampah di kawasan sungai serta ikan yang mati, dipercayai akibat air
yang tercemar. Beberapa kilang turut beroperasi di kawasan berhampiran sungai terbabit.

Penduduk yang ditemui, Mohd Nazri Afrizal, 36, mendakwa sebuah kilang di situ pernah
diarahkan tutup selepas didapati membuang sisa ke sungai tetapi kini kembali beroperasi
seperti biasa.

“Ini yang mengejutkan kami kerana kilang itu kembali beroperasi walaupun kami
difahamkan diberi kebenaran sementara sehingga pertengahan Ogos ini.

“Penduduk di sini sudah beberapa kali membuat laporan kepada pihak berkaitan tetapi
maklum balas yang kami terima mengecewakan.

“Sebelum ini kami pernah mengeluarkan belanja sendiri untuk melakukan ujian sampel di
makmal. Hasilnya memang positif. Kami tidak sanggup melihat anak cucu kami menanggung
nasib malang seperti yang berlaku di Sungai Kim-Kim di Johor,” katanya.

Susulan laporan dibuat penduduk, Nazri mendakwa, Kementerian Kesihatan pernah


mengambil sampel rambut dan darah penduduk untuk mengenal pasti kesan pencemaran
yang dialami mereka.

Namun, dakwanya sehingga kini, mereka belum menerima hasil siasatan yang dijalankan itu.

Beberapa penduduk lain turut membangkitkan isu sama tetapi menyifatkan bantahan
penduduk di situ hanya sia-sia.

Tinjauan di sekitar LRA Semenyih 2, pula mendapati beberapa kolam tadahan air di situ
disambungkan dengan Sungai Langat yang keruh airnya.
Beberapa pemancing ditemui, mendakwa air Sungai Langat itu keruh kerana akibat hujan
lebat di hulu, beberapa jam sebelum tinjauan itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Dr Ahmad Ismail,
berkata kerajaan perlu mengambil langkah segera bagi mengelakkan pencemaran sungai dan
menjejaskan bekalan air kepada jutaan pengguna di Kuala Lumpur dan Selangor terus
berulang.

Katanya, isu gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan Selangor kerap berlaku dan alasan
diberikan adalah pencemaran bau serta kimia berpunca akibat pembuangan bahan buangan
kilang, domestik, pertanian dan larian air permukaan.

“Memandangkan sumber air bersih bergantung kepada air permukaan maka pemantauan
kualiti air sungai dan sebab yang berpotensi menyebabkan pencemaran air sangat penting.

“Peraturan ketat seperti pemantauan buangan sisa industri dan sampah haram atau tidak
mengikut peraturan mesti dilaksanakan, selain itu peraturan zon penampan juga harus
diperkenalkan bagi semua sungai dari hulu ke hilir,” katanya.

Ahmad turut mencadangkan kerajaan mengaktifkan semula program memupuk kesedaran


menjaga kebersihan sungai seperti ‘Cintai Sungai Kita’ yang popular dalam kalangan
masyarakat.

“Kerjasama di antara agensi seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa tempatan juga harus dipertingkatkan,” katanya.
Cara mengatasi masalah pencemaran air ini ialah dengan menubuhkan satu organisasi
atau kelab pencinta sungai kerana ramai peminat atau pakar alam sekitar mampu memberikan
sumbangan secara sukarela dalam menangani isu pencemaran air ini. Selain itu apabila
tercipta penubuhan ini, satu gerakan dapat dibentuk dan memberi motivasi kepada
masyarakat tentang akibat pencemaran air di negara kita.

Selain daripada itu, kerajaan boleh menggubal undang-undang untuk melarang


sesiapa daripada melepaskan sisa toksik kedalam sungai atau laut. Melalui sistem tersebut,
mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan lebih takut untuk melepaskan sisa toksik ke
dalam sungai kerana takut ditangkap oleh pihak berkuasa.Oleh itu, masalah pencemaran air
dapat dibendung.

Seterusnya, masyarakat perlu mendapatkan maklumat pencemaran air. Hal ini kerana
ia mampu memberikan kesedaran kepasa masyarakat sama ada golongan pengguna supaya
mereka lebih sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.

Kesimpulannya setiap individu mestilah prihatin dengan masalah pencemaran air di


Malaysia kerana air merupakan sumber penting dalam kehidupan seharian. Selain itu juga,
bukan kita sahaja yang memerlukan air,malah hidupan lain seperti akuatik dan tumbuhan
juga memerlukannya.
Rujukan:

Iskandar. (2015). Kamus Dewan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oleh Mohd Azis Ngah dan Amin Ridzuan Ishak. (2019, July 27). Kita sendiri 'racun' sumber
air. Retrieved November 29, 2019, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/589834/kita-sendiri-racun-sumber-air.

Othman, N. (2016). Pencemaran air. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pencemaran. (2019, July 6). Retrieved November 29, 2019, from


https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran.

Pencemaran air. (2019, August 26). Retrieved November 29, 2019, from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air.

Direktorat Jenderal Pengairan, Departemen Pekerjaan Umum. (1979). Pengendalian


pencemaran air. Jakarta.

Pustaka, D. B. &. (2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

User-Twitter. (1970, January 1). Definisi Air. Retrieved November 29, 2019, from
https://definisimu.blogspot.com/2012/07/definisi-air.html.

You might also like