You are on page 1of 11

PENCEMARAN UDARA

2.1) Konsep dan Takrifan Pencemaran Udara


Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan
sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
mudarat, ketidakselesaan kepada manusia

atau organisma hidup lain serta

merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara


adalah seperti gaskarbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam
toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke
udara melalui cerobong asapkilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung
berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan
asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap
kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

Klasifikasi Pencemaran Udara:

1. Pencemaran primer
Pencemaran primer ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon
monoksida hasil daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah
halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui
ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan
penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal.

2. Pencemaran sekunder

Pencemaran udara sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur
dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.
2.2)

Faktor atau Punca-Punca Pencemaran Udara

1. Aktiviti Pembangunan dan Perindustrian

Perkembangan

ekonomi

dunia

bergantung

kepada

industri-industri

yang

menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun,
ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen,
sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan
kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan sahaja gas pencemar dilepaskan oleh
industri, manakala habuk-habuk yang mampu
dilepaskan.

mengakibatkan sesak nafas juga

2. Kenderaan motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia.


Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta,
motor, lori, kapal terbang dan sebagainya.
Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu
melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas
karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini
adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan
kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020,
namun

dijangka

juga

akan

mencapai

angka

itu

lebih

awal.

3. Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa


pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta
pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke
jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling
tempat.
Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut
menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam.

4. Aktiviti Harian Manusia

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga


untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara.
Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke
udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah
seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran
udara.

2.3) Kesan-Kesan Pencemaran Udara

1. Kesan kepada Kesihatan Manusia


Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas
seperti

karbon

monoksida

akan

meracuni

sistem

pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan
seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah
dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan
menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap,
kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta
manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih
tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.

2. Kesan kepada Tumbuhan


Kesan

kepada

tumbuhan

adalah

seperti

mengalami

kerosakan

nekrosis

(keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.


Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain
itu, kesan itu akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

3. Kesan kepada Haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini
disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada
sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.
4. Kesan kepada Bahan
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran
sulfur dioksida di dalam udara.

5. Penipisan Lapisan Ozon


Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada
penyusutan

lapisan

cahaya matahari.

ozon

yang

Pendedahan

melindungi

secara

terus

bumi

daripada

kepada

cahaya

sinaran

terus

matahari

boleh

menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan
menyebabkan berlakunya pencairanais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini,
ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.

6. Hujan Asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen
oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini
akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan
turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.
Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia
juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta
tidak subur.

7. Kesan Rumah Hijau Dan Pemanasan Global


Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh
negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan
oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi
punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan
suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang
terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini.
Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu,
banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

8. Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah
mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.

2.4) Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar


1. Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat


mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida
dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui
proses fotosintesisnya.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam


pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang
sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti
batuk dan selsema daripada berlarutan.

3. Program kitar semula


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar
taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang
yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai.
Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas
terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk
menghasilkan kertas baru.

4. Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati
supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri
setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

5. Catalytic converter
Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan
catalytic converter. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan
penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan
bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two-way Catalytic Converters) boleh
mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro
Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.
Penukar

bermangkin

tiga

hala

(three-way

Catalytic

Converters)

pula

boleh

mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin


atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

6. Tindakan Undang-undang
Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah
pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah
mencemarkan alam sekitar.
Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar
menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang

berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak


terbabit mencemarkan alam.

7. Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar


Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada
murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang
menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera.
Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat
dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh
juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran
secara lebih berkesan.

You might also like