You are on page 1of 6

Angin Monsun di Negara-negara Asia

Monsun pada mulanya memaksudkan angin pembalik bermusim yang diiringi oleh perubahan musim dalam kerpasan, tetapi kini pula menyifatkan perubahan bermusim dalam peredaran atmosfera dan kerpasan. Sistem-sistem monsun utama di dunia terdiri daripada monsun Afrika Barat dan monsun AsiaAustralia, tetapi mungkin juga termasuk sekali monsun Amerika Utara dan Amerika Selatan yang mengalami pembalikan angin yang tidak lengkap. Perkataan monsun berasal daripada bahasa Portugis iaitu mono, yang terbit daripada perkataan Arab "muasim" yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di hemisfera utara. Dari istilah Arab tersebut, terbitnya juga perkataan mausam (, )dalam bahasa Hindi, Urdu dan bahasa-bahasa India bermaksud "cuaca". Utara lain yang

Perkataan "monsun" berasal daripada perkataan Arab Sebelum diperkenalkan dalam kosa kata bahasa Melayu, istilah monsoon mula dipakai dalam bahasa Inggeris di India British (kini India, Bangladesh dan Pakistan) dan negara-negara jirannya untuk memaksudkan angin kencang bermusim yang bertiup dari Teluk Benggala danLaut Arab di barat daya yang membawa hujan lebat ke situ. Dalam bidang hidrologi, dikira bahawa curahan hujan monsun berlaku di mana-mana kawasan yang menerima kebanyakan besar hujannya pada musim tertentu; oleh itu hujan monsun bukan sahaja turun di kawasan monsun bahkan juga tempat-tempat lain di dunia yang mengalami curahan hujan sedemikian (iaitu tidak dipastikan kewujudan sistem monsun)

Angin monsun di Malaysia

Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering. Tempoh peralihan antara dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsun. Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara. Dari semasa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak. Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat meningkatkan suhu di kawasan daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat-daya apabila melepasi Khatulistiwa. Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan barat-laut Pasifik.

Ciri-ciri Monsun di Malaysia Musim monsoon timur Laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang

sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak.

Rajah 1 : Banjir Akibat Monsun di Malaysia Berikut ialah jangkaan hujan bulanan maksimum: Kelantan, Terengganu 600 mm (November)

Pahang dan timur Johor 600 mm (Disember) Sarawak 400-700 mm (Januari)

Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering bagi seluruh negara kecuali di Sabah. Pada musim ini, kebanyakan negeri mengalami hujan bulanan minimum, biasanya diantara 100 - 150mm. Keadaan ini melambangkan atmosfera yang stabil di kawasan khatulistiwa. Keadaan kering di Semenanjung Malaysia terutamanya disebabkan oleh kesan lindung hujan oleh banjaran gunung di Sumatra. Sabah secara relatifnya lebih lembab (melebihi 200mm) akibat daripada kesan ekor dari taufan yang kerap melintasi Filipina dalam perjalanannya merentasi Laut China Selatan dan sekitarnya. Semasa musim perantaraan monsun, angin adalah sepoi-sepoi. Di waktu pagi, langit biasanya cerah dan ini membantu pembentukan ribut petir di sebelah petang. Di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia, ribut petir menyumbangkan jumlah hujan bulanan yang tinggi pada kedua-dua musim perantaraan monsun. Pengalaman ketika berlaku Angin Monsun Pengalaman Banjir di Beserah, Kuantan

Assalamualaikum :) Salam hormat. Pada penulisan kali ini saya nak ceritakan sedikit sebanyak pengalaman

mengalami banjir yang di hadapi dulu. Pengalaman banjir ini berlaku pada cuti pertengahan semester yang lepas iaitu pada hujung tahun 2011. Disebabkan jiwa ni masih muda, teringin juga melancong ke tempat orang sekali sekala. So, saya pun plan nak pegi rumah pak cik yg terletak di Beserah Kuantan pada awal cuti pertengahan semester. Pada hari saya sampai di sana, cuaca sangat la elok, sangat indah dengan hembusan angin sepoi-sepoi dari arah pantai. Sungguh nyaman sekali. Pada hari tersebut, sepupu ajak pergi ronda2 bandar Kuantan, best giler!da lame x hepi2 camni.. asyik2 mengadap asigment, asyik2 kerja.. peh!boring betul!huhuh.. Sampai ke lewat malam kami ronda2!mmg syok laPada awal pagi, hujan pun mula la turun dengan lebat. Tau-tau pagi air kat bawah rumah dah penuh dan tengok ade orang kampung yang dah mula pindahkan barang-barang termasuklah reban ayam mudah alihnya yang dipindahkan. Kesian pun ada jugak tengok kesejukan binatang ternakan tersebut dan tuanya pun lagi la kesejukan dan risau..

Dalam pada tu hujan masih juga lebat sehingga menyebabkan bekalan elektrik dan air telah terputus dan jalan perhubungan juga telah ditenggelami air. Akibatnya kami semua hidup dalam kegelapan dengan makan apa aje yang ade dalam rumahNasib la mase tu ade la simpanan makanan yang cukup untuk saya dan keluarga pak cik dengan ade telur ayam kampung dan sardin itu pun dah bersyukur sangat-sangat. Sental je ape yang ade!Agi Hidup, Agi Gelaban.. Haha, Mcm Rentap pulak..

Dalam pada itu sempat juga melihat di balai raya kampung yang menempatkan mangsa banjir. Di sini dapat melihat pelbagai ragam masyarakat yang tinggal di sana, macam pasar borong dan tengok.Tetapi, pada masa ini la mereka akan dapat untuk kenal dengan lebih baik kerana sebelum ini kesempatan untuk bertemu adalah terhad disebabkan kesibukan masa bekerja.

Selepas banjir surut, semangat gotong-royong yang ditunjukkan juga dapat dilihat di mana setiap orang bersama-sama membantu untuk membersihkan kawasan rumah yang telah melekat

lumpur-lumpurItu la pengalaman yang dapat saya kongsikan dalam masa yang singkat ini. Pengalaman dalam waktu banjir ini benar-benar memberikan pengajaran bahawa pentingnya semangat bantu-membantu dan ambil berat sesama jiran.

Kesimpulan Kejadian banjir ini adalah berpunca daripada pelbagai sebab antaranya hujan lebat dan berterusan. Selain itu pemusnahan hutan juga menyebabkan banjir berlaku kerana dengan kerakusan manusia menebang hutan mengakibatkan kawasan tadahan hujan telah terganggu seterusnya menyebabkan hakisan tanah dan pemendapan lumpur di dalam sungai. Pemendapan lumpur menyebabkan sungai menjadi cetek dan air sungai mudah melimpahi tebing. Pembangunan yang tidak terancang mengenai sistem perparitan juga mengundang berlaku kejadian banjir kilat di mana kenaikan air secara mendadak dalam masa yang singkat.

Semasa musim banjir, para ibu bapa dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memantau pergerakan anak-anak kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian lemas dan sebagainya. Perkara sedemikian adalah sangat membimbangkan kerana dalam keadaan banjir, kanak-kanak terutamanya sangat suka bermain air dan mengundang kecelakaan. Selain itu, penduduk bagi kawasan yang dinaiki air banjir juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Hal ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang enggan berpindah ke pusat pemindahan banjir dan ini akan lebih menyulitkan keadaan di mana sekiranya paras air naik dengan mendadak,akan membahayakan nyawa mereka di samping kerja-kerja memindah serta menyelamatkan mangsa banjir akan menjadi lebih sulit.

Sungguhpun begitu, pelbagai usaha dan bantuan yang telah disalurkan kepada mangsa banjir oleh kerajaan sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap musibah dan membela nasib rakyat. Contohnya bantuan makanan, pakaian dan pelbagai barangan lain yang disalurkan kepada mangsa banjir sedikit sebanyak dapat untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir tersebut.

Dalam keadaan banjir ini, penduduk yang dilanda banjir di nasihatkan supaya menjaga kebersihan kerana penyakit mudah berjangkit terutama semasa musim banjir. Penyakit seperti malaria dan taun adalah merupakan penyakit utama yang berpunca daripada makanan yang tercemar dan sebagainya. Dengan ini, setiap lapisan masyarakat perlu sedar dan mematuhi arahan-arahan berpindah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Kerajaan sentiasa prihatin dan mencuba dengan sebaiknya bagi memenuhi keperluan dan keselamatan penduduk setempat supaya selesa dan selamat ketika ditimpa bencana banjir.

You might also like