You are on page 1of 12

HGA 101 PENGANTAR GEOGRAFI

Semester 02 (2013/14)
Soalan 15
Penawaran pekerjaan di dalam industri berteknologi tinggi,
Quarternary dan Quinary menjadi semakin penting dalam struktur
ekonomi negara maju. Bincangkan kesan bentuk geografi ekonomi yang
anda jangkakan.
Disediakan oleh:
Chua Chun Keat
118414
Disediakan untuk:
Profesor Dr. Norizan bin Mohd Noor
Pensyarah HGA 101
USM
5 Mei 2014

Isi kandungan
1.0 Pengenalan
1.1 Kawasan perindustrian Jepun
2.0 Isi perbincangan
2.1 Peningkatan taraf hidup penduduk
2.2 Peningkatan ekonomi sesebuah negara dalam pelbagai sektor
2.3 Pengembangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan atau R&D
2.4 Kelahiran pekerja yang sejagat dan sempurna
2.5 Penerokaan dan perluasan pasaran antarabangsa
2.6 Pengekalan nilai-nilai tradisi sesebuah industri perkilangan
3.0 Kesimpulan
3.1 Faedah dan manfaat penawaran peluang pekerjaan yang luas dalam masyarakat dan
ekonomi negara
Rujukan

1.0 Pengenalan
Kebelakangan ini, penawaran peluang pekerjaan yang luas dalam industri berteknologi
tinggi, Quartenary dan Quinary menjadi semakin penting dalam struktur ekonomi negara maju
seperti negara Jepun. Negara Jepun merupakan salah sebuah negara perindustrian yang termaju di
Asia dan ketiga di dunia kerana pencapaian kemajuannya dalam penyelidikan dan pembangunan,
sistem pendidikan, informasi teknologi, kesihatan, kebudayaan, pengurusan, perkhidmatan,
perhubungan serta sokongan dan galakan kerajaan. Oleh itu, wujudnya kawasan perindustrian
seperti dataran Kanto, Kobe-Osaka, Nagoya dan Kitakyushu yang merupakan kawasan
perindustrian utama di negara Jepun. Sebagai contoh, kawasan perindustrian di dataran Kanto
merupakan pengeluar besi dan keluli yang utama, dan seterusnya kawasan tersebut juga
merupakan pengeluar kejuruteraan berat, membina kapal, perusahaan petrokimia dan sebagainya.
Selain tu, kawasan perindustrian seperti Kobe-Osaka juga menghasilkan besi dan keluli,
jentera berat, kapal dan kapal terbang manakala kawasan perindustrian seperti Nagoya yang
mengusahakan tekstil dan jentera berat, misalnya kebanyakan kereta buatan Jepun dibuat dan
dikilangkan di kawasan ini. Di samping itu, kawasan perindustrian di Kitakyushu merupakan
sebuah kawasan perindustrian berat yang mengusahakan pembinaan kapai, besi dan keluli di
samping industri kimia dan industri ringan yang lain. Setiap kawasan perindustrian tersebut
memerlukan teknologi yang tinggi dan maju, penyelidikan dan pembangunan yang baik serta
pengurusan yang tersusun, teratur dan sistematik. Oleh hal yang demikian, penawaran peluang
pekerjaan yang luas amat diperlukan dalam industri berat tersebut supaya dapat meningkatkan
pendapatan per kapita penduduk, kuasa belinya serta tabungannya yang dapat menjaukan negara
Jepun daripada lingkaran kemiskinan. Maka, terdapat beberapa kesan bentuk geografi ekonomi
dalam penawaran perkerjaan di dalam industri berteknologi tinggi, Quartenary dan Quinary yang
memajukan dan mengembangkan ekonomi negara maju seperti negara Jepun.

2.0 Isi perbincangan


Antara kesan bentuk geografi ekonomi dalam penawaran pekerjaan ialah peningkatan taraf
hidup penduduk. Perusahaan dalam industri berteknologi tinggi boleh membaiki taraf hidup
penduduk yang berkerja dalam industri tersebut kerana mereka dapat menerima gaji bulanan yang
lumayan, pendapatan tetap serta menikmati bonus yang diberikan oleh industri tersebut apabila
mereka berjaya mendapat faedah atau keuntungan dalam hasilan mereka yang dijual dalam
pasaran. Jadi, pendapatan wang atau gaji pekerja-pekerja perusahaan dalam industri berteknologi
tinggi selalunya lebih tinggi daripada pekerja-pekerja perusahaan dalam industri pemakanan dan
minuman kerana proses penghasilannya yang berisiko tinggi dan berat yang memerlukan pekerja
yang berkemahiran, berpengalaman, bermutu, berpengetahuan serta berpendidikan tinggi. Oleh
sebab itu, pendapatan tetap dan lumayan dapat diterima oleh pekerja perindustrian berteknologi
tinggi kerana industrinya terletak di kawasan yang tidak terjejas oleh bencana alam semulajadi
seperti kebuluran atau kebanjiran (Cheng Leong, Goh, 1977: 294). Sebagai contoh, kawasan
perindustrian di dataran Kanto yang terletaknya Tokyo, ibu negaranya dan Yokohama sebagai
pelabuhan utama. Tokyo terkenal dengan kejuruteraan elektroniknya seperti transistor, radio,
televisyan, peti sejuk, mesin cuci kain dan komputer serta merupakan pengeluar besi dan keluli
yang utama, manakala Yokohama mempunyai perusahaan kejuruteraan, membina kapal,
membersih minyak, petrokimia dan perusahaan pelabuhan. Oleh itu, pekerja yang berkemahiran
dan berkebolehan amat diperlukan untuk memajukan dan mengusahakan industri berat tersebut
yang memerlukan teknologi yang tinggi dan maju. Sejajar dengan itu, pekerja perindustrian
tersebut juga boleh berbelanja lebih untuk membeli barang-barang pengguna, rumah, kenderaan
dan sebagainya dengan pendapatannya yang tetap. Penawaran pekerjaan oleh industri
berteknologi tinggi seperti industri elektronik akan menyediakan peluang yang luas serta
memberikan manfaat kepada ramai pekerja dalam perindustrian yang turut membawa kepada
peningkatan pasaran bagi barang-barang buatan kilang, dan hal ini akan membawa kepada
perkembangan perindustrian yang lebih besar sebagai bukti kemajuan perindustrian dalam negara
Jepun menunjukkan bahawa semakin tinggi taraf hidup, kadar penambahan penduduk akan
berkurangan. Maka, taraf hidup penduduk boleh ditingkatkan dalam jangka panjang dan juga
jangka pendek kalau tekanan penduduk berkurangan.
Selain itu, peningkatan ekonomi sesebuah negara dalam pelbagai sektor apabila terdapat
penawaran pekerjaan yang luas, contohnya sektor perkhidmatan, pengurusan, perhubungan,
perniagaan, perdagangan dan lain-lain yang akan menyumbang kepada pendapatan eksport negara
atau keluaran dalam negara kasar (KDNK). Jika KDNK meningkat, maka pendapatan eksport

negara bertambah dan wujudnya lebihan imbangan pembayaran iaitu eksport lebih besar daripada
import serta menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil. Hal ini demikian kerana
pengeksportan jentera berat biasanya memberikan kesan faedah atau keuntungan yang besar ke
atas imbangan dagangan negara, dan seterusnya keluaran industri berteknologi tinggi seperti
industri berat yang dihasilkan juga boleh mengimbangkan melalui pengeksportan kereta, besi
keluli dan petro kimia. Sebagai contoh, pengeksportan kereta seperti Mitsubishi, Nissan, Toyota,
Honda, Mazda dan lain-lain dari Jepun dalam industri automobil telah mendatangkan keuntungan
dan kemajuan kepada ekonomi negara Jepun sebagai akibat perkembangan pesat industri serta
program penyelidikan dan pembangunan yang telah mempercepatkan kemajuan teknologi dan
inovasi baru. Tambahan pula, pengeluaran industri perkilangan berteknologi tinggi seperti
barangan elektrik dan elektronik yang banyak dieksport ke luar negara juga boleh memperbaiki
defisit imbangan dagangan apabila pendapatan eksportnya yang diperoleh meningkat kerana
industri tersebut mempunyai modal yang banyak sebagai akibat terdapat banyak pelaburan modal
yang telah dibuat oleh sesebuah syarikat itu bagi memajukan sektor-sektor lain dalam sesebuah
ekonomi. Natijahnya, pendapatan eksport terhasil melalui tukaran wang asing, misalnya dalam
keadaan nilai Yen yang jatuh, urusniaga dalam Dolar Amerika akan banyak menguntungkan
negara Jepun. Keuntungan daripada pendapatan eksport inilah yang digunakan oleh kerajaan
untuk membangunkan sektor-sektor ekonomi lain dalam negara serta pembangunan fizikal dan
sosial.

Rajah 1.0: Rajah ini menunjukkan industri automobil di Jepun yang merupakan salah satu
pengeluar automobil yang terbesar di dunia, contohnya syarikat Toyota.
(http://www.chiangraitimes.com/wp-content/uploads/2011/11/1001337620X310.jpg dicapai pada
4 Mei 2014)
Di samping itu, pengembangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan atau
Research and Development (R&D) juga merupakan salah satu kesan dalam penawaran
pekerjaan. Oleh sebab pengembangan bidang R&D, maka pekerja-pekerja yang mahir amat
diperlukan dalam menghasilkan atau mengeluarkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi di
samping mengubahsuaikan fungsi dan reka bentuk produknya supaya dapat menarik perhatian
dan minat orang ramai atau pembeli untuk membeli produk tersebut. Pengembangan bidang R&D
dapat dilakukan dengan cara memajukan teknologi yang sedia ada, perkongsian kepakaran,
latihan lanjutan yang diberikan kepada pekerja yang kurang mahir, pinjaman tenaga pakar dari
industri yang lain dan lain-lain. Hal ini demikian kerana bidang R&D amat penting untuk
menghasilkan inovasi-inovasi baru, menghasilkan produk yang berkualiti bagi mengekalkan daya
saing khususnya di pasaran antarabangsa memandangkan cita rasa dan kuasa beli pengguna
sering berubah. Sebagai contoh, barangan elektrik dan elektronik seperti televisyen, telefon,
permainan Bluray, radio, kamera dan sebagainya yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat industri
perkilangan Jepun yang terkenal dan terkemuka seperti Panasonic, Sharp, Hitachi, Toshiba dan
Sony yang telah mendominasikan pasaran antarabangsa dengan alat-alat elektronik mereka
kerana kemajuan mereka dalam bidang R&D serta pencapaian kejayaan mereka dalam bidang
pengurusan, perkhidmatan dan perhubungan di seluruh dunia. Oleh itu, R&D dalam reka bentuk
model, sistem fungsi dan aksesori yang dikemaskini dari semasa ke semasa telah memberikan
kelebihan kepada industri elektrik dan elektronik negara Jepun untuk terus kekal di pasaran
antarabangsa serta menembusi pasaran-pasaran baru. Seterusnya, pengembangan dalam bidang
R&D juga akan turut membawa kepada pembangunan kemudahan fizikal dan infrastruktur seperti
penyediaan jaringan pengangkutan, sistem telekomunikasi, bekalan air elektrik dan sebagainya
supaya dapat memudahkan proses penghasilan produk serta pemasaran industri tersebut dalam
pasaran dunia atau antarabangsa, dan sekaligus meningkatkan hasil pengeluarannya yang
berkualiti dan bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna samada di
pasaran tempatan atau di pasaran dunia. Pada masa yang sama, kadar pengganguran dapat
dikurangkan, pendapatan per kapita, kuasa beli dan tabungan penduduk bertambah serta taraf
hidup penduduk semakin baik apabila adanya penawaran pekerjaan yang luas dalam bidang
R&D.

Rajah 2.0: Rajah ini


menunjukkan syarikat industri
perkilangan Jepun seperti Sony
yang merupakan salah satu
pengeluar televisyen yang
terbesar dan termaju di dunia, misalnya televisyen Sony Bravia.
(http://www.bloomberg.com/image/iSkqCT00PajA.jpg dicapai pada 4 Mei 2014)
Tambahan pula, penawaran pekerjaan dalam industri berteknologi tinggi, Quartenary dan
Quinary juga akan melahirkan pekerja yang sejagat dan sempurna iaitu pekerja yang mahir,
potensi, cekap, profesional, bersemangat dan berdaya saing di peringkat dunia atau antarabangsa
melalui sistem pendidikan seperti sekolah teknik dan institusi pengajian tinggi lain yang
sistematik dan teratur yang disediakan oleh sesebuah negara itu supaya dapat meningkatkan
prestasi dan potensi pekerja tersebut dalam kerjayanya di peringkat antarabangsa yang
merangkumi semua aspek samada dari segi kemahiran, pengalaman, kebolehan, kemampuan,
kecekapan, profesional, kesetiaan, kepatuhan dan lain-lain untuk mencapai kejayaan dalam
profesionnya. Sebagai contoh, kebanyakan pekerja atau buruh Jepun yang mahir telah dieksport
ke luar negara, misalnya ke Malaysia untuk membantu dalam pengawalan, pemerhatian,
penyeliaan dan pengurusan setiap proses perjalanan yang terdapat dalam industri-industri di
Malaysia, terutamanya industri perkilangan automobil seperti Proton yang menjalinkan hubungan
kerjasama yang erat antara industri Proton dengan industri motor Mitsubishi yang dapat
memastikan setiap proses dalam industri tersebut dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan lebih
lancar dan teratur supaya dapat meningkatkan hasil keluaran mereka serta mempergiatkan lagi
mutu dan kualiti kereta Proton dengan harapnya kereta buatan Malaysia dapat bersaing atau
bertanding dengan kereta luar negara samada dari segi prestasi, mutu, reka bentuk, keselesaan dan
lain-lain. Seiring dengan itu, pekerja Jepun yang mahir seperti guru atau jurutera juga turut
dieksport ke luar negara untuk membantu dalam latihan dan pengajaran kerana pengetahuan dan
pengalaman mereka yang luas dan mendalam dalam setiap bidang tersebut telah membolehkan
mereka mendidik dan melatih orang tempatan melalui kebolehan dan kecekapan mereka dalam
bidang tersebut. Dengan cara ini, pekerja tempatan yang mahir dan cekap akan dilahirkan dan hal
ini akan meningkatkan dan memajukan struktur ekonomi tempatan tersebut. Sebagai contoh,
pekerja-pekerja Jepun yang mahir dan profesional akan dieksport ke luar negara untuk membantu
dalam penyeliaan sesebuah syarikat atau industri perkilangan, dan seterusnya melatih dan

mendidik pekerja tempatan yang separuh mahir atau kurang mahir agar mereka dapat mencapai
kejayaan dan prestasi yang baik dalam kerjaya mereka serta membina keyakinan diri mereka
untuk menubuhkan syarikat atau industri perkilangannya sendiri secara terancang dan sistematik
di samping pekerja tempatan juga boleh mengambil peluang ini untuk belajar bahasa dan budaya
Jepun pada masa yang sama kerana sikap dan budaya pekerja Jepun yang sangat membantu
dalam perkembangan perusahaan ini (Su Seng, Keng, 1992: 207). Sementelahan, pekerja
tempatan juga dapat melanjutkan dan menyambungkan lagi latihan mereka di negara Jepun untuk
meluaskan dan menambahkan ilmu pengetahuan secara mendalam dan teliti sehingga mereka
dapat berkhidmat kepada negara apabila mereka balik nanti dengan ilmu pengetahuan yang luas.
Jadi, penawaran pekerjaan juga akan memberi peluang yang luas dalam peningkatan dan
pertambahan buruh atau pekerja yang mahir dieksport ke luar negara dengan kemahiran dan
pengalaman mereka yang sedia ada.
Sehubungan dengan itu, penerokaan dan perluasan pasaran antarabangsa juga berlaku kerana
kesan penawaran pekerjaan yang luas di dalam industri berteknologi tinggi, Quartenary dan
Quinary, contohnya pengurusan yang baik dalam sesebuah industri perkilangan yang merangkumi
beberapa aspek seperti pemasaran, pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan, perniagaan,
perdagangan dan lain-lain akan membantu dalam memperluaskan dan mempergiatkan pasaran di
peringkat dunia dan antarabangsa supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak pembeli atau
pengguna serta meningkatkan kuasa beli pengguna kerana mereka mempunyai kuasa penentu
terhadap sesuatu barang iaitu mereka dapat membuat pilihan secara bebas dalam membeli sesuatu
barang mengikut kegemaran dan kesukaan mereka. Sebagai contoh, syarikat-syarikat Jepun yang
besar seperti Sony telah membuka industri perkilangannya di negara China kerana kos buruhnya
yang murah dan kekayaan bahan mentah serta pasarannya yang luas. Hal ini demikian kerana
negara China mempunyai potensi pasaran yang luas kerana penduduknya yang ramai dan paling
terbesar di dunia yang telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat China dan
kejadian ini akan meningkatan pendapatan per kapita penduduk, kuasa beli, tabungan serta
menambah baik taraf hidup masyarakat China. Justeru itu, taraf hidup masyarakat China yang
baik akan menyebabkan mereka membeli barang secara besar-besaran dan keadaan ini akan
memberikan keuntungan yang besar kepada syarikat-syarikat Jepun seperti Sony untuk
menambahkan lagi keluaran produknya, misalnya telefon bimbit pintar, komputer, televisyen,
radio, kamera, permainan DVD dan sebagainya ke dalam pasaran China yang begitu luas
walaupun wujudnya persaingan yang sengit dan hebat antara sesebuah syarikat dengan syarikat
yang lain, terutamanya syarikat tempatan kerana terdapat banyak syarikat tempatan di negara
China yang juga ingin mengambil peluang ini untuk menembusi dalam pasaran mereka dengan

barangan buatan mereka tersendiri. Dengan cara ini, setiap syarikat tersebut samada syarikat
tempatan atau syarikat luar juga dapat menikmati manfaat dari pasaran tersebut jika kebanyakan
rakyat atau penduduk di negara tersebut memilih untuk membeli barangan elektrik dan elektronik
mereka yang dipasarkan dalam pasaran tersebut. Lanjutan daripada itu, syarikat-syarikat Jepun
yang besar dan terkemuka juga boleh menjalinkan kerjasama yang lebih erat dan kukuh bagi
mewujudkan sistem pasaran yang telus dan adil, liberal dan sebagainya seperti dalam ASEAN,
APEC, EEC, USA, Britain, negara-negara Timur Tengah dan lain-lain. Dengan cara ini, negara
Jepun akan memperoleh banyak keuntungan dan saiz pasaran dalam Jepun juga akan berkembang
pesat. Samada rakyat Jepun atau rakyat di seluruh dunia juga mampu memiliki barangan elektrik
dan elektronik dengan harga yang murah dan kompetitif kerana negara Jepun mempunyai
perhubungan yang baik dan maju, misalnya jaringan pengangkutan yang cekap seperti jalan raya,
kereta api dan jalan laut. Untuk jalan laut, Jepun mempunyai angkatan kapal perdagangan sendiri
yang besar seperti kapal kontena dan kapal tangki yang besar membolehkan bahan mentah
diimport dengan mudah. Sehubungan dengan itu, pelabuhan air dalam dengan kemudahan yang
paling baik seperti Yokohama, Osaka, Kobe dan lain-lain memudahkan lagi pengimportan bahan
mentah dan pengeksportan barangan elektrik dan elektronik, jentera berat serta kenderaan lain (Su
Seng, Keng, 1992: 207).
Sementelahan, penawaran pekerjaan di dalam industri berteknologi tinggi, Quartenary dan
Quinary juga akan mengekalkan nilai-nilai tradisi sesebuah industri perkilangan. Hal ini demikian
kerana masalah perusahaan yang terbesar di negara-negara yang maju ialah ia memulakan suatu
cara hidup baru yang akan membawa perubahan yang besar ke dalam suatu masyarakat
tradisional dan hal ini boleh menimbulkan masalah sosial yang serius. Kemajuan perusahaan dan
pembandaran beransur-ansur menukar penduduk-penduduk bandar mempunyai kefahaman
moden dan fahaman ini menyebabkan mereka mempunyai nilai-nilai baru yang mungkin
bertentangan dengan agama, sikap moral atau sosial yang tradisional dan juga membawa kepada
kehilangan identiti kebudayaan, bentuk-bentuk seni tempatan dan sebagainya. Masalah demikian
boleh bertambah rumit disebabkan oleh perbezaan lagi peringkat pendapatan di bandar dengan di
luar bandar dan wujudnya penghijrahan ke pusat-pusat bandar yang lebih besar (Cheng Leong,
Goh, 1977: 298). Sebagai contoh, kebanyakan industri perkilangan yang besar di Jepun kini telah
menggantikan tenaga buruh atau manusia dengan tenaga mesin dan jentera berat, contohnya
dalam proses penghasilan kereta di industri automobil. Hal ini terjadi kerana kos buruh yang lebih
mahal dan kurang cekap berbanding dengan kos mesin dan jentera yang lebih murah dan cekap
dan hal ini juga akan menyebabkan produk mungkin tidak dapat dikeluarkan pada harga yang
berasingan dan mungkin lebih mahal daripada barang import dan hal ini turut menyebabkan

sesebuah syarikat mengalami dan menanggung sejumlah kerugian yang besar. Oleh hal yang
demikian, penawaran pekerjaan yang luas merupakan satu peluang yang baik untuk membekalkan
dan memberikan peluang pekerjaan ini kepada masyarakat tempatan supaya mereka dapat
melibatkan diri dalam perusahaan industri perkilangan tempatan dengan sikap dan budaya yang
baik, bersemangat, kerajinan, kesetiaan, kepatuhan, bertoleransi, berkeyakinan diri dan lain-lain
dengan tujuan untuk memajukan perusahaan tempatan serta melahirkan usahawan tempatan yang
berjaya. Lebih-lebih lagi, kewujudan peluang pekerjaan ini juga dapat mengurangkan
pergantungan kepada mesin dan jentera, dan seterusnya menggantikannya dengan tenaga buruh
agar dapat membawa kemajuan ekonomi kepada masyarakat setempat tersebut dengan
keuntungan yang diperoleh oleh perusahaan tempatan sebagai akibat usaha tenaga manusia.
Sebagai contoh, industri-industri perusahaan yang kecil seperti makanan dan minuman
tradisional, kraf tangan, alat tulis dan lain-lain yang terdapat di masyarakat Jepun masih
menggunakan tenaga manusia untuk mengeluarkan produk-produk tersebut secara buatan tangan
supaya dapat memelihara dan memulihara nilai-nilai tradisi masyarakat Jepun yang telah lama
diamalkan oleh mereka secara turun-temurun sejak nenek moyang mereka.

3.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, industri berteknologi tinggi, Quartenary dan Quinary telah menawarkan
peluang pekerjaan yang luas kepada masyarakat tempatan, terutamanya di negara maju seperti
Jepun untuk memajukan ekonomi negara mereka kerana wujudnya beberapa kesan yang

berbentuk geografi ekonomi yang telah banyak membawa manfaat dan faedah kepada masyarakat
tempatan serta ekonomi negara, misalnya peningkatan taraf hidup penduduk setempat,
peningkatan ekonomi sesebuah negara dalam pelbagai sektor, pengembangan dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan atau R&D, kelahiran pekerja yang sejagat dan sempurna,
penerokaan dan perluasan pasaran antarabangsa dan juga pengekalan nilai-nilai tradisi sesebuah
industri perkilangan. Setiap kesan tersebut telah banyak membawa perubahan dan impak yang
besar kepada ekonomi negara dan kehidupan seharian rakyat serta mewujudkan kestabilan politik
dan sosial dalam masyarakat sejagat.
Oleh itu, penwaran pekerjaan merupakan satu isu yang amat penting dalam semua
masyarakat, terutamanya masyarakat yang miskin kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan
oleh sesebuah syarikat membolehkan mereka mengambil peluang ini untuk bekerja dengan lebih
keras demi memperoleh pendapatan atau gaji yang lumayan bagi menjaga kehidupan seharian
mereka, dan seterusnya menambah baik taraf hidup mereka supaya mereka boleh berbelanja lebih
untuk membeli barang-barang pengguna, untuk menanggung pelajaran anak-anaknya dan
sebagainya. Hal ini berlaku kerana peningkatan cita rasa dan kuasa beli mereka apabila taraf
hidup mereka meningkat jika ekonomi sesebuah negara itu bertambah baik. Sehubungan dengan
itu, mereka juga boleh membina kerjaya sendiri dengan menubuhkan atau mendirikan perniagaan
mereka sendiri apabila mereka mempunyai pendapatan yang tetap nanti. Pada masa yang sama,
penawaran pekerjaan juga dapat menstabilkan keadaan politik dan mempelbagaikan ekonomi
serta memperluaskan pasaran sesebuah negara supaya dapat menjauhkan negara tersebut daripada
lingkaran kemiskinan, dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dalam
masyarakat serta mengurangkan kadar pengganguran dalam masyarakat.

Rujukan
1.

Cheng Leong, Goh (1977). Geografi Manusia dan Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

2.

Ngai Weng, Chan (1993). Pengantar Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.

Su Seng, Keng (1992). Geografi dan Ekonomi Kemanusiaan STPM. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

4.

Cooper, E. H. (1968). Introduction to Economic Geography. London: University Tutorial


Press.

5.

B. W. Hodder & Roger Lee (1974). Economic Geography. London: Methuen & Co Ltd.

You might also like