You are on page 1of 9

Sektor Kedua

Jelaskan Maksud Sektor Kedua.

Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada pelbagai sektor. Dengan bentuk


aktiviti yang terlibat, ekonomi Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga. Kegiatan sektor kedua melibatkan
kegaitan ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor
pertama. Sektor kedua merupakan aktiviti pemprosesan bahan mentah keluaran dari
sektor pertama atau barang separuh siap menjadi barang siap atau barang separuh
siap yang lain.

Sektor yang terlibat adalah perindustrian dan pembinaan. Sektor


perindustrian adalah aktiviti proses penukarkan bahan mentah atau bahan separuh
siap kepada bahan siap atau separuh siap yang lain. Sektor perindustrian juga
dikenali sebagai sektor pembuatan atau perkilangan. Sektor pembinaan pula semua
bentuk aktiviti yang berkaitan dengan bangunan serta pembaikan struktur dan
kemudahan yang tetap. Sektor ini berkait rapat dengan sektor-sektor lain dan
perkembangannya akan memberi kesan talian kepada pertumbuhan sektor ekonomi
yang lain. Kepesatan kegiatan sektor pembinaan akan mempercepatkan
pertumbuhan sektor-sektor lain seperti pembuatan batu bata, kuari, memproses
kayu balak dan lain-lain.

Sektor kedua merupakan asas bagi pembangunan ekonomi di kebanyakan


negara yang moden. Dari segi daya pengeluaran dan keupayaan penyerapan
tenaga buruh, sektor ini dianggap sebagai tenaga penggerak pembangunan yang
utama. Kekurangan sektor pertanian telah menyebabkan pengembangan sektor ini
yang lebih pesat perlu dilaksanakan. Antara kekurangan sektor pertanian seperti
penyerapan guna tenaga yang rendah menyebabkan pengangguran dan sistem
upah yang tidak teratur menyebabkan tingkat pendapatan yang kurang memuaskan.
Walaupun sektor pertanian mempunyai kebanyakan kekurangan tetapi perlu
diteruskan, kerana sektor pertanian berhubung kuat dan saling berkait antara satu
sama lain dengan sektor kedua.

1
Nyatakan Sub Sektor Yang Terlibat Di Dalam Sektor Kedua.

Sektor kedua boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sektor


perindustrian dan sektor pembinaan. Dalam sektor perindustrian boleh dibahagikan
lagi kepada beberapa sub sektor, iaitu perindustrian kecil, perindustrian kecil dan
serdehana, perindustrian ringan dan perindustrian berat. Manakala sub sektor yang
terlibat dalam sektor pembinaan pula meliputi bangunan perumahan, bangunan
bukan perumahan, kejuruteraan awam, kerja-kerja pemasangan dan baik pulih serta
pembinaan kapal. Sektor Pembinaan juga boleh dibahagikan mengikut aktiviti dan
keluaran seperti yang ditunjukan dalam Carta 2 di bawah. Sektor pembinaan
dibahagikan mengikut aktiviti meliputi pembinaan baru yang melibatkan
perancangan dan lakaran serta binaan lama yang melibatkan pembaikan,
penyelenggaraan, perubahan dan perobohan. Manakala sektor pembinaan
dibahagikan mengikut keluaran pula melibatkan bangunan, pelabuhan, lapangan
terbang, jalan, jambatan, landasan kereta api, empangan, terusan, saluran najis dan
paip.

Pembinaan

Lakaran

Aktiviti Perancangan

Pembaikan, penyelenggaraan dan perubahan

Perobohan
Industri
Pembinaan
Bangunan

Dermaga lapangan terbang

Keluaran Kerja elektrik, gas dan telekomunikasi

Jalan, jambatan, landasan, kereta api dan


jejambat
Penebusan semula, saluran najis, empangan,
terusan dan saluran paip

Carta 2. Industri Pembinaan

2
Galurkan Dasar-Dasar Kerajaan Yang Terlibat Di Dalam Pertumbuhan Dan
Pembangunan Sektor Tersebut.

Dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan perkembangan sektor


perindustrian telah dilaksanakan. Antara dasar-dasar tersebut adalah bertujuan
mempelbagai dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia. Strategi-
strategi yang dilaksanakan dalam dasar-dasar perindustrian mempunyai
perlindungan tarif, galakan perlaburan, kemudahan, jaminan-jaminan, dan panduan-
panduan lain.

Selapas tahun 1970, tarif perlindungan diperluaskan kepada pelbagai jenis


barang termasuk barang penggunaan,perantaraan, dan modal. Kuota import
digunakan bagi melindungi perusahaan tempatan dari saingan luar. Selain itu,
Ordinan Taraf Perintis pada tahun 1958, Akta Galakan Pelaburan pada tahun 1968,
Akta Galakan Pelaburan Pindaan pada tahun 1980 dan 1982 serta Akta
Penggalakan Pelaburan pada tahun 1986 telah diwujudkan untuk tujuan galakan
perlaburan. Pelepasan cukai pendapatan dan pembangunan turut diberikan kepada
syarikat-syarikat yang melabur dalam bidang-bidang baru atau yang hendak
membesarkan perniagaan yang sedia ada. Bentuk galakan mempunyai taraf perintis,
elaun cukai pelaburan, elaun industry, elaun infrastruktur, galakan eksport dan
galakan khas yang lain.

Tambah lagi, kemudahan, jaminan-jaminan, dan panduan-panduan lain.


Kerajaan menyediakan infrastruktur yang secara tidak langsung seperti jalan raya,
kereta api, perkapalan, dan penerbangan. Institusi-institusi awam dan swasta
ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perusahaan di samping membuat
perancangan dan penyelidikan seperti R&D. Kemudahan kewangan turut disediakan
seperti perbadanan kemajuan ekonomi negara, MIDA, MIDF, MARA, Bank
Bumiputera dan lain-lain. Kawasan perusahaan ditubuhkan untuk menggalakkan
pelaburan ekonomi seperti zon perdagangan bebas. Panduan dan peraturan-
peraturan pelaburan yang bertujuan untuk memanfaatkan pelabur dan mengelakkan
pelabur melakukan perbuatan yang merugikan.

Dalam Dasar Perindustrian Negara mempunyai Pelan Induk Perindustrian


yang diperkenalkan untuk membangunkan sektor perindustrian negara Malaysia.
Pada tahun 1986 hingga 1995, kerajaan telah mengumumkan Pelan Induk

3
Perindustrian Pertama (IMP1). IMP1 bertujuan memastikan perkembangan ekonomi
yang pesat melalui pertumbuhan pesat sektor perindustrian untuk memenuhi objektif
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain itu, IMP1 juga bertujuan menyediakan asas bagi
pembangunan teknologi tempatan dan mengadakkan penggunaan bahan mentah
negara secara optimum melalui kegiatan perkilangan nilai ditambah. Strategi yang
dilaksanakan oleh IMP1 termasuk menyusun semula struktur galakan perindustrian
sedia ada, mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import,
memajukan semula industri gantian import peringkat pertama dan kedua,
menggalakkan pengguna Malaysia menggunakan barang tempatan dan industri
berat menjadi penggerak perkembangan industri, menggalakkan pertumbuhan
perusahaan kecil, mencari pasaran baru di Negara-negara Sedang Membangun
(NSM), memperluas kegiatan industri ke kawasan-kawasan kurang maju, serta
menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan pihak swasta.

Pada tahun 1996 hingga 2005, IMP1 digantikan dengan Pelan Induk
Perindustrian Kedua IMP2 yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Objektif
IMP2 adalah menggalakkan kemajuan sektor perindustrian dengan teknologi tinggi
dan menekankan pembangunan perindustrian. IMP2 telah meningkatkan
kebersaingan dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan kelompok
melalui pembesaran dan peluasan rangkaian perindustrian serta peningkatan
produktiviti. Selain itu, IMP2 juga memperbaiki asas ekonomi yang diperlukan dan
memupuk syarikat perindustrian milik Malaysia. Tambah lagi, IMP2 mengaplikasikan
proses intensif maklumat dan berteraskan ilmu dalam perindustrian.

Mulai tahun 2006, Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) diperkenalkan


untuk menggantikan IMP2 terus membangunkan sektor perindustrian. Sasaran IMP3
adalah mengembangkan sektor perindustrian kepada kadar 5.6 peratus setahun dan
menyumbang 28.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada
2020 dan jumlah pelaburan adalah RM27.5 bilion setahun. Strategi yang
dilaksanakan adalah mempertingkatkan daya saing, memanfaatkan peluang
pelaburan ke luar negera, membangun modal insan yang inovatif dan kreatif,
menyediakan rangka kerja pengawalseliaan dan keinstitusian yang padu serta
meneruskan sumbangan sektor perindustrian kepada pertumbuhan ekonomi.

4
Bincangkan Kepentingan Sektor Ini Kepada Pembangunan Dan Pertumbuhan
Ekonomi Negara.

Negara kita telah mengutamakan sektor kedua terutamanya sektor


perindustrian untuk mencapai era negara moden. Kerajaan telah melaksanakan
pelbagai dasar untuk meningkatkan tahap perindustrian negara kita. Sememangnya
kerajaan memberi penekanan terhadap sektor ini kerana sektor ini dapat membawa
pelbagai kebaikan kepada ekonomi negara dan rakyat kita.

Pertama, negara kita mampu mengurangkan import dengan perkembangan


sektor kedua. Pada tahun 1950 hingga 1960, ekonomi negara kita amat bergantung
terhadap getah dan bijih timah. Program perindustrian yang dilaksanakan membantu
mempelbagaikan ekonomi negara Malaysia. Keseluruhan industri adalah berbentuk
industri-industri ringan dan tertumpu kepada industri penggantian import.
Penggantian import turut memberi kesan terhadap sumber kewangan negara kerana
kurang wang diperlukan untuk membayar barangan yang diimport. Sumber
kewangan negara yang berlebihan ini boleh digunakan untuk meninggikan taraf
hidup rakyat seperti menyediakan pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang
bertaraf tinggi kepada rakyat.

Kedua, perkembangan sektor ini akan memberi kesan talian kepada


pertumbuhan sektor ekonomi yang lain. Kilang dibina untuk menghasilkan pelbagai
produk memenuhi permintaan masyarakat antarabangsa. Permintaan terhadap
bahan mentah negara akan meningkat dengan mengikuti perkembangan sektor
perindustrian. Hasil bahan mentah negara seperti bijih timah, getah, dan kayu akan
meningkat selaras dengan perkembangan industri produk tersebut. Harga komoditi
sudah pasti akan turut meningkat dengan mendadak yang menguntungkan rakyat
negara ini. Boleh mudah didapati sektor pertanian dan perlombongan juga akan
diperkembangkan mengikuti perkembangan sektor ini.

5
Graf 1. Penyerapan Guna Tenaga Mengikut Sektor
Perindustrian Dan Pertanian
60

50
Peratus Jumlah
Guna Tenaga

40

30

20

10

0
1970 1980 1990 2000
Perindustrian 9.5 15.7 19.9 27.6
Pertanian 52.5 39.6 25.9 2.8

Ketiga, sektor perindustrian dapat menyumbangkan peluang pekerjaan yang


banyak. Penubuhan kilang memerlukan bilangan sumber manusia yang banyak.
Rakyat akan mempunyai pekerjaan yang banyak atau boleh buat pemilihan. Di
bawah Rancangan Malaysia Ke-6, sektor ini telah mencatatkan pertumbuhan
ekonomi yang tinggi telah pun menyumbangkan lebih kurang ¼ daripada jumlah
guna tenaga dan mewujudkan hampir 60% daripada guna tenaga baru. Permintaan
buruh yang tinggi dalam sektor ini menyebabkan wujudnya kurangan buruh di setiap
peringkat operasi daripada pengeluaran sehingga ke buruh mahir. Graf 1
menunjukkan penyerapan guna tenaga mengikut sektor perindustrian dan sektor
pertanian. Pada tahun 1970, guna tenaga dalam sektor perindustrian hanya
mencapai 9.5% sahaja berbanding dengan sektor pertanian yang mencapai 52.5%
daripada keseluruhan guna tenaga di Malaysia. Namun, peratus guna tenaga sektor
perindustrian terus meningkat setiap tahun sehingga kepada 27.6% pada tahun
2000. Di samping itu, sumbangan sektor pertanian turut berkurang sehingga 15.2%
pada tahun 2000.

6
Graf 2. Sumbangan terhadap KDNK mengikut sektor.
40

Peratus sumbangan
35

kepada KDNK
30
25
20
15
10
5
0
1960 1970 1980 1990 2000
Sektor Perindustrian 9 13.2 19.3 26.9 33.4
Sektor Pertanian 38 30 23.6 18.6 8.7

Keempat, sektor perindustrian memberikan sumbangan yang lebih besar dan


penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) Malaysia. Graf 2 menunjukan
sumbangan terhadap KDNK mengikut sektor. Pada tahun 1960, sumbangan sektor
perindustrian hanya menyumbangkan 9% berbanding dengan 38% bagi sektor
pertanian. Namun, sektor perindustrian telah berjaya memberikan sumbangan yang
lebih daripada sektor pertanian iaitu 26.9% berbanding 18.6% pada tahun 1990.
Kadar pertumbuhan tahunan sektor perindustrian terus meluncur dan memain
peranan yang semakin penting dalam sumbangan KDNK. Pada tahun 2000,
sumbangan sektor ini adalah 33.4% berbanding dengan 8.7% bagsi sektor pertanian.

Graf 3. Eksport Kasar Sektor Perkilangan Malaysia


100
sumbangan

80
eksport
Peratus

60
40
20
0
1970 1980 1990 2000
Sumbangan Eksport Sektor
11.9 21.8 58.8 85.2
Perkilangan (%)

Kelima, sektor ini berperanan penting kepada eksport negara Malaysia.


Daripada sumbangannya 11.9% pada tahun 1970, sumbangannya terus meningkat
kepada hampir 22% pada tahun 1980. Kadar pertumbuhan semakin sekali ganda
dalam 10 tahun menunjukkan potensi sektor ini. Sumbangan sektor ini terhadap
eksport negara Malaysia terus berkembang sehingga 58.8% pada tahun 1990 dan
85.2% pada tahun 2000.

7
Huraikan Masalah dan Kesan daripada pembangunan sektor ini.

Di negara Malaysia, boleh didapati sektor kedua iaitu sektor perindustrian dan
sektor pembinaan dalam pertumbuhan yang pantas dan cepat serta sumbangannya
semakin penting terhadap ekonomi negara. Pembangunan dan perkembangan ini
akan menimbul beberapa masalah dan kesan kepada negara dan masyarakat.

Pertama, proses perpindahan buruh dari luar bandar ke bandar dan kawasan
perindustrian akan berlaku dan menjadi semakin pesat. Ini membawa kesan yang
buruk kepada masyarakat dan negara. Proses ini berlaku kerana bilangan industri-
industri di bandar melebihi industri-industri yang ada di luar bandar dan sikap
penduduk Malaysia yang suka hidup bersesak di bandar, terutama dari kalangan
yang kurang berpengalaman hidup dalam bandar.

Proses perpindahan ini menyebabkan kadar pengengguran di bandar lebih


besar daripada luar bandar. Penawaran buruh yang bertambah ini menyebabkan
upah atau gaji menjadi rendah. Selain itu, penghijrahan ini juga menimbulkan rumah-
rumah setinggan yang menyuritkan kerajaan. Kemudahan asas sosial seperti
bekalan air, elektrik dan lain-lain tidak didapati di rumah-rumah tersebut. Ini
membawa kepada kesan taraf hidup rakyat diturunkan. Tambah pula, penghijrahan
ini turut menimbulkan masalah sosial.

Kedua, pemindahan teknologi ke negara malaysia akan menambahkan


masalah pencemaran alam sekitar. Semakin banyak industri menempat di negara
Malaysia, semakin masalah pencemaran alam sekitar berlaku terutamanya
pencemaran udara dan air. Kadang-kadangnya pencermaran ini berlaku di kalangan
industri-industri pemilik luar negara yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran alam
sekitar di negar Malaysia turut mempengaruhi taraf kehidupan rakyatnya.

Walaupun pembangunan dan perkembangan sektor ini memberikan


sumbangan yang amat penting terhadap ekonomi negara, namun kita tidak boleh
mengabaikan masalah dan kesan yang dibawa bersama dengan mafaatnya kepada
negara dan masyarakat kita.

8
BIBLIOGRAFI

Mahat, N. A. (2008, November 30). Kebaikan melaksanakan perindustrian di negara


ini. Didapatkan dari www.pmrbest.blogspot.com:
http://pmrbest.blogspot.com/2008/11/kebaikan-melaksanakan-perindustrian-di.html

Muhayat, A. (2008, December 20). DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA.


Didapatkan dari www.ipislam.edu.my:
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/318/13.-DASAR-
PERINDUSTRIAN-NEGARA

You might also like