You are on page 1of 10

KEGANASAN / KEAGRESIFAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN

SUKAN
Pengenalan
Keganasan atau keagresifan dalam pendidikan jasmani merupakan satu fenomena
tingkah laku dan sentiasa berlaku dalam sukan. Pendapat Silva, keganasan atau
keagresifan adalah satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan
kecederaan fizikal dan mental kepada benda hidup serta berusaha mengelakkan
tindakan tersebut. Pada pendapat Wann pula, keagresifan merupakan satu tindakan
yang bermatlamat untuk mencederakan secara fizikal, verbal atau psikologikal orang
lain yang juga cuba mengelakkan diri sendiri daripada dicederakan. Keganasan
yang berlaku dalam sukan menunjukkan bahawa ketiadaetikaan seseorang. Orang
yang akan terlibat termasuklah atlet, pegawai, jurulatih dan penonton. Keganasan
dalam sukan boleh membawa kepada kecederaan dan kematian.

Jenis-jenis keganasan/keagresifan

 Keagresifan ketara
- Kecenderungan untuk mencederakan individu dengan sengaja
bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang
didorong oleh rasa marah atau kecewa.
 Keagresifan instrumental
- Tindakan mencederakan pihak lawan sebagai satu cara untuk mencapai
matlamat kemenangan.
 Keagresifan asertif
- Penggunaan fizikal atau verbal tanpa niat untuk mencederakan pihak
lawan dan tindakan itu dibenarkan mengikut peraturan permainan.

Punca-punca keganasan/keagresifan

Psikologi
 Provokasi
- Tindakan yang mencabar bagi dapatkan reaksi balas lawan
 Tekanan Emosi
- Prestasi di bawah jangkaan
- Jangkaan menang dan kalah
- Provokasi pihak lawan dan penonton
 Jangkaan Perlakuan Kasar
- Atlet jangka akan dikasari
- Bertindak agresif
 Kurang Pengetahuan
- Sukan Kontak
- Penonton tidak kenal undang-undang

Persekitaran
 Lokasi Pertandingan
- Sokongan penyokong tuan rumah
- Pelawat bertindak balas
 Cuaca
- Cuaca Panas menyebabkan bertindak agresif
- Hujan menyebabkan padang licin
 Keputusan Pertandingan
- Selepas kalah, akan rasa tertekan dan seterusnya bertindak agresif
 Aspek Keselamatan
- Tahap keselamatan rendah
- Penonton tempatan iaitu penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat
- Bawa alatan bahaya seperti botol, kayu, payung, mercun dan lain-lain.

Biologi
 Hormon Adrenalin
- Hormon =》 meransang
- Meningkat dalam suhu tinggi, kelesuan, bising
 Kebangkitan Fisiologi
- Naik semangat
- Respon Unik
- Rembesan Hormon Adrenalin meningkat
 Kesan Steroid
- Steroid dan kesan sampingan menyebabkan mood seseorang sukar
dikawal
Kes-kes yang menunjukan keganasan/keagresifan dalam pendidikan jasmani
dan sukan

Keganasan / keagresifan Bola Sepak

Contoh keganasan dalam sukan :


 Di Negara Luar
Seorang penyokong ditikam dalam satu kejadian pergaduhan besar-besaran
sebelum West Ham menentang Millwall. Perlawanan bola sepak Piala Liga
England itu turut diganggu.
Selepas perlawanan antara West Ham dan Minwall, penyokong-penyokong
bergaduh dan bertindak ganas di jalan tepi stadium dan polis mendedahkan
rakaman CCTV penyokong membaling botol dan bata kepada pegawai di
luar Upton Park.
Pemain bola sepak Arsenal iaitu Eduardo patah kaki semasa merebut bola
dengan Taylor.

 Di Negara Kita
 Setelah pasukan Kelantan tewas dalam pusingan akhir, penyokong Selangor
dan penyokong Kelantan berperang botol air, mercun dan tempat duduk
stadium yang dicabut dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di
Stadium Shah Alam. Mereka juga bertindak membakar trak polis,
memecahkan cermin kenderaan awam, dan baling mercun ke dalam padang.

Etika dalam sukan

Permainan Bersih (Fair Play)


Amalan permainan bersih:
 Pemain mempunyai semangat kesukanan.
 Pemain mematuhi peraturan dan undang-undang permainan.
 Menghormati dan mematuhi keputusan pengadil.
Semangat Kesukanan
Semangat kesukanan yang tinggi:
 Bermain bersungguh-sungguh
 Berdisiplin
 Bersifat amanah
 Menjaga nama baik pasukan atau negara yang diwakili.
 Bermain tidak kasar dan tipu

Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan


Perkara yang patut difahami dan dipatuhi oleh atlet,penonton dan pegawai:
 Undang-undang
 Taktik
 Kemahiran

Menghormati dan mematuhi keputusan pengadil


Keputusan yang dilakukan oleh pengadil adalah muktamad kerana mereka lebih arif:
 Sebagai atlet dan pegawai patut mengawal emosi dan menerima keputusan
pengadil pada masa ke semasa.
 Sebagai penyokong patut menerima keputusan pengadil supaya tidak berlaku
kejadian mencela atlet dan pengadil. ‡
SOSIO-BUDAYA DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
Pengenalan
Sosio budaya merupakan cara hidup atau kegiatan sekumpulan manusia dalam
sesebuah masyarakat. Ia mencerminkan nilai, norma, agama dan adat resam
anggota masyarakat tersebut yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan
jiran tetangga. Nilai yang dimaksudkan meliputi bersopan-santun, kesederhanaan,
gotong-royong dan juga keharmonian hidup antara ahli keluarga, jiran tetangga dan
masyarakat.

Kepentingan Aspek Sosio-Budaya Pendidikan Jasmani


Semasa pemilihan permainan, pakaian dan idola perlulah aspek sosio-budaya
pendidikan jasmani. Contohnya selain daripada melindungi tubuh badan, pakaian
juga melambangkan identiti seseorang. Selain itu, ahli sukan akan diperkenalkan
kepada media massa maka mereka dijadikan idola dan disanjung tinggi. Mereka
haruslah mempunyai nilai dan norma yang tidak bertentangan dengan nilai dan
norma sosio-bubaya masyarakat negara ini.

Sosio-Budaya Pendidikan Jasmani


Pakaian
 Sesuai dengan jenis sukan, termasuklah:
 Baju
 Seluar
 Kasut
 Pakaian adalah dipilih mengikut:
 Keadaan Cuaca
o Pakaian yang dipakai adalah mengikut keadaan cuaca seperti
cuaca panas atau sejuk.
o Contoh: Keadaan cuaca panas, pakaian mestilah mempunyai ciri-
ciri berikut:
 Mudah menyerap peluh dan lembapan
 Pakaian jenis nipis, lembut, gebu dan selesa dipakai
 Berwarna cerah
 Pembebas haba yang baik
 Perlindungan Keselamatan
o Pakaian mestilah selesa dan memudahkan pergerakan untuk
mengelakkan kecederaan dan kemalangan.
o Ciri-ciri pakaian yang direka cipta:
 Ketahanan
 Kekukuhan
 Aerodinamik.
o Berupaya melindungi atlet daripada mengalami kecederaan
sewaktu berlaku kemalangan.
o Kebanyakan diperbuat daripada fabrik ringan dan tahan lasak:
 Nilon
 Lycra
 Polyester
 Teflon
 Gore-tex
 Chamois.
 Bentuk Aktiviti
o Permainan yang berbeza mempunyai pakaian pemainan yang
berbeza.
o Contoh: Permainan bola sepak, pemain perlu memakai pakaian
ringan yang memudahkan pergerakan. Kasut yang digunakan
perlulah sesuai dengan bentuk aktiviti dan keadaan permukaan
padang permainan.
o Pakaian bukan sahaja melindungi tubuh badan tetapi juga direka
bagi meningkatkan daya tahan aerodinamik dengan mengurangkan
rintangan udara.
o Contoh: atlet renang memakai baju menutupi hampir keseluruhan
badan yang dikenali sebagai aquablade atau fastskin. Pakaian ini
dapat mengurangkan rintangan air agar atlet dapat berenang
dengan lebih pantas dan meningkatkan prestasi.
Latihan
 Latihan bergantung kebiasaan masyarakat:
 Contoh: masyarakat mempengaruhi corak latihan kita.
o Regangan
 Di negara kita regangan selalunya dibuat secara berdiri.
 Di negara luar banyak dibuat secara berpasangan.
 Contoh lain:
 Bentuk badan yang dimiliki bersesuaian dengan acara sukan.
RUJUKAN
KEGANASAN / KEAGRESIFAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Keganasan bola sepak.

Pergaduhan penyokong Selangor dan penyokong Kelantan dalam saingan suku


akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.

Penyokong bergaduh dan bertindak ganas di jalan tepi stadium.

SOSIO-BUDAYA DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Latihan badminton
Pakaian bola tampar

Pakaian perempuan permainan tennis


BIBLIOGRAFI
http://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/keganasan-keagresifan-dalam-
sukan.html
http://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/isu-semasa-pj-dan-sukan.html
http://mforum.cari.com.my/news/bh/readmore.php?article=Keganasanbolasep
akkiankritikal/Article
http://www.scribd.com/doc/42283388/Etika-Dalam-Sukan-Luar-Negara

You might also like