You are on page 1of 22

Pengenalan Kegiatan Ekonomi Utama

Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor. Sektor-sektor tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektot ketiga. Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat. Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam kategori sektor pertama kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di peringkat awal di mana ia tidak atau kurang melibatkan aktiviti pemerosesan. Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang

kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Ia lebih bersifat pemerosesan. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah aktiviti pembuatan (perkilangan) dan pembinaan. Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat dengan aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan, penyimpanan, perhubungan, kuasa elektrik, gas dan air, perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Berdasarkan pembahagian di atas bolehlah dikatakan bahawa sektor pertama adalah sektor yang mewarisi sektor tradisional, manakala sektor kedua dan ketiga pula adalah sektor moden. Dengan kata lain perkembangan aliran ekonomi Malaysia adalah berasaskan ekonomi dualisme (tradisional dan moden). Sumbangan ketiga-tiga sektor di atas kepada ekonomi negara semakin meningkat. Walaupun begitu kepentingan dan kepesatan setiap satunya mungkin berubahubah mengikut perkembangan masa. Pada tahun 1970-an, sektor pertanian dan perlombongan menjadi penyumbang utama eksport Malaysia, tetapi pada tahun 1990an, sektor perkilangan pula memberi sumbangan yang utama kepada eksport MalaysiaDalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sudah pasti kepesatan perkembangan sektor kedua dan ketiga akan mengatasi sektor pertama. Namun begitu kesemua sektor ekonomi adalah penting dan setiap satunya saling membantu serta menjadi pelengkap antara satu sama lain.

Jenis-Jenis Perindustrian Di Malaysia


1. Industri Pemprosesan

Pemprosesan Minyak Kelapa Sawit

a. Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan. b. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah. c. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya. d. Contoh :

Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji. Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin. Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan. Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.

2. Industri Ringan

Pemprosesan minuman

a. Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna). b. Jenis perindustrian yang terpenting. c. Contoh : Pembuatan barangan elektrik, makanan, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya. d. Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap. e. Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan. f. Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia

3. Industri Berat
3

Pemasangan / pembuatan kenderaan

Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang perlukan kemahiran tinggi.

Perlukan modal yang besar. Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).

Contoh :

membuat kereta proton saga (Shah Alam) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak) Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

4. Industri Desa

Pemprosesan kerepek/makanan ringan

a. Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar. b. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia. c. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan. d. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong. e. Terkenal di Kelantan dan Sabah. Contohnya :

Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh Mengecap batik / tenun sutera. Membuat keropok ikan / udang. Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Industri Di Malaysia


5

Modal Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan - dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)

Sumber tenaga (air sungai) Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang. Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)

Banyak kemudahan asas Perhubungan dan pengang-kutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya).

Bekalan bahan mentah Banyak, mudah didapati dan mencukupi.

Pasaran Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.

Dasar kerajaan Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan.

Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya :

a. Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas.


6

b. Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way. c. Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang

Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.

Tenaga buruh Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir / separuh mahir.

Sistem pengangkutan Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.

Kepentingan Perindustrian
1. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 2. Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk gantikan barangan import. 3. Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan - sumber bahan mentah industri. 4. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan. 5. Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan. 6. Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara sumber pertukaran wang asing.

PERTANIAN
7

Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama (primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama. Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negaranegara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turuntemurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih bermaruah dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.

PERKEMBANGAN PERTANIAN MALAYSIA PADA MASA KINI


8

Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995. Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian. Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilaiditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%.

1. Penanaman

Hasil kegiatan penanaman ialah buah kelapa sawit,padi,getah dan sayur-sayuran. Contohnya kegiatan menanam padi terdapat di Dataran Kedah,Delta Kelantan dan Tanjong Karang. Kelapa sawit banyak terdapat di Jengka,Labis,Trolak dan Sibu. Getah pula banyak ditanam di Muar,Johor dan Tenom,Sabah. Nanas ditanam terutamanya di Pontian,Johor. Sayur-sayuran hawa sederhana ditanam di Cameron Highlaands,Pahang dan Kundasang,Sabah.

2. Perikanan
Kegiatan menangkap ikan di negara kita dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut. Selain itu, terdapat kegiatan akuakultur. Pusat pendaratan ikan yang utama ialah Kuantan, Kuala Perlis, Chendering, Besut dan Tok Bali. Kegiatan utama akuakultur pula terdapat di Bukit Merah, Perak dan Kukup, Johor.

3. Penternakan
Penternakan ialah satu kegiatan pertanian yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Ia telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila anjing, kambing dan biri-biri

10

berjaya dijinakkan. Pada zaman Neolitik, oleh kerana manusia mula tinggal menetap di satu-satu tempat, kegunaan haiwan ternakan itu diperluaskan kepada kulit dan bulunya, berbanding zaman sebelumnya yang tertumpu hanya kepada daging untuk makanan. Setelah itu, manusia mula memternak lembu dan kerbau untuk mendapatkan susu dan kulitnya selain digunakan untuk membajak tanah bagi membantu kegiatan bercucuk tanam. Seterusnya kegiatan ini diperluaskan sehingga meliputi hampir kesemua haiwan dan mempunyai tujuan yang berbeza-beza. Pada zaman moden ini, ilmu penternakan boleh dipelajari di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia. Para siswazah boleh mempelajari selok-belok penternakan di dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, ilmu pemakanan, baka dan genetik, selain pembiakan. Mereka kemudiannya boleh mendapat pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi seperti industri farmaseutikal, veterinar, industri makanan, selain pertanian dan penternakan.

KEGIATAN EKONOMI: PEMBALAKAN

11

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PEMBALAKAN 1 Hutan Khatulistiwa Malaysia merupakan negara yang mempunyai kawasan hutan hujan khatulistiwa yang luas.Contohnya semenanjung Malaysia meliputi 29%, Sabah 22% dan Sarawak 49%.Kawasan hutan ini banyak membekal kayu yang berharga.misalnya, cengal, meranti, keruing dan merbau. 1. Permintaan yang tinggi Pasaran dalam negeri digunakan untuk kilang papan, industri perabot, kilang membuat kertas dan sebagainya.Contoh, kilang yang terdapat di Malaysia ialah Pahang, Sabah dan Sarawak.selain itu, pasaran luar negara yang tinggi dalam bentuk papan lapis,kayu balak dan kayu gergaji.Kayu-kayu ini dieksport ke negara luar seperti Jepun,Thailand dan Singapura. 2. Dasar kerajaan Kerajaan menggalakkan kegiatan pembalakan dengan menubuhkan agensi-agensi seperti Lembaga Industri Kayu Balak yang bertujuan untuk mempromosikan dan mencari pasaran baru.Terdapat juga FRIM yang menjalankan Penyelidikan dan pembangunan rawatan pokok.Misalnya, pokok seperti pain, batai dan akarsia.Selain itu Jabatan Perhutanan ditubuhkan untuk memantau kegiatan pembalakan haram dan melakukakan aktiviti penanaman semula.

3. Peluang pekerjaan
12

Terdapat 2.4juta penduduk di Malaysia yang mempunyai peluang pekerjaan dalam sektor pembalakan.Selain itu, wujud peluang-peluang pekerjaan seperti pekerja kilang, pemorosesan kayu balak, pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengankutan dan sebagainya.Peluang bekerja dalam industri ini akan mengurangkan kadar pengangguran.Apabila penduduk mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup penduduk. 4. Sumber pendapatan negara Sektor pembalakan merupakan salah satu industri primer yang berpotensi meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini, kerana hasil-hasil pembalakn dieksport ke luar negara seperti Jepun, Singapura dan Thailand.harga hasil pembalakn yang tinggi dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui pengaliran masuk mata wang asing. 5. Perkembangan Bandar Aktiviti pembalakan membawa kepada kewujudan sesuatu kawasan menjadi bandar baru.Dengan pembinaan kilang-kilang menggalakkan sesuatu Bandar menjadi tumpuan penduduk dengan menyediakan peluang pekerjaan.Contohnya kilang papan di Kuantan (Pahang), Sandakan (Sabah), Kuala lipis (Pahang) dan Gua Musang (Kelantan).

KESAN-KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL 1. Peningkatan suhu Penebangan hutan daripada aktiviti pembalakn menyebabkan peningkatan suhu.Hal ini disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang bahangan matahari dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera.Contohnya pengurangan kelembapan udara akan membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi dan udara sekitar menjadi kering (Dry Air) serta cuaca menjadi panas.

2. Kepupusan flora dan fauna


13

Apabila hutan dimusnahkan untuk tujuan pembalakan pelbagai sepsis flora dan fauna kehilangan habitat.Selain itu, ekosistem terganggu menyebabkan rantaian makanan terjejas.Contohnya kepupusan haiwan seperti harimau, gajah dan monyet.Manakala kepupusan fauna seperti merbau. 3. Hakisan tanah Apabila aktiviti pembalakan dilakukan secara berlebihan, berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh.hal ini disebabkan permukaan telah terdedah kepada hakisan air semasa hujan.Hujan yang lebat akan menyebabkan larian air permukaan akan menghakis lapisan permukaan tanah kelodak, lumpur akan masuk ke dalam sungai.Oleh itu, sungai menjadi cetek, keruh dan berlakunya banjir lumpur di kawasan rendah. 4. Pencemaran air Penebangan hutan untuk aktiviti pembalakan menyebabkan hakisan larian air permukaan berlaku dan membawa masuk kelodak dan lumpur ke dalam sungai.Oleh itu, air sungai menjadi cetek dan ekosistem akuatik terganggu.Contohnya Sungai Pahang dan Sungai Kelantan. 5. Kemusnahan kawasan tadahan air Penebangan hutan untuk pembalakan telah mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan menurunkan paras air dalam tanah.Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai, tasik, kolam dan paya.Contohnya hutan sebagai span menyerap air dan mengalirkan air. 6. Perubahan landskap Kawasan pembalakan yang dijalankan secara berleluasa menyebabkan tanah menjadi gondola.Selain itu, wujudnya kawasan yang agak kering dan menjadi tandus.Contohnya hutan primer bertukar kepada hutan sekunder dan seterusnya menjadi kawasan yang lapang. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL AKTIVITI PEMBALAKAN 1. Langkah perundangan

14

Mewartakan hutan simpan kekal dan menguatkuasakan akta perhutanan negara terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan seperti denda atau kompaun, penjara dan sebagainya.Contohnya dikuatkuasakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Kualiti Alam sekitar 1974.Misalnya, kawasan hutan simpan kekal ialah Taman Negara di Pahang, Taman Negara Bako di Sabah dan Hutan Simpan Belum di Perak. 2. Langkah pengurusan I. Melaksanakan program perhutanan semula dan penanaman semula hutan yang

diuruskan secara sistematik,sainstifik dan terkawal.Hal ini, dinamakan sebagai projek perladangan hutan kompensatori.Sebagai contohnya perladangan hutan di Kemasul, Pahang.Pokok balak yang cepat membesar dan matang dalam tempoh 15 tahun ditanam seperti Batai, Yamane, Akasia dan lain-lain. II. Melaksanakan system penebangan hutan terpilih bukannya tebangt-bersih.Pokok

yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang.Misalnya, bagi pokok kayu keras yang berukur lilit 45cm ke atas sahaja yang layak ditebang. III. Melaksanakan usaha R&D secara berterusan khususnya dalam konteks

sivilkultur, penjagaan dan perawatan hutan daripada perosak dan penyakit, teknologi pembiabakaan pokok serta teknologi moden pencegahan kebakaran hutan. IV. Mengelakkan penggunaan sumber-sumber gantian agar tidak terlalu

bergantung kepada sumber hutan khususnya kayu.Contohnya penggunaan simen dan batu bata dalam industri pembinaan, penggunaan kayu getah dalam industri perabot, termasuk dikitar semula bahan terbuang. 3. Langkah kempen kesedaran Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan kita menerusi pelbagai media seperti kempen Cintailah Hutan Kitatermasuk juga program pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan melalui matapelajaran geografi dan alam sekitar di peringkat sekolah dan universiti seperti UPM.

SUMBANGAN /PERANAN/KEPENTINGAN SEKTOR PEMBALAKAN


15

1. Peluang pekerjaan Wujudnya peluang-peluang pekerjaan seperti kilang pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengangkutan dan sebagainya.peluang pekerjaan dalam industri ini akan mengurangkan kadar pengangguran.Apabila penduduk mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi dan secara langsung meningkatkan taraf hidup penduduk. 2. Sumber pendapatan negara Sektor pembalakn merukan salah satu industri primer yang berpotensi meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini kerana hasil-hasil pembalakn dieksport keluar negara seperti Jepun, singapura dan Thailand.Harga hasil pembalakan yang tinggi dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui pengaliran masuk mata wang asing. 3. Sumber bahan mentah Pembalakan membekalkan sumber bahan mentah kepada negara.Contohnya cengal, meranti, seraya, balau dan akarsia.Kayu-kayu berharga ini digunakan oleh industri sekunder untuk dijadikan perabot dan papan lapis yang bermutu tinggi.Sumber bahan mentah ini juga dieksport ke luar negara seperti Jepun,Thailand dan Singapura. 4. Pembangunan infrastruktur Aktiviti pembalakan membawa perkembangan kepada pembangunan infrastruktur.Contohnya penebangan hutan dilakukan untuk pembinaan jalan raya, lebuh raya Utara-Selatan, hospital,sekolah dan sebagainy.Dengan pembinaan infrastruktur ini system pengangkutan dapat mempergiatkan lagi aktiviti pembalakn untuk tujuan pengeksportan ke luar negara.Contohnya Jepun,Singapura dan Thailand.

16

Perlombongan di Tanah Melayu selalunya merujuk kepada perlombongan bijih timah memandangkan hasil perlombongan logam lain seperti emas adalah terlalu sedikit. Secara amnya, aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan terutama oleh pembesarpembesar Melayu. Dalam tempoh yang lebih lewat, penggunaan pam kelikir dan sebagainya telah merangsangkan hasil pengeluaran terus meningkat. Jenis Perlombongan

Bijih besi, timah, emas dan kuprum Bukan Logam : marmar, tanah liat, fosfat Bahan api : Petroleum, gas asli dan arang batu

Taburan

Petroleum- di Luar Pantai Terengganu, Pantai Barat Sabah dan luar pantai Sarawak.Contoh: Tiong,Guntong,Tapis,Dulang,Bekok,Seligi (Terengganu)

St Joseph,Erb West dan Samarang (Sabah) Baram, Baronia,Betty,Bokor dan Temana (Sarawak)

Taburan

Gas Asli-di Luar Pantai Terengganu,Sabah dan Sarawak yang berhampiran dengan medan petroleum

Tujuh,Jerneh,Bujang dan Resak di Terengganu Kinarut dan Glayzer di Sabah Beryl dan Laila di Sarawak

Petroleum

SektorSektorperlombonganperlombonganyang paling yang pentingpentingdijalankandijalankansejaksejak1909 1909 didiMiriMiri


17

DianggarkanDianggarkanmempunyaimempunyairezabrezabbahanbahan mentahmentahsebanyaksebanyak3billion tong 3billion 20 tahuntahun

KapasitiKapasitipengeluaranpengeluaran650,000 tong 650,000 seharisehari

IndustrI penapisan petroleum di Kerteh , Port Dickson, Tangga Batu dan Lutong

Gas Asli Terhasil di kawasan perlombongan petroleum Lokasi di Luar Pantai Terengganu, Pantai Barat Sabah dan Luar Pantai Sarawak Kegunaan domestiksumber tenaga elektrik contoh : Pusat Elektrik Paka yang berfungsi sebagai pusat pengeluaran utama

Faktor kemerosotan Kemelesetan ekonomi dunia1985 Bahan pengganti yang lebih murah dalam industri pengetinan makanan dan minuman (botol,kaca dan kertas) Simpanan semakin berkurangan Kos tinggi

Kepentingan Menyumbang pendapatan eksport


18

Membuka peluang pekerjaan Menggalakkan pemindahan teknologi

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERLOMBONGAN


Sektor prlombongan yang penting dan bermula sejak 1909 di Miri, Sarawak stok simpanan sumber yang banyak- petroleum ada 3 billion tong boleh bertahan 20 tahun lagi

malaysia terletak di atas pentas sunda kedalaman laut kurang 180m- kaya dengan simpanan petroleum. Kapasiti pengeluaran melebihi 650,000 tong sehari

harga sumber yang tinggi- petroleum us$70 setong menggalakkan kerja carigali kerana hasil yang lumayan

permintaan yang tinggi- bijih timah digunakan dalam indusri penyaduran keupyaaan teknologi- pengeluaran dan pemrosesan petroleum menggunkan teknologi dan peralatan yang canggih-teknik mengesan, menghasilkan produk yang berkualiti contoh penghasilan minyak pelincir syanthium

buruh dan kepakaran- buruh mahir dan separuh mahir-program latihan dan kursus jangka panjang dihantar keluar negara atau dalam negara.

kemudahan asas lengkap- sistem pengangkutan, perubungan, penympanan, keselamatan dan pemasaran

Dasar kerajaan/governan- meliputi kouta pengeluaran, permit, R&Dmenggalakakan usaha cari gali khususnya kepaa petronas.

Sumbangan sektor perlombongan kepada penduduk dan pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara

menyumbang kepada pendapatan negara hasil daripada eksport hasil perlombongan contoh petroleum pada tahun 2000 menyumbang 14.2 billion, gasasli 11.3 billion
19

membuka peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai bidang seperti jurutera. Ahli geologi- contoh di malaysia pada tahun 2000 sebanyak 41200 peluang pekerjaan telah diwujudkan di sektor perlombongan

menggalakkan pemndahan teknologi dan kepakaran- menggaalakkan perkembangan R&D contoh petronas kerjasama dalam teknologi menghasilkan produk berkualiti- minyak pelincir sintettik setaraf formula one

meningkatkan keupayaan modal- hasil eksport petroleum/hasil perlombongan memajukan infrastruktur-jalan raya., pelabuhan, kemudahan asas, kemajuan pendidikan

membantu sektor industri yang berkaitan- berasaskan hasil perlombongan- bijih timah, petroleum dll

mewujudkan/membangunkan bandar/petempatan baru-lembah klang, lembah kinta, kerteh, miri dll

Kesan Kegiatan Perlombongan ke atas alam sekitar Ke atas Landskap Budaya

wujudnya kawasan petempatan yang berkembang menjadi pekan atau bandarpetempatan ini mati setelah hasil lombong tiada contoh- bukit besi, batu arang

wujudnya rangkaian sistem pengangkutan seperti jalanraya, jalan kereta api, pelabuhan, lapangan terbang

wujudnya industri yang berkaian seperti industri petrikomia, kilang baja urea

Ke atas landskap Fizikal


tinggalan kawsan lombong membentuk lekukan, kolam , tasik kawsan tinggalan lombong dimajukan menjdi kawsan rekreasi seperti the mines, tasik titiwangsa, taman tasik taiping

20

pencemaran sungai- sisa perlombongan menggunakan kapal korek-kelodak masuk dalam sungai- sungai keruh dan berkolodak

pencemaran udara- pembebasan habuk dan dbu-lombong kuari,pembebasan bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, karbon monoksida di pusat penapisan minyak

minyak- mencemarkan air laut sekitar pelantar, lalauan kapal, sekitar teminal atau pelabuhan-mengancam hiupan laut

kehilangan tanah penutup bumi dan gangguan ke atas profil, struktur dan tekstur tanah-kehilangan kesuburan tanah, membentuk belukar

Tinggalan kawasan lombong adalah kawsan yang tandus-tidak subur, perlu dipulihara

kerosakan cerun bukit-lombong hidrolik, cerun menjadi menjadi tidak stabilmudah kejadian tanah runtuh

Langkah melestarikan sumber perlombongan di Malaysia

mengehadkan kouta pengeluaran petroleum-agar simpanan sumber ini terjamin tidak dieksploitasi dalam jangka masa singkat

mengawal aktiviti cari gali sumber- PTG mengawasi aktiviti perlombongan emas dan kuari dengan pemberian lesen dan syarat yang ketat

tindakan tegas- denda, kompaun, menggantung lesen, membatalkan operasimereka yang melanggar syarat

Jabatan alam sekitar- penyeliaan terhadap aktiviti perlombongan yang mencemrkan alam sekitar- pencemaran laut/sungai

kerja-kerja pembersihan laut, pantai- secara bersepadu ntara syarikat dan agensi kerajaan

Membina benteng-menguatkan kembali cserun yang telah rosak-benteng konkrit mengelakkan hakisan dan tanah runtuh

21

menanam pokok-pokok peneduh di kawasan kilang memproses gas asli atau kilang kuari-memerangkap habuk dan mengurang suhu pemnasan setempat.

Membaik pulih kawsan lombong- menjadi kawsan rekreasi , sukan air- mines wonderland

Beralih kepada sumber gantian yang lebih murah dan berterusan dan bersihtenaga ombak, air, solar biomas dll

Kempen dan pendidikan alam sekitar secara berterusan

SUMBER TENAGA Sumber tenaga terdiri daripada 2 jenis iaitu: 1. Sumber tenaga fosil : bijih timah, arang batu, gas asli 2. Sumber tenaga gantian : tenaga hidroelektrik, tenaga suria, tenaga bioisim dan tenaga ombak. Faktor yang mempengaruhi perkembangan tenaga gantian 1. Penyusutan sumber tenaga konvensional/tenaga fosil-dijangka habis dalam tempoh 50 tahun akan datang perlu sumber tenaga alternatif 2. Stok sumber tenaga semakin berkurangan,tidak boleh dihganti- jika tiada penemuan baru akan berlaku krisis tenaga 3. dapat mengurangkan kergantungan dan penggunaan yang melampau kepada sumber tenaga konvensional- kesan negatif kepada alam sekitar 4. mengurangkan kesan pencemaran alam sektar- sumber tenaga gantian lebih bersih, tidak mencemarkan alam sekitar

22

You might also like