You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Bandar adalah satu ciptaan yang menunjukkan pengaruh manusia ke atas alam semula
jadi. Ia merupakan tempat di mana manusia telah banyak mengubah sumber-sumber tanah, air,
organisma dan udara. Bandar adalah ruang di mana manusia memulakan dan mengawal
perubahan dalam habitatnya. Dalam penggunaan biasa, bandar adalah satu unit politik, suatu
petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah tempat
kediaman atau lain-lain struktur atau kadangkala bandar juga dilihat hanya dari segi
penghuninya sahaja. Bandar terdiri daripada dua komponen: penghuni bandar dan
persekitaran bandar (Thomas dan Melvin, 1985).

Ahli-ahli Geografi menyatakan bahawa bandar adalah satu lokasi penempatan yang
mengandungi tiga ciri iaitu kepadatan penempatan adalah tinggi daripada penempatan biasa,
penduduk di penempatan tersebut tidak terikat dengan aktiviti pertanian atau aktiviti yang
berada dalam sektor ekonomi pertama dan lokasi penempatan tersebut memberi perkhidmatan
sebagai sebuah pusat kebudayaan, pentadbiran dan ekonomi bagi wilayah. Dalam kajiannya
tentang komuniti bandar, Kamal Salleh mentakrifkan bandar sebagai satu kawasan yang
mempunyai enam kemudahan asas iaitu kemudahan kesihatan, persekolahan, infrastruktur asas
(jalan dan pengangkutan), utiliti asas (air dan elektrik), perumahan, perniagaan dan kemudahan
komuniti (masjid dan dewan), (Yahaya Ibrahim, 1995).

Secara keseluruhannya, walau apapun definisi yang diberi, namun ia mempunyai


matlamat dan maksud yang sama. Maksudnya sesebuah bandar tetap dikaitkan dengan
bilangan penduduk yang relatif tinggi kepadatannya serta aktiviti yang terdapat di dalamnya.
Selain itu, bandar juga mempunyai sempadan pentadbiran yang sah dari segi undang-undang
dan badan pentadbir yang tersendiri.

1
2.0 LATAR BELAKANG

Sebuah bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Bandar
ditakrifkan untuk meliputi keseluruhan elemen semula jadi, sosial dan buatan manusia yang
terkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk iaitu penduduknya
mempunyai kebudayaan yang tinggi termasuklah pelbagai kemahiran tetapi tidak berupaya
menghasilkan tenaga yang mencukupi. Dari segi fungsi juga bandar boleh dianggap sebagai
satu ekosistem terbuka yang mengembangkan keupayaan bandar melalui pertukaran bahan dan
tenaga. Fungsi-fungsi ini memerlukan penumpuan para pekerja, satu sistem pengangkutan
yang baik dan kawasan pedalaman yang dapat membekalkan sumber-sumber yang diperlukan
oleh bandar dan menyerap pula beberapa hasil dari bandar. Bandar sama maknanya dengan
kota atau ruang yang diperolehi oleh bandar manakala istilah kawasan bandaran bermakna
sebagai sekumpulan bandar gabungan atau ruang yang dipenuhi oleh kumpulan bandar
tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1) Kajian ini dilakukan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan


bandar
2) Kajian ini juga mengkaji sektor asas dan bukan asas dalam bandar

4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini meliputi faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bandar di Malaysia.
Sektor asas juga dikaji iaitu aktiviti import dan eksport di Malaysia serta industri pelancongan
di Kuala Lumpur.

5.0 DEFINISI BANDAR DAN PEMBANDARAN

Bandar bermaksud tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan
dan perniagaan dijalankan. Bandar juga membawa maksud kota (Sheikh Othman, 1989).
Pembandaran pula bermaksud usaha dan sebagainya menjadikan kawasan atau daerah dan
penduduknya berubah kepada corak perbandaran atau meresap unsur-unsur perbandaran
seperti perindustrian, pembangunan dan lain-lain.

2
6.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN
BANDAR DI MALAYSIA
6.1) Pembandaran Kawasan Mundur

Pembandaran yang berlaku dalam tahun-tahun 1970 an di Malaysia lebih banyak dipengaruhi
oleh kemajuan dalam sektor perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan di bandar-bandar
utama. Akibatnya, bandar-bandar lain yang terletak di kawasan-kawasan yang kurang maju
seperti di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah tidak mengalami perubahan besar. Proses
pembandaran di kawasan-kawasan yang mundur tidak berlaku dengan pesat. Menjelang akhir
dekad tujuh puluhan, melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), banyak usaha dijalankan untuk
membangunkan kawsan-kawasan yang mundur. Pembangunan sosial dan ekonomi yang
dilakukan termasuklah melalui proses pembandaran. Usaha-usaha yang dilakukan termasuklah
melalui penubuhan bandar-bandar baru di kawasan pembangunan wilayah; memajukan
bandar-bandar kecil yang sedia ada di kawasan-kawasan yang mundur; dan membuka pusat-
pusat perindustrian baru di bandar-bandar kecil terutamanya di kawasan yang mempunyai
penduduk luar bandar yang padat. Perindustrian telah berkembang di bandar bandar seperti
Bangi, Sungai Petani, Ipoh, Butterworth dan lain-lain. Di sebelah Pantai Timur Semenanjung,
di bandar-bandar Kota Bharu, Kuantan dan Maran sudah mula wujud kawasan perindustrian
moden. Faktor pembangunan ekonomi melalui perindustrian ini telah banyak membantu proses
pembandaran di kawasan-kawasan yang mundur. Rajah di bawah menunjukkan wujudnya
pembandaran dan taburan penduduk di Pulau Pinang.

Tangga Bandar/Bandaraya Populasi 1991 Populasi 2000 Populasi 2010

1 Bukit Mertajam 122,044 165,422 227,972

2 Georgetown 372,453 286,573 207,743

3 Sungai Ara 68,547 112,293 187,990

4 Gelugor 54,849 98,748 171,652

5 Ayer Itam 79,176 95,895 117,662

6 Butterworth 94,231 99,227 104,719

7 Val dOr 18,256 47,318 98,005

8 Perai 56,325 55,860 55,266

3
6.2) Kegiatan Pengeluaran Sumber Alam Tempatan

Penemuan bahan-bahan mentah yang penting seperti galian dan hasil tanaman untuk dagangan
telah mendorong usaha-usaha pengeluaran dijalankan secara besar-besaran. Keperluan kepada
suatu pusat untuk mengumpul, menyimpan dan mengurus serta pusat kediaman pekerja telah
menyebabkan munculnya bandar-bandar berhampiran dengan kawasan pengeluaran. Di
Malaysia, pertumbuhan bandar Kuala Lumpur, Taiping, Ipoh dan Seremban dapat dikaitkan
dengan kegiatan pengeluaran bahan mentah terutamanya bijih timah dan getah semasa zaman
penjajahan dahulu. Kebanyakan bandar ini terletak di kawasan pendalaman. Keperluan kepada
pelabuhan telah menyebabkan tumbuhnya bandar-bandar di tepi laut seperti Pelabuhan Kuala
Sepetang, Teluk Intan dan Pelabuhan Klang. Kegiatan ekonomi premier ini telah menjadi asas
perkembangan bandar tertentu di Malaysia.

6.3) Perpindahan Penduduk dari Desa

Perpindahan penduduk dari desa ke bandar berlaku serentak di kebanyakannya negara Asia
Tenggara. Perpindahan penduduk ke bandar besar seperti Bangkok, Jakarta, Manila, Bandung
dan Kuala Lumpur berlaku dalam tempoh sepuluh tahun pertama selepas Perang Dunia Kedua.
Antara sebab berlakunya perpindahan ialah dari segi kemiskinan yang ketara di luar bandar
terutamanya yang diakibatkan oleh kekurangan tanah serta penduduk yang berlebihan; sektor
pertanian yang kurang produktif tidak dapat menampung penduduk yang ramai dan seterusnya
mengakibatkan pengangguran. Sebaliknya, terdapat peluang pekerjaan yang menarik sama ada
dalam sektor awam atau swasta di samping untuk menikmati pelbagai kemudahan yang tidak
terdapat di desa telah mendorong berlakunya perpindahan penduduk dari desa ke bandar.
Akibatnya pembandaran berlaku dengan kadar yang lebih pesat daripada sebelumnya.
Perpindahan ke bandar dalam kalangan kaum bumiputera menyumbangkan peratusan yang
tinggi dalam pertambahan penduduk bandar di Malaysia.

6.4) Pertambahan Penduduk Bandar Semula Jadi

Penumpuan penduduk di bandar tidak hanya disebabkan oleh perpindahan orang-orang dari
luar bandar. Pertambahan penduduk yang sedia tinggal di dalam bandar secara semula jadi juga
memainkan peranan yang penting. Pertambahan purata penduduk bandar di Malaysia di antara
tahun 1957 dengan tahun 1970 yang melebihi 2.5 peratus setahun, sebahagian besarnya
berpunca daripada pertumbuhan penduduk semula jadi terutamanya bagi bandar-bandar yang
bersaiz lebih daripada 100 000 orang penduduk (Katiman Rostam, 1988). Pada tahun 1930,
Ordinan Had Imigrasi (Inuni-gration Restriction Ordinance) telah diperkenalkan untuk

4
menyekat imigrasi langsung ke negeri-negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan
Perak. Ordinan ini juga untuk menghadkan kuota bilangan buruh lelaki ke negeri-negeri Selat.
Dengan itu semasa tempoh tersebut,sebab utama pertambahan penduduk mula berubah
daripada imigrasi kepada pertumbuhan semula jadi. Pertambahan penduduk bandar secara
semula jadi yang tinggi di Malaysia adalah disebabkan oleh tingginya kadar kelahiran dan
kurang kadar kematian.

5
7.0 SEKTOR ASAS DAN BUKAN ASAS

Sebagai sebuah negara kecil dan terbuka pembangunan sosioekonomi Malaysia


banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dunia. Pemulihan ekonomi seperti yang
dicerminkan oleh pertumbuhan ekonomi Malaysia yang tinggi (8.7%) iaitu melebihi kadar
yang dijangkakan dalam tahun 1988 sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan
perkembangan ekonomi antarabangsa terutama pertumbuhan ekonomi negara maju, ekonomi
antarabangsa terutama pertumbuhan ekonomi negara maju (Mohd Yusof dan Md. Zyadi,
1992).

Setiap kawasan bandar mempunyai satu asas ekonomi, Penduduk melakukan aktiviti
untuk menyokong penduduk bandar. Aktiviti ini adalah seperti seperti pembuatan barang,
membaiki jalan raya, menguruskan kedai-kedai, merawat orang yang sakit dan mengajar anak-
anak. Asas ekonomi di kawasan bandar dapat dikelaskan dalam dua kategori iaitu sektor asas
dan bukan asas (Arthur Getis et al, 2013).

Semua kegiatan ekonomi yang membawa masuk pendapatan dari luar kawasan ke luar
bandar boleh dianggap sebagai kegiatan asas. Antaranya ialah kegiatan seperti pengeluaran,
pembuatan, perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, pembinaan, pengangkutan dan
sebagainya. Manakala kegiatan seperti perkhidmatan pentadbiran, perniagaan dan pengagihan
dianggap sebagai kegiatan bukan asas.

Kegiatan yang mengeluarkan dan menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan


kepada penduduk di luar dari kawasan bandar dianggap sebagai sektor asas. Sebagai contoh
kilang di sesebuah bandar yang mengeluarkan barangan pengguna seperti kamera, radio,
pendingin udara, motokar atau bahan makanan dalam tin untuk tujuan eksport atau para
pengguna di luar kawasan bandar dianggap membawa masuk pendapatan kepada bandar
berkenaan. Begitu juga dengan perniagaan hotel dan rumah penginapan untuk pelancong,
perkhidmatan kepakaran, perdagangan import-eksport, jual borong dan kegiatan lain yang
sedemikian lazimnya membawa masuk pendapatan melalui pengguna-pengguna yang datang
dari luar kawasan bandar. Keteguhan pendapatan dapat ditambah dengan adanya banyak
kegiatan asas di sesuatu bandar. Sebagai contoh apabila nilai eksport lebih mengatasi nilai
import, hal ini menunjukkan ekonomi negara tersebut adalah kukuh. Kegiatan eksport
memainkan perana penting dalam mengembang dan memajukan bidang-bidang ekonomi yang
lain.

6
Sumber pendapatan dari luar kawasan seperti itu adalah asas bagi pertumbuhan
sesebuah bandar. Kegiatan-kegiatan lain perlu diwujudkan untuk memenuhi keperluan
penduduk dalam sesebuah bandar. Antara contoh kegiatan ialah seperti penjualan dan
pengagihan, perkhidmatan, menyediakan makanan yang ditujukan sebahagian besarnya untuk
penduduk bandar. Hal ini lazimnya dianggap sebagai kegiatan bukan asas kerana tidak
membawa pendapatan masuk ke bandar. Pelanggan dan pengguna kemudahan seperti itu
lazimnya adalah penduduk bandar yang memperoleh sumber pendapatan kerana bekerja dalam
sektor pekerjaan asas tadi. Pendapatan mereka adalah dari dalam bandar. Oleh itu, pendapatan
yang diterima oleh para peniaga dari pengguna tempatan tidak dianggap sebagai pendapatan
asas. Oleh yang demikian kegiatan-kegiatan yang bersifat melengkapi keperluan penduduk
tempatan, sekunder, untuk kegunaan dalaman atau perkhidmatan kerana memberi kemudahan
penduduk bandar adalah kegiatan bukan asas. Contoh kegiatan di dalam bandar ialah
perniagaan runcit, kedai makan, gunting rambut, perkhidmatan mencuci dan dobi pakaian dan
perkhidmatan pentadbiran boleh dianggap sebagai bukan asas. Kegiatan ini lazimnya
memerlukan pengguna dari dalam bandar.

Dalam sektor bukan asas, terdapat permintaan terhadap buruh untuk pekerjaan.
Permintaan terhadap buruh perkhidmatan buruh dapat dikelaskan dalam dua jenis. Pertama,
permintaan langsung iaitu merupakan permintaan terhadap buruh semata-mata untuk
mendapatkan utiliti daripada perkhidmatan yang diberikannya secara langsung (Zulkifly
Osman, 1989). Jenis permintaan buruh ini seperti permintaan seorang tukang gunting yang
hanya terlibat dalam sektor bukan asas. Kedua, permintaan tidak langsung atau lebih terkenal
sebagai permintaan berkait. Hal ini bertujuan untuk mengeluarkan sesuatu barang lain.

7
7.1 AKTIVITI IMPORT DAN EKSPORT DI MALAYSIA.
Aktiviti import merupakan salah satu sektor asas di Malaysia. Di asas bulanan, import naik
20.6% dari RM48.6 bilion. Peningkatan dalam import ialah dianggap berpunca daripada
barangan perantaraan, barangan modal dan barangan penggunaan.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Aktiviti eksport juga merupakan asas kepada penyumbang ekonomi negara. Di asas bulanan,
eksport naik 25.0% hingga RM66.5 bilion. Komoditi utama yang mana menyumbang kepada
peningkatan ialah elektrik dan keluaran elektronik (E&E), minyak sawit dan produk-produk
berasaskan kelapa sawit, gas asli cecair, kayu dan produk-produk kayu berpangkalan, produk
petroleum bertapis dan getah asli.

8
Terdapat beberapa langkah untuk mengurangkan harga eksport iaitu menyemak semula
struktur cukai import untuk menggalakkan industri-industri kecil berkembang serta
menurunkan kos pengeluarannya. Skim Pembiayaan Semula Kredit Ekspot dan Tarif Refund
perlu diperluaskan dan masa untuk pemprosesannya mestilah dipercepatkan. Selain itu,
kerajaan perlu menggalakkan penyediaan insurans untuk eksport supaya risiko dikurangkan.
Akhir sekali, pengurangan cukai ke atas pendapatan dari eksport.

Antara langkah untuk mempromosikan eksport ialah berkaitan dengan Research dan
Development (R&D), Malaysia memerlukan penyelidikan pemasaran untuk menggalakkan
eksport. Maklumat-maklumat mengenai pasaran-pasaran dan sumber-sumber bahan mentah
patut disediakan. Para pengeluar juga perlu bantuan dari segi reka bentuk, pembangunan dan
pemasaran. Selain itu, latihan diperlukan supaya dapat mengeluarkan barang-barang yang
berkualiti untuk dieksport. Akhir sekali, pemberitahuan tentang sistem galakan perlu
diperluaskan.

7.2 INDUSTRI PELANCONGAN DI KUALA LUMPUR

Konsep pelancongan selalunya mengelirukan. Perkataan pelancongan kadang-kadang


disamaertikan dengan perjalanan mencari hiburan. Mengikut definisi beberapa agensi
antarabangsa seperti Bangsa-bangsa Bersatu, pertubuhan Pelancongan dan Pertubuhan
Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, pelancongan luar negeri adalah pelawat yang
membuat sekurang-kurangnya penginapan satu malam atau lebih daripada dua puluh empat
jam di dalam sesebuah negara yang ia lawati dan tujuan perjalanan untuk mendapatkan rehat,
rawatan, melawat tempat ibadat, kekeluargaan, perniagaan atau persidangan serta lain-lain.

9
Industri pelancongan merupakan sektor asas di Malaysia. Ia memberi pulangan yang
menguntungkan dan meningkatkan ekonomi negara. Kuala Lumpur mempunyai kepelbagaian
sumber yang sesuai untuk pelancongan walaupun terdapat perbezaan tahap pembangunan atau
daya tarikan. Sebahagian sumber ini telah begitu mantap dan dikenali sementara yang lain baru
dibangunkan atau belum berorientasikan pelancongan. Sebahagiannya adalah lebih menarik
atau lebih mudah dikunjungi berbanding yang lain. Tidak dinafikan, Kuala Lumpur
mempunyai kelebihan sumber dan lokasi yang menyokong atau penting kepada pembangunan
industri pelancongan yang berdaya saing.

Dari aspek seni bina, Kuala Lumpur telah mengekalkan beberapa bangunan bersejarah dan
kawasan-kawasan yang memaparkan sejarah silamnya. Dataran Merdeka dan bangunan di
sekitarnya, bersama-sama Stesen Kereta Api dan kawasan rumah kedai lama memaparkan imej
asal Kuala Lumpur. Kebelakangan ini, bangunan seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara
Berkembar Petronas di KLCC menyerlahkan imej sebuah bandar raya moden, di samping
mengekalkan ciri-ciri budaya tempatan.

Kebanyakan daripada pelancong luar negeri terutamanya pelancong Jepun menumpukan


perhatian kepada beberapa destinasi maju iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka.
Lawatan ke Kuala Lumpur selalunya popular dalam kalangan orang tua. Hal ini menunjukkan
pasaran industri pelancongan di Malaysia berupa segmented dan tidak cuba dipelbagaikan
dengan memuaskan (Mohd Yusof Kasim dan Md. Zyadi, 1992).

10
8.0 KESIMPULAN

Dari satu segi, sistem bandar adalah sama dengan ekosistem yang lain iaitu terikat dengan
prinsip-prinsip perpaduan persekitaran. Konsep ini mengatakan bahawa semua elemen dan
proses persekitaran adalah berkait dan saling bergantung kepada satu samal lain. Prinsip ini
selalu digunakan oleh ahli geografi fizikal dan ahli sains bumi yang lain untuk memahami
kaitan yang kompleks yang berlaku dalam alam semula jadi.

Pembangunan dalam sektor asas dan bukan asas telah meningkatkan taraf ekonomi negara
Malaysia sekaligus dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Sektor asas yang telah
memberi pulangan wang yang banyak dapat memajukan ekonomi negara. Antara contoh sektor
asas ialah seperti industri pelancongan, eksport dan import serta perkhidmatan kepakaran.
Sektor bukan asas pula terdiri daripada aktiviti yang tidak membekalkan kewangan yang tinggi
untuk pendapatan kemasukan ke bandar. Sebagai contoh, pekerjaan sebagai tukang gunting
rambut dan perkhidmatan pentadbiran.

11
9.0 RUJUKAN
Arthur, Judith Getis, Mark D. Bjelland dan Jerome D. Fellmann (2013) Introduction to
Geography. New York: Mc-Graw-Hill.

Katiman Rostam (1988). Pengantar Geografi Bandar. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Yusof Kasim dan Md Zyadi Md. Tahir (1992). Ekonomi Malaysia. Bangi: UNiversiti
Kebangsaan Malaysia.

Sheikh Othman (1989). Kamus Dewan Edisi Baru. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Thomas R. Detwyler dan Melvin G. Marcus (1985). Pembandaran dan Persekitaran.


Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahaya Ibrahim (1995). Pembandaran dan Kejiranan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Zulkifly Osman (1989). Ekonomi Buruh. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

12

You might also like