You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan
Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan,
penanaman, penternakan dan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada
kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan
seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas.
Sektor pertanian, merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama
(primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses urbanisasi semakin pesat
dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan, namun majoriti
populasi di Asia Tenggara masih mendiami kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan
pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara


membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status
antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah
menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang
mana pada masa tersebut, majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan
pertanian dan perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor
pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerjakerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis
yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandarbandar besar mencari pekerjaan yang lebih bermaruah dan menawarkan pendapatan yang lebih
tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian
dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf
ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya,
pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.

2.0 Definisi Industri Pertanian & Asas Tani


Pertanian bermaksud pengeluaran hasil makanan dan barang-barang yang berasal daripada
perladangan atau perhutanan. Sektor pertanian merupakan kunci utama pembangunan tamadun
melalui penjagaan haiwan domestik dan tanaman yang menghasilkan lebihan makanan, yang
membolehkan peningkatan jumlah populasi .Sektor pertanian adalah merupakan proses pengeluaran
makanan, makanan haiwan, serat dan pelbagai produk, hasil daripada bercucuk tanam, penternakan
1

dan perikanan. Industri Asas Tani pula bermaksud segala aktiviti yang melibatkan penanaman
seperti florikultur,tanaman makanan & tanaman perindustrian termasuklah tanaman sayur dan
operasi penuaian/petikan buah dan sayur. Pembangunan industri ini sangat penting dalam rancangan
ekonomi dan perkembangan negara. Tiga bidang asas didalam Industri Pertanian & Asas Tani ialah
Penanaman, Perikanan dan Penternakan.

i. Perikanan
Perikanan merujuk kepada entiti yang melibatkan penternakan dan penangkapan ikan. Menurut
Organisasi Pertanian dan Makanan (Food and Agriculture Organization (FAO)), perikanan
didefinisikan berdasarkan pihak yang terlibat, spesis atau jenis ikan, kawasan air atau dasar laut,
kaedah memancing, pengkelasan bot, tujuan aktiviti atau penggabungan ciri-ciri diatas.
Kebiasaannya, istilah ini digunakan untuk menjelaskan pengabungan ikan dan penangkap/penternak
ikan dalam sebuah kawasan.Penangkap/penternak ikan didefiniskan melalui spesis ikan dan jenis
alatan yang digunakan. Perikanan juga melibatkan penangkapan ikan atau penternakan ikan
ternakan melalui penternakan ikan atau akuakultur.

ii. Tanaman Makanan, Florikultur & Tanaman Perindustrian


Tanaman boleh dirujuk sebagai tanaman yang bermusim mengikut pelbagai jenis tanaman dalam
kuantiti yang perlu untuk dijadikan sebagai pelbagai jenis produk pertanian seperti makanan haiwan
ternakan, makanan dan sebagainya untuk tujuan menjana pertumbuhan ekonomi. Kategori ini
termasuklah

pelbagai

spesis

tanaman

serta

teknik

pertanian

yang

berkaitan

dengan

penanaman.Terdapat pelbagai jenis tanaman yang boleh ditanam secara besar-besaran dan dikenali
sebagai tanaman industri . Contohnya, tanaman yang masih dalam proses tumbesaran yang boleh

mendatangkan keuntungan dan memberi sumber makanan.

iii. Penternakan
Penternakan merujuk sebarang pembiakan/baka atau populasi haiwan yang boleh mendatangkan
kegunaan dan keuntungan kepada manusia secara komersil. Terdapat 3 jenis haiwan iaitu haiwan
peliharaan, haiwan separa peliharaan dan haiwan tahanan (kurungan). Haiwan separa peliharaan ini
juga boleh dikenali sebagai haiwan yang dibela tetapi hanya penjagaan separuh masa atau tidak
dijaga sepenuhnya. Populasi ini juga adakalanya dalam proses peliharaan. Sesetengah pihak lebih
gemar menggunakan istilah penternakan untuk merujuk kepada haiwan peliharaan atau haiwan
daging merah ( yang dijadikan sumber makanan - pedaging) .

3.0 Analisa semasa sektor pertanian

Kerajaan merancang Malaysia menjadi pesaing pengeluar sedunia untuk produk pertanian yang
berkualiti tinggi. Polisi kerajaan adalah untuk mengurangkan makanan import dan meningkatkan
pengeluaran makanan dan ia memberi kesan terhadap perkembangan sektor pertanian. Sesetengah
perkembangan adalah besar disebabkan oleh peningkatan dalam pengeluaran getah dan komoditi
makanan, khususnya ikan, penternakan dan buah-buahan.

Sepanjang tempoh 2011 hingga 2020, sektor pertanian dijangka berkembang sebanyak 3.7%
setahun di mana industri agromakanan dijangka berkembang sebanyak 4.7% setahun (Jadual 2-8).
Sumbangan industri agromakanan kepada nilai ditambah sektor pertanian dijangka meningkat
daripada RM18.9 bilion atau 46.4% pada tahun 2010 kepada RM29.8 bilion atau 51.1% pada tahun
2020.Sebahagian besar daripada pertumbuhan nilai ditambah industri agromakanan dijangka
diperoleh daripada industri ternakan dan tanaman. Industri asas tani juga diunjur berkembang dalam
tempoh yang sama iaitu nilai ditambah industri makanan dan minuman daripada RM8.2 bilion pada
tahun 2010 kepada RM13.0 bilion pada tahun 2020 serta lelemak, minyak sayur-sayuran dan
binatang daripada RM4.5 bilion kepada RM7.9 bilion dalam tempoh yang sama. (Jadual 2-9).

HASIL KAJIAN ANALISIS PERBANDINGAN BAJET 2014 DENGAN BAJET


TAHUN 2010, 2011, 2012 DAN 2013 DALAM SEKTOR PERTANIAN
4

Lapangan pertanian merupakan antara sektor yang menjadi sumber penting pendapatan rakyat di
luar bandar dan pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan yakin sektor ini berupaya dipertingkatkan
untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menjana ekonomi rakyat. Oleh itu, transformasi
sektor ini perlu dipergiatkan bermula daripada peringkat tanaman hingga ke pemasaran hasil
pertanian. Proses ini melibatkan program menarik lebih ramai usahawan tani muda, menggalakkan
amalan pertanian terbaik dan menaik taraf prasarana pertanian. Pada tahun 2010 peruntukan besar
sejumlah 6 bilion ringgit akan digunakan untuk sektor ini.Menaik taraf dan membaik pulih sistem
infrastruktur pengairan dan saliran di dalam dan luar jelapang padi. Nikmatnya akan melimpah ruah
kepada seramai 180 ribu petani dengan peruntukan sejumlah 137 juta ringgi.Pada tahun 2011
sejumlah 70 juta ringgit telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi melaksanakan projek Empangan
Paya Peda di Terengganu. Ini pastinya akan membawa kemudahan kepada ramai pesawah apabila
keupayaan bekalan air Skim Pengairan Padi daerah Besut ditingkatkan.Sejumlah 82 juta ringgit
akan diagihkan manfaatnya kepada lebih 1,150 peserta dalam memodenkan industri akuakultur
serta melaksanakan skim latihan pengusaha dan penternak akuakultur. Penumpuan akan diberikan
kepada pembenihan perikanan dan pembangunan ikan hiasan.kepada industri tanaman makanan
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung
walit, Kerajaan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak 149 juta ringgit.Untuk membangunkan
prasarana keperluan asas ladang ternakan dan mewujudkan rantaian bekalan dalam industri
pengeluaran daging lembu dan kambing, peruntukan sejumlah 58 juta ringgit telah dikhaskan dan
akan melaksanakan program inkubator untuk melatih dan membimbing belia serta graduan menjadi
usahawan tani berjaya. Program ini akan dijalankan secara kerjasama di antara Kementerian
Pertanian, Industri dan Asas Tani, Kementerian Belia dan Sukan, Universiti Putra Malaysia,
AgroBank dan Wilayah Pembangunan Koridor.Konsortium usaha sama ini akan ditubuhkan pada
akhir tahun 2009 dengan modal berbayar sebanyak 300 juta ringgit, iaitu 100 juta ringgit daripada
setiap agensi tersebut. Konsortium ini akan terlibat dalam perkongsian teknologi, pengurusan
perladangan, kerjasama perniagaan termasuk aktiviti pembekalan dan pemprosesan keluaran
pertanian.Manakala, bagi memastikan hasil pertanian negara dapat dipasarkan ke luar negara
dengan lebih cekap dan cepat, usaha penambahbaikan kemudahankargo perlu dipertingkatkan.
Untuk ini, MASkargo akan meningkatkan kapasiti kemudahan kargo udara bagi pengedaran hasil
pertanian yang mudah rosak untuk dieksport. Langkah ini akan dapat membantu pengusaha untuk
mengeksport lebih banyak hasil pertanian.Antara subsidi dan insentif yang disediakan pada tahun
2010 adalah subsidi harga padi lebih 400 juta ringgit, subsidi baja padi hampir 300 juta ringgit.
Manakala insentif peningkatan, pengeluaran hasil padi dan subsidi beras melibatkan hampir 220
juta ringgit. Selain itu elaun sara hidup nelayan dan insentif mendapat peruntukan 170 juta ringgit.
5

Dalam menyuburkan sektor pertanian, Kerajaan memperuntukkan 3.8 bilion ringgit bagi tahun 2011
supaya menjadi lebih produktif dan menjana pulangan lumayan.Membangunkan Zon Akuakultur
Bersepadu dengan skala besar, di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang
Ai dan Tanjung Manis di Sarawak yang menepati piawaian serta menghasilkan produk berkualiti
dengan peruntukan 252 juta ringgit.Sejumlah 235 juta ringgit disediakan bagi meningkatkan
produktiviti pengeluaran padi di Kawasan Pembangunan Pertanian Muda yakni MADA, Kedah dan
kawasan lain dengan menaik taraf sistem pengairan dan penggunaan benih padi bermutu tinggi.Ini
bagi menggalakkan petani menceburi bidang pertanian bernilai tinggi seperti industri sarang burung
walit, akuakultur, rumpai laut, ikan hiasan, herba dan rempah ratus dengan menyediakan
peruntukan berjumlah 135 juta ringgit bagi penyediaan prasarana asas.Kerajaan juga memperuntuk
80 juta ringgit bagi menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara
kecil-kecilan dengan syarikat peneraju.Kerajaan juga menambah baik Kolej Pertanian di Kubang
Pasu, Kedah dengan membina makmal diagnostik yang melibatkan peruntukan 70 juta ringgit dan
membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan di Semenyih, Selangor dengan
peruntukan sebanyak, 15.7 juta ringgit serta melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi
pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran
bahan makanan selama 5 tahun lagi, sehingga 2015.

You might also like