You are on page 1of 18

ABSTRAK Matlamat mencapai sekuriti makanan terutama beras adalah tema utama dalam pembangunan sektor ini mulai

1960an hingga 1990an, cuma tahap sasaran tahap sara diri dikurangkan daripada 80% kepada 65% dan pendekatan dan strategi telah diubahsuai. Perubahan ini ditanggap perlu kerana transformasi ekonomi negara yang pesat berubah daripada ekonomi yang berpandukan komoditi pertanian kepada ekonomi yang berorientasikan barangan eksport barang pembuatan. Pembangunan pesat sektor pembuatan telah menarik faktor pengeluaran terutama tanah dan buruh keluar daripada perusahaan pertanian. Pembukaan tanah yang meluas dalam era 1970an dan 1980an dan kegiatan sektor pembuatan telah menjadikan tanah pertanian terbatas. Kertas kerja ini cuba mengulas sama ada faktor tanah merupakan satu cabaran dan kekangan yang ketara dalam pertumbuhan sektor makanan negara dimasa muka. PENGENALAN FAO mendefinisikan sekuriti makanan sebagai "akses bagi semua penduduk keatas makanan yang cukup untuk hidup sihat dan aktif" (FAO, 1983). Mengikut FAO lagi, terdapat tiga komponen utama dalam sekuriti makanan, iaitu, pertama, pengeluaran makanan yang cukup, kedua, penawaran yang stabil; dan ketiga, segmen penduduk yang terpencil dan tersisir mempunyai akses kepada makanan. Interpretasi dan terjemahan konsep sekuriti makanan berbeza mengikut tahap. Di tahap antarabangsa, ia bermaksud pertanggungjawaban semua negara untuk memastikan pasaran dan harga makanan yang stabil (Parikh dan Tims, 1989). Di tahap kebangsaan atau sesuatu negara, ia diterjemahkan sebagai keupayaan untuk memastikan penawaran makanan yang stabil dalam pasaran domestik. Di tahap perseorangan atau individu, ia bermakna bahawa setiap individu memiliki bekalan makanan yang bukan sahaja mencukupi tetapi juga memenuhi keperluan pemakanan yang ditanggap standard. Seperti mana negara lain, sekuriti makanan adalah tema polisi utama dalam perancangan pembangunan ekonomi Malaysia semenjak merdeka. Tragedi Perang Dunia Kedua mengajar Malaysia mengenai kepentingan sekuriti makanan terutama bila krisis peperangan atau dharurat berlaku. Diperingkat awal (1960an terutamanya), fokus program sekuriti makanan lebih bertumpu kepada penawaran beras - iaitu makanan ruji bagi semua kumpulan etnik penduduk Malaysia. Lagipun, hampir dua pertiga keperluan kalori harian disumberkan daripada beras, malahan sumber utama kabohidrat juga adalah beras. Beras juga merupakan komponen utama dalam perkiraan indeks kos hidup seharian. Malaysia, seperti negara-negara Asia lain turut melancarkan Revolusi Hijau untuk meningkatkan pengeluaran beras. Revolusi ini telah menampilkan pencapaian tahap sara diri dalam beras yang tinggi dalam 1970an, itu mencapai tahap 80-85%.

Era 1980an dan 1990an membawa perubahan struktur ekonomi daripada berlandaskan eksport pertanian kepada ekonomi yang dipandui oleh sektor pembuatan yang berorientasikan eksport. Pembangunan pesat sektor pembuatan memberi kesan keatas sektor pertanian. Antara kesan utama adalah faktor pengeluaran - seperti tanah, buruh dan modal - menerima pulangan yang tinggi jika dilabur dalam sektor perindustrian dibandingkan dengan usaha pertanian. Kemajuan pesat sektor komoditi eksport seperti kelapa sawit, getah dan koko juga menarik tanah pertanian lain termasuk sawah padi untuk tujuan penanaman komoditi eksport ini. Pertumbuhan marginal pengeluaran beras menampilkan penurunan dibandingkan dengan era 1970an dan 1980an. Keluasan tanah padi merekodkan penurunan dalam awal 1990an. Menjelang awal 1990an, kadar sara diri beras negara telah menurun kepada 73%. Malaysia adalah pengimport bersih bukan sahaja bahan makanan tetapi bahan mentah untuk industri makanan dan asastani. Bil import makanan telah mencapai 10% daripada jumlah import. Konsep sekuriti makanan juga telah didefinisikan untuk merangkumi beberapa butiran makanan yang lain seperti ayam daging, ternakan, susu, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 dan DPN baru 1992-2010 (DPNB), masing-masing memberi penekanan kepada sekuriti makanan supaya merangkumi bukan sekadar makanan ruji sahaja tetapi termasuk butiran makanan ini. DPNB terang-terang menggariskan polisi bahawa kerajaan tidak akan membuka tanah baru di Semenanjung kerana tanah pertanian yang sesuai dikawasan ini telah hampir digunakan sepenuhnya. Hanya pembangunan in-situ sahaja dan penerokaan tanah baru di Sabah dan Serawak sahaja akan dibenarkan dan digalakkan. Implikasi langsung pendirian DPNB ini adalah bahawa tanah pertanian terutama di Semenanjung adalah terbatas. Sama ada tanah akan menjadi kekangan dan cabaran utama kepada pertumbuhan sektor makanan adalah persoalan yang akan cuba dijawab secara ringkas oleh kertas kerja ini. Dalam kata lain, kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti pencapaian usaha sekuriti makanan negara dan mengupas sama ada faktor tanah merupakan cabaran atau kekangan kepada pertumbuhan sektor ini dimasa muka. Pendekatan kertas kerja adalah seperti berikut. Perenggan seterusnya mengimbas secara ringkas evolusi polisi sekuriti makanan semenjak 1960an hingga kini. Ini diikuti oleh perbincangan prestasi dan pencapaian sekuriti makanan dari beberapa perspektif terutamanya tahap sara diri. Perenggan seterusnya mengupas cabaran dan masalah yang dihadapi oleh sektor makanan negara dengan penumpuan khusus kepada isu tanah pertanian. Kertas kerja diakhiri dengan rumusan dan implikasi polisi. EVOLUSI POLISI SEKURITI MAKANAN Ada tiga kaedah utama untuk mencapai sekuriti makanan, iaitu: sara diri dalam makanan, stokpail dalam negara dan ditahap antarabangsa. Penelitian polisi

makanan di Malaysia menunjukkan bahawa ia telah menggabungkan kaedah sara diri dan juga stokpail untuk padi dan beras. Kerajaan Malaysia tidak menggariskan polisi sekuriti makanan secara nyata tetapi menyerapkan kepentingannya dalam erti kata sara diri, dan dalam konteks 1960an hingga awal 1980an, ia merujuk kepada padi dan beras. Maka perbincangan polisi sara diri dalam jangkawaktu tersebut berkitar kepada sektor padi dan beras sehingga 1984 apabila Dasar Pertanian Negara diperkenalkan dimana butiran makanan lain diambilkira. Dalam tahun 1960an, objektif sara diri dalam pengeluaran padi dan beras adalah prioriti utama dalam pembangunan pertanian. Objektif sara diri yang didorong oleh rasional sekuriti makanan ini walaubagaimanapun digabungkan dengan objektif ekuiti iaitu untuk memastikan pendapatan tinggi kepada petani padi dan penawaran beras yang stabil kepada pengguna. Dalam jangka waktu ini, sebahagian besar pesawah padi dan pengguna hidup dalam kemiskinan. Maka strategi peningkatan pendapatan kepada pesawah padi adalah strategi untuk mengurangkan kemiskinan (Fatimah et al.,1997). Begitu juga objektif bekalan beras yang stabil kepada pengguna bermakna untuk menjamin sebahagian besar pengguna yang miskin menerima bekalan beras yang mencukupi. Strategi yang diambil oleh kerajaan untuk mencapai objektif ini merangkumi penyediaan infrastruktur, bantuan khidmat sokongan dan campur tangan kerajaan dalam pemasaran padi dan beras. Kerajaan telah melabur dalam pembinaan prasarana perparitan dan pengairan dikawasan jelapang padi di kawasan MADA, KADA dan kawasan padi utama yang lain. Penanaman padi dua kali setahun telah dilancarkan secara meluas Pendek kata, era 1960an adalah era Revolusi Hijau Malaysia kearah mencapai bekalan beras sara diri. Kerajaan juga telah melaksanakan polisi harga jaminan minimum ke atas padi pada tahap RM15 sepikul untuk memberi insentif kepada pesawah padi. Harga jaminan minimum ini dipertahankan pada paras RM16 sehingga 1973 apabila ia ditingkatkan kepada RM23 sepikul. Selain memberi insentif, harga minimum terjamin bertujuan untuk melindung petani yang kononnya menjadi mangsa kepada struktur pasaran padi yang ditanggap tidak bersaing dan kegiatan "orang tengah" atau perantara yang mengambil untung berlebihan (Fatimah, 1982). Penawaran beras domestik dimantau melalui skim stokpail. Stokpail digunakan untuk memastikan cukup stok resab untuk memenuhi sebarang krisis kekurangan dan dharurat. Namun dalam tahun 1957, stokpail telah berfungsi sebagai stok penimbal - iaitu beras dibeli apabila harga rendah dan dijual semula dalam pasaran apabila harga meningkat. Operasi ini bertujuan untuk menstabilkan harga padi di dalam pasaran domestik. Menjelang awal 1970an, skim stok penimbal tidak lagi berkesan untuk mencapai objektif kestabilan harga beras kerana beberapa faktor seperti: kos pengendalian yang tinggi, kuantiti stok yang terlalu kecil untuk memberi kesan ke atas pasaran, dll. (Fatimah, 1996).

Menjelang 1972, kadar sara diri beras negara adalah 91% - tahap sara diri yang tertinggi yang pernah dicapai. Dalam 1970an, sara diri masih lagi menjadi tema utama polisi sekuriti makanan negara yang diserapkan secara tidak langsung dalam pembangunan sektor pertanian. Strategi utama yang telah diambil oleh kerajaan adalah melalui campur tangan dalam sektor pengeluaran dan pemasaran komoditi ini. Tahun 1970an menampilkan beberapa perubahan ketara dalam pasaran padi. Pertamanya, kerajaan telah menubuhkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai satu institusi yang diamanatkan untuk berfungsi untuk mempastikan pencapaian objektif berikut: pertama, menjamin harga padi yang tinggi kepada petani; dan kedua, menjamin harga dan kualiti beras yang berpatutan kepada pengguna. Instrumen polisi yang digunakan adalah kawalan harga - lantai dan bumbung, penglibatan LPN dalam perkilangan beras, LPN memonopoli import, perlesenan keatas peniaga padi dan beras, pemberian subsidi baja percuma kepada petani bersawah kecil dan bayaran pindahan dalam bentuk subsidi harga kepada pesawah. Nyata bahawa industri padi dan beras negara adalah sektor yang tidak lagi dipandui oleh kuasa pasaran bebas, tetapi diarah dan diberi perlindungan oleh kerajaan. Polisi campur tangan yang mendalam ini membawa beberapa implikasi dan kesan ekonomi yang pelbagai. Seperti yang dirumuskan oleh Fatimah (1993), polisi kerajaan ini berjaya menghasilkan tahap sara diri yang tinggi dalam 1970an mencapai angka 91% dalam 1972, 89% dalam 1975 dan 88% dalam tahun 1980. Begitu juga tahap kemiskinan dikalangan petani telah menurun daripada 80% dalam tahun 1976 kepada 57% dalam tahun 1984 - menyarankan kenaikan dalam pendapatan petani. Mengikut Fatimah lagi, lebih daripada 46% pendapatan petani disumberkan daripada subsidi padi (baja dan tunai). Namun pencapaian objektif melibat kos yang tinggi kepada kerajaan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan (Fatimah, 1993). Polisi kawalan harga padi dan beras memberi kesan terus kepada pasaran jika dilihat dari sudut lebihan pengeluar dan pengguna. Analisis yang dilakukan oleh Fatimah (1996) menunjukkan bahawa strategi mempertahankan harga padi/beras domestik lebih tinggi daripada harga sempadan (atau antarabangsa) bermakna bahawa pengguna secara tidak langsung telah dicukai untuk menampung harga yang tinggi kepada pengeluar. Mengikut Fatimah, antara 1974-92 misalnya, pengeluar padi menerima keuntungan RM1.6 billion berbanding dengan kerugian RM7.9 bn kepada pengguna akibat harga domestik yang lebih tinggi dari harga sempadan (kecuali jangkawaktu 1974 dan 1981). Dalam kata lain, pengguna membayar cukai tak langsung untuk memberi subsidi kepada pengeluar. Nyata, pengguna miskin terpaksa membayar nisbah cukai yang tinggi dibandingkan dengan pengguna berada.

Strategi campur tangan yang lain juga memberi kesan. Contohnya, pemberian subsidi tunai kepada petani didapati tidak setara. Fatimah menyarankan bahawa terdapat agihan faedah yang condong kepada petani yang bersawah besar. Sebagai contoh dalam tahun 1986, sejumlah 44% petani telah menerima subsidi harga kurang daripada RM500 setahun tetapi nilai subsidi yang diterima hanya 8% daripada jumlah yang diagihkan kepada petani yang menuntut subsidi. Sebaliknya 4% daripada kesemua petani telah menerima subsidi melebihi RM4500, dengan nilai kupon yang bernilai 19% dari nilai seluruh kupon yang diagihkan. Nyata skim ini telah menjurangkan perbezaan pendapatan antara pesawah bersawah besar dan yang kecil. Malahan mengikut Tan (1987) Nisbah Gini sebagai pengukur bagi ketaksamaan pendapatan telah meningkat dari 0.45 pada 1981 kepada 0.5 pada 1984. Campur tangan kerajaan dalam sektor pemprosesan beras juga telah melembapkan pembangunan sektor ini (Roslan dan Azman, 1987, Mohd. Ghazali et al., 1988). Sektor perkilangan swasta tidak diberi peranan yang lebih aktif dalam sektor ini. Pada masa yang sama sektor ini mendapati bahawa tidak terdapat insentif yang cukup untuk mengembangkan dan meningkatkan teknologi pengeluaran kerana margin keuntungan mereka adalah tetap (kerana kawalan harga padi dan beras) tetapi kos buruh dan bahan mentah telah meningkat dengan ketara. Kadar kelembapan pertumbuhan teknologi sektor ini dicerminkan dalam kadar perolehan beras yang menurun daripada 60-65% pada 1970an kepada 55-60 dan awal 1980an. Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara pada 1984 dengan objektif umumnya adalah untuk memaksimumkan pendapatan pertanian melalui penggunaan sumber-sumber secara optimum. Antara objektif khusus DPN adalah untuk memastikan sekuriti bahan makanan. Bahan makanan disini merangkumi butiran seperti ternakan, ikan, tenusu dan sayur-sayuran. Untuk sektor padi, tahap sara-diri telah diturunkan kepada 55-65%. Tahap sara diri diturunkan sebagai respons kepada perkembangan dalam dan luar negara. Perkembangan dalam negeri bermaksud pertumbuhan pesat dalam sektor pembuatan telah menarik keluar sumber-sumber pertanian kepada sektor ini yang dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi terutama tanah dan buruh. Kesan peridustrian keatas sawah padi dapat dilihat dari segi penurunan kawasan padi daripada 335,340 ha dalam 1978 kepada 243,020 ha dalam 1983 (penurunan sebanyak 28%). Muncul pada jangka waktu ini, masalah tanah terbiar yang serius sekali. Pada tahun 1981, Kementrian Pertanian menganggarkan seluas 890,000 ha tanah terbiar dan sejumlah 18% atau 160,863 ha adalah tanah sawah (Sahak, 1996). Strategi dan instrumen polisi untuk sektor makanan (padi dan butir makanan) yang lain tampaknya tidak menampilkan sebarang perubahan yang ketara. Tidak ada perubahan baru diperkenalkan dalam sektor padi selain dari usaha untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan bayaran subsidi kepada pesawah

padi daripada RM2 sepikul kepada RM10 sepikul dan memperkemaskan pemasaran padi dan beras. Namun persekitaran ekonomi negara berubah dengan pesat, iaitu sektor pembuatan memainkan peranan penting menambil alih fungsi sektor pertanian sebagai penjana pertumbuhan ekonomi negara. Dalam tahun 1985, syer sektor pertanian kepada KDNK telah menurun keparas 21% berbanding dengan 31% dalam tahun 1970. Syer sektor pembuatan kepada KDNK telah meningkat daripada 13% kepada 20% dalam jangka waktu yang sama. Dari segi eksport pula, syer sektor pertanian telah menurun daripada 57% kepada 29% tetapi syer sektor pembuatan meningkat daripada 8% kepada 21%. Pertumbuhan pesat sektor pembuatan memberi implikasi nyata bahawa sektor padi tidak mempunyai faedah berbanding yang kukuh untuk terus dipertahankan. Sektor padi menampilkan simptom-simptom bahawa ia adalah sektor yang tidak ekonomik dibandingkan dengan sektor komoditi yang lebih lumayan seperti kelapa sawit, getah, koko dan tanaman pertanian yang bernilai tinggi. Dalam tahun 1992, kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara baru (DPNB, 1992-2010). Objektif DPNB adalah untuk mencapai pembangunan seimbang antara sektor pertanian dan pembuatan, meningkatkan integrasi sektor pertanian dengan sektor-sektor lain terutama pembuatan, pembangunan industri makanan pada tahap yang lebih tinggi dan menyeluruh serta pembangunan mapan sektor pertanian. DPNB menampilkan beberapa perubahan ketara sektor pertanian amnya dan sektor makanan khususnya. Tahap sara diri dalam beras telah dikurangkan dan akan dipertahankan pada paras minimum 65%, satu kadar yang lebih rendah dibandingkan dengan matlamat sara diri dalam tahun-tahun 1970an. Penurunan tahap sara diri adalah berlandaskan keatas hujah bahawa sektor ini perlu memantapkan penggunaan sumber untuk mengelakkan pembaziran kos yang tinggi dan pada masa yang sama negara boleh mendapatkan bekalan beras yang murah dan stabil daripada negara luar. Menjelang 1990an kebanyakan negara Asia seperti India, Indonesia, Vietnam telah muncul sebagai negara pengeksport bersih beras selain Thailand dan China. Eksport beras di Asia juga menunjukkan kestabilan penawaran dibandingkan dengan situasi dalam tahun 1960an. Iaitu Revolusi Hijau Asia yang dilancarkan dalam 1960an dahulu telah membuahkan pengeluaran beras yang berlebihan untuk dieksport di negaranegara yang dahulunya merekodkan kurangan ketara dalam beras terutama Indonesia, India dan Vietnam. Dibawah DPNB, kerajaan akan menumpukan perhatian kepada beberapa kawasan jelapang padi yang tertentu sahaja. Fokus strategi adalah adalah kearah memajukan produktiviti melalui varieti, kekerapan penanaman, mekanisasi dan mengurangkan kerugian pasca-tuai. DPNB juga memperkenalkan pendekatan baru kepada sektor padi iaitu kerajaan telah mengambil pendirian untuk meningkatkan lagi peranan sektor swasta dalam industri tersebut. Kerajaan berwawasan bahawa pertumbuhan sektor ini akan dapat dipesatkan melalui peranan aktif sektor swasta. Diatas rasional ini

kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan campurtangan kerajaan dalam pasaran seperti membebaskan harga beras gred terpilih dalam pasaran ditahap runcit dan pengkorporatan LPN. DPNB juga menggariskan strategistrategi untuk meningkatkan pengeluaran butir makanan yang lain seperti perikanan, ternakan, ayam daging, lembu, tenusu, buah-buahan dan sayursayuran. Tanah pertanian merupakan sumber yang terbatas terutama di Semenanjung Malaysia kerana perkembangan pesat sektor bukan pertanian. DPNB telah menetapkan bahawa oleh kerana hampir keseluruhan tanah pertanian yang sesuai di Semenanjung Malaysia telah digunakan, maka tidak ada lagi pembukaan tanah baru akan dilaksanakan kecuali pembangunan in-situ dan penerokaan tanah baru di Sabah dan Serawak. Perluasan kawasan padi akan hanya bertumpu di kawasan jelapang padi yang telah dikenalpasti. Implikasi langsung dasar ini adalah bahawa tanah pertanian di Semenanjung tidak akan meluas sebagaimana yang telah berlaku dalam dekad-dekad sebelumnya. PENCAPAIAN SEKURITI MAKANAN Berlatarbelakangkan evolusi polisi makanan diatas, kita imbas sekarang pencapaian objektif sekuriti makanan berdasarkan kepada petunjuk utama seperti keluasan, pengeluaran, eksport dan import dan implikasinya keatas tahap sara diri dalam pelbagai makanan. Tinjauan umum ini akan memberi rumusan mengenai pencapaian objektif sekuriti makanan di Malaysia. Kegunaan dan Keluasan Tanah Pertanian Pola penggunaan dan keluasan tanaman utama dibentangkan dalam Jadual 1. Beberapa pemerhatian boleh dirumuskan disini. Pertama, keluasan tanah pertanian antara 1985 hingga 1995 meningkat sebanyak 23% daripada 4.3 juta ha kepada 5.7 juta ha. Walau bagaimanapun kadar perluasan tanah pertanian menunjukkan pertambahan marginal yang kian mengecil dalam awal tahun 1990an. Seperti yang dirumuskan dalam Jadual 1, untuk semua jenis tanaman, keluasan tanah telah meningkat 13% antara tahun 1980 dan 1985, menurun kepada 11% antara 1985 dan 1990 dan terus menurun kepada hanya 4% antara 1990 dan 1995. Keluasan ini dijangka menurun menjelang kurun ke21 nanti kepada 5.3juta ha. Kedua, sektor tanaman pertanian industri mencatat pertumbuhan keluasan yang lebih tinggi daripada keluasan tanaman makanan, iaitu masing-masing mencatat pertambahan 41% berbanding dengan 9%. Kecuali kelapa sawit dan nenas, antara 1990 dan 1995, keluasan tanaman industri mencatatkan penurunan. Dibawah RM7, cuma kelapa sawit dan nenas dijangka akan terus mengalami pertumbuhan keluasan yang positif. Ketiga, dalam kategori makanan, keluasan tanaman untuk padi mencatatkan penurunan sebanyak 9% iaitu daripada 735,000 ha dalam tahun 1980 kepada 666,000 ha dalam tahun 1995. Tanaman

lain, kecuali kelapa mengalami peningkatan yang ketara seperti sayur-sayuran (peningkatan 200%), buah-buahan sebanyak 105% (bagi jangka waktu 1985-95). Dalam jangka waktu RM7, hanya keluasan tanaman sayur-sayuran dan buahbuahan dijangka akan mengalami pertumbuhan positif. Keempat, secara relatif keluasan tanah untuk tanaman makanan bertumbuh dalam kadar yang rendah iaitu keluasan telah menurun 0.3% antara 1980 dan 1982, dan meningkat hanya 3% dalam jangka waktu 1990 dan 1995. Jadual 1: Keluasan kawasan yang ditanam dengan tanaman utama, 19802000 (000 ha)
Tanaman 1980 1985 1990 1995 2000 Purata pertumbuhan tahunan RM6 RM7

Tanaman pertanian industri Getah 2,004 1,948 1,823 1,696 1,400 -1.4 Kelapa sawit 1,023 1,482 2,029 2,479 2,622 4.1 Koko 123 303 419 275 250 -8.1 Lada hitam tm 5 11 8 8 -5.6 Nenas tm 10 9 11 14 4.9 Tembakau 12 16 10 10 10 0.7 Jumlah 3,162 3,764 4,301 4,479 4,304 Tanaman makanan Padi 735 649 662 666 400 0.1 Kelapa 349 334 314 283 219 -2.0 Sayur-sayuran 12 14 31 36 42 2.9 Buah-buahan tm 119 177 244 345 6.6 Lain-lain 931/ 69 57 57 56 -0.1 Jumlah 1189 1185 1241 1290 1,290 Jumlah Besar 4351 4695 5546 5769 5368 0.8 tm - tiada maklumat 1/ Termasuk buah-buahan, pisang, tembikai tidak termasuk nenas. Sumber: Rancangan Malaysia Lima Tahun (pelbagai isu)

-3.8 1.1 -1.9 -1.1 4.5 -1.0 -9.7 -5.0 3.0 7.1 -0.3 -1.4

Pembangunan tanah baru pertanian mencapai tahap puncaknya dalam jangkawaktu RM3 iaitu mencecah 866,058 ha. Dibawah RM7, keluasan tanah baru yang akan dibuka disasarkan pada paras 180,750 ha (Jadual 2).
Jadual 2: Pembangunan tanah baru untuk pertanian di Malaysia, RM1 - RM7 (ha) Agensi/Rancangan Rancangan Rancangan Kerjasama Jumlah Persekutuan Negeri Sektor Swasta 53,500 103,975 98,577256,052 72,495 264,465 101,695 136,606 25,798199,988 90,112491,183

RM1 (1966- Sasaran 1970) Pencapaian RM2 (1971- Sasaran

1975) Pencapaian 209,742 143,995 RM3 (1976- Sasaran 527,531 233,724 1980) Pencapaian 455,878 290,133 RM4 (1981- Sasaran 197,869 217,151 1985) Pencapaian 202,470 158,000 RM5 (1986- Sasaran 175,500 93,700 1990) Pencapaian 175,745 160,000 RM6 (1991- Sasaran 15,027 54,726 1995) Pencapaian 15,027 34,247 RM7 (1996- Sasaran 46,230 2000) Sumber: Ariffin Tawang dan Tunku Mahmud (1994) Rancangan Malaysia ketujuh 55,543409,280 134,615895,870 120,047866,058 128,441543,461 57,100417,570 17,500286,700 17,551353,296 159,015228,768 59,015108,289 134,520180,750

Pengeluaran Dari segi pengeluaran keluaran pertanian, seperti yang tertera dalam Jadual 3, komoditi tanaman industri seperti kelapa sawit, koko dan buga-bungaan menampilkan pertumbuhan yang pesat antara 1980 dan 1995. Pengeluaran pelbagai butiran makanan menunjukkan prestasi yang bercampur. Pengeluaran padi adalah stabil disekitar 2 juta tan antara jangka waktu tersebut. Pengeluaran yang hampir malar walaupun keluasan tanah padi mengecil menyarankan peningkatan dalam produktiviti padi. Ramalan kerajaan menunjukkan bahawa pengeluaran padi akan berkurangan menjelang kurun ke21 nanti kepada hanya 1.9 juta tan. Pengeluaran butir makanan yang lain telah meningkat dengan ketara seperti buah-buahan, perikanan, ayam daging, khinzir dan susu. Pengeluaran daging lembu dan kambing telah menurun. Antara butir makanan ini sektor ternakan menunjukkan kadar pertumbuhan pengeluaran yang menggalakkan, iaitu bertumbuh sebanyak 7.4% setahun dalam jangka waktu 1991-5. Ikan dan buah-buahan masing-masing mencatat kadar pertumbuhan pengeluaran lebih dari 6% (Jadual 4). Kadar pertumbuhan pengeluaran padi nyata telah menurun daripada 6% setahun dalam lewat 1960an kepada hanya 1% dalam awal 1990an. Dijangka bahawa pengeluaran beras akan mencapai pertumbuhan negatif dipenghujung 1990an.
Jadual 3: Pengeluaran komoditi pertanian utama, 1980-2000 (000 tan) Butir Tanaman Industri Getah Minyak kelapa sawit mentah Isi rong kelapa sawit Kayu 1/ Koko Lada hitam 1980 1,530 2,575 222 34,154 36 31 1985 1,450 4,130 501 840 103 19 1990 1,291 6,094 1,844 40,099 247 31 1995 1,106 7,813 2,395 32,200 151 16 2000 1,014 9,134 2,800 26,922 156 15

Nenas 185 147 168 178 191 Tembakau 10 10 13 Bunga 2/ - 56,474 112,869 23,8903 Makanan Padi 2,040 1,931 2,016 2,159 1,940 Buah-buahan 1,530 2,190 3,300 Sayur-sayuran 693 793 1,050 Kelapa 787 250 1,257 1,136 1,027 Perikanan Marine } 743 697 951 1,181 1,254 Akuakultur } 52 125 312 Ternakan Lembu 17 19 12 15 18 Kambing 0.8 0.8 0.8 1 1 Ayam 125 154 385 647 840 Khinzir 135 158 227 305 320 Telur 3/ 2,534 3,460 5,505 7,750 9150 Susu 4/ 8 5/ 28 5/ 28 33 37 1/ 000 kubik meter 2/ 000 batang 3/ mn unit 4/ mn liter 5/ 000 liter Sumber: Rancangan Malaysia Lima Tahun (pelbagai isu) Jadual 4: Pertumbuhan tahunan dalam pengeluaran bagi komoditi makanan utama, 1966-70 hingga 1996-2000 (%)
Komoditi Beras Buah-buahan Sayur-sayuran Ternakan Ikan 19661970 6.0 5.4 8.2 19711975 3.7 2.2 4.2 9.8 19761980 2.2 -0.9 9.8 Rancangan Lima Tahun 19811985 3.0 3.3 -6.3 19861990 -4.0 6.4 4.0 5.2 7.7 19911995 1.0 6.3 2.8 7.4 6.0 199620001/ -2.1 8.5 5.8 3.3 10.6

1/ Sasaran Rancangan Malaysia ke 7

Sumber: Rancangan Pembangunan Lima Tahun (Tahunan)

Eksport dan Import Makanan Malaysia adalah pengimport bersih makanan semenjak 1970an lagi sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Eksport butir makanan Malaysia mencapai tahap 3.3% dalam tahun 1993 berbanding dengan import yang mencapai 5% dalam tahun yang sama. Komponen butiran makanan yang dieksport tertera dalam Jadual 6. Analisis perbandingan eksport makanan antara 1990 dan 1995 menyarankan terdapat peningkatan eksport yang tinggi dalam sayur-sayuran dan juga perikanan. Dalam sektor import pula, semua butir makanan menunjukkan kenaikan dalam nilai import. Sayur-sayuran mengambil 13.4% daripada jumlah import, diikuti oleh keluaran tenusu (11.8%) dan perikanan (7.9%).
Jadual 5: Prestasi perdagangan industri makanan di Malaysia 1970-1993 (RM juta)

Import Eksport Defisit Tahun (RM Juta) % (RM Juta) % (RM Juta) 1970 649.1 19.9 241.3 5.8 407.8 1975 1193.4 15.9 616.5 8.0 576.9 1980 2444.3 10.4 1013.2 3.6 1431.1 1981 2941.5 11.0 1134.0 4.2 1807.5 1982 2999.4 10.3 1152.5 4.1 1846.9 1983 2984.5 9.7 1272.7 3.9 1711.8 1984 3227.1 9.8 1479.8 3.8 1747.3 1985 3064.0 10.0 1662.1 4.4 1401.9 1986 2914.0 10.4 1964.4 5.5 949.6 1987 2965.3 9.2 2458.2 5.4 507.1 1988 3825.9 8.8 2851.4 5.2 974.5 1989 4620.3 9.8 3129.9 9.4 1490.4 1990 4195.3 9.9 3130.4 9.0 1064.9 1991 5138.9 5.1 3651.6 3.9 1487.3 1992 5469.9 5.4 3762.3 3.6 1707.6 1993 5816.1 5.0 3975.2 3.3 1840.9 Sumber: Jabatan Statistik (pelbagai tahun) Jadual 6: Eksport dan import makanan, 1990 dan 1995 (RM juta) Butir 1990 % 1995 % Eksport Ternakan hidup 3,85.0 9.7 545.9 12.2 Daging 44.4 1.1 64.5 1.4 Keluaran tenusus 1,57.4 3.9 239.3 5.3 Sayur dan buah 3,79.2 9.5 532.3 11.9 Beras 0.1 0.0 0.9 0.0 Ikan, krutacea, dll 606.8 15.2 848.2 18.9 Fid untuk ternakan 280.5 7.0 322.5 7.2 Lain-lain 2,138.1 53.6 1930.9 43.1 Jumlah 3,991.5 100 4484.5 100 Import Ternakan hidup 67.0 1.5 101.1 1.5 Daging 248.4 5.5 340.2 5.1 Keluaran tenusu 538.7 11.8 727.6 10.9 Sayur dan buah 609.0 13.4 987.2 14.8 Beras 270.0 5.9 295.0 4.4 Ikan. Kurstacea, dll 361.7 7.9 762.0 11.4 Fid untuk ternakan 300.2 6.6 541.8 8.1 Lain-lain 3,156.2 47.4 2,922.1 43.8 Jumlah 4,551.2 100 6,677.8 100 Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh.

Tahap Sara Diri Makanan Tahap pencapaian sara diri dalam pelbagai jenis makanan disenaraikan dalam Jadual 7. Dari segi bekalan beras, tahap sara diri keatas butir ini berubah dari masa kesemasa mencapai paras 75.2% dalam tahun 1995 (berbanding dengan 89.8% dalam tahun 1975) walaupun penggunaan per kapita beras telah menurun. Penurunan per kapita penggunaan beras akan terus menurun kerana perubahan pola pemakanan pengguna apabila pendapatan meningkat. Iaitu

apabila pendapatan pengguna meningkat, mereka akan mengurangkan penggunaan karbohidrat dan meningkatkan penggunaan makanan berprotin tinggi seperti daging dan berzat seperti sayur-sayuran dan makanan kesihatan yang lain. Penggunaan per kapita butir makanan ini telah meningkat dalam kadar yang pesat. Sebagai contoh, penggunaan per kapita ayam daging telah meningkat daripada 7.8 kg pada tahun 1975 kepada 28 kg dalam tahun 1995. Arah aliran yang sama diperhatikan dalam kes daging lembu, khinzir, sayursayuran dan butir makanan yang lain. Berdasarkan kepada perkiraan yang dibentangkan dalam jadual tersebut, pada tahun 1995, Malaysia mencapai sara diri bagi makanan seperti buah-buahan, telur, daging ayam dan khinzir dimana tahap sara diri masing-masig mencapai angka lebih daripada 100%. Bagi bahan ruji iaitu beras, Malaysia hanya mencapai tahap sara diri sebanyak 75%, sayur-sayuran 87%, ikan 91%, daging lembu 22%, daging kambing 6% dan susu 4%. Kekurangan barang makanan ini dijangka akan berterusan menjelang tahun 2000, kecuali sayur-sayuran yang dianggarkan akan mencapai tahap sara diri pada 115%.
Jadual 7: Perubahan penggunaan per kapita makanan (kg) dan tahap sara diri (tsd) (%) untuk jenis-jenis makanan utama, 1975-2010
1970 1975 1980 Komoditi Per TSD Per TSD Per TSD kapita kapita kapita Beras 132.5 75.2 117.8 89.8 109.2 Sayursayuran 14.5 41.9 18.1 56.6 40.8 Buahbuahan N.A N.A N.A N.A 47.9 Telur 125.6 98.9 191.3 99.3 227.2 Ikan 34.3 N.A 47.6 84.5 45.7 Daging Ayam 5.7 99.2 7.8 99.5 14.1 Daging Lembu 1.6 93.1 1.8 71.4 2.5 Daging Kambing 0.4 31.4 0.3 26.3 0.5 Daging Babi 6.7 99.8 9.8 99.9 11.4 Susu *(liter) N.A N.A 3.3 8.0 47.6
1/

1985 1990 19951/ 2000 2010 Per TSD Per TSD Per TSD Per TSD Per TSD kapita kapita kapita kapita kapita 88.7 102.3 73.3 90.6 79.8 80.0 75 75.0 65.0 65.0 65.0 23.4 40.8 36.1 64.0 31.9 50.0 47.0 293.0 45.0 28.0 3.7 0.4 25.0 40.0 87 103 114 91 114 22 6 101 4 53.0 115.0 77.0125.0

N.A 47.9 98.7 54.5 98.8 99.5 227.2 100.0 299.7 100.0 82.4 45.7 71.1 59.3 81.4 98.0 14.1 99.9 71.9 11.8 2.5 36.4 0.5 9.0 19.1 3.6 0.5 9.1 36.8 99.9 22.4 9.0 99.9 4.0

49.0 115.0 72.0120.0 314.0 120.0 482.0125.0 47.0 160.0 61.0170.0 30.0 139.0 4.0 30.0 0.4 43.0 25.0 45.0 43.0 5.0 51.0139.0 6.8 14.0 0.7 21.0 26.0 2.0

99.9 11.4 99.9 9.0 47.6 3.0

65.0 10.0

Data TSD dipetik dari RM7 Sumber: Statistical Digest Peninsular Malaysia 1970-81 Asian Vegetable Data Jabatan Perkhidmatan Veterinar

TANAH PERTANIAN Istilah tanah (atau hartanah) dari segi undang-undang adalah merupakan sebahagian daripada muka bumi yang boleh ditentukan hak-hak pemilikan. Hakhak ini bukan sahaja terbatas kepada kawasan permukaan tetapi meliputi bendabenda di atasnya seperti pokok, bangunan serta pembaikan yang dibuat oleh tuan punya tanah dan juga benda yang bernilai di permukaan atau di bawah

tanah tersebut (Knetsch, 1983). Tanah ditanggap sebagai modal utama dalam sesuatu sistem pengeluaran. Penggunaan tanah perlu mengambilkira dua perkara ini. Pertama, kapasiti penggunaan tanah dan kedua, penggunaan tertinggi dan terbaik. Kapasiti penggunaan tanah bermaksud keupayaan relatif satu unit sumber tanah tertentu dalam menghasilkan lebihan dan/atau utiliti daripada kos penggunaannya. Dalam kata lain, ia merujuk kepada kapasiti penggunaan ekonomi tanah tersebut. Sekeping tanah yang sama akan memberi penggunaan ekonomi yang tertinggi jika ia digunakan untuk tujuan komersil dibandingkan dengan penggunaan pertanian. Ini kerana pulangan bukan pertanian adalah lebih tinggi dibandingkan dengan kegiatan pertanian. Kapasiti penggunaan ini ditentukan oleh dua komponen utama iaitu kemudahsampaian ( acessibility) dan mutu sumber yang terkandung. Bermakna keupayaan penggunaan sesuatu tanah boleh dinilai dengan meneliti dua komponen ini. Dari segi penggunaan tanah yang terbaik, biasanya pemilik atau penyewa akan memilih kegiatan yang akan memberi pulangan yang tertinggi. Petunjuk yang sering digunakan untuk memilih sesuatu atau gabungan kegiatan keatas sekeping tanah adalah faedah berbanding tertinggi atau keburukan berbanding terendah relatif kepada penggunaan-penggunaan yang lain. Perkembangan pesat sektor perindustrian dan perumahan di Malaysia yang berdepan dengan penawaran tanah yang terhad telah menimbulkan dua gejala iaitu pertama, persaingan keatas sumber tanah dan kedua, kenaikan harga tanah. Kepesatan ekonomi mendorong kepada pola penggunaan tanah yang menjamin pulangan yang tertinggi. Kenaikan harga tanah pertanian adalah hasil interaksi permintaan dan penawaran tanah tersebut. Dari perspektif permintaan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan permintaan keatas tanah meningkat. Ini termasuk: pertambahan bilangan penduduk, pembangunan infrastruktur dan kawasan, kelonggaran kemudahan kewangan untuk membeli tanah dan penggalakan perindustrian, perniagaan dan pelancongan. Sektor pembuatan dalam jangka waktu 1970an dan 1990an telah bertumbuh dalam kadar yang lebih tinggi iaitu pada 10.3% dibandingkan dengan pertumbuhan pengeluaran pertanian iaitu pada kadar 4.4%. Dibawah jangka waktu RM6, penduduk Malaysia telah bertambah dalam kadar 2.4% setahun dan dijangka bertambah pada kadar 2% diantara tahun 1996-2010 dan 1.4% bagi tempoh 2011-2020 (Nik Fuad dan Jamil, 1994). Dalam jangka masa yang sama, tahap pendapatan sebenar per kapita dianggarkan meningkat masing-masing pada 5.3% dan 6%. Ini bermakna nisbah pertumbuhan diantara pendapatan dan penduduk akan terus meningkat pada tahap masing-masing 2.6% dan 4.3% bagi tempoh yang sama (Ariffin, 1996). Nisbah yang positif dan tinggi ini akan mempengaruhi kuantiti, kualiti dan pola pemakanan. Dalam situasi sumber tanah yang terhad, tekanan peningkatan

permintaan keatas sumber yang sedia ada bagi memenuhi keperluan ini akan menjadi lebih kritikal. Dari perspektif penawaran pula, selain batasan fizikal tanah yang nyata, kekangan institusi juga mempengaruhi harga tanah. Antara faktor institusi yang membatasi keluasan tanah yang boleh dibangunkan adalah termasuk: pengezonan, syarat - syarat pembangunan yang ketat, proses atau prosedur kelulusan gunatanah bagi tujuan pembangunan yang terlalu lama dan panjang, masalah hak milik tanah serta polisi kerajaan bersabit dengan pengekalan dan pemuliharaan sumber bagi tujuan pembangunan mapan dan lestari. Jangkaan para pengusaha, pelabur dan peniaga keatas prospek sesuatu kawasan tanah berdasarkan kepada penawaran dan permintaannya dimasa akan datang boleh memesatkan kenaikan harga tanah tersebut. Bagi kawasan yang ditanggap berpotensi untuk pembangunan sama ada untuk perniagaan, perumahan, perkilangan dll., ini akan menarik pelabur untuk melabur dalam kawasan tersebut. Jangkaan harga tanah dimasa hadapan ini kadangkala mendorong unsur spekulasi dalam ramalan peniaga atau pelabur. Spekulasi keatas harga tanah yang intensif akan menolong menolak harga tanah meningkat tinggi dari yang sepatutnya. Arah aliran harga tanah juga turut dipengaruhi oleh faktor demografi dan polisi khusus bagi kawasan tersebut seperti penumpuan kegiatan ekonomi setempat dan juga sempadan pertumbuhan bandar. Prestasi sektor perindustrian yang menggalakkan sebagai penyumbang utama kepada KDNK, telah meningkatkan rangsangan kepada pasaran harta perindustrian. Fenomena ini secara langsung telah melibatkan pindaan dalam Kanun Tanah Negara (1986 dan 1992) untuk memudahkan proses pengurusan, pentadbiran dan urusan lain yang berkaitan dengan tanah untuk tujuan pembangunan. Pindaan yang terbaharu dan ketara sekali adalah dalam Akta Perolehan Tanah (Pindaan) (1991) yang membolehkan kerajaan negeri mengambil tanah (termasuk tanah pertanian) daripada pemilik untuk dimajukan untuk "tujuan pembangunan ekonomi Malaysia atau sebahagian daripadanya atau orang awam amnya atau mana - mana kelas dalam masyarakat." (S3, Akta Perolehan Tanah, 1991). Selari dengan polisi kerajaan negeri untuk mencapai tahap perindustrian, beberapa usaha telah dilakukan seperti: pembukaan skim perindustrian baru, projek pembangunan perindustrian, terutama dalam idustri yang berteknologi tinggi dan berintensifkan modal serta memperluaskan gandingan dengan sektor swasta dalam membangunkan kawasan perindustrian. Kesemua fenomena diatas telah menyebabkan harga tanah pertanian mengalami kenaikan semenjak tahun 1970an kecuali apabila ekonomi negara mengalami kemelesetan dalam jangka waktu 1985 dan 1988. Kajian Uzir dan Zainal (1996) menunjukkan bahawa salah satu program pembangunan yang bertanggungjawab meningkatkan harga tanah pertanian adalah projek Lebuhraya Utara-Selatan. Antara kesan utama projek ini adalah: membuka

kawasan getah dan pertanian lain untuk tujuan perdagangan dan perindustrian, percambahan penempatan linear dan industri pertanian bukit di kawasan berpotensi yang dahulunya tidak mempunyai infrastruktur asas. Kemasukan pelabur asing disesetengah kawasan perindustrian juga mendorong kenaikan harga tanah seperti di Melaka dan Johor. Kenaikan harga tanah getah di Pulau Pinang mencatat kenaikan yang paling tinggi - mencapai indeks melebihi 400 (dengan kiraan 1980 sebagai titik asas) dalam tahun 1992. Tanah pertanian lain seperti sawah padi, dusun juga turut terjejas untuk menampung projek infrastruktur, perumahan dan industri untuk kilang-kilang elektronik, maklumat dan komunikasi berteknologi tinggi. Beberapa kawasan tanah pertanian di Selangor - getah dan tanah dusun - terpaksa dikorbankan untuk tujuan projek perindustrian berteknologi tinggi dan berintensifkan modal seperti di Petaling, Kelang, Gombak dan Hulu Langat. Kawasan tanah getah di Hulu Langat dan Kelang masing - masing mencatatkan kenaikan indeks harga lebih daripada 250%. Kawasan tanah kelapa sawit pula mencatat kenaikan harga yang juga tinggi iaitu menjangkau indeks harga lebih daripada 500 bagi kawasan Petaling. Indeks harga kawasan tanah kelapa sawit di Pulau Pinang meningkat kepada 200 dan mencapai hampir 400 di Seremban. Permintaan keatas tanah getah, tanah pertanian kosong dan dusun di daerah Seremban meningkat dengan pesat kerana projek perindustrian di kawasan Nilai Pajam, projek Bandar Baru Nilai dan pembangunan Port Dickson sebagai kawasan tadahan pelancong. Kepesatan permintaan keatas tanah untuk pembangunan industri telah mendorong kepada perubahan keatas Akta Pengambilan Tanah (1960) untuk memungkinkan kerajaan negeri berkuasa untuk membeli tanah hak milik individu untuk kegunaan awam setelah pampasan yang mencukupi diberi kepada pemilik tanah tersebut (Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 1991, Grace Xavier, 1995). Kesan daripada pindaan Akta Perolehan Tanah ini telah menyebabkan beberapa kawasan termasuk tanah pertanian telah diambilalih oleh kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan. Tidak terdapat bukti empirik untuk menunjukkan berapa luas tanah pertanian yang diambilalih untuk tujuan ini, namun awal 1990an, kawasan kampung (yang kebanyakan tanah pertanian) di Johor, Pulau Pinang, Melaka, Selangor dan Kedah telah dibeli oleh kerajaan negeri dan dijual semula kepada sektor swasta/korporat untuk dibangunkan. Walaupun langkah ini baik untuk pembangunan, namun seperti yang dihujahkan oleh Grace, pindaan akta ini memberi implikasi yang menjejaskan jika tidak merugikan kepada pemilik asal tanah - terutama apabila tanah itu dijual pada harga pasaran yang lebih tinggi dari apa yang diterima oleh pemilik. Sama ada pindaan akta ini menjejaskan tanah pertanian memerlukan bukti empirik yang kukuh. Kenaikan harga tanah pertanian membawa beberapa perubahan dari segi pola penggunaan tanah tersebut. Persaingan permintaan daripada sektor pembuatan telah mendorong kepada penggunaan tanah yang akan memberikan pulangan tertinggi dan terbaik seperti pembangunan tanah untuk perumahan atau

pembandaran, tapak industri, perdagangan dll. Dalam banyak keadaan, persaingan gunatanah diantara pertanian dengan bukan pertanian, tanah pertanian akan diambilalih untuk kegunaan bukan pertanian. Untuk menampung perkembangan yang pesat dalam sektor bukan pertanian, permintaan keatas tanah pertanian akan terus meningkat. Kedua, kepesatan industri telah mendorong kepada gabungan modal dan teknologi ketahap gunatanah yang intensif. Ketiga, ia mendorong penggunaan kapasiti tanah yang optimum untuk menghasilkan nilai pengeluaran maksimum dalam jangkamasa yang singkat. RUMUSAN Perbincangan diatas menyarankan bahawa perubahan struktur ekonomi negara kepada negara perindustrian telah memberi kesan kepada sektor pertanian terutama sektor makanan. Dalam era 1970an dan awal 1980an, sektor pertanian ditanggap sebagai penjana kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun menjelang era 1990an, peranan ini telah diambil alih sektor pembuatan. Walaupun peralihan struktur ekonomi ini tidak mengenepikan kepentingan objektif sekuriti makanan negara, namun perkembangan pesat sektor pembuatan dan perkhidmatan memberi kesan kepada prestasi sektor makanan dan pencapaian sekuriti makanan. Kecuali tanaman ruji iaitu beras, sektor makanan yang lain seperti ternakan, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan perikanan tidak diberi perlindungan yang tinggi sebagaimana padi dan beras. Sektor makanan ini - seperti sayur-sayuran, ayam daging dibiar membangun dengan perlindungan yang minimum daripada kerajaan. Sebahagian daripada sektor ini seperti ayam daging dan daging khinzir menunjukkan prestasi yang memungkinkan negara mencapai tahap sara diri. Walau bagaimanapun, untuk sektor padi dan beras pengalaman campurtangan kerajaan yang mendalam menyarankan bahawa kos sumber domestik mempertahankan sektor ini adalah tinggi. Dalam persekitaran ekonomi padi negara-negara Asia yang mengalami lebihan eksport padi yang tinggi dan stabil, adalah lebih ekonomik jika Malaysia mengimport beras. Dibawah DPNB, tahap sara diri dalam beras telah diturunkan kepada 65% dan bakinya diimport. Walaupun pengeluaran makanan pada keseluruhannya dari segi kuantiti dan nilai menunjukkan peningkatan, tetapi kadar pertumbuhan output dan nilai tambah adalah jauh lebih rendah dari apa yang dicapai oleh sektor pembuatan. Pertumbuhan sektor makanan adalah lembap disebabkan oleh beberapa gabungan faktur (Abdul Aziz, 1996). Antara yang ketara adalah struktur kebun atau ladang yang tidak ekonomik, teknologi pengeluaran dan pengurusan yang masih ketinggalan, terbatasnya automasi dan mekanisasi, kekurangan penyelidikan dan pembangunan dan sejak dua dekad yang lepas - kepesatan pembangunan industri bukan pertanian. Fenomena kepesatan pembangunan perindustrian memberi implikasi langsung kepada tanah pertanian iaitu ia meningkatkan persaingan penggunaan dan lantaran itu harga tanah. Rekod kegunaan tanah menyarankan bahawa dalam

pasaran bebas, pola penggunaan tanah akan dipandui oleh penggunaan yang akan memberi pulangan yang tertinggi. Nyata usaha bukan pertanian akan memberi pulangan yang bukan sahaja lumayan tetapi boleh diperolehi dalam waktu yang singkat. Pindaan keatas Akta Perolehan Tanah (1960) untuk menggalakkan pembangunan perindustrian keatas tanah pertanian menyarankan bahawa kegiatan pertanian tidak lagi mempunyai faedah berbanding yang tinggi. Sektor makanan bukan sahaja mengalami persaingan keatas tanah pertanian, tetapi juga persaingan keatas tenaga buruh dan juga modal. Permintaan buruh yang tinggi daripada sektor pembuatan telah meningkatkan tahap upah buruh pertanian. Nyata dalam era transformasi struktur ekonomi yang pesat ini, sektor makanan akan terus menghadapi tekanan. Apakah polisi alternatif yang terbuka kepada sektor ini? Hakikat yang harus diterima adalah dalam pasaran bebas, sesuatu faktor mahupun industri akan dipandui oleh keuntungan. Sektor makanan bukan sahaja akan menghadapi persaingan yang sengit keatas faktor pengeluaran dalam negeri tetapi pasaran perdagangan antarabangsa yang lebih liberal dan terbuka. Maka langkah reformasi perlu diambil untuk memperkukuhkan daya saing sektor ini untuk menyaingi sektor lain dan pasaran dunia. Kenaikan harga buruh dan tanah menyarankan bahawa pengeluaran makanan perlu menumpu kepada jenis pengeluaran yang mempunyai nilai tambah yang tinggi iaitu sama ada tanaman bernilai tinggi dan makanan yang telah diproseskan. Ini bermakna industri yang berasaskan bahan makanan perlu digalakkan lebih pesat lagi. Kedua, kenaikan harga tanah pertanian bermakna perlunya usaha untuk menggalakkan penggunaan tanah yang lebih intensif melalui gabungan optimum modal dan teknologi atas tanah. Bermakna seperti industri bukan pertanian yang lain, sektor makanan memerlukan polisi khusus supaya sumber - tanah, buruh dan modal - digunakan dengan optimum. Seperti juga sektor industri yang lain, sektor makanan memerlukan isentif fiskal dan kewangan yang menarik, isentif pelaburan yang menggalakkan disamping prasarana asas yang perlu disediakan. Ringkasnya, dalam situasi persaingan sengit keatas penggunaan sumber terutama tanah pertanian, sektor makanan memerlukan polisi perlindungan sebagaimana yang diberikan kepada industri bukan pertanian supaya matlamat sekuriti makanan boleh dipertahankan pada kos sumber domestik yang lebih efektif. RUJUKAN Abdul Aziz Abd Rahman (1997), Food Policy in Malaysia: Trends and Opportunities, keynote address for National Conference on Food Industry 2000: Technology and Opportunities, Kuala Lumpur, 5-7 July, 12 p. Ariffin Tawang (1996), Perubahan Dasar dan Strategi Pembangunan Pertanian:Kearah Pembangunan Pertanian Lestari, kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Reformasi Pertanian, anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Ekonomi Pertanian Malaysia (PETA), Bangi, 25-26 Oktober, 30 ms.

Fatimah Mohd. Arshad (1982), An Evaluation of the Malaysian Padi and Rice Market Structure, Conduct and Performance, Pertanika, 5(2),pp.164-177. Fatimah Mohd. Arshad (1996), Food Security, in Jomo K.S. and Ng Suew Kiat (eds.), Malaysias Economic Development: Policy and Reform. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications, pp. 107-130. Fatimah Mohd. Arshad (1993), Padi and Rice Policy: Its Evolution and Impact, in King V.T. and Nazaruddin Mohd. Jali (eds.), Issues in Rural Development in Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, pp. 293-312. Fatimah Mohd. Arshad and Mad Nasir Shamsudin (1997), Rural Development Model in Malaysia, position paper presented to the Hon. President of Peru, Lima, 15 November, 30p. Food and Agriculture Organisation (1983), A Reappraisal of the Concepts and Approaches, Director Generals Report on World Food Security, Committee on World Food Security, Eighth Session in Helmuth J.W. and S.R.Johnson (eds.) (1989), 1988 Proceedings of 1988 World Food Conference, Volume II: Issue Papers, Iowa: Iowa State University Press, p. 19. Grace Xavier (1995), The Land Acquisition (Amendment) Act (1991), The Malayan Law Journal (1) MLJ, pp. lxxxi-lxxxvii. Kementerian Pertanian (1984), Dasar Pertanian Negara, Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan. Kementerian Pertanian (1992), Dasar Pertanian Negara Baru (1992-2010), Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan. Kerajaan Malaysia (1992), National Land Code (Act 56 of 1965) (Incorporating All Amendments as at 15th August 1992), Kuala Lumpur: ILBS. Knetsch J.L. (1983), Property Rights and Compensation, Canada: Butterworth & Co. Mohd Ghazali

You might also like