You are on page 1of 17

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan. Alhamdullilah,
bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami Kumpulan 3
dari kumpulan AP220 3A Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik telah
berjaya menyiapkan tugasan CTU 555 (Malaysian History) berdasarkan
tempoh yang telah diberi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustazah Dr NurHidayah Bt
Hashim, selaku pensyarah CTU 555 (Malaysian History) Universiti Teknologi
Mara Shah Alam, yang telah banyak memberi panduan serta dorongan dan
bimbingan sepanjang kami menjalankan tugasan ini.
Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan
maklumat hingga terhasilnya laporan kajian ini. Ucapan terima kasih
ditujukan khas buat ahli kumpulan yang telah memberi kerjasama sepanjang
menyiapkan tugasan ini.
Sekalung budi juga buat sahabat-sahabat dari kumpulan AP220 3A yang
telah banyak memberi kerjasama dengan menumpukan perhatian sepanjang
perbentangan dijalankan. Akhir kata , kami ingin mengucapkan sekali lagi
jutaan terima kasih dan hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik
semua.

USAHA KERAJAAN UNTUK MENINGGIKAN EKONOMI ORANG


MELAYU DAN BUMIPUTERA

Dasar ekonomi merupakan satu dasar yang dirangka secara teratur dan
tersusun oleh kerajaan bagi memastikan rakyat dapat menikmati kekayaan
tanpa mengira kaum atau agama. Bagi mencapai matlamat tersebut,
kerajaan telah merancang dasar-dasar pembangunan ekonomi yang
bersesuaian dengan pengalaman sejarah dan keperluan rakyatnya.
Rancangan-rancangan tersebut telah menghasilkan keseimbangan ekonomi
dan meletakkan negara di atas platform yang betul dalam memacu
pembangunan negara. Proses perkembangan ekonomi juga dirangka bagi
membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan
ekonomi.

SEJARAH STRUKTUR EKONOMI MALAYSIA


1. ERA PRA PENJAJAHAN
Ekonomi tradisional
Mengamalkan sistem ekonomi tradisional iaitu bersifat sara diri seperti
melombong bijih timah, menanam padi, memungut hasil hutan,
menternak binatang dan menangkap ikan. Lebihan hasil yang
diperoleh akan ditukarkan dengan barangan lain menggunakan
kaedah sistem barter.
Ekonomi dagangan
Penduduk tanah Melayu melakukan kegiatan pertanian dan
perlombongan secara kecil-kecilan. Sebelum kedatangan British, orang
Melayu telah memasarkan hasil bijih timah ke China, India dan Jepun.
Masyarakat Melayu menggunakan bijih timah untuk membuat gendang
gangsa, alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.
2. ERA PENJAJAHAN
Ekonomi tanah Melayu pada masa ini lebih bersifat dwi ekonomi iaitu
tradisional dan kapitalis.
Era Penjajah British
Ekonomi tanah Melayu pada mengamalkan Ekonomi Dagangan
Komersial seperti sistem pertanian komersial, perusahanaan getah,

penggunaan tenaga buruh luar, industri perlombongan, dasar British


terhadap pekebun kecil serta institusi kewangan.
Era Penjajahan Jepun
Pada era ini, tanah Melayu telah mengalami kemerosotan ekonomi.
Inggeris telah menjalankan Dasar Bumi Hangus menyebabkan semua
bekalan bahan mentah musnah. Tujuan Inggeris berbuat demikian
adalah bagi menghalang pembangunan pertanian. Urusan
perdagangan telah dihalang oleh tentera berikat menyebabkan
ekonomi di Tanah Melayu semakin luput. Kesan kemerosotan ekonomi
telah menyebabkan penduduk tanah Melayu terpaksa menjalankan
ekonomi sara diri kerana berlakunya catuan makanan. Waktu itu nilai
wang adalah terlalu rendah maka berlakulah peningkatan kadar inflasi.
Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri. Disebabkan
kesempitan hidup, telah berlaku kecurian atas desakan ketika itu.
3. EKONOMI SELEPAS MERDEKA
Sistem dasar ekonomi model telah diperkenalkan. Antaranya adalah :DASAR PECAH DAN PERINTAH
Antara faktor wujudnya dasar pecah dan perintah :

Sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat


usaha penyatuan
Bagi mengekalkan penduduk peribumi di kampung
Mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan


perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Dasar ini telah menjadi punca
wujudnya pengelasan kaum dari segi pekerjaan dan sistem pelajaran di
antara Melayu, Cina dan India. Orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai
petani atau nelayan. Orang cina pula di bandar yang menjalankan
perniagaan dan perlombongan. Manakala orang india sebagai buruh kasar
dan pekerja ladang. Kepincangan ini telah menyebabkan berlakunya
peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran daripada peristiwa tersebut kerajaan
telah merangka satu dasar bersepadu iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

DASAR EKONOMI BARU

Sebelum tahun 1969, amalan DEB diberi keutamaan menyebabkan


ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita. Kesannya
terdapat jurang sosioekonomi antara kaum dan berlaku RUSUHAN KAUM 13
MEI 1969. Bagi mengatasi masalah tersebut, DEB secara keseluruhannya
bermatlamatkan SERAMPANG DUA MATA.
Antara matlamat tersebut adalah :

Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambah


pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan tanpa mengira
kaum.
Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

MASALAH YANG BELUM DISELESAIKAN SEMASA RANCANGAN MALAYSIA


(RMK) KEDUA :
JURANG EKONOMI ANTARA :

Bumiputera dengan bukan bumiputera


Desa dan Bandar
Negeri pantai barat dengan pantai timur
Negeri di semenanjung tanah melayu dengan Sabah dan Sarawak

STRATEGI DEB

Meningkatkan taraf kehidupan orang miskin


Menyeimbangkan penyertaan pelbagai kaum dalam semua sektor
Menaik taraf kaum bumiputera dalam sektor produktif
Memastikan 30% perdagangan dan perindustrian dikuasai orang
melayu dan kaum bumiputera

Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan


kaum bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi
penyusunan semula guna tenaga kerja perlu diperhebatkan lagi
memandangkan orang melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang
perdagangan dan pertanian.

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

Matlamat utama memulihkan perusahaan getah bagi


meningkatkan pendapatan penduduk
Tubuh RIDA untuk rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan
infrastruktur masyarakat desa.(1966 ditukar kepada MARA)
LKTP 1956 bagi membuka tanah baharu untuk tujuan
penempatan semula, menambah hasil pertanian dan
meningkatkan taraf hidup penduduk (1971 ditukar kepada
FELDA)

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)

Digubal oleh pemerintah Malaya sendiri


Menyediakan kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian
ekonomi
Bermatlamat mengurangkan perbezaan taraf hidup, mewujudkan
peluang pekerjaan dan kemudahan kesihatan, pelajaran dan
perumahan
Penubuhan sistem Bilik Gerakan bagi menyelaraskan kegiatan
ekonomi di kampung dan daerah

RM-1 (1966-1970)
Bermatlamat :

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi


Mewujudkan peluang pekerjaan
Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber
Mempercepat integrasi
Beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import dan
perusahaan pembuatan.
Penubuhan FELDA, FELCRA, MARDI, MIDA

RMK-2 (1971-1975)
Bermatlamat antaranya :

menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi


antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik
dapat dicapai.
mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan.

memperbaiki taraf hidup


penubuhan DEB, KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA, LPP

RMK-3 (1976-1980)

Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah dengan


penumpuan kepada penanaman kelapa sawit dan getah
Meneruskan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian
Penubuhan KETENGAH, KESEDAR

RMK-4 (1981-1985) & RMK-5 (1986-1990)

Memperkemaskan program pembangunan ekonomi


Penekanan kepada pertanian, perindustrian serta sektor industri
berat
Rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri
berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan
serta pembukaan kawasan perusahaan baharu
1979, PNB ditubuhkan untuk uruskan pelaburan Skim Amanah
Saham Nasional (yang diperkenalkan 1981).

RMK-6 (1991-1995) & RMK- 7(1996-2000)


Strategi bermatlamat:

Meningkatkan kecekapan dan daya saing serta menggalakkan


penglibatan swasta
Mengurangkan penyertaan langsung sektor awam
Mengekalkan dasar liberisasi serta pelonggaran peraturan
Menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi canggih
Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal
Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional lanjutan kepada DEB

RMK-8 (2001-2005) & RMK-9 (2006-2010)


Strategi utama:

Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap


Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi
Meluaskan penggunaan ICT
Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni
Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan
Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan
berpengetahuan

Menekankan pembangunan ekonomi, sosial, modal insan dan


projek-projek pertanian diberi keutamaan
Pengenalan Dasar Wawasan Negara

RMK-10 (2011-2015)
10 Premis Utama RMK10
1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar
negara
2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai
satu elemen kejayaan di arena antarabangsa
3. Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi
pengkhususan
4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi
5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul
6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan
mudah terjejas.
7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
9. Menghargai khazanah alam sekitar.
10.
Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
5 Teras Strategik
1. Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah
mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama
(KPI).
2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan
pertumbuhan ekonomi.
3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan
kualiti hidup.
Tumpuan Pembangunan
Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat
kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9. Beberapa
tumpuan utama dalam RMK10 termasuklah:

Tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran,


aktiviti R&D dan modal teroka
Selaras dengan langkah untuk meningkatkan kompetensi
penjawat awam, sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf
dunia akan diwujudkan
Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan
untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan
NKEA.
Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan
untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur
dan berkesan.
Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima
tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.

Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan kepada 12 bidang


ekonomi utama negara (NKEA) iaitu:
1. Minyak dan gas
2. Minyak sawit dan produk berkaitan
3. Perkhidmatan kewangan
4. Pemborongan dan peruncitan
5. Pelancongan
6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
7. Perkhidmatan Pendidikan
8. Elektrik dan elektronik
9. Perkhidmatan perniagaan
10.
Penjagaan kesihatan swasta
11.
Pertanian
12.
Greater Kuala Lumpur

52 projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion diwujudkan


Undang-undang kebankrapan dipermudah
Sekolah Amanah akan diperkenalkan
Dana Mudahcara (Facilitation Fund)
Pembangunan Inovasi
Pemilikan Ekuiti Bumiputera
Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah
Pemberian Subsidi
Projek Jalur Lebar
Lebuhraya dan Pengangkutan
Bekalan Air dan Loji Rawatan
Bekalan Tenaga

Perluasan Pelaburan dan Bantuan Modal

DASAR-DASAR AWAM

Zaman awal tahun 1960an dan 1970an didapati Malaysia lebih


memfokuskan kepada sektor pertanian.
Untuk memajukan sektor pertanian pada era tersebut, beberapa
badan berkanun telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA, RISDA
dan MARA.
Melalui badan ini, masyarakat Melayu telah diberikan sejumlah
kawasan tanah untuk ditanam dengan pertanian seperti getah
dan kelapa sawit.
Daripada jumlah pendapat getah dan kelapa sawit, peneroka dari
kalangan orang Melayu membayar balik secara ansuran
sehingga harga tanah itu dibayar dan akhirnya tanah tersebut
menjadi milik mereka.
Kerajaan juga telah menubuhkan institusi penyelidikan bagi
membuat kajian dan jaminan mutu pengeluaran hasil pertanian
seperti PORIM, PORLA dan lain-lain.
Menjelang tahun 1980an dan 1990an, ekonomi Malaysia telah
beralih kepada hasil-hasil perindustrian.
Sehubungan dengan itu, maka dasar-dasar berkaitan
perindustrian pula telah diwujudkan seperti Dasar Penswastaan,
Dasar Pandang Ke Timur dan sebagainya.
Untuk meningkatkan ekonomi secara berterusan, beberapa
strategi pembangunan berteraskan teknologi ICT dan k-ekonomi.

DASAR PENSWASTAAN

Melalui Dasar Penswastaan ini, kerajaan telah menswastakan


beberapa sektor awam kepada pihak swasta.
Di antara alasan mengapa kerajaan perlu melaksanakan dasar
penswastaan ialah
o Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.
o Meningkatkan persaingan, membaiki kecekapan dan
menambahkan produktiviti.
o Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian.
o Mengurangkan saiz dan bilangan sektor alam.

o Untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru di mana


penglibatan bumiputera dalam sektor perindustrian dapat
ditingkatkan.
DASAR AUTOMOBIL NASIONAL

Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan


bagi syarikat
Pengeluar kereta tempatan
Matlamat Dasar Automatif Negara Menjadikan Malaysia sebagai
Hub automatif serantau
Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik
Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat
ganti ke pasaran antarabangsa
Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam sektor automotif
tempatan
Untuk memelihara kepentingan pengguna dari segi nilai wang
keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan

ISU ISU UTAMA EKONOMI


PERTUMBUHAN DAN AGIHAN
1. Pembangunan ekonomi dan masalah social mempunyai kaitan rapat
antara satu sama lain.
2. Dua isu yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi ialah isu
kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik yang tidak
seimbang.
3. Pembaharuan dan pertumbuhan ekonomi yang akan disertai dengan
agihan pendapatan yang sama rata dalam kalangan anggota
masyarakat.
4. Di Malaysia, isu agihan pendapatan dapat dilihat dari dua sudut iaitu :
a Antara kelas social yang berbeza iaitu antara masyarakat kelas
atasan, kelas menengah dan kelas bawahan.
b Antara kelompok etnik yang berbeza iaitu antara Melayu, Cina
dan India.

PEGANGAN UKUITI

1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) kurang berkesan dalam mencapai matlamat


jangka panjangnya (1970-1990) dalam menetapkan 30 peratus
pegangan ekuiti bumiputera.
2. Dalam tempoh itu, pemilikan ekuiti bumiputera tidak banyak berubah
walaupun negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat.
3. Ekuiti bumiputera dalam syarikat penyenaraian awam iaitu saluran
utama mencipta kekayaan masih jauh tersasar daripada objektif 30
peratus.
4. Begitu juga dalam kategori guna tenaga bumiputera. Bagi pekerjaan
utama peratusan peningkatannya memang signifikan tetapi
sebahagian besarnya dalam kategori pendidikan.
5. Pemegang jawatan utama khususnya dalam sector korporat masih
rendah. Sedangkan, dalam ekonomi sekarang dan mendatang, ia
berpaksikan guna tenaga berpendapatan tinggi.
6. Dalam aspek pemilikan harta, pemilikan rumah-rumah kedai di
kalangan bumiputera amat rendah.
7. Untuk membeli rumah-rumah berangkai dua tingkat di Bandar besar,
ramai bumiputera kurang mampu memilikinya.
KEMISKINAN
1. Di Malaysia isu kemiskinan masih lagi menjadi isu utama. Meskipun
kemiskinan di Malaysia menyusut secara ketara iaitu daripada 52.4
peratus pada tahun 1970 kepada 17 peratus pada tahun 1990,
kesempitan ekonomi masih terus menjadi isu utama bagi ramai rakyat.
2. Garis kemiskinan relative diukur berdasarkan pendapatan pendapatan
RM760 bagi kawasan semenanjung Malaysia, RM 1050 bagi negeri
Sabah dan RM 910 bagi negeri Serawak
3. Hakikatnya, 80 peratus rakyat Malaysia hidup dengan pendapatan
purata RM 3500 sebulan. Daripada jumlah ini 40 peratus rakyat
dengan berpendapatan di antara RM 1501 sebulan hingga RM 3500
sebulan, sementara 40 peratus rakyat lagi berpendapatan di bawah
RM 1500.
4. Oleh kerana kes kemiskinan dikenal pasti paling banyak dihadapi oleh
pekerja di sector pertanian, maka pelbagai institusi berkaitannya telah
diwujudkan.
5. Selain itu, bantuan lain seperti latihan dan pendidikan, perumahan dan
kesihatan juga turut diambil di samping pemberian kebajikan lain
misalnya kepada warga usia emas, orang kelainan upaya, ibu tunggal,
anak yatim dan sebagainya.

KESAMARATAAN
1. Equality atau kesamarataan dan Equity atau keadilan di kalangan
rakyat Malaysia telah dijamin oleh perlembagaan.
2. Perkara 8 (1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa semua
orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
3. Ekoran daripada peruntukan perkara 8 (1) dalam perlembagaan telah
menimbulkan isu kontroversi berkaitan hak dan keistimewaan orang
Melayu yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia dalam
Perkara 153.
4. Golongan yang tidak bertanggungjawab telah mempertingkaikan
mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta
menggesa supaya kerajaan menyemak semula Perkara 153.
5. Hujah dan isu kontroversi itu sepatutnya tidak timbul kerana ia telah
dijawab oleh perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang
memperuntukkan bahawa: kecuali sebagaimana dibenarkan dengan
nyatanya oleh Perlembagaan ini tidaklah boleh ada perbezaan
terhadap warga Negara semata-mata oleh sebab agama, kaum,
keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undangundang atau dalam pekerjaan.
6. Selaras dengan aspirasi perkara 8(2) dan perkara 152 dalam
Perlembagaan Malaysia serta pengalaman politik dari peristiwa hitam
13 Mei 1969, maka kerajaan telah merangka Dasar Ekonomi Baru
(DEB).
7. DEB dirangka supaya dapat memberi peluang kepada etnik Melayu
meningkatkan kemampuan ekonomi agar dapat bersaing dengan
kelompok etnik lain terutamanya Cina yang menguasai ekonomi
Malaysia.

STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA SEMASA


A Modal Ekonomi Baru (MEB)
1. Diperkenalkan pada tahun 2010 yang berteraskan kepada
peningkatan produktiviti pekerja bermatlamat membantu
meningkatkan pendapatan mereka.
2. Melalui MEB, pekerja yang lebih inovatif dan kreatif dapat
dihasilkan di samping dapat melonjakkan pengeluaran sesuatu
produk mereka.

3. Matlamat MEB untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah


negara maju dan berdaya saing serta berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020 dengan rakyat menikmati kualiti hidup
yang tinggi hasil pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mapan.
4. 3 kompenan MEB;
Modal insan
Modal swasta
Modal social
5. Objektif MEB :
Membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan
kesihatan dan pendidikan untuk rakyat.
Membasmi kemiskinan
Membina infrastruktur bertaraf dunia
Menjadi pengeksport utama di peringkat global
6. 4 tonggak yang menjadi pendokong kepada kejayaan iaitu ;
Konsep 1 Malaysia untuk menyatupadukan rakyat Malaysia
yang berbilang etnik
RMK10 yang meningkatkan taraf negara
Program transformasi ekonomi (ETP)
Wawasan 2020
7. Inisiatif pembaharuan strategi dalam MEB ;
Menyuburkan sektor swasta
Membangunkan tenaga berkualiti dan mengurangkan
kebergantungan pekerja asing
Mewujudkan ekonomi domestic dan berdaya saing
Mengukuhkan sektor awam
Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra
pasaran
Membina infrastruktur berasakan pengetahuan
Meningkatkan sumber pendapatan ekonomi
Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan ekonomi.

B Program Transformasi Kerajaan (GTP)


I
Diperkenalkan pada 2010 untuk mentransformasikan kerajaan
supaya lebih agresif dalam penyampaian perkhidmatan dan
bertanggungjawab ke atas pencapaian.
II
GTP mencakupi 6 bidang keberhasilan utama negara (NKRA) ;
Mengurangkan jenayah
Membanteras rasuah
Mempertingkatkan pencapaian pelajar

III

Meningkatkan taraf kehidupan isi rumah pendapatan


rendah
Menambahkan baik system pengangkutan awam bandar
PEMANDU iaitu unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan
ditubuhkan untuk mengurus pelaksanaan program bagi
mencapai sasaran di atas.

C Program Transformasi Ekonomi (ETP)


I
Diperkenalkan sebagai agen yang memacu pertumbuhan
utama atau Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
berdasarkan RMK 10 serta dibantu oleh Majlis Penasihat
Ekonomi Negara (NEAC)
II
Melalui ETP, peneraju utama pertumbuhan ekonomi utama
negara adalah pihak swasta manakala kerajaan bertindak
sebagai fasilitator (pemudah cara) aktif dengan memberi
sokongan dari segi sumber dan dasar.
III
Untuk merealisasikan ETP kerajaan memainkan peranan
penting kerana 70% projek permulaan (EPP) memerlukan
kerajaan menukarkan polisi dan regulatori dalam bidang
pendidikan dan infrastruktur.
IV
Apabila pertukaran polisi dan regulatori telah dilakukan
pendapatan negara kasar (PNK) akan tercapai.
V
Memfokuskan 4 pemboleh ubah polisi dan regulatori ;
Menggalakkan pelaburan swasta - menarik dan
menyokong pelaburan domestik dan asing
Pembangunan modal insan menarik tenaga kerja asing
ke Malaysia untuk menyokong pertumbuhan di bidang
Greater Kuala Lumpur.
Meningkatkan persekitaran menyeluruh bidang
perniagaan mengurangkan kos pematuhan ,
memansuhkan peraturan dan mempertingkatkan
kecekapan operasi kerajaan.
Melabur dalam infrastruktur seperti jalur lebar dan
logistik

D Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA)

II

NKEA atau New Economic Area ialah sebagai pemacu aktiviti


ekonomi yang mempunyai potensi untuk menyumbang secara
langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
NKEA adalah teras kepada ETP
Greater Kuala Lumpur / Klang Valley
Minyak , gas, tenaga
Perkhidmatan kewangan
Pemborong dan peruncit
Minyak sawit
Pelancongan
Elektrik dan elektronik
Perkhidmatan perniagaan
Kandungan komunikasi dan infrastruktur
Pendidikan
Pertanian
Penjagaan kesihatan
Daripada 12 NKEA Greater Kuala Lumpur / klang Valley
dipilih daripada geografi untuk bertindak sebagai pemacu
kritikal kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana 3
kali lebih tinggi daripada kawasan luar bandar
NKEA lagi terlibat dalam sector industry.

PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI


1
2
3
4
5
6

Konsep Islam adalah jawapan untuk semua persoalan .


Hal ini kerana Islam mengutamakan sifat adil dan memelihara fitrah semula
jadi manusia, baik individu mahupun masyarakat secara serentak.
Sistem ekonomi dalam Islam berdasarkan dua sumber iaitu sumber alam dan
sumber manusia.
Sumber alam seperti
Pembangunan ekonomi Islam berpaksikan kepada 2 kepentingan iaitu
kepentingan individu dan kepentingan masyarakat.
Islam tidak melarang mencari dan mengumpul harta tetapi melarang sifat
gelojoh, tamak dan mengikut hawa nafsu. Lebih-lebih lagi sikap menindas,
menzalimi dan mengkhianati hak orang lain yang lemah dan sangat
memerlukan pertolongan.

KONSEP EKONOMI ISLAM


Dalam aspek ekonomi Islam menekankan 3 perkara utama iaitu
Cara pendekatan aktiviti ekonomi dijalankan

Menghalalkan cara aktiviti ekonomi yang baik seperti jujur dan


adil
o Menghalang cara aktiviti ekonomi yang curang dan khianat
seperti menipu dan rasuah
Barangan yang terlibat dalam aktiviti ekonomi
o Menghalalkan barangan yang suci, halal dan baik
o Mengharamkan barangan yang boleh merosakkan nyawa, akal
dan tubuh badan
Cara perbelanjaan dan pengurusan
o Menghalalkan segala perbelanjaan yang boleh mendatangkan
kebaikan
o Wajib menunaikan zakat harta
o Membelanjakan harta ke jalan Allah
o

Prinsip ekonomi islam ialah konsep harta, kebebasan pemilikan harta,


penggunaan hak milik harta dan tenaga buruh.

PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI ISLAM


1. Penubuhan perbankan islam adalah hasil daripada pengalaman yang dilalui
oleh beberapa institusi kewangan lain di Malaysia.
2. Institusi pertama yang mengamalkan konsep transaksi islam ialah Lembaga
Tabung Haji (LTH).
3. LTH ditubuhkan bagi membolehkan orang islam menyimpan wang secara
beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji dan
melibatkan diri dalam bidang penanaman modal dalam perusahaan,
perdagangan, perladangan dan hartanah.
4. Kerajaan telah mengubal Akta Bank Islam 1983, maka tertubuhlah Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB).
5. Sejajar prinsip dan matlamat BNM, Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF)
telah diperkenalkan pada Mac 1993.
6. BNM telah menggantikan istilah SPTF dengan Skim Perbankan Islam (SPI)
dan berkuat kuasa pada 1 Disember 1998.
7. Perkembangan sistem perbankan islam semakin berkembang apabila sebuah
lagi bank islam bernama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
ditubuhkan.

KESIMPULAN
Dasar-dasar yang dirangka mempunyai matlamat murni bagi mewujudkan
sebuah masyarakat Malaysia yang adil dan saksama dari aspek perkongsian
kekayaan negara. Ianya memerlukan penglibatan yang aktif dari segenap

lapisan masyarakat sama ada dari segi tenaga dan juga pemikiran. Melalui
beberapa perancangan strategik yang dilaksanakan, diharapkan Malaysia
mampu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

You might also like