You are on page 1of 6

7 cabaran utama sekuriti makanan perlu

diberi keutamaan: MAFI


SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) merangkumkan tujuh
cabaran utama sekuriti makanan negara yang perlu diberikan keutamaan pada masa kini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan
Perintah kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada agromakanan negara secara
langsung dan tidak langsung.

Beliau berkata, ia sehingga mengganggu kelancaran rantaian makanan seperti pengeluaran,


pengedaran, pemasaran dan peruncitan produk hasil pertanian dan industri makanan.

“Antara yang perlu diberi keutamaan ialah peningkatan penduduk dan permintaan makanan;
peningkatan kos sara hidup dan harga makanan; kekurangan khasiat makanan dan malnutrisi
berganda dan tahap produktiviti yang rendah, intensif buruh dan populasi petani berusia.

“Selain itu, pelaburan swasta serta pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang masih rendah; tahap
adaptasi teknologi dan mekanisasi yang rendah; dan perubahan iklim serta kemampanan sumber
semula jadi,” katanya pada majlis perasmian Hari Inovasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI) 2021 di Serdang pada Selasa.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang juga
Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah MARDI,
Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani.
Sementara itu, Ronald berkata, MAFI telah merangka Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan
Negara 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN) bagi meningkatkan daya tahan sistem makanan agar
kekal utuh dalam menghadapi sebarang tekanan.

“Sehubungan itu, MARDI sebagai sebuah agensi penyelidikan utama di bawah MAFI mempunyai
peranan yang sangat penting di dalam pelaksanaan Pelan Tindakan DSMN.

“Di antara strategi yang dirangka di dalam pelan tersebut ialah bagi meningkatkan intensiti
penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) bagi meningkatkan produktiviti
agromakanan dengan keutamaan diberikan terhadap pembangunan input pertanian seperti makanan
ternakan serta baka dan benih tempatan yang berkualiti tinggi,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, inovasi produk makanan alternatif dan teknologi pertanian yang
bertoleransi terhadap perubahan iklim turut diberi penekanan.

Menurutnya, MAFI juga mengharapkan teknologi dan inovasi yang dihasilkan MARDI dapat
dipindahkan kepada golongan sasar mengikut keperluan dan kesesuaian di sepanjang rantaian nilai
sekuriti makanan.

“Kaedah pragmatik seperti sistem pengeluaran lestari dan berkos efektif boleh dijadikan matlamat
penting dalam membangunkan model output sesebuah aktiviti R&D&C,” katanya.

Ronald berkata, sempena dengan Hari Inovasi MARDI 2021, empat produk hasil penyelidikan
MARDI dilancarkan iaitu minuman berasaskan terung asam kaya dengan asid hidroksisinamik, krim
anti radang (CleoSafe) berasaskan sayuran maman, ais krim kelapa kurang kalori, dan kelapa muda
berkarbonat
5 strategi mengekang krisis bekalan makanan negara

Berikut 5 strategi untuk mengekang krisis bekalan makanan negara.

1. Memperkasa Bekalan Domestik: Kerajaan menerusi kementerian berkaitan


perlu menyegerakan pakej bantuan kewangan dan kepakaran kepada petani,
penternak dan nelayan (besar, sederhana dan kecil) bagi membolehkan
mereka meningkatkan pengeluaran.Agensi-agensi berkaitan pertanian,
penternakan dan perikanan baik dari aspek penyelidikan, peningkatan hasil
dan pemasaran perlu berkerjasama erat dalam menjayakan agenda ini.Gerak
kerja antara agensi dan pemain industri perlu segera diperkemas dan setiap
mereka jelas akan peranan yang mereka mainkan khususnya semasa tempoh
krisis ini dan beberapa bulan selepas krisis ini tamat.

2. Memperkukuh Bekalan Import: Kerajaan menerusi kementerian berkaitan


perlu berhubung dengan negara-negara pembekal bagi memastikan bekalan
makanan atau bekalan bahan mentah membuat makanan tidak terputus
terus dari negara berkaitan.Kerajaan perlu menggunakan hubungan baiknya
dengan negara-negara serantau, Asia dan dunia untuk mendapatkan bekalan-
bekalan tersebut khususnya apabila pembekal utama selama ini tidak dapat
memberi bekalan seperti biasa.Di sinilah kebijaksanaan berunding dengan
pihak luar khususnya semasa krisis perlu ada dalam diri pegawai-pegawai
kerajaan yang berkaitan. Matlamatnya jelas iaitu mereka perlu memastikan
peratus bekalan import dapat dicapai kerana jika tidak negara akan
terjerumus ke dalam krisis bekalan makanan.

3. Memantapkan Bekalan Makanan Lestari: Di masa hadapan Malaysia perlu


memulihkan Projek Gedung Makanan Negara. Negara sewajarnya memajukan
kembali sektor pertanian domestik. Kembalikan peranan UPM sebagai
peneraju utama pertanian moden negara di samping institusi-institusi
pengajian tinggi lain yang berkaitan.Di masa yang sama kerajaan perlu
menggalakkan syarikat-syarikat besar negara seperti GLCs melabur di
negara-negara berpotensi dalam sektor pertanian dan penternakan.
Sewajarnya mereka tidak terikat dengan sektor perladangan kelapa sawit
sahaja.
GLCs Malaysia boleh menceburi sektor penanaman padi, penternakan ayam,
lembu dan sebagainya di mana disesetengah negara itu kadar pelaburan jauh
lebih rendah jika dibandingkan dengan Malaysia.Malaysia perlu memikirkan
untuk menjadikan dirinya bukan sahaja sebagai Gedung Makanan Negara
tetapi Gedung Makanan Asia atau Dunia. Pertaniaan adalah perniagaan yang
amat menguntungkan.

4. Mendidik Masyarakat Prihatin: Kerajaan menerusi kementerian, agensi dan


NGO berkaitan perlu berkerjasama dalam mendidik masyarakat menerusi
penerangan ringkas, mudah difahami dan menarik tentang contohnya berapa
stok makanan perlu disimpan oleh sesebuah keluarga untuk tempoh satu
minggu mahupun sebulan.Pendidikan sedemikian perlu dilakukan kerana
kebimbangan rakyat tentang kemungkinan krisis makanan berlaku ada
asasnya.Untuk itu rakyat perlu ditenangkan dan pakar dalam bidang
pemakanan boleh dimanfaatkan untuk menjelaskan apakah dan berapa
banyakkah makanan perlu disimpan oleh sebuah keluarga untuk tempoh satu
minggu atau satu bulan. Ilustrasikan perkara ini dengan menarik dalam
media massa dan media sosial.

Penekanan perlu diberikan juga dalam aspek mendidik rakyat agar tidak
bersifat mementingkan diri. Bagaimana sikap timbang rasa mereka dalam
membeli bahan makanan boleh membatu keluarga lain mendapat bekalan
makanan atas sebab kebertanggungjawaban mereka iaitu tidak membeli dan
menyimpan stok makanan secara berlebihan.

5. Memantapkan Penyelarasan Bantuan: Kerajaan menerusi kementerian,


agensi berkaitan dan NGO utama negara wajar lebih berperanan dalam
menyelaras bantuan khususnya yang disumbangkan oleh rakyat.

Ini akan membolehkan bantuan diagihkan dengan lebih adil dan sistematik.
Maklumat penduduk satu-satu kampung, taman atau PPR itu boleh diperolehi
dari pemimpin setempat atau persatuan penduduk kawasan berkaitan.
Dengan kata lain tidak sukar untuk mengenali rumah-rumah yang perlukan
bantuan.

Agihan bantuan secara tidak berpusat dan sistematik mengikut struktur


negara, negeri, daerah, mukim dan kampung atau taman serta PPR boleh
menyumbang kepada kekurangan bekalan makanan di pasaran.
Faktor-Faktor Berlakunya Krisis Makanan
di Sesebuah Negara
 jurang ekonomi yang semakin jauh menyebabkan harga pasaran
makanan dunia naik
 pertambahan jumlah penduduk yang naik secara drastik
 bencana alam merosakkan proses pembuatan makanan
 sumber makanan dieksploitasi sebagai sumber lain
 tiada kajian atau persediaan dalam menghadapi bencana

Lapan langkah untuk menangani


krisis makanan
1. Menambahkan bekalan pelbagai jenis ubi yang dapat ditanam di Malaysia
termasuk ubi kentang, ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, labu dan lain. Ubi-ubi
ini boleh ganti bijirin sebagai sumber bahan karbohidrat jika harga bijirin naik
terlalu banyak. Penanaman ubi akan ambil masa beberapa bulan sahaja untuk
berhasil dan akan merupakan alternatif yang baik pada bijirin yang
berkurangan bekalannya.
2. Satu kajian harus dilaksanakan dengan kadar segera untuk mengenal pasti
semua pengeluar makanan yang mengusahakan tanah atau laut di Malaysia
pada takat ini termasuk pesawah padi, pengeluar sayur dan buah, nelayan,
pembela ikan dan penternak. Langkah-langkah tegas harus diambil untuk
memastikan mereka semua dapat meneruskan kegiatan mereka dalam
menghasilkan bahan makanan untuk rakyat kita tanpa sebarang gangguan.
Pengusiran sesiapa pengeluar makanan harus dihentikan sama sekali sehingga
krisis dalam bekalan makanan dapat diatasi. Aktiviti ‘pembangunan’ ekonomi
yang ada kesan negatif terhadap pengeluaran makanan harus dikenal pasti
dan dihentikan
3. Penanaman jagung harus ditingkatkan. Jagung merupakan sumber penting
dalam makanan haiwan ternakan dan pada masa ini hampir semua jagung
untuk tujuan ini diimport (90% dari Brazil dan Argentina). Jabatan pertanian
harus buat kajian samada jagung dapat ditanam di antara pokok getah di
kebun-kebun kecil getah. Jika ini boleh dilaksanakan ia juga akan merupakan
satu punca pendapatan tambahan pada pekebun kecil
4. Pelan induk kebangsaan berkaitan kegunaan tanah negara harus diteliti
dan diubahsuai. Pada takat ini, daripada jumlah 32,865,000ha keluasan tanah
Malaysia.
5. Penanaman sayur-sayuran, ubi-ubi dan jagung harus digalak di halaman
rumah di bandar dan di kawasan kampung
6. Tanah kosong kerajaan dan juga tanah kosong yang dimiliki oleh syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) and swasta harus dipajak kepada petani dan pembela
ikan supaya bekalan makanan dapat dijamin pada rakyat kita
7. Memandangkan kos makanan ternakan dan baja sedang meningkat,
langkah-langkah harus diambil dengan segera untuk memastikan sisa
buangan makanan daripada pasar, restoran dan rumah dapat dikitar semula
sebagai sumber makanan ternakan ataupun baja organik. Tahi ayam daripada
fasiliti ternakan ayam dan sisa buangan kilang kelapa sawit juga boleh diguna
sebagai baja selepas diproses. Ahli sains di universiti tempatan harus diminta
membantu dalam usaha ini
8. Majlis Keselamatan Negara harus memantau situasi bekalan dan kos
makanan dengan rapi. Jika kos makanan meningkat walaupun langkah-
langkah di atas dilaksanakan, program-program tambahan seperti berikut
harus dilaksanakan

You might also like