You are on page 1of 12

Fenomena global kenaikan harga barang mencabar keupayaan antarabangsa termasuk Malaysia untuk

sekuriti makanan. Jelaskan faktor-faktor global dan langkah yang diambil Malaysia dalam menangani
fenomena ini.

Pengenalan
Timbalan Ketua Pengarah FAO pada Mac 2011 mengeluarkan kenyataan bahawa Indeks Harga Makanan
pada bulan Februari 2011 menunjukkan harga makanan dan barangan keperluan utama di seluruh dunia
mengalami kenaikan untuk tempoh lapan bulan berturut-turut. Malaysia turut menerima kesan fenomena
ini.

Idea Huraian
BAHAGIAN A : FAKTOR GLOBAL
1. Pemanasan global - Cuaca buruk yang melanda negara pengeluar
makanan menyebabkan peningkatan harga
barangan termasuk daging, hasil tenusu, biji-bijian
gula dan minyak masak.

- Sebagai contoh, Rusia dan Kazakhstan mengalami


musim kemarau yang panjang, manakala Australia
dan India mengalami banjir yang luar biasa
sehingga menjejaskan sebahagian bekalan
makanan dunia.
2. Peningkatan penduduk dunia - Krisis makanan global juga berpunca daripada
peningkatan penduduk melebihi peningkatan
bekalan makanan.

- Peningkatan penduduk dunia sebanyak empat


peratus setahun melebihi kapasiti pengeluaran
makanan yang hanya meningkat dua peratus
setahun.

- Pengedaran dan agihan makanan yang jelas


terhad mengikut kemampuan sesebuah negara
menambah rumit krisis ini.
3. Kemelesetan ekonomi - Mengurangkan keupayaan mendapat bekalan
makanan khususnya melibatkan barangan yang
diimport menjejaskan bekalan makanan untuk
agihan domestik.

- Kawalan sumber oleh sesebuah negara juga


menambah tekanan berlaku fenomena ini. Rusia
telah melarang eksport gandum dan India
menegah eksport bawang merah sehingga
menyebabkan harga barangan berkenaan naik
mendadak di seluruh dunia.
BAHAGIAN B : LANGKAH MALAYSIA
4. Kawalan harga dan bekalan - Akta kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan
Harga 1946 adalah bagi memastikan 12 jenis
bahan makanan yang dikategorikan sebagai
barangan kawalan mencukupi dan dijual pada
harga munasabah.
- Pada musim perayaan pula 28 jenis barangan
menjadi barangan kawalan. Langkah ini telah
menyebabkan harga barangan keperluan di negara
ini masih lagi yang terendah berbanding negara
ASEAN lain.
5. Kawalan import - Dibenarkan import barangan makanan apabila
berlaku kekurangan bekalan dalam negara.

- Kadar import ini dikawal daripada berlebihan bagi


melindungi industri pertanian domestik agar terus
berdaya maju.
- Kaedah ini telah membantu mengekalkan
bekalan dan kawalan harga daripada mendadak
dan menimbulkan krisis. Kawalan juga dapat
merangsang pertumbuhan sektor pertanian
negara.

6. Kawalan pembelian panik - Malaysia mengambil berat tentang perlakuan


pembelian panik, menyorok barangan dan
penyeludupan.

- Menghalang perlakuan dan aktiviti ini secara


tidak langsung dapat mengelak bekalan makanan
berkurangan secara mendadak. Situasi pembelian
panik perlu dikawal bagi mengelakkan krisis harga
makanan berlaku.

7. Memperkasa sektor pertanian - Dasar kerajaan meningkatkan pelaburan dan


R&D dalam bidang pertanian akan meningkatkan
lagi keupayaan sekuriti makanan negara.

- Slogan ‘Pertanian adalah Perniagaan’ bagi


menarik penglibatan masyarakat khususnya
golongan yang berpendidikan dan professional
menceburi bidang pertanian.

Kesimpulan
Kesimpulannya, keupayaan negara mengawal stok makanan, pengagihan dan memastikan sumber bekalan
makanan sentiasa mencukupi telah mengelak negara ini dari dilanda krisis kenaikan harga yang serius.
Faktor-faktor di luar kawalan memerlukan kerjasama antara negara.
Kegiatan pelanunan di tiga tempat yang perlu diberikan tumpuan ialah kawasan Teluk Aden , Selat
Melaka dan Laut China Selatan. Huraikan tindakan yang wajar diambil bagi membendungnya.

Pendahuluan
-Kegiatan pelanunan dan serangan lanun punca terganggunya kegiataan perkapalan dan pengangkutan
kargo yang membawa muatan perdagangan

Langkah-langkah
1. Mempertingkatkan kawalan perairan negara
-penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia/ TLDM
-menaik taraf dan melakukan penambahan aset untuk tentera laut
- Pihak kerajaan harus memperkuat dan memperhebat penguatkuasaan maritim. Hal ini dapat dilakukan
dengan penglibatan pelbagai agensi dalam melakukan rondaan serta bertindak dengan segera jika
memerima maklumat tentang ancaman lanun. Gabungan tindakan agensi seperti Agensi Penguatkuasan
Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Malaysia dan Unit Gempur Marin
PDRM Berjaya menumpaskan banyak kes rompakan yang berlaku di perairan Malaysia. Dengan ini, usaha
untuk menjadikan peratusan sifar ancaman lanun akan mampu dicapai.-memastikan aktiviti di sepanjang
perairan selamat dan tidak terdedah kepada ancaman.

2. Mengadakan kerjasama kawalan keselamatan laut


-langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara pesisir untuk meningkatkan keselamatan di Selat
Melaka
-rondaan berkoordinasi MALSINDO yang melibatkan tentera laut masing-masing
-inisiatif Eye In The Sky yang melibatkan pengawasan dari udara
-mengadakan latihan bersama dengan negara jiran
-Penggunaan dron
-mengadakan kerjasama memantau dan mengawal perairan

3. Usaha bersepadu antara negara-negara Asean.


-Kerjasama ketenteraan- Pihak ketenteraan negara Malaysia dan negara-negara iran seperti Singapura,
Indonesia, Thailand, dan Filipina wajar bekerjasama dengan memantau kawasan perairan dengan lebih
kerap.
-Forum Serantau. Contohnya, Forum Serantau ASEAN (ARF) diadakan untuk mengeratkan kerjasama dalam
membanteras masalah perlanunan.

4. Sistem perundangan negara-negara serantau hendaklah dilaksanakan dengan tegas.


-Hukuman berat yang dikenakan terhadap lanun-lanun yang didapati bersalah dapat menghalang aktiviti
perlanunan ini daripada terus berleluasa.
-Negara-negara jiran yang terlibat harus menunjukkan kesungguhan dan mempamerkan kekuasaan serta
kewibawaan mereka dalam menangani masalah perlanunan.
-Sistem makhamah yang khas harus ditubuhkan untuk mengendalikan kes-kes perlanunan.
-Kepantasan dalam menyelesaikan kes-kes yang melibatkan pelanunan ini akan memberi gambaran
bahawa ketegasan dan kesungguhan sesebuah Negara dalam membanteras kegiatan pelanunan ini.

5. Mengenal pasti modus operandi mereka.


-Gerak-geri dan kaedah mereka dalam menjalankan aktiviti perlanunan serta kawasan yang menunjukkan
aktiviti perlanunan yang tinggi harus dikaji dan dipantau.
-Dapatan-dapatan kajian ini boleh dikumpul dan diselaraskan oleh agensi-agensi yang terlibat atau dikongsi
dengan negara-negara ASEAN.
-Dengan maklumat yang teperinci tentang kegiatan perlanunan ini, pasukan penguatkuasan mempunyai
kelebihan untuk meramal dan menjangkan tindak-tanduk lanun.
-Langkah proaktif ini sangat berkesan dalam memastikan perairan negara mencatatkan peratusan sifar
ancaman lanun.
-KPI setiap agensi terlibat.

6. syarikat atau Negara pemilik kapal juga harus mengambil langkah proaktif, iaitu dengan mengupah
petugas keselamatan di atas kapal.
-Dapat memastikan keselamatan anak-anak kapal sekiranya berlakunya cubaan merampas kapal tersebut
oleh lanun.
-Pemilik kapal juga harus mengupah kapal pengiring untuk memastikan keselamatan anak-anak kapalserta
barang-barang yang dibawa.
-Mengurangkan risiko kerugiaan akibat rompakan selain mengelakkan risiko kehilangan nyawa.

Kesimpulan
-Kegiatan pelanunan sering mengorbankan nyawa dan membawa kerugian yang besar kepada Negara.
Serangan pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah boleh menimbulkan implikasi yang serius
kepada negara dan perlu diatasi dengan segera. Bincangkan

Keganasan bererti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan,
dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Pelbagai kesan akan
dirasai jika isu ini diatasi dengan segera.

Implikasi
Bil Isi Huraian
1 Keselamatan rakyat tidak -keganasan akan menyebabkan rakyat dalam keadaan
terjamin ketakutan dan keselamatan tidak terjamin.

- boleh berlaku kesederaan dan kematian, hilang tempat


tinggal , dan kerugian harta benda.

-Pengganas akan melakukan apa sahaja seperti melakukan


merosakkan harta benda awam serta melakukan
pembunuhan terhadap penduduk tidak bersalah.

-Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan juga


negara.
-rakyat kehilangan kebebasan dan keselamatan

2 Ekonomi negara akan terjejas - Keyakinan pelabur akan berkurang apabila sesebuah
negara mempunyai keadaan politik yang tidak stabil.
-pelabur tidak berani untuk menanam modal di negara
terbabit.
-pelabur akan menarik pelaburan mereka keluar dari negara
terbabit.
-kerancakan ekonomi negara tersebut akan terjejas dengan
teruk.
3 Industri pelancongan akan Pelancong asing tidak berani datang ke negara kita.
terjejas bilangan pelancong yang melancong berkurang. Ekonomi
negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk
terjejas.
- penerbangan antarabangsa dan agensi pelancongan juga
terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat mengalami
kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

4 Pembangunan negara para pemimpin ini tidak dapat melaksanakan projek


terjejas pembangunan negara .
prasarana untuk rakyat turut diabaikan.
Kerajaan tidak dapat membina infrastruktur kerana
keselamatan tidak terjamin

Langkah mengatasi
Bil Isi Huraian
5 Penguatkuasaan undang-
undang Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(Eastern Sabah Security Command- ESSCOM)

Pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat


terhadap keganasan.

-rondaan di perairan Sabah


keganasan harus dibanteras.

Mereka yang terlibat mesti dikenakan hukuman berat.

Negara harus menggubal undang-undang khas untuk


membolehkan tindakan segera diambil terhadap
pengganas.

6 Kerjasama antarabangsa Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras


keganasan yang ada rangkaian antarabangsa.
Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar
maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh.
Negara yang terlibat seperti Filipina menggiatkan latihan
bersama antara pihak polis dan pihak tentera.
Negara-negara lain di dunia boleh menyekat aliran wang
kumpulan pengganas.

9. Dialog fakta sejarah - dialog fakta sejarah ialah satu proses pemahaman di
antara dua pihak yang berseteru.
Penjelasan bahawa Sabah adalah sebuah negeri yang
merdeka dalam Malaysia.
-Tidak ada kuasa lain yang boleh menuntut atau mahu
merampasnya. .

Kesimpulannya- penyelesaian secara aman lebih ditekankan daripada penyelesaian secara


kekerasan. Keamanan yang berterusan dan penyelesaian secara mutlak perlu dilakukan oleh pihak
pemerintah dengan pihak pengganas. Penyelesaian secara ketenteraan adalah langkah terakhir.

Format Jawapan: Implikasi dan langkah mengatasi


3+2 / 2+3
Pembakaran secara terbuka di negara jiran merupakan antara faktor yang menyebabkan jerebu di negara
ini. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk membendungnya. Huraikan penyataan di atas.
Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah
menjadi bahan wacana masyarakat. Jerebu boleh didefinisikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di
dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk
kepada manusia dan juga alam sekitar.

Bil Idea Huraian Idea


1 Pembakaran secara terbuka  kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di
kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa
perladangan, sisa kebun serta pembakaran hutan
simpan
 lebih serius pada musim panas yang berpanjangan
 membimbangkan sehingga menyebabkan indeks
pencemaran udara (IPU) meningkat sehingga ke paras
yang sangat bahaya.
 Cth : Kebakaran hutan di Wilayah Riau, Sumatera
Tengah merupakan kes terbaru melibatkan jerebu teruk
sehingga Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa
negeri mencapai bacaan 507 di Muar, Johor dan Bukit
Rambai, Melaka mencatat bacaan 443.
Faktor-faktor lain
2 Pembakaran bahan api oleh  Bahan api spt arang batu, minyak adalah bahan
kenderaan/industri organik dan mempunyai unsur karbon - pembakaran
yang kurang lengkap menghasilkan karbon monoksida.
Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur.
Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen
di sekeliling menghasilkan sulfur
 Sulfur dioksida ini berpadu dengan ion hidrogen dalam
wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu,
karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen
dan membentuk asid karbonat menyebabkan jerebu
3 Pembebasan bahan pencemar  pertambahan perindustrian juga banyak membawa
sector perindustrian bahan pencemar spt gas beracun, asap, debu,
pengeluaran asap dan sebagainya – terampai di udara
menjadi jerebu
4 Faktor perubahan iklim/fenomena  faktor semulajadi- fenomena El-Nino – suhu perairan
alam meningkat berikutan pergerakan angin timuran yang
perlahan di tengah dan barat perairan tersebut –
berlaku kemarau yang memudahkan kebakaran hutan
spt di Sumatera dan Kalimantan. Kebakaran
menyebabkan jerebu apabila asap terperangkap di
ruang udara.
 Letusan gunung berapi melepaskan habuk/ debu /gas
dan larva yang menyebabkan jerebu
Langkah-langkah
5 Melalui Pendidikan  melalui program pendidikan alam sekitar iaitu sama
ada secara formal atau tidak formal.
 oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan /badan bukan
kerajaan
 setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang
ramai dan juga kanak-kanak sekolah.
 mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap
alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki
dan menjaganya
 memperluaskan tahap kesedaran orang ramai
 melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan
Bahagian Alam Sekitar,‘Sekitar’ dan penubuhan Unit
Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar,
sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar
6 Larangan Pembakaran Terbuka  kerajaan /badan-badan bukan kerajaan menggariskan
beberapa peraturan elak pembakaran terbuka kerana
asap adalah penyumbang utama kepada jerebu/ tidak
dapat dikawal
7 Pembenihan Awan  fenomena El-Nino - cuaca kering dan kemarau
telah melanda negara. Kerja pembenihan awan
terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila
cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air
menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak
jatuh ke bumi sebagai hujan
 Iodine perak/ais kering ditabur – pembenihan awan
dibuat unt turunkan hujan
8 Kempen Hijau  menggalakkan penanaman pokok di rumah, pejabat,
sekolah mahupun di tempat membeli-belah.
/mambantu menyerap karbon dioksida di udara.
 fungsi-fungsi hutan unt mengukuhkan tanah,
membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal
komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim
serta melindungi flora dan fauna.
 pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif dengan
melakukan penggezetan hutan yang sedia ada .Contoh
hutan simpan yang telah di gezetkan ialah Taman
Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan
Hutan Simpan di Cameron Higlands
9 Gantian penggunaan CFC  sumber alternatif spt hidrokloroflorokarbon (HCFC)
harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon
 CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin
dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant),
pembentukan buih, dan alat pemadam api.
10 Perundangan, penguatkuasaan  Jabatan Alam Sekitar ( JAS) dengan kerjasama Jabatan
undang-undang Dan Dasar Bomba dan Penyelamat, Bahagian Keselamatan Negara,
Kerajaan Rela, Kementerian Kesihatan dan polis telah
menjalankan program pengawasan kualiti udara di
seluruh negara. Parameter yang diawasi termasuklah
Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida,
ozon dan habuk terampai (PM10).
 Pemantauan menerusi satelit dan pemantauan ruang
udara
 Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan
tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
 Peraturan menghadkan perlepasan asap kenderaan
iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
 Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) -
Jarak industri dengan kawasan kediaman - 1000 meter
dan had kepekatan pencemar yang diukur pada skala
antara 0-500.

11 Kerjasama serantau  ASEAN - Persidangan Antarabangsa Mengenai Bahaya


Kebakaran Hutan dan Tanah 2002 - kerjasama melalui
perjanjian bagi menangani masalah pembakaran hutan
dan tanah yang pernah menyebabkan jerebu paling
teruk di rantau ASEAN.
 Komitmen daripada negara-negara anggota dilihat
sebagai usaha positif ke arah menangani dan
memerangi masalah kebakaran terbuka dan jerebu.
 Perjanjian berkenaan ditandatangani menteri yang
bertanggungjawab mengenai alam sekitar,
menggariskan komitmen negara-negara anggota
menangani masalah berkaitan pada peringkat
kebangsaan dan serantau.
 Negara-negara anggota bekerjasama mencegah jerebu
melalui kawalan kebakaran, mewujudkan system
amaran awal, bertukar-tukar maklumat dan teknologi
serta menyediakan bantuan Perjanjian itu adalah
sebahagian daripada Pelan Tindakan Jerebu Serantau
yang diterima pakai oleh ASEAN selepas masalah
jerebu yang teruk pada 1997 dan 1998 sehingga
menyebabkan kerugian ekonomi sekitar RM34.2 bilion
(AS$9 bilion) termasuk menjejaskan pengeluaran
pertanian dan sektor pelancongan.

Penutup
Semua pihak perlu bekerjasama membanteras masalah jerebu bagi memastikan alam sekitar sentiasa bersih
dan selamat untuk dihuni.

Kombinasi jawapan

1+1+2
Deklarasi Langkawi 1989 telah menggariskan beberapa rancangan dan tindakan untuk mengawal
pencemaran alam sekitar. Bincangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh negara untuk mengawal
pencemaran dan masalah yang dihadapi dalam mengekang masalah pencemaran.

Pendahuluan
-Masalah pencemaran dunia telah dibincangkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel di
Langkawi dan langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran telah digariskan

Isi-Isi Penting
A) Usaha-usaha

Memupuk kesedaran dan membentuk masyarakat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar
-Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif dalam diri terhadap penjagaan alam sekitar
-diterapkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) , khususnya dalam mata pelajaran
Sains
-diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
-kanak-kanak dididik menyayangi alam sekitar dan menjaga kesinambungan hayat flora dan fauna

Mengurangkan pencemaran
-memastikan kilang-kilang menepati akta Alam Sekitar
-memastikan kilang-kilang membina cerobong bermangkin setinggi 30m hingga 50m
-kenderaan bermotor juga mengguankan ekzos bermangkin untuk mengurangkan pelepasan asap

Penggunaan kaedah biologi


-baja kimia dan racun serangga kurang digunakan
-diganti dengan penggunaan baja semula jadi dan haiwan pemangsa
-mengurangkan pencemaran tanah dan air
-mengekalkan kesuburan tanah dan mengekalkan habitat dalm tanah

B) Masalah yang dihadapi

Kesedaran masyarakat rendah


-masyarakat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mencegah pencemaran
-tiada kesedaran dan pengetahuan kesan pencemaran
-bersikap sambil lewa dan menganggap sampah yang dibuang tidak memberi kesan kepada alam
-masih membuang sampah merata-rata dan melakukan pembakaran terbuka

Pembangunan tidak dirancang dengan sistematik


-penebangan hutan dan bukit dilakukan tanpa mengendahkan kesan
-pembinaan petempatan tidak mengikut spesifikasi alam sekitar
-pembuangan sampah kilang dan domestik tidak sistematik
-pembangunan yang pesat tidak mengambil kira kepentingan penjagaan alam sekitar

Kesimpulan
-Masalah pencemaran perlu diatasi sebelum membawa bencana kepada negara
Perkongsian antara negara merupakan suatu langkah untuk mewujudkan kerjasama yang sihat antara
negara. Perihalkan bentuk-bentuk perkongsian antara negara yang dijalankan oleh Malaysia dengan
negara lain.

Pendahuluan
-Perkongsian antara negara dalam bidang politik , ekonomi dan sosial
-Merupakan kerjasama yang sihat antara negara

Isi-Isi Penting

Perkongsian budaya antara negara


-festival makanan , kraf tangan dan budaya Indonesia diadakan di Pulau Pinang
-bertujuan mendedahkan budaya tradisi Jepun di Malaysia
-pertukaran rancangan kebudayaan antara negara anggota ASEAN
-pesta lagu dan muzik negara-negara ASEAN

Sukan
-penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa
-dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia
-sukan yang diadakan ialah Sukan SEA , Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik
-menjadi tuan rumah kepada pertandingan sukan antarabangsa
-imej negara dapat ditingkatkan supaya dikenali di peringkat antarabangsa
-mewujudkan suatu jaringan komunikasi yang baik merentas sempadan

Kerjasama dalam peningkatan pertahanan negara


-Malaysia bergabung tenaga dengan negara luar yang mempunyai teknologi lebih canggih dalam sistem
pertahanan
-mereka sebagai satu strategi untuk meningkatkan benteng pertahanan negara
-Misalnya , penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan
Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) bertujuan mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang
maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu
-Malaysia juga telah bekerjasama dengan Russia
-Malaysia telah membeli 18 pesawat Sukhoi-30MKI buatan Russia pada tahun 2003.Pembelian kapal selam
Scorpene dari Perancis

Lawatan rasmi
-lawatan rasmi merupakan lawatan yang dilakukan oleh Ketua Negara atau Perdana Menteri untuk
melakukan perjumpaan rasmi dengan pemerintah negara yang dilawati
-Ketua Negara Malaysia seringkali mengadakan lawatan rasmi ke negara lain
-melawat United Kingdom , Sweden , Brunei dan lain-lain
-menitikberatkan hubungan negara dengan negara luar untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan
dunia
-mewujudkan jaringan komunikasi yang sistematik antarabangsa

Pemindahan teknologi
-Malaysia mengadakan kerjasama ekonomi dalam bentuk usahasama antara syarikat multinasional asing
dengan syarikat tempatan
-projek usahasama industri automobil antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia
Motors dari Korea Selatan dengan Naza Motors Malaysia
-kerjasama ini membolehkan syarikat tempatan mendapat faedah pemindahan teknologi pembuatan
kereta daripada negara berkenaan
-syarikat elektronik Jepun memberi hak kepada Malaysia untuk menghasilkan dan memasarkan microcip
termaju di dunia , iaitu MM Chip
-situasi ini membolehkan perkembangan inovasi serta penciptaan teknologi baru oleh syarikat tempatan

Kesimpulan
-Perkongsian kerjasama antara negara merupakan komponen penting dalam aspek pembangunan negara

You might also like