You are on page 1of 3

Kepesatan pembangunan tanpa mengambil kira alam sekitar telah

menyumbang kepada pemanasan global.Malaysia telah mengambil pelbagai


langkah pada peringkat antarabangsa bagi menangani isu tersebut.Huraikan

5+0
Langkah2
Melaksanakan pembangunan lestari
Amalan gaya hidup yang bijak
Mengamalkan budaya kitar semula
Menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi
hijau
Menganjurkan kempen kesedaran

Mewartakan lebih banyak hutan simpan


Mengamalkan budaya kitar semula
Mengurangkan penebangan pokok
Penggunaan teknologi hijau
Mengurangkan pembakaran terbuka
Pendidikan alam sekitar dari pihak sekolah
Amalan gaya hidup yang bijak
Penggunaan sumber tenaga altenatif
Penanaman semula pokok
Menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar

Kepesatan pembanggunan tanpa mengambil kira alam sekitar telah


menyumbang kepada pemanasan global.Oleh itu,Malaysia telah mengambil
pelbagai langkah pada peringkat antarabangsa bagi menangani isu tersebut.
Antara langkah-langkah mengatasi pemanasan global pada peringkat
antarabangsa ialah menganjurkan kempen kesedaran berkaitan pemahaman
tentang isu pemanasan global.Kempen kesedaran ini boleh dijalankan secara
dalam talian dan melalui pengiklanan.Contohnya Kempen ‘Earth Hour’ yang
dianjurkan oleh Kumpulan Pemulihan Tabung Alam Sedunia (WWF) mendapat
sokongan jutaan warga dari pelbagai negara seperti Berlin,Australia dan Hong
Kong.Tegasnya, kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada setiap
masyarakat tentang bahayanya pemanasan global kepada bumi.
Selain itu ialah penggunaan teknologi hijau dan sumber yang boleh
diperbaharui dalam menangani masalah pemanasan global boleh
dijalankan.Teknologi hijau merujuk kepada sesuatu peralatan atau produk yang
dapat memelihara alam sekitar manakala sumber boleh diperbaharui merujuk
kepada bahan yang tidak akan habis digunakan.Contohnya,kerajaan Norway
telah menjual banyak kereta elektrik berbanding kereta yang menggunakan
petrol dan bercadang untuk mengharamkan penggunaan kereta petrol di
negara mereka menjelang tahun 2025.Tegasnya,kereta elektrik ialah salah satu
teknologi hijau yang dapat mengurangkan pencemaran dari gas-gas berbahaya
yang terkandung dalam kenderaan petrol.
Fakta berikutnya ialah amalan gaya hidup yang bijak perlu diamalkan oleh
masyarakat bagi menangani masalah pemanasan global.Perkara ini
didefinisikan sebagai aktiviti atau perkara yang dilakukan dapat memelihara
alam sekitar seperti menggunakan kenderaan awam untuk ke tempat
kerja,pembelian barang yang boleh dikitar semula dan lain-lain.Sebagai
contoh,kebanyakkan penduduk di negara Jepun menaiki basikal sebagai
pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja dan menggunakan kereta api
sebagai pengangkutan utama.Tegasnya,gaya hidup yang bijak perlulah
dijadikan sebagai rutin harian oleh setiap masyarakat.
Seterusnya ialah melaksanakan pembanggunan secara terancang
merupakan antara langkah yang terbaik dalam menangani masalah
ini.Pembanggunan seperti perumahan, perindustrian dan pusat komersial
boleh dibina tetapi perlulah memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar daripada musnah.Contohnya,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
telah membangkitkan kesedaran kepada negara anggotanya mengenai
keperluan semua aktiviti pembangunan perlu mematuhi peraturan dasar
ekologi yang telah dibahaskan pada tahun 1972.
Akhir sekali ialah pihak kerajaan perlu menerapkan amalan kitar semula
dalam kalangan masyarakat.Pihak kerajaan boleh menyediakan pusat kitar
semula dan mesin kitar semula di kawasan tertentu bagi memudahkan
masyarakat untuk melakukan pertukaran barangan kitar semula dengan
wang.Sebagai contoh,Agensi Nasional Alam sekitar (NEA) di Singapura telah
mewujudkan 50 mesin kitar semula di kedai serbaneka dengan baucer
berjumlah RM0.60 bagi setiap botol atau tin terpakai yang ditukarkan melalui
penggunaan mesin tersebut.Dengan adanya mesin tersebut,masyarakat lebih
bersemangat untuk mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan
seharian.
Kesimpulannya,pemanasan global merupakan masalah yang besar dan akan
jadi lebih membarah sekiranya tidak diatasi dengan segera.Oleh itu,semua
pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah pemanasan global demi
keselamatan bersama.

You might also like