You are on page 1of 4

PENGENALAN KUMPULAN DAN PROJEK

Sepanjang satu minggu, pemerhatian serta penilaian projek kitar semula telah
dijalankan di sekitar kawasan Kulim , kumpulan kami mendapati bahawa peranan
masyarakat dalam mengambil berat terhadap penjagaan alam sekitar dalam
keadaan yang minimal dan daif pengetahuan. Justeru itu,satu solusi penyelesaian
perlu dirangka secara lebih terperinci dan komprehensif untuk memastikan alam
sekitar terpelihara terutama penglibatan masyarakat secara serius.

CARTA ORGANISASI / JAWATANKUASA

Pengarah
Muhammad
Zharul Bin Zainol
Alam

Penolong Pengarah
Mohamad Zikri Bin
Zakaria

Setiausaha
Nurr Zaineena Bt
Zailani

Bendahari
Nurul Shawanis
Binti Mohd. Nazari
AJK Pengurusan
Nursyazahirah Binti
Rajab
AJK
Pengoperasian
Nurfirdaus Hakimi
Bin Norhan

TUGAS DAN PERANAN

JAWATAN

TUGAS

PENGARAH
Muhd Zharul Bin Zainol Alam

Memastikan semua kerja telah siap dan


menghantar laporan

PENOLONG PENGARAH
Mohd Zikri Bin Zakaria

Semak semula Laporan. Pastikan tiada


kesalahan.

SETIAUSAHA
Nurr Zaineena Binti Zailani

Menyediakan dokumen-dokumen penting.

BENDAHARI
Nurul Shawanis Binti Mohd Nazari

Mengutip wang untuk penyediaan


rancangan dan aktiviti seperti yang
dirancang.

AJK PENGURUSAN
Nursyazahirah Binti Rajab

Menguruskan kegiatan aktiviti program


serta mengarahkan ahli mengambil
bahagian masing masing

AJK PENGOPERASIAN
Nurfirdaus Hakimi Bin Norhan

Mengerahkan tenaga untuk melihat tahap


keberkesanan masyarakat memparaktikkan
amalan kebersihan.

MASALAH DAN PENYELESAIAN MASALAH

Masalah
Tidak dapat dinafikan bahawa , masalah jumlah sampah yang semakin bertambah
muncul apabila jumlah penduduk Malaysia kini populsinya seramai lebih 30 juta
penduduk khususnya di Kulim sendiri yang mempunyai bilangan seramai hampir
200,000 penduduk. Ia meningkat disebabkan pengambilkiraan faktor penawaran
pelbagai jenis produk di pasaran yangkebanyakannya menggunakan pelbagai bahan
seperti plastik dan kertas sebagai medium pembalut kepada bahan tersebut di
sesuatu negara .
Pada masa kini, konsep kitar semula ini kurang diterapkan dalam diri masyarakat
kerana masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap tidak menghiraukan alam
sekitar. Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula
ini tidak mendapat sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir
masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan
barangan yang boleh dikitar semula dibuang dan dibakar begitu sahaja.
Selain daripada itu kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat pada masa kini
yang membuang bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar betapa pentingnya
amalan kitar semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa
dan tidak mendatangkan sebarang kepentingan.
Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula di negara kita
mengambil harga yang rendah menyebabkan penduduk sekitar lebih senang
membakar bahan tersebut daripada menjualnya. Di samping itu, kurangnya pusat
pengumpulan bahan kitar semula juga menjadi punca utama mengapa amalan kitar
semula ini tidak mendapat sambutan. Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat
yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh
kerajaan. Sikap tidak ambil peduli tentang amalan kitar semula ini menyebabkan
usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan
terlaksana.

Penyelesaian Masalah

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa
langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat
dilaksanakan dengan baik. Langkah-langkah tersebut adalah seperti mengadakan
kempen bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.
Selain itu, kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menjaga
alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.
Pendidik juga memainkan peranan penting dalam memberikan galakan kepada
pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Pendidik perlu menyatakan
bahawa amalan kitar semula dapat menyelamatkan bumi dari ancaman
kemusnahan. Dengan memberikan pendekatan yang menarik, pelajar dapat
memupuk minat pelajar untuk mencintai alam sekitar.
Peranan kerajaan juga perlu untuk memastikan amalan kitar semula ini mendapat
sambutan dengan cara menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pusat
pengumpulan. Institusi pendidikan juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula
dan diletakkan di lokasi yang strategik begi memudahkan pelajar membuang bahan
yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.
Amalan gotong-royong juga mampu menjamin kebersihan persekitaran sekaligus
mengumpulkan bahan kitar semula dan tidak membakar atau membuangnya begitu
sahaja. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama agar kitar semula
ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai
sikap bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga bumi ini daripada ancaman
kemusnahan.

You might also like