You are on page 1of 27

KERJA KURSUS GEOGRAFI

KAJIAN TENTANG KITAR SEMULA DI KALANGAN


PENDUDUK TAMAN TUN SYED NASIR, TANGKAK, JOHOR.

AHLI KUMPULAN :ARIF HAFIZ BIN MOHD ZAIDI


MOHD ADIB ALFIAN BIN DI
MOHD NAIM BIN YUSRI
MOHD NAZRIN BIN MESEMAN

KELAS :3 DAHLIA

NAMA CIKGU :CIKGU ARIF BIN ZAHARIEN


SENARAI ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN M/S


1.0 PENGHARGAAN ii
2.0 PENDAHULUAN 1
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 2
4.0 KAWASAN KAJIAN 3
4.1 Peta Kawasan Kajian
5.0 KAEDAH KAJIAN 5
5.1 Pemerhatian
5.2 Temu Bual
5.3 Soal Selidik
5.4 Rujukan
6.0 HASIL KAJIAN 13
6.1 Konsep Dan Elemen Kitar Semula
6.2 Kepentingan Dan Amalan KItar Semula
6.3 Jadual Dan Analis Graf
7.0 RUMUSAN 20
8.0 RUJUKAN 21
9.0 LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin bersyukur kehadrat ilahi atas kesempatan dan
keizinan daripada-Nya.maka saya dapat menyempurnakan Kerja Kursus Geografi
ini.

Seterusnya, sekalung penghargaan diberikan kepada Guru Subjek Geografi


iaitu Cikgu Arif Bin Zaharien yang memberikan panduan dan tunjuk ajar untuk
tugasan ini. Pembabitan beberapa pihak iaitu ibu bapa, adik-beradik, dan rakan-
rakan dan tidak secara langsung juga telah banyak membantu saya.

Akhir sekali, saya berharap agar hasil tugasan Kerja Kursus Geografi ini
boleh memberi manfaat dan juga panduan untuk semua.

Sekian, terima kasih.

i
2.0 PENDAHULUAN

Kami telah menjalankan kajian tentang Kitar Semula di Taman Tun Syed
Nasir, Tangkak, Johor.
Pemilihan kawasan tersebut dibuat adalah berdasarkan kerana kawasan
tersebut berhampiran dengan kawasan kediaman kami dan mempunyai penduduk
yang padat. Hal yang demikian, ianya memudahkan kami untuk menjalankan
kajian ini.
Kami menjalankan kajian tentang amalan dan tahap kesedaran penduduk di
kawasan perumahan tersebut. Di samping itu, kami juga menyelidiki halangan dan
isu yang dihadapi dalam pelaksanaan kitar semula serta memberikan cadangan
untuk penambahbaikan sistem.

1
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kami menjalankan kerja khusus ini berdasarkan beberapa objektif seperti


berikut:

3.1 Mengenalpasti konsep dan elemen kitar semula.


3.2 Kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian penduduk.
3.3 Mengkaji dan mengenalpasti halangan dan isu yang dihadapi untuk
pelaksanaan amalan kitar semula.
3.4 Membentangkan cadangan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap
kesedaran di kalangan penduduk.

2
4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya iaitu Taman Tun Syed Nasir mempunyai populasi
penduduk seramai 2000 orang.Kawasan ini berkeluasan kira-kira 152,000 ekar dan
berapa 2km sahaja dari Bandar Muar, Johor.

Penduduk di sini terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan China.
Kawasan ini juga berdekatan dengan banyak fasiliti iaitu klinik kesihatan, pejabat
pos, stesen minyak dan farmasi.

Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi iaitu tanah pamah yang mana
sesuai untuk binaan pelbagai jenis bangunan seperti rumah, masjid, sekolah,
bangunan kedai serta kompleks membeli-belah.

3
PETA KAWASAN KAJIAN

5.0 KAEDAH KAJIAN

Kami telah menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:

5.1 Pemerhatian
Dengan kaedah ini, kami telah menjalankan kajian memerhatikan kawasan
Taman Tun Syed Nasir untuk mendapatkan beberapa maklumat berkenaan pola
petempatan dan masalah setempat.

5.2 Temu Bual


Kami telah menemu bual 5 orang penduduk untuk mendapatkan perspektif
mereka terhadap kitar semula yang dijalankan di kawasan setempat. Individu yang
ditemubual merupakan penduduk yang telah lama mendiami petempatan tersebut
dan mempunyai maklumat tentang keadaan sekitar.
4
5.3 Soal Selidik
Kami telah mengedarkan 10 borang soal selidik kepada beberapa respondan di
kawasan kajian.

5.4 Rujukan
Buku Teks Geografi Tingkatan 3 merupakan rujukan utama selain
mendapatkan bahan dari internet untuk maklumat tambahan.

DIALOG

Kami telah menjalankan temu bual dengan salah sorang penduduk setempat iaitu
Encik Ahmad yang telah menetap disitu selama 40 tahun. Beliau berusia 61 tahun
dan merupakan seorang pesara tentera darat.

Kami : Assalamualaikum Encik Ahmad, apa khabar?

Encik Ahmad: Waalaikumussalam. Saya sihat. Terima kasih

Kami : Kami merupakan pelajar tingkatan 3 Sekolah


Menengah Kebangsaan Parit Bunga sedang menjalankan
Kerja Khusus Geografi tentang kitar semula. Oleh yang
demikian, kami telah memilih encik bagi tujuan menjalankan

5
temu bual.Bolehkah encik memberitahu kami tentang
amalan kitar semula yang di praktikan di kawasan ini?

Encik Ahmad: Ya, boleh. Terdapat ramai penduduk di kawasan taman ini yang
mengamalkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle.
Penduduk disini mengitar semula barangan seperti
penggunaan tayar lama digunakan untuk dibuat pasu bunga,
kerusi dan sebagainya. Mereka juga menggunakan beg mesra
alam bagi menggantikan beg plastik. Kami berpendapat
bahawa alam sekitar perlu dipelihara dengan
sebaiknya untuk generasi akan datang.

Kami : Selain itu, adakah terdapat penggunaan bahan-bahan lain yang


membantu amalan tersebut?
Encik Ahmad: Apa yang saya boleh jelaskan disini, setiap penduduk mengitar
semula bahan buangan dengan mengasingkan bahan
mengikut warna tong kitar semula. Hal ini bagi mengelakkan
bahan buangan bercampur.

Kami : Bagaimanakah tahap kesedaran penduduk sekitar berkenaan


amalan kitar semula ini?

Encik Ahmad: Sepanjang saya menetap disini, kesedaran penduduk sekitar


bermula sejak tahun 2011. Pada tahun tersebut, kerajaan
dengan agressifnya melancarkan kempen kitar semula
menjaga alam sekitar dari pencemaran. Seterusnya, ianya
berterusan dari generasi ke generasi dan terus mendapat
6
sambutan daripada penduduk setempat. Kami menjalankan
kempen gotong-royong dan menerapkan ilmu kitar semula ini
kepada generasi-generasi muda supaya terus dipraktikan dari
masa ke semasa.

Kami : Sungguh bagus usaha yang dijalankan demi kesejahteraan dan


keselesaan bersama. Apakah harapan encik dalam
membudayakan masyarakat mengenai amalan
pemeliharaan alam sekitar?

Encik Ahmad: Harapan saya agar pihak kerajaan sentiasa mengadakan kempen
kelestarian alam sekitar untuk menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan memelihara alam sekitar dan
mempertingkatkan amalan kitar semula ke tahap yang lebih
maju dan masyarakat juga menyokongnya.
Kami : Terima kasih atas temu bual ini. Kami mendoakan
kesejahteraan kepada seluruh penduduk kawasan ini.

7
BORANG SOAL SELIDIK

8
9
10
11
12
6.0 HASIL KAJIAN

Kitar semula ialah proses memproses semula bahan buangan untuk


menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan,
mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan
tenaga, mengurangkan pencemaran udara, dan pencemaran air dan mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan
mentah

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam,
plastik, tekstil, dan komponen elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan
kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah
makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan


bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai
digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai
digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali
terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang
sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau
bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi
menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah
salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik
(contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau
akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai
bahan).

13
Bahan-bahan yang boleh dikitar semula
Kertas
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna,
seperti surat khabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad,
sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Kertas berkualiti tinggi biasanya
adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan
kertas nota putih. Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil
dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti
suratkhabar, fail, sampul surat dan buku. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas
yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang
agak rendah. Kertas licin, pita dan sampul surat yang mempunyai plastik biasanya
tidak dibeli oleh pembeli. Harga yang mahal biasanya mempunyai bahan campuran
yang kurang membawa kepada pencemaran.

Kaca
Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol
vitamin dan bekas kosmetik. Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca
yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat)
sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur
aduk. Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan
pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran
contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.

Plastik
Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol
minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada
plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Kitar Semula plastik adalah industri
14
yang masih baru dan dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi.
Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah
dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu.
Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol
soda dan juga bekas pengisi susu.

Logam
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin
minuman boleh dikitar semula. Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan
bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula. Sesetengah bahan logam
seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan
bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam tersebut.

15
6.1 KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan
negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane)
yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula
dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.

Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada


pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan
mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.

Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan


mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak
langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan
alam semula jadi.

16
6.2 KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia
yang hidup di dalamnya.

Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan


kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak
pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.

Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan


mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar
semula.

Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar
semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga
berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat
dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Antara amalan kitar semula yang dijalankan di Taman Tun Syed Nasir ialah:
1. Menggunakan beg mesra alam menggantikan beg plastik.
2. Menggunakan tayar sebagai tempat duduk dan pasu.
3. Botol plastik dijadikan sebagai penyiram air untuk tanaman.
4. Mengasingkan bahan buangan mengikut kategori seperti plastik, kaca dan
kertas.

Beberapa masalah dikenalpasti sewaktu menjalankan kerja kursus ini:


1. Tiada pusat pengumpulan barangan kitar semula.
17
2. Terdapat segelintir penduduk yang mengambil pendekatan membakar sampah
dan membuang barangan merata-rata.

6.3.1 JADUAL DAN ANALISIS GRAF

Langkah-langkah bagi mengatasi


masalah amalan kitar semula di Bilangan Responden
Taman Tun Syed Nasir
Menguatkuasakan penggunaan tong 8
sampah 3R (Reuse, Reduce, Recycle)
Mengadakan kempen kesedaran untuk 12
masyarakat setempat
Menyediakan pusat kitar semula 5
berhampiran kawasan taman dan
memantau harga jualan barangan kitar
semula
Jumlah 25

Jadual 6.3.2 Langkah-langkah mengatasi masalah kitar semula di Taman Tun Syed
Nasir

Analisis graf pai

18
Rajah 6.3.2 menunjukkan langkah-langkah mengatasi masalah amalan kitar
semula di Taman Tun Syed Nasir. Antara langkah yang mencatatkan bilangan
responden paling tinggi ialah mengadakan kempen kesedaran untuk masyarakat
setempat iaitu seramai 12 orang. Selain itu, terdapat 8 responden berpendapat
bahawa penggunaan tong sampah 3R perlu dikuatkuasakan oleh pihak berwajib.
Manakala terdapat 5 orang responden memberi pandangan bahawa kerajaan perlu
memperbanyakkan pusat kitar semula dan memantau harga jualan barangan kitar
semula.
Terdapat ramai responden memilih langkah agar kerajaan mengadakan
kempen kesedaran dan pendidikan untuk masyarakat tentang kepentingan
penjagaan alam sekitar dengan cara kitar semula. Langkah penguatkuasaan tong
kitar semula kurang mendapat sambutan kerana memerlukan kos yang tinggi dan
agak mahal dalam penyediaan tong sampah. Bilangan responden yang paling
minimum ialah mereka yang memilih cadangan agar disediakan pusat kitar semula
berhampiran kawasan taman. Di samping itu, mereka menyatakan pendapat agar
pihak kerajaan dapat memantau harga bagi produk jualan kitar semula yang
semakin menurun harganya. Hal ini dapat membantu peningkatan jualan produk
kitar semula dan menarik perhatian masyarakat untuk meneruskan budaya kitar
semula.

19
7.0 RUMUSAN

Persekitaran alam yang ceria merupakan hasil dari aplikasi amalan kitar
semula. Perkara ini dapat dilaksanakan melalui kaedah guna semula barangan
terpakai. Barangan terpakai tersebut dapat dimanfaatkan untuk menceriakan
persekitaran berbanding hanya berada di pusat pelupusan sampah. Sebagai
contohnya, botol-botol plastik terpakai dapat digubah dan dijadikan sebagai sebuah
pasu mini selain dapat menghiasi pagar rumah dengan terdapat pokok bunga
bervariasi warna di dalamnya. Kesannya, jiran tetangga akan mengikuti kaedah
yang ditunjukkan kerana penggunaan botol plastik untuk menghasilkan pasu mini
lebih menjimatkan kos daripada membeli pasu sebenar di kedai yang jauh lebih
tinggi harganya. Tambahan pula, melalui Sambutan Hari Bumi yang disambut
pada setiap tahun, masyarakat dapat mengubah fungsi pelbagai barang terpakai dan
mendapat impak yang baik daripadanya. Tegasnya, antara kepentingan amalan
kitar semula adalah dapat menceriakan alam sekitar melalui penghasilan produk
baru.
Di samping itu, amalan ini juga dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar dan dapat memperkasakan pemuliharaan alam juga. Selain itu, masyarakat
juga dapat dipupuk dengan amalan elak pembaziran dan belajar memaksimumkan
keperluan menggunakan bahan dari kitar semula.

20
8.0 RUJUKAN

1. http://www.mdmarang.gov.my/ms/rakyat/kempen-kitar-semula

2. http://hchs.edu.my/gogreen/Kitar%20Semula-1.html

3. https://sar2509-karangan cemerlang.blogspot.com/2018/03/kepentingan-
kebaikan-faedah-amalan.html

21
9.0 LAMPIRAN

You might also like