You are on page 1of 12

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

AGAMA ARAU (TMUA)


02600,ARAU,PERLIS

KAJIAN TENTANG AMALAN TEKNOLOGI


HIJAU DI KAWASAN SAYA

NAMA SEKOLAH :SMK AGAMA ARAU (TMUA)

NAMA PELAJAR :AHMAD MUAZ HUSAINY BIN ISHAK

KELAS/TINGKATAN :2 UMAR

NAMA GURU :HABIBULLAH BIN HASSAN

TAJUK :AMALAN TEKNOLOGI HIJAU

TARIKH PENGHANTARAN :3/1/2022


PENGHARGAAN

Bismillahhirahmanirrahim…

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK AGAMA
ARAU(TMUA), Tuan Haji Arpan bin Shaari kerana memberi kebenaran kepada saya dan
rakan-rakan yang lain untuk menjalankan kajian tentang amalan teknologi hijau ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru geografi saya,iaitu
Habibullah bin Hassan yang telah memberi bimbingan ,tunjuk ajar dan nasihat sepanjang
kajian ini dijalankan.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan khas kepada kedua-dua ibu bapa saya
iaitu,Ishak bin Ibrahim dan Siti Aminah binti Osman yang sentiasa memberi sokongan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja lapangan ini. Siapalah saya tanpa sokongan
dan dorongan yang diberikan oleh mereka yang mendididk saya dari kecil sehingga hari ini .

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan saya,iaitu Wan
Muhammad Afif bin Wan Muhammad Nooriman dan Ahmad Munawwar bin Muhd Fazdli
yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN


1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 3

3. Objektif Kajian 4

4. Kawasan Kajian 5

5. Kaedah Kajian 6

6. Hasil Kajian 7,8,9

7. Rumusan 10

8. Rujukan 11,12

9. Rujukan 12
PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang teknologi hijau pada bab 10 secara atas talian di
rumah saya.

Saya telah diberikan tajuk ini oleh guru matapelajaran Geografi saya,Encik Habibullah bin
Hassan.Pada tajuk ini,terdapat konsep teknologi hijau,ciri-ciri produk teknologi
hijau.Contohnya,kepentingan dan juga amalan berkonsepkan teknologi hijau yang kita
boleh pelajari seperti yang saya simpulkan dalam kerja lapangan ini.

Dalam kerja lapangan ini juga,saya akan kongsikan suatu projek yang telah saya
jalankan sepanjang cuti di rumah selama tiga minggu,iaitu projek edible spoon.Bahan-
bahannya mudah diperoleh dan mudah untuk dihasilkan.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di rumah sahaja secara atas talian.


Tujuan saya membuat kerja lapangan ini adalah untuk:

a) Menyatakan konsep teknologi hijau


b) Menerangkan ciri-ciri produk teknologi hijau
c) Menunjukkan contoh produk teknologi hijau
d) Membahaskan kepentingan teknologi hijau
e) Mencadangkan amalan berkonsepkan teknologi hijau
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di rumah secara atas talian dan juga di kawasan perumahan
saya.

Rajah 1:Peta Kawasan Kajian di Taman Sri Wang,Arau,Perlis


Sumber:Maps
KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:


Antaranya ialah:

1.Pemerhatian:

Saya memerhati kawasan di sekeliling rumah saya tentang contoh-contoh produk teknologi
hijau.

2.Temu bual:

Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui amalan teknologi hijau dalam alam
sekitar.Selain itu,kaedah ini digunakan untuk contoh-contoh produk berteknologi hijau.

2.Rujukan:

Saya telah melayari laman web dan buku teks geografi untuk mengetahui konsep ciri-ciri
dan kepentinga bagi teknologi hijau
HASIL KAJIAN

a) Menyatakn konsep teknologi hijau:

Konsep teknologi hijau ialah pembangunan produk,peralatan dan sistem untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi.

b) Menerangkan ciri-ciri produk teknologi hijau:

Ciri-ciri produk teknologi hijau ialah inovatif,selamat,bersesuaian,menjimatkan,mudah


digunakan,reka bentuk yang sesuai,boleh dikitar semula,meminimumkan kemorosotan alam
sekitar,pembebesan gas rumah hijau yang rendah dan menggalakkan sumber bahan yang
boleh diperbaharui.

c) Menunjukkan contoh produk teknologi hijau:

Tahukah anda bahawa produk-produk teknologi hijau dapat dibahagikan kepada empat
teras utama?Contoh-contoh produk teknologi hijau boleh dilihat daripada aspek
tenaga,ekonomi,alam sekitar dan sosial.
Sebagai contoh,produk dari aspek tenaga ialah kenderaan elektrik.Dengan wujudnya
produk ini,kita dapat menjimatkan penggunaan tenaga bahan api fosil.Produk ini hanya perlu
menggunakankuasa tenaga elektrik untuk dicas sewaktu baterinya hamper kehabisan.
Contoh yang kedua,dari aspek ekonomi,dengan cara berjimat dan mengehadkan
penggunaan kuasa elektrik di rumah ataupun di mana sahaja sperti menutup lampu pada
waktu pagi,sebaliknya hanya menggunakan cahaya matahari yang asli.Dengan cara ini,kita
dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi yang
cermat.
Seterusnya dari aspek alam sekitar,beg plastic biodegradasi adalah salah satu contoh
bagi penggunaan berteknologikan hijau.Jika kita mengamalkan penggunaan beg plastic
ini,alam sekitar tidak akan tercemar.Beg plastic ini juga tidak memerlukan masa yang lama
untuk lupus.

d) Membahaskan kepentingan teknologi hijau:

Pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang lebih meluas mampu memacu sektor
pembinaan negara ke tahap yang lebih maju dan mesra alam.Oleh itu,terdapat beberapa
kepentingan teknologi hijau yang boleh kita ketahui.
Antaranya,masyarakat dapat menghasilkan kualiti hidup yang lebih bagus dalam
kehidupan sosial.Selain itu,masyarakat juga dapat menjana tenaga sama ada daripada
tenaga yang boleh diperbaharui mahupun tdak boleh diperbaharui.Seterusnya,ita dapat
memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.Dan yang terakhir,kita juga
dapat mengurangkan penggunaan sumber semula jadi.
e) Mencadangkan amalan berkonsepkan teknologi hijau:

Amalan berkonsepkan teknologi hijau boleh mengatasi masalah kemusnahan alam


sekitar,meningkatkan tahap kehidupan dan memelihara ekosistem.
Antara amalan tersebut ialah amalan 5R.Kita boleh mengamalkan amalan 5R ini dengan
menggunakan tog kitar semula yang betul.Kita juga harus menggalakkan pengedaran
dokumen secara elektronik untuk menjimatkan tenaga dan juga masa.
Selain itu,kita hendaklah mengamalkan amalan penjimatan air dengan cara mengambil
pengangkutan.Kita boleh mengamalkan amalan berkonsepkan teknologi hijau dari aspek ini
dengan mengamalkan penggunaan pengangkutan awam atau perkongsian kenderaan bagi
mengelakkan gas karbon dioksida dilepaskandengan lebih banyak di udara.
Akhir sekali,kita hendaklah mengurangkan sisa-sisa buang dengan cara meminimumkan
penggunaan peralatan pakai buang untuk mengurangkan sisa pepejal yang boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar.Pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan
pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat.

Cadangan

Cadangan untuk mengatasi kesan pembuangan sisa domestic di Taman Sri


Wang,Arau,Perlis.

i.Program Pendidikan Kitar Semula adalah sangat penting untuk memberi kesedaran
kepada penduduk yang tidak bertanggungjawab bagaimana menguruskan sendiri bahan
buangan atau sisa pepejal.Program dan ceramah tentang kepentingan ini dapat membanu
penduduk di Taman Sri Wang menyedari bahawa perlunya penjagaan alam sekitar dengan
mengitar semula sisa pepejal yang tidak digunakan.Hal ini dapat meningkatkan penjagaan
alam sekitar dan mengurangkan pencemaran yang dikaitkan dengan sisa domestic

ii.Saya mencadangkan pengurus Taman Sri Wang untuk mengadakan kempen di media
sosial kerana ia turut memainkan peranan utama menjaga kesihatan kepada komuniti
setempat.Iklan tentang teknologi hijau juga boleh menampal di sekitar pokok atau papan
tanda demi menjaga alam sekitar yang tercinta.
Rumusan

Kesimpulannya, penggunaan teknologi hijau adalah penting kepada kita semua.Hal ini
kerana ia mempunyai banyak kelebihan jika diamalkan dalam kehidupan seharian.Cara
hidup yang sebegini lebih sihat dan bagus bagi kita kerana ianya mesra alam.

Dalam kajian saya,terdapat banyak juga produk-produk yang tidak mempunyai ciri-ciri
produk yang berteknologikan hijau dan perkara ini adalah sangat membimbangkan.Alam
persekitaran akan berisiko untuk tercemar dan menjadi kotor disebabkan perkara ini.Oleh
itu,Tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan produk sebegini lagi meluas sehingga
menyebabkan kerosakan alam sekitar.

Saya juga mendapati yang majoriti masyarakat masih lagi mengamalkan amalan
teknologi hijau ini dan ini adalah suatu perkara yang sangat bagus untuk diketahui dan
diamalkan.Sebenarnya,amalan-amalan ini sangatlah mudah untuk dijalankan kerana ianya
juga boleh dipraktikkan dalam aktiviti seharian kita.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat
memberi manfaat dan menambah pengetahuan kepada masyarakat umum.Dapatan kajian
ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap
keadaan alam sekitar kita.
Lampiran

(Gambar hasil projek “Edible Spoon”)

Bahan-bahan:

1. 3.5 cawan tepung


2. 1 cawan biasa
3. 1 sudu teh garam

Peralatan-peralatan:

1.Penggelek
2.Pisau kecil
3.Gunting
4.Kertas aluminium

Cara-cara membuat:

1.Masukkan 1 cawan air biasa ke dalam bekas berisi tepung


2.Kacau ia sehingga sebati
3.Masukkan 1 sudu teh garam
4.Kacau ia sehingga sebati
5.Uli adunan tepung menggunakan tangan
6.Gelek adunan tepung menjadi leper
7.Letakkan acuan (sudu) ke atas doh tersebut
8.Potong acuan menggunakan pisau kecil
9.Potong sdikit kertas aluminium foil dan gumpalkan ia
10.Sumbatkan ke dalamdoh acuan di bahagian kepala sudu (lengkung berbentuk sudu)
11.Lingkupkan sudu ke bawah dan bakarkan ia (bakar selama15 minit atau 30 minit)
12.Boleh mula menghias (jika mahu)
13.”Edible Spoon” sudah siap dihasilkan!!

Rujukan

Buku

Zulkipli bin Ismail(2017) Geografi Tingkatan 2,Balakong,Selangor

Internet

https://images.app.goo.gl/JfiWtypKjts5uKZ3A

You might also like