You are on page 1of 18

SEKOLAH MENENGAH JENIS

KEBANGSAAN CHUNG LING


PULAU PINANG

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021


PENGURUSAN SISA
DOMESTIK DI
SEKOLAH MENENGAH JENIS
KEBANGSAAN, PULAU PINANG

NAMA MURID: TAN LAU GUAN HONG


TINGKATAN: 1T11
NAMA GURU: CIKGU SYUHAIDA BINTI ABU HASSAN

1
SENARAI KANDUNGAN
Bil. TAJUK Muka Surat
1. Senarai kandungan 2
2. Penghargaan 3
3. Pendahuluan 4
4. Objektif kajian 5
5. Kawasan kajian 6
6. Kaedah kajian 7
7. Hasil kajian 8-10
8. Rumusan 11
9. Lampiran 12-15
10. Rujukan 16

Penghargaan
2
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai
bantuan serta kebenaran untuk menjalankan Kajian Lapangan Geografi.

Terima kasih khusus kepada cikgu Syuhaida Binti Abu Hassan, guru Geografi
kelas kami kerana telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang
kajian dijalankan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada responden-responden yang memberi


kerjasama yang baik. Tidak ketinggalan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan yang
telah memberi kerjasama serta sumbangan semasa kajian dijalankan.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada ibu bapa tersayang yang telah memberi banyal perhatian dan semangat bagi
menyempurnakan kajian ini.

Pendahuluan

3
Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar-pelajar tingkatan
1 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan di bawah Bahagian C: Kajian
Geografi tempatan. Pelajar-pelajar diberi pilihan untuk membuat suatu tema kajian.

Saya telah memilih tajuk PENGURUSAN SISA DOMESTIK DI SEKOLAH


MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG LING, PULAU PINANG. Tajuk ini dipilih
kerana masalah pembuangan sisa domestik merupakan salah satu isu utama dan
membawa banyak kesan kepada warga di sekolah. Masa yang diberikan untuk
menjalankan kajian ini ialah 4 minggu. Saya dan rakan-rakan mengumpul data dan
maklumat yang diperlukan dalam kerja lapangan ini pada waktu lapang selepas waktu
persekolah. Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah
dijalankan itu.

Saya berharap kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya
kepada saya dan kepada seluruh warga sekolah di sini.

Objektif Kajian

4
Saya menjalankan kajian ini untuk memenuhi objektif yang berikut:

 Mentakrifkan dan menghuraikan konsep sisa domestik.

 Menyatakan dan menyenaraikan jenis-jenis sisa domestik di kawasan kajian.

 Mengkaji punca-punca pembuangan sisa domestik yang tidak terancang di kawasan


kajian.

 Mengkaji kesan-kesan pembuangan sisa domestik yang tidak terancang di kawasan


kajian.

 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa


domestik yang tidak terancang di kawasan kajian.

Kawasan Kajian
5
Saya telah memilih Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling sebagai
kawasan kajian saya. Rasionalnya ialah kawasan ini terletak berhampiran dengan
tempat tinggal saya, iaitu kira-kira 6.5 kilometer dari rumah saya. Hal ini akan
memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling terletak di daerah timur laut.
Jarak antara sekolah dengan Georgetown kira-kira 12.4 km. Umumnya kawasan ini
terdiri daripada bentuk muka bumi tanah pamah yang rata. Kegiatan utama penduduk di
sekitar sekolah terlibat dalam kegiatan perkhidmatan.

Kaedah Kajian

6
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan dan memperoleh
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang telah digunakan ialah:

i) Lawatan dan pemerintahan


Saya membuat pemerintahan tentang jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di
kawasan kajian.

ii) Soal selidik


Saya telah menjalankan soal selidik dengan memilih beberapa orang responden
secara rawak di kawasan kajian. Semua responden dikehendaki jawapan soalan-
soalan yang dikemukakan dalam boring soal selidik yang disediakan melalui google
form.

iii) Rujukan
Kaedah pembacaan dilakukan untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang
diperlukan dalam kerja lapangan ini.

Hasil Kajian

7
Konsep Sisa Domestik
Mengikut perangkaan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara,
Kementerian Kesejahteraan Bander, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sisa
domestik boleh didenfinisikan sebagai bahan-bahan buangan yang dibuang dari
kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai.
Contoh sisa pepejal di kawasan kajian ialah sisa makanan, plastik bag dan kertas tisu.
Manakala sisa cecair pula terdiri daripada sisa makanan yang berkua, sisa minuman
dan sisa minyak makanan.
Faktor-faktor atau punca-punca Pembuangan Sisa Domestik di kawasan kajian ialah
sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.
Melalui soal selidik yang telah dilakukan, mereka berpendapat manusia tidak
dididik tentang kesan tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.
Sebagai contoh, orang yang tidak bertanggungjawab membuang plastik bag ke dalam
sungai.
Faktor-faktor atau punca-punca Pembuangan Sisa Domestik di kawasan kajian ialah
kekurang tong sampah.
Berdasarkan pemerhatian saya, pihak sekolah tidak menyediakan tong sampai
yang cukup untuk membuang sampah. Ini akan menyebabkan mereka membuang
sampah merata-rata. Contohnya, menurut Kementerian Alam Sekitar, sesuatu kawasan
mesti ada sekurang-kurang 15 tong sampah tetapi ada beberapa tempat tidak mengikut
undang-undang.
Faktor-faktor atau punca-punca Pembuangan Sisa Domestik di kawasan kajian ialah
jumlah penduduk yang ramai.
Dalam pada itu, jika jumlah penduduk meningkat, risiko pembuangan sisa
domestik akan semakin meningkat. Sebagai contoh, pada tahun 2020 risiko
pembuangan sisa domestik meningkat 3% kerana jumlah penduduk meningkat.

Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di Kawasan Kajian

8
Kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian

Kesan pembuangan sisa domestik Bilangan


Bau busuk 0
Wabak penyakit 2
Longkang tersumbat 1
Menjejaskan keindahan alam sekitar 2
Lain-lain 0

Wabak penyakit
Berdasarkan hasil soal selidik, 2 orang responden bersetuju bahawa wabak
penyakit karang boleh mengakibatkan pengurangan keseluruhan perlindungan karang
hidup dan kepadatan koloni yang berkurang. Contohnya, Virus Nipah, pada tahun
1999 menyaksikan satu tragedi hitam berlaku di Negeri Sembilan apabila dilaporkan
satu penularan virus baharu diberi nama, virus Nipah bersempena lokasi virus itu
berpunca.
Longkang tersumbat
Selain itu, 1 orang responden berpendapat longkang yang tidak dibersihkan
dengan rapat akan menyebabkan sampah-sampah yang di dalam longkang tidak dapat
beredar lalu tersumbat, ini akan menyebabkan banjir kilat. Contohnya banjir besar
biasanya berlaku pada musim tengkujuh timur laut seperti Johor, Pahang, Terengganu,
Pahang, Sabah dan Sarawak.

Menjejaskan keindahan alam sekitar


Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya juga berpendapat membuang
sampah merata-rata akan menyebabkan keindahan alam sekitar terjejas, ini akan
mengakibatkan kekurangan pelancong melancong ke sana. Contoh menjejaskan
keindahan alam sekitar sikap manusia yang tidak bertanggungjawab membuang
sampah merata-rata dan kilang-kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai
tanpa menapis.

9
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik
Di Kawasan Kajian
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik di kawasan Kajian

Langkah-langkah mengurangkan Bilangan


kesan pembuangan sisa
domestik di kawasan kajian

Amalan kitar semula 3


Kempen kesedaran 0
Menambah tong kitar semula 0
Penguatkuasaan undang-undang 2
Lain-lain 0

Amalan kitar semula


Sebahagian besar responden berpendapat amalan kitar semula ialah salah satu
langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian. Kita boleh
mengamalkan amalan 3R, iaitu Reduce (kurangkan), Recycle (kitar semula) dan Reuse
(guna semula). Sebagai contoh, kita boleh mengurangkan penggunaan barang yang
kurang perlu seperti beg plastic.
Penguatkuasaan undang-undang
Melalui soal selidik yang dijalankan, 2 orang responden berpendapat
penguatkausaan undang-undang boleh mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik di kawasan kajian. Pihak kuasa boleh memenghukum atau mendenda orang
yang tidak menjaga alam sekitar dan membuang sampah merata-rata. Sebagai contoh,
pihak kuasa boleh meningkatkan jumlah hukuman untuk mengatasi masalah
pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.
Kempen kesedaran
Pada pendapat saya, kempen kesedaran ialah salah satu langkah yang boleh
mengatasi pembuangan sisa domestik di kawasan kajian. Pihak berkuasa harus
mengadakan kempen kesedaran untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
alam sekitar. Contohnya, kempen Cintai Sungai Kita boleh dijalankan oleh pihak
sekolah dan kesedaran juga dapat dipupuk melalui mata peklajaran Sains dan
Geografi.

10
Kesimpulan
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah dilakukan saya dapat mengenal
pasti punca-punca pembuangan sisa domestik di kawasan sekolah. Di samping itu,
saya juga dapat mengenal pasti kesan- kesan pembuangan sisa domestik yang tidak
terancang serta langkah-langkah pengurusannya. Akhir kata, semua pihak perlu
berganding bahu untuk menangani masalah pembuangan sisa domestik ini. Kebersihan
alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan tidak sepatutnya digalas oleh pihak
bertanggungjawab semata-mata. Jika masalah berkenaan tidak dibendung, warga
sekolah bukan sahaja terdedah kepada bahaya penyakit, malahan bumi akan
kehilangan keindahan dan kecantikan semula jadinya.

11
Lampiran
Surat Makluman kepada Ibu Bapa/Penjaga

SMJK Chung Ling

23, Kampung Baharu, 11400

Ayer Itam, Pulau Pinang

Rujukan Kami:

6/10/2021

Kepada,

Ibu/Bapa/Penjaga.

Tuan,

KERJA LAPANGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Semua murid Tingkatan 1 sekolah ini akan terlibat dalam kerja lapangan mata
pelajaran Geografi bagu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

3. Hasil kerja lapangan ini merupakan sebahagian daripada pentaksiran sekolah. Bagi
tujuan ini, semua murid akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

4. Dimaklumkan juga bahawa kerja lapangagn akan dijalankan pada 6/10/2021

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………

(Na Lean Hong)

12
Pengetua SMJK Chung Ling

6/10/2021

………………………………………………………………………………………………………

(Keratan Jawapan)

Saya Tan Kah Yang No. Kad Pengenalan ……………….. Ibu/bapa/penjaga kepada
murid bernama Tan Lau Guan Hong Tingkatan 1 membenarkan/tidak membenarkan
anak di bawah jagaan saya menjalankan kerja lapangan pada tarikh tersebut.

Tandatangan: Nombor Telefon: 160-459-7573

13
Surat Akuan Diri Murid

SMJK Chung Ling

23, Kampung Baharu, 11400

Ayer Itam, Pulau Pinang

Rujukan Kami:

6/10/2021

Kepada sesiapa yang berkenaan.

Tuan,

KERJA LAPANGAN MAYA PELAJARAN GEOGRAFI

Pembawa surat ini Tan Lau Guan Hong No. Pengenalan 080411-07-0955 ialah seorang
murid Tingakatan 1T11 di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling. Murid ini
sedang melaksanakan kerja lapangan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Geografi
Tingkatan 1.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan/puan memberi
kerjasama kepada murid ini untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

3. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………

(Na Lean Hong)

Pengetua SMJK Chung Ling

14
Perakuan Murid tentang Keaslian Kajian

Saya memperakui bahawa kajian bertajuk Kerja Lapangan Geografi 2021 ini ialah hasil
kerja saya sendiri melainkan oetikan, grafik, gambar dan rajah yang dinyatakan sumber
rujukannya.

Saya dengan ini mengaku bahawa kajian ini adalah asil. Saya ialah satu-satunya
penulis kajian ini.

Yang benar,

……………………………….

(Tan Lau Guan Hong)

Disahkan oleh,

………………………………

(Cikgu Syuhaida Binti Abu Hassan)

6/10/2021

15
Senarai Rujukan
Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik

Buku Rujukan
Hisam Azam, 2017, Geografi Tingkatan 1. Kuala Lumpur: ERA VISI SDN. BHD.

Temu Bual
1. TAN ZI YANG, 13, Farlim, Pulau Pinang.
2. TAN YIT MENG, 13, Jelotong, Pulau Pinang.
3. TANG KAH HEI, 13, Jelotong, Pulau Pinang.
4. THEAN JUN YANG, 13, Farlim, Pulau Pinang.
5. CHOH KHAI LOON, 13, Jelotong, Pulau Pinang.

16
Borang Soal Selidik

17
18

You might also like