You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN

CHUNG LING
PULAU PINANG

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021

PENGURUSAN SISA DOMESTIK DI


SMJK CHUNG LING PULAU PINANG

NAMA : LEE JIA ZING


KELAS : 1T7
NOMBOR SEKOLAH : D6032

NAMA GURU : ZULKIFLI BIN CHE SHAARI


1
SENARAI KANDUNGAN
Bil TAJUK Muka Surat

1 Senarai Kandungan 2

2 Penghargaan 3

3 Pendahuluan 4

4 Objektif Kajian 5

5 Kawasan Kajian 6

6 Kaedah Kajian 7

7 Hasil Kajian 8

8 Rumusan 12

9 Lampiran 13

10 Rujukan 14

2
Penghargaan
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang
memberi pelbagai bantuan serta kebenaran untuk menjalankan
Kajian Lapangan Geografi.

Terima kasih khusus kepada Cikgu Zulkifli Bin Che Shaari , guru
Geografi kelas kami kerana telah banyak member panduan, nasihat
serta bimbangan sepanjang kajian dijalankan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada responden-


responden yang memberi Kerjasama yang baik .Tidak ketinggalan
terima kasih kepada ahli-ahlikumpulan yang telah memberi
Kerjasama serta sumbangan semasa kajian dijalankan.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada ibu bapa tersayang yang telah memberi
banyak perhatian dan semangat bagi menyempurnakan kajian ini.

3
Pendahuluan
Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Geografi, pelajar-
pelajar tingkatan 1 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan
di bawah Bahagian C: Kajian Geografi tempatan. Pelajar-pelajar
diberi pilihan untuk membuat suatu tema kajian.
Saya telah memilih tajuk PENGURUSAN SISA DOMESTIK DI
SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG LING, PULAU
PINANG. Tajjuk ini dipilih keran masalah pembuangan sisa domestic
merupakan salah satu isu utama dan membawa banyak kesan
kepada wargga di sekolah. Masa tang diberikan dalam kerja lapangan
ini pada waktu lapang selepas waktu persekolah. Setiap pelajar perlu
menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan itu.
Saya berharap kajian dan laporan ini akan mendatangkan
manfaat khususnya kepada saya dan kepada seluruh warga sekolah
di sini.

4
Objektif Kajian
Saya menjalankan kajian ini untuk memenuhi objektif-objektif yang
berikut:

 Mentakrifkan dan menghuraikan konsep sisa domestik.


 Menyatakan dan menyenaraikan jenis-jenis-sisa domestik di
kawasan kajian.
 Mengkaji punca-punca pembuangan sisa domestik yang tidak
terancang di kawasan kajian.
 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik yang tidak terancang di kawasan
kajian.

5
Kawasan Kajian
Saya telah memilih Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Chung Ling sebagai kawasan kajian saya. Rasionalnya ialah
kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal
saya, iaitu kira-kira 11 kilometer dari rumah saya. Hal ini akan
memudahkan saya untuk mejalankan kajian ini.
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling
Terletak di daerah Ayer Itam Jarak antara sekolah dengan
Georgetown kira-kira 4 km. Umumnya kawasan ini terdiri
daripada bentuk muka bumi tanah pamah yang rata.
Kegiatan utama penduduk di sekitar sekolah terlibat dalam
kegiatan perkhimatan.

6
Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan
dalam kajian ini. Kaedah yang telah digunakan ialah:

I. Lawatan dan pemerhatian.


Saya membuatpemerhatian tentang jenis-jenis sisa domestik
yang terdapat di kawasan kajian.

II. Soal selidik


Saya telah menjalankan soal selidik degan memilih beberapa
orang responden secara rawak di kawasan kajian. Semua
responden dikehendaki menjawab soalan -soalan yang
dikemukakan dalam borang soal selidik yang disedikan
melalui google form.

III. Rujukan.
Kaedah pembacaan dilakukan untuk meddapatkan pelbagai
maklumat yang diperlukan dalam kerja lapangan ini.

7
Hasil Kajian
Konsep Sisa Domestik
Mengikut buku teks geografi tingkatan 1 .Sisa domestik
boleh didefinisikan sebagai sisa yang terhasil dari kawasan
perumahan.
Sisa Domstik ini terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair
yang boleh dikategorikan sebagai bahan organik dan bahan
bukan organik.

Contoh sisa pepejal di kawasan kajian iaitu di SMJK Chung


Ling ialah sisa makanan, plastik, kertas, tin minuman, logam
dan kaca yang merupakan sisa pepejal yang kebiasaannya
terdapat di sekolah.

Manakala sisa cecair pula terdiri daripada minyak masak,


kumbahan, sisa minuman dan racun serangga merupakan
sisa cecair yang terdapat di kawasan SMJK Chung Ling.

8
Faktor-faktor atau punca-punca Pembuangan Sisa Domestik
di kawasan kajian
Jumlah pelajar yang ramai
Melalui soal selidik yang telah dilakukan, merela
berpendapat bahawa jumlah pelajar yang ramai juga akan
mempengaruhi pembuangan sisa domesik di sekitar kawasan
sekolah . Hal ini demilian kerana, semakin ramai pelajar,
semakin banyak sisa domesik yang akan dihasilkan oleh
pelajar. Sebagai contoh, SMJK Chung Ling mempunyai
seramai 2500 pelajar dan halini menyabakan pertambahan
pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.

Pembuangan sisa ke merata-rata tempat


Pembuangan sisa jualan makanan di premis perniagaan
oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab. Keadaan
bertambah buruk apabila penduduk turut membuang bekas-
bekas plastik merata rata di sepanjang jalan.

Kelas-kelas di sekolah
Amalan atau tabiat pembuangan sisa domestik oleh
murid-murid. Ada di kalangan warga-warga sekolah yang
mengambil jalan mudah dengan membiarkan sisa domestik
dibiarkan di atas jalan tanpa penggunaan tong sampah.

9
Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domesik di Kawasan Kajian

Longkang tersumbat
Berdasarkan hasil soal selidik, 10 orang responden
bersetuju bahawa kesan pembuangan sisa domesik di
kawasan sekolah akan menyebabkan longkang tersumbat.
Hal ini demikian kerana apabila sisa domestik dibuang ke
dalam longkang. Ini akan menyukarkan pengaliran air di
dalam longkang. Sebagai contoh, longkang di SMJK Chung
Ling sentiasa tersumbat terutama pada waktu hukan dan
menyebabkan akan melimpah keluar.

Wabak Penyakit
Berdasarkan hasik soal selidik, sisa pembuangan
sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan
wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus,
lipas dan lalat. Contohnya, penyakit taun, demam denggi,
malaria, zika dan rotavirus.
Bau busuk berpanjangan
Melalui soal selidik, pembuangan sampah-sarap di
merata-rata tempat telah menjadikan masalah yang besar
kepada warga-warga sekolah. Hal ini demikian, sekolah tidak
siapa yang mahu membersihkan sampah-sarap yang
membuang di merata-rata tempat. Begitu akan menjadi
kawasan sekolah berbau busuk.
10
Langkah-langkah Megurangkan Kesan Pembuangan Sisa
Domestik

Amalan kitar semula


Sebahagian besar responden berpendapat bahawa
amalan kitar semula merupakan 1 langkah yang paling
berkesan untuk mengurangkan kesan sisa domestik di
kawasan kajian. Hal ini demikian kerana amalan kitar semula
dapat mengatasi peningkatan sisa domestik dengan
menggunakan semula bahan domestik yang terbuang.
Sebagai contoh, Persatuan Alam Sekitar SMJK Chung Ling
telah mengadakan 1 pertandiangan mencipta barangan
hiasan dengan menggunakan bahan domestik terbuang.

Konsep 3R
Menggalakkan program konsep 3R (Reuse, Reduce,
Recycle) yang membawa maksud kurangkan penggunaan beg
plastik ataupun berkaitan dengan plastik, menggunakan
semula bahan-bahan dan berkaitan kitar semula.

Program gotong-royong
Sekolah boleh mengadakan program gotong-royong
bersama dengan semua warga sekolah. Hal ini demikian
kerana kita mesti menjaga kawasan sekolah. Contohnya, kita
boleh membersihkan longkang-longkang di sekolah.
11
Kesimpulan/Rumusan

Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah


dilakukan saya dapat mengenal pasti punca-punca
pembuangan sisa domestik di kawasan sekolah. Di samping
itu, saya juga dapat mengenal pasti kesan-kesan
pembuangan sisa domestik yang tidak terancang serta
langkah-langkah pengurusannya. Akhir kata, semua pihak
perlu berganding bahu untuk menangani masalah
pembuangan sisa domestik ini. Kebersihan alam sekitar
adalah tanggungjawab semata-mata. Jika masalah berkenaan
tidak dibendung, warga sekolah bukan sahaja terdedah
kepada bahaya penyakit, malahan bumi akan kehilangan
keindahan dan kecantikan semula jadinya.

12
Rujukan
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

GEOGRAFI
TINGKATAN 1

PENULIS
Hisham Azman bin Ibrahim
Mohamad Khairun Fitri bin Ahman

13
Lampiran

14

You might also like