You are on page 1of 5

pSMJK CHUNG LING PULAU PINANG

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


SEJARAH
TINGKATAN 1

Nama:__________________________________________
Kelas:______________________ Masa: 1 jam 30 minit
Arahan: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C. Jawab semua soalan di atas kertas jawaban yang disediakan.

Bahagian A (20 Markah)


Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberikan. Pilih perkataan yang paling tepat.
pentadbiran teknologi bandar tanah realisme monumen ideofak tatasusila

perdagangan pelayaran ritual gua kawasan tulisan pendeta pekerjaan

pembentungan ekonomi gandum rumah ekofak budaya kayu pencapaian

1. Zaman sebelum manusia mempunyai ____________dikenali sebagai Zaman Prasejarah.


2. Zaman Batu merujuk kepada penggunaan _______________batu dalam kehidupan
manusia .

3. Petempatan awal manusia Zaman Prasejarah ialah di lembah sungai dan_________.


4. Sisa kerang merupakan salah satu contoh _______________.
5. Cara hidup masyarakat Zaman Prasejarah dapat dikesan melalui penemuan ________ di
beberapa tapak perkuburan.

6. Lukisan gua yang dihasilkan oleh manusia Zaman Paleolitik bersifat ______________.

7. Peralatan masyarakat Zaman Paleolitik diperbuat daripada batu,tulang haiwan dan


_________________.

8. Penanaman barli dan ____________ telah berjalan di Catal Huyuk,Turki pada Zaman
Prasejarah.

9. Kemampuan pemimpin Zaman Logam untuk menyelesaikan masalah dan membentuk


aturan kehidupan yang diikuti oleh semua anggota masyarakat telah melahirkan
sistem____________.

1
10. Tujuan manusia Zaman Neolitik melakukan ____________ialah untuk mewujudkan
perdamaian dengan kuasa alam.

11. Tamadun boleh ditakrifkan sebagai suatu _____________tertinggi oleh sesuatu


masyarakat dalam semua aspek kehidupan.

12. Perkataan tamadun menurut Bahasa Yunani “civitas” bererti_________________.

13. Perkembangan kegiatan pertanian dalam kehidupan masyarakat tamadun awal telah
mewujudkan kegiatan _____________________.

14. Arnold J.Toynbee menjelaskan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang
memperkasakan sistem politik, _____________, sosial serta kesenian dan kebudayaan.

15. Perkembangan pesat bandar dalam tamadun awal manusia telah mewujudkan
pengkhususan dalam bidang _________________.

16. Pembinaan sistem perparitan dan _______________ merupakan salah satu ciri bandar
tamadun Indus.

17. Gaya dan teknik yang digunakan oleh artis tamadun awal dalam hasil ciptaan mereka
menggambarkan setiap ____________tamadun masing-masing.

18. Pada peringkat awal sistem pemerintahan tamadun awal manusia, __________mengetuai
pemerintahan negara kota tetapi kemudiannya diambil alih oleh raja sebagai pemerintah.

19. Kemahiran bidang teknologi masyarakat tamadun telah menghasilkan penciptaan


barangan, _______________dan hasil pertukangan.

20. Syed Muhammad Naquib Al-Attas berpendapat tamadun ialah pencapaian


_______________ dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

Bahagian B (30 Markah)


Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
21. Masyarakat Zaman Logam telah menggunakan batu, _____________ dan kayu
untuk membina tempat kediaman mereka..

22. Manusia Zaman Mesolitik sudah melakukan aktiviti _____________, mengutip


hasil hutan dan memburu binatang.

23. Bukti lukisan yang ditemukan di dalam gua Altamira, Sepanyol menunjukkan
kewujudan manusia Zaman ______________.

24. Lokasi dan tapak Zaman Prasejarah di seluruh dunia adalah diiktirafkan oleh _________.

2
25 Zhoukoudian, China merupakan penemuan tapak penemuan rangka manusia yang
dinamakan ____________________.

26. Rangka Perak Man di _____________merupakan bukti paling penting menunjukkan


kehidupan manusia Zaman Prasejarah.

27. ________________, Vietnam membuktikan aktiviti pembuatan tembikar pada Zaman


Besi di Asia Tenggara.

28. Pada Zaman Neolitik, manusia menjalankan aktiviti pertanian ______________secara


kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan diri sendiri.

29. Madeleine Colani telah memperkenalkan istilah _________________pada Zaman


Prasejarah di Asia Tenggara.

30. Ukiran batu di Kelabit Highlands, Sarawak dikenali sebagai _______________.

31. Lukisan gua dan ukiran batu merupakan cara _______________manusia Zaman
Prasejarah untuk menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka.

32. Pola hiasan pada gendang gangsa menunjukkan manusia Zaman Logam mementingkan
nilai ____________.

33. Manusia Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik mengamalkan kepercayaan _________.

34. _________________merupakan artifak batu kecil yang nipis dan sisinya tajam bergerigi.

35. Tembikar yang dijumpai di Gua Niah, Sarawak menunjukkan manusia Zaman Prasejarah
di Malaysia telah melakukan ____________yang hebat.

36. Konsep tamadun mengikut pandangan Islam merangkumi pembangunan lahiriah dan
__________________.

37. Tamadun awal manusia bermula di ______________________.

38. Manusia tamadun awal menggunakan abstrak _____________dalam penciptaan tulisan.

39. “Hadharah” dalam konsep tamadun Islam mengandungi prinsip-prinsip meliputi aspek
akidah, syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan dan ________________.

40. Sarjana sejarah yang pernah membincangkan tentang peraturan pemerintah berkaitan
dengan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun ialah ___________________.

41. Kejayaan Mesir Purba membina ____________dan Sfinks merupakan seni bina yang
menandakan kemunculan tamadun awal dunia.

3
42. Kota _____________ terletak di sungai Huang He.

43. Masyarakat Mohenjo-Daro pernah berdagangan dengan masyarakat ______________.

44. Tulisan kuneiform dalam tamadun Mesopotamia berbentuk ________________.

45. Penduduk Mesir Purba mempercayai kehidupan selepas ___________________.

46. Tujuan pembentukan kerajaan dalam tamadun awal dunia ialah untuk menguruskan
________________________negara kota.

47. Istialah tamadun dalam bahasa Arab ialah mudun, ___________dan madana, yang
Bererti tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

48. Pengetahuan tentang pembentukan tamadun manusia ________________kita supaya


sentiasa berilmu dan berketerampilan.

49. Kelas sosial masyarakat Mesir Purba berasaskan jenis pekerjaan, ________________dan
pengaruh.

50. Tamadun penting kerana dapat membantu manusia membina __________________dan


kemodenan kehidupan yang teratur dalam sesebuah sistem masyarakat.

Bahagian C ( 30 Markah)
Jawab semua soalan

51. Nyatakan tiga tahap Zaman Batu. (3 markah)

52. Tuliskan dua perbezaan kegiatan ekonomi masyarakat Zaman Paleolitik dan
Zaman Neolitik. (2 markah)

53 Mengapakah manusia Zaman Prasejarah menetap di tepi sungai? (2 markah)

54 Senaraikan dua jenis pengebumian di tapak perkuburan yang menunjukkan kepercayaan


dan penghormatan kepada orang mati dalam masyarakat Zaman Prasejarah di negara
kita. (2 markah)

55. Nyatakan dua fungsi lokasi dan tapak sejarah Zaman Prasejarah. (2 markah)

56. Tuliskan dua cara yang anda boleh gunakan untuk menghargai tapak peninggalan
Zaman Prasejarah. (2 markah)

57. Apakah nilai dan iktibar yang kita dapat perolehi dari ciri-ciri kehidupan masyarakat
Zaman Prasejarah? (2 markah)

4
58. Tuliskan tiga ciri tamadun awal dunia. (3 markah)

59. Bagaimanakah masyarakat bertamadun diukur? (2 markah)

60. Nyatakan kepentingan bandar dalam tamadun awal dunia. (2 markah)

61 Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kegiatan pertanian


tamadun awal manusia?
(2 markah)

62. Apakah kepentingan tulisan kepada masyarakat tamadun awal? (2 markah)

63. Kepimpinan yang cemerlang amat penting dalam pembinaan sesebuah tamadun.
Tuliskan dua kepentingan tersebut. (2 markah)

64. Mengapakah kita perlu menghargai sumbangan tamadun awal dunia? (2 markah)

Kertas Soalan Tamat

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

_________________ __________________ __________________


(Pn. Tan Geck Choon) ( Pn. Azmi Bt Ahmad Nasri ) (En. S . Thiagarajan)

Disahkan oleh

_____________________
(Pn. Kong Mei Yuet)

You might also like