You are on page 1of 7

Bahagian A

(10 Markah)
BULATKAN satu pilihan jawapan yang tepat pada kertas soalan ini. Jawab
semua soalan.

1. Dekad Alaf Abad


Susun ruang masa di atas mengikut turutan menaik.
a) Abad, alaf, dekat
b) Dekad,alaf, abad
c) Dekad, abad, alaf
d) Alaf, dekat, abad

2. Senarai di bawah merupakan sumber primer kecuali


a) batu bersurat
b) diari
c) majalah
d) fail rasmi kerajaan

3. Penyelidikan dalam sejarah dibahagikan kepada __________ kaedah?


a) dua
b) tiga
c) empat
d) lima

4. Apakah eleman yang telah mempengaruhi bentuk fizikal bumi?


a) Suhu
b) Cuaca
c) Iklim
d) Hujan

5. Kemahiran manusia pada Zaman Holosen ialah boleh mencipta


a) rumah
b) kapal
c) roda
d) kertas

6. Haiwan yang wujud serrta kekal sehingga ke hari ini tercipta pada
a) Zaman Miosen
b) Zaman Pleistosen
c) Zaman Holosen
d) Zaman Pliosen

1
7. Perkataan Nirleka diambil daripada bahasa
a) Yunani
b) Greek
c) Jawa
d) Sanskirt

8. Budaya megalit dikaitkan dengan


a) upacara keagamaan
b) lukisan gua
c) ukiran batu
d) peralatan

9. Ibn Khaldun menyatakan konsep tamadun melalui dua istilah, iaitu


I) Muqqadimah III) Hadharah
II) Al- Din IV) Madaniyah
a) I dan II b) I dan IV
c) II dan III d) III dan IV

10 Senarai di bawah merupakan kota-kota utama kecuali


a) Anyang
b) Uruk
c) Altamira
d) Memphis

2
Bahagian B
( 30 Markah)
Soalan 1 : PADANKAN pernyataan di bawah dengan jawapan yang betul.

Peristiwa yang telah berlaku Daripada perkataan Arab

Historia E.H.Carr

Syajaratun Ibn Khaldun

Riwayat Bermaksud penyelidikan

'Sejarah ialah dialog yang Kamus Dewan


tidak berkesudahan.'

Sejarah ialah peradaban Bahasa Melayu


dunia

(6 markah)

Soalan 2 : Tandakan ( / ) pada pilihan jawapan yang betul.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, pilih 6 benua yang terdapat di dunia.

Benua Asia Benua Filipina


Benua China Benua Australia
Benua Eropah Benua Antartika
Benua India Benua Brazil
Benua Afrika Benua Amerika Selatan
Benua Arab Benua Rusia

( 6 markah )

3
Soalan 3 : TULIS semula pilihan jawapan yang betul pada ruangan yang
disediakan.

sara diri

Ritual makanan Mesolitik

Membengkok Memanjang Paleolitik

Delta Sg. Merah kraf tangan tenusu

Delta Mekong Memburu

Neolitik

1. Aktiviti pertanian Zaman Prasejarah bermula untuk menyara kehidupan


atau lebih dikenali sebagai aktiviti _______sara diri_________

2. Penemuan tembikar di Pulau Jawa berasal daripada ____Delta Sg


Merah___Vietnam, Hal ini menunjukkan terdapat aktiviti perdagangan yang
berlaku.

3. Aktiiviti menyumpit untuk mendapatkan _____makanan_____ dan


diamalkan sehingga hari ini

4. Penternakan pada masa kini dijalankan dengan menghasilkan


________tenusu_____.

5. Pada Zaman Prasejarah, tembikar digunakan untuk upacara


_______ritual________

6. Pengebumian mayat secara ________memanjang___ ditemui di Gua Cha,


Kelantan.

7. Zaman Hoabinhian juga dikenali sebagai zaman __Mesolitik________

8. Aktiviti __memburu____ kekal dilakukan hingga kini tetapi bukan


dilakukan untuk menyara kehidupan seharian.

( 8 markah )

4
Soalan 4 : Anda dikehendaki membuat pilihan jawapan dengan
MENGGARISKAN jawapan yang tepat.

1. Maksud perkataan tamadun dalam bahasa Yunani diambil daripada


perkataan (Civitas / Civilization) yang membawa maksud peradaban.

2. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-attas, tamadun ialah keadaan


kehidupan manusia mencapai tahap (tatacara / tatasusila) dan
kebudayaan yang luhur.

3. Bidang ilmu yang ditekankan oleh Barat untuk menggambarkan konsep


tamadun sesebuah masyarakat. ( Ekonomi / Keagamaan)

4. Menurut Islam, aspek rohaniah dan (hadariah / lahiriah) diambil kira


dalam menentukan ketamadunan sesebuah masyarakat.

5 (Pendeta / Bangsawan) merupakan golongan pemerintah pada


peringkat awal sistem pemerintahan.

6. Pembentukan bandar terancang dilakukan dalam (Tamadun Mesir Purba


/ Tamadun Indus).

7. Pekerjaan baharu yang wujud semasa pengkhususan pekerjaan ialah


(jurutera / jururawat).

8. Pertambahan penduduk menyebabkan (kampung / bandar) terbentuk.

9. Lapisan terakhir dalam sesebuah organisasi sosial adalah golongan rakyat


merdeka dan juga golongan (pendeta / hamba).

10. Bagi masyarakat Barat, pembentukan sesebuah tamadun hanya


melibatkan kemajuan dalam aspek (lahiriah / madaniyah) sahaja.

( 10 markah )

5
BAHAGIAN C
(10 MARKAH)

Tulis jawapan anda pada ruangan yang disediakan di bawah.

1. Sungai dijadikan petempatan awal manusia pada Zaman Prasejarah.


Jelaskan.

Nelayan mencari sumber makanan Menjadi pengangkutan dan perhubungan

Keperluan seharian manusia Punca air untuk kegiatan pertanian

1. Sungai dijadikan lokasi untuk membina petempatan kerana tanahnya


sangat subur.
2. Masyarakat prasejarah menjadikan sungai sebagai sumber makanan
mereka.
3. Air sungai juga dijadikan sebagai sumber air untuk kegunaan seharian.
4. Sungai menjadi punca air untuk mengairi kawasan pertanian.
5. Sistem perhubungan dan pengangkutan juga menjadi sebab pemilihan
sungai sebagai lokasi petempatan awal manusia.

Mana-mana jawapan yang munasabah ( 1 isi X 1 markah = 5 Markah )

6
2. Proses pembangunan dan pemodenan boleh meningkatkan suhu dunia.
Glasier di Utara dan Kutub Selatan boleh mencair dan meningkatkan paras air
laut.

Berdasarkan pertanyaan di atas, apakah kesan jika suhu dunia semakin


meningkat? Ramalkan apa yang akan berlaku kepada manusia, binatang dan
tumbuh-tumbuhan.

kata kunci jawapan: Pulau-pulau kecil tenggelam, kurang bekalan air, hilang
habitat, hilang sumber makanan, kepupusan berlaku.

1. Cuaca panas akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan


2. Musim kemarau menyebabkan haiwan kehilangan habitat - mengalami
kepupusan.
3. Manusia akan hilang sumber makanan sekiranya haiwan dan tumbuh-
tumbuhan musnah.
4. Manusia hilang sumber air untuk kegunaan harian.
5. Pertanian merosot kerana kekurangan sumber air.
6. Pulau-pulau kecil akan tenggelam, ini akan mengancam kehidupan
manusia.
7. tumbuh-tumbuhan di kawasan rendah akan tenggelam, kita kehilangan
sumber ubat-ubatan tradisional dan herba.
8. Haiwan liar yang kehilangan habitat asal akan mengancam nyawa manusia.

Mana-mana jawapan yang munasabah ( 1 isi X5 markah = 5 markah)

You might also like