You are on page 1of 3

BAB Bumi

9 Earth

1 Foto di bawah menunjukkan sejenis ikan yang hidup dalam zon senja lautan.
The photo below shows a type of fish that lives in the twilight zone in the ocean.


Apa pendapat anda, mengapakah haiwan yang hidup dalam zon senja biasanya mempunyai mata yang besar dan
mempunyai warna badan yang gelap?
In your opinion, why do the animals which live in the twilight zone usually have big eyes and dark bodies? K5  Menilai
Haiwan yang hidup dalam zon senja perlu menyesuaikan diri kepada persekitaran yang hampir gelap. Oleh itu,
kebanyakan haiwan dalam zon ini mempunyai mata yang besar yang membantunya melihat dalam persekitaran
air yang hampir gelap. Kebanyakan haiwan berbadan gelap untuk membolehkan haiwan tersebut menyamarkan
diri daripada diburu oleh pemangsa.
The animals that live in the twilight zone are adapted to life in near darkness. Many of the animals in this zone have large
eyes, helping them to see in the nearly dark waters. Most of them are dark to help camouflage them from being hunted by
predators.

2 Foto di bawah menunjukkan tindakan glasier terhadap alam sekitar.


The photo below shows the action of glaciers on the environment.

Glasier dikelaskan sebagai agen angkutan dan boleh menyebabkan hakisan. Terangkan kenyataan ini.
A glacier is classified as a transport agent and can cause erosion. Explain this statement. K4 Menganalisis
Glasier dapat mengangkut batuan terluluhawa di dasarnya. Batuan ini kemudian bergeser dengan batuan di
bawah glasier mengakibatkan hakisan.
A glacier can transport weather rocks which have become embedded in the ice. These rocks then grind against the rocks
beneath the glacier resulting in erosion.

38
3 Foto di bawah menunjukkan suatu batuan sedimen.
The photo below shows a sedimentary rock.

Pada pendapat anda, mengapakah batuan sedimen boleh mengandungi fosil manakala batuan igneus dan batuan
metamorfik tidak?
In your opinion, why does sedimentary rock contain fossils while igneous rock and metamorphic rock do not? K5  Menilai
Batuan sedimen boleh mengandungi fosil kerana batuan sedimen terbentuk pada suhu dan tekanan yang tidak
memusnahkan sisa-sisa fosil. Tidak seperti batuan igneus dan metamorfik, suhu dan tekanan yang sangat tinggi
semasa pembentukan batuan tersebut memusnahkan semua sisa fosil di dalam batuan.
Sedimentary rock can contain fossils because it is formed at temperatures and pressures that do not destroy fossil remains.
Unlike most igneous rock and metamorphic rock, the very high temperatures and pressures during the formation destroy all
the fossil remains in them.

4 Rajah di bawah menunjukkan teori tektonik plat tentang pengembangan benua-benua di Bumi.
The diagram below shows the plate tectonic theory about the expansion of continents on the Earth.

Jika X dan Y berasal daripada satu benua, pada pendapat anda, nyatakan dua bukti yang dapat menyokong teori
tersebut.
If X and Y originate from a continent, in your opinion, state two pieces of evidence that support this theory. K5  Menilai
Kawasan X dan Y mempunyai jenis tumbuhan daripada spesies yang sama dan mempunyai jenis batuan yang
sama.
Areas X and Y have plants which are of the same species and have the same types of rock.

39
5 Foto di bawah menunjukkan suatu fosil.
The photo below shows a fossil.

Wajarkan penggunaan pentarikhan carbon untuk menentukan usia artifak purba.


Justify the use of carbon dating in determining the age of ancient artefacts. K5  Menilai
Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk menentukan usia benda hidup yang telah mati yang masih mengandungi
karbon seperti tulang atau kayu. Pentarikhan karbon tidak dapat digunakan untuk menentukan usia batuan.
Batuan yang hanya mengandungi bahan-bahan inorganik (bukan hidup) tidak dapat ditentukan usianya.
This method is only useful for determining the age of once-living things which still contain carbon, such as bone or wood.
Carbon dating cannot be used to date rock. Rock consists of only inorganic minerals and cannot be dated in this way.

6 Foto di bawah menunjukkan mineral yang boleh dilombong untuk memperoleh sesetengah logam.
The photos below show minerals that can be mined to obtain certain metals.

Kuprum Emas
Copper Gold

Pada pendapat anda, apakah prospek ekonomi hidroterma daripada segi perlombongan galian?
In your opinion, what is the economic prospect of hydrothermal in the aspect of minerals mining?
Perlombongan boleh dijalankan untuk menggali mineral dalam batuan granit yang dibentukkan oleh proses
hidroterma di bawah tanah. Mineral yang boleh dilombong termasuk uranium dan kuprum. Mineral yang dapat
dilombong daripada batuan sedimen termasuklah plumbum, zink, kuprum, emas, perak dan tungsten.
Mining can be conducted to dig out minerals in granite rock which is formed by the hydrothermal process in the ground.
The minerals that can be mined from granite rock include uranium and copper. The minerals that can be mined from
sedimentary rock include lead, zinc, copper, gold, silver and tungsten.

40

You might also like