You are on page 1of 38

Nota Sains Tahun 6

Unit 3 :
Mikroorganisma
Isi Kandungan
Hidupan Seni
Proses Hidup Mikroorganisma
Pertumbuhan Mikrob
Kesan Buruk Mikroorganisma
Kegunaan Mikroorganisma
Hidup Sihat, Hidup Sejahtera
Amalan Harian yang sihat
Nota Ringkas
Hidupan Seni
Mikro bermaksud sangat halus dan tidak
dapat dilihat dengan mata kasar, manakala
organisma pula bermaksud hidupan.

Mikroorganisma ialah hidupan seni yang


tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Terdapat 5 jenis mikroorganisma yang utama


iaitu :
Fungi
Fungi yang boleh dilihat dengan mata kasar
ialah kulat.

Yis, mukor dan penicillium hanya boleh dilihat


menggunakan kanta pembesar dan
mikroskop.
Yis
Penicillium

Mukor
Protozoa
Protozoa hidup di habitat yang berair seperti
kolam, tasik dan sungai.

Contoh protozoa adalah seperti Ameoba,


Paramecium
Ameoba

Paramecium
Alga
Alga ialah hidupan seni yang mempunyai sifat
tumbuhan.

Alga membuat makanannya sendiri melalui


proses fotosintesis.
Fitoplankton

Spirogyra
Bakteria
Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk, saiz
dan warna.

Bakteria boleh terdapat dalam pelbagai


persekitaran.
Escherichia Coli
Salmonella

Streptococus Bacillus
Virus
Virus lebih halus daripada mikroorganisma
yang lain.

Virus hanya boleh dilihat dibawah mikroskop


elektron.

HIV dan virus Influenza ialah conth virus.


HIV

Influenza
Proses Hidup Mikroorganisma
Mikroorganisma bernafas, bergerak dan
bertumbuh.

Semasa mikroorganisma bernafas, gas karbon


dioksida akan dibebaskan.

Setiap mikroorganisma bergerak dengan cara


yang berbeza.
Mikroorganisma bergerak untuk
mendapatkan makanan.

Namun begitu, ada mikroorganisma, iaitu alga


boleh membuat makanan sendiri melalui
proses fotosintesis.

Pergerakan mikroorganisma mungkin dibantu


oleh struktur khas seperti silia dan flagela.
Pertumbuhan mikroorganisma boleh dilihat
dari segi pertambahan saiz dan bilangan.
Pertumbuhan Mikrob
Pertumbuhan mikroorganisma dipengaruhi
oleh faktor :
Suhu
Air
Udara
Nutrien
Keasidan
Suhu yang sesuai untuk pertumbuhan
mikroorganisma ialah antara 25C hingga
40C.

Keadaan yang lembab adalah sesuai untuk


pertumbuhan mikroorganisma manakala
keadaan kering tidak sesuai untuk
mikroorganisma bertumbuh.

Kebanyakan mikroorganisma boleh


bertumbuh dalam kehadiran udara.
Bekalan nutrien yang banyak membolehkan
mikroorganisma bertumbuh dengan aktif.

Banyak mikroorganisma bertumbuh dengan


aktif pada pH neutral.

Keadaan yang terlalu berasid atau terlalu


beralkali boleh membunuh mikroorganisma.
Kesan Buruk Mikroorganisma
Selain daripada merosakkan makanan,
sesetengah mikroorganisma memberi kesan
buruk kepada manusia.
Kegunaan Mikroorganisma
Mikroorganisma seperti bakteria dan yis
digunakan dalam pembuatan makanan seperti
yogurt, tempe, roti, keju dan tapai.

Mikroorganisma juga digunakan untuk


menghasilkan antibiotik dan vaksin bagi
mencegah penyakit.
Selain itu, mikroorganisma digunakan untuk
merawat sisa kumbahan di loji kumbahan.

Bakteria pengurai pula digunakan untuk


mereputkan campuran bahan organik seperti
tinja ayam, tinja lembu, tinja kambing dengan
serbuk kayu untuk dijadikan baja organik.
Hidup Sihat, Hidup Sejahtera
Tabiat dan amalan hidup yang sihat dapat
membantu kita menghindari penyakit
berjangkit.

Berikut adalah antara amalan hidup yang sihat


yang perlu kita amalkan :
Tidak berkongsi peralatan peribadi seperti
pakaian dan tuala dengan orang lain.
Menutup mulut ketika bersin atau batuk
Mengkuarantin pesakit yang menghidap
penyakit berjangkit.
Mencuci tangan sebelum makan dan selepas
menggunakan tandas.
Memastikan tempat penyediaan makanan dan
pengendali makanan berada dalam keadaan
bersih.
Minum air yang telah dimasak dan makan
makanan yang dimasak dengan betul.
Amalan Harian Yang Sihat
Kita hendaklah sentiasa mempraktikkan
amalan baik untuk mencegah penyakit
berjangkit.

Antara amalan harian yang baik adalah seperti


berikut :
a) Memastikan persekitaran rumah sentiasa
bersih
b) Menutup makanan bagi mengelakkan
makanan daripada dihinggapi lalat.

c) Mandi dengan sabun atau sabun antiseptik


untuk membersihkan badan dan
menghilangkan kuman pada badan.
d) Memakai penutup hidung dan mulut semasa
wabak penyakit yang merebak melalui udara.

e) Elakkan daripada berada dekat dengan


individu yang dijangkiti penyakit berjangkit.

f) Membersihkan tangan dengan menggunakan


cecair pembasmi kuman.

You might also like