You are on page 1of 2

Nota - Haiwan dan makanannya

1. Makanan merupakan salah satu keperluan asas haiwan untuk terus hidup.

2.Terdapat pelbagai jenis haiwan di alam kita.
Setiap haiwan mempunyai tabiat pemakanan yang berbeza.

3.Berikut merupakan contoh haiwan dan makanan yang dimakan.


Haiwan

Makanan yang dimakan
Lembu Rumput
Tupai Buah-buahan seperti kelapa,rambutan,langsat
Katak Serangga seperti nyamuk,lalat,kupu-kupu
Harimau Rusa, Kancil, arnab
Ular sawa Kambing, tikus, arnab
Beruang Ikan, anai-anai,kacang,beri
Kucing Ikan, nasi, burung

4. Haiwan juga dapat dikelaskan kepada tiga kategori iaitu haiwan yang makan tumbuhan
sahaja( herbivor) , haiwan yang makan haiwan lain sahaja ( karnivor )dan haiwan yang makan haiwan dan
tumbuhan ( omnivor ).

5. Berikut merupakan contoh haiwan mengikut pengelasan pemakanannya.


Haiwan yang makan haiwan sahaja

Haiwan yang makan tumbuhan sahaja

Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain













Maksud Istilah
Karnivor
Haiwan yang makan haiwan lain sahaja.
Herbivor
Haiwan yang makan tumbuhan sahaja.
Omnivor
Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain.

You might also like