You are on page 1of 4

TAJUK

: Perubatan Moden dan Perubatan Tradisional

LANGKAH

PENGISIAN

Set Induksi
(5 minit)

Guru menunjukkan beberapa contoh herba yang


digunakan dalam masakan sehari-harian kepada pelajar.

Bahan masakan :
Bawang
Merah
Bawang Putih
Serai
Halia
Daun Kaduk

Soalan:
1) Kamu kenal nama bahan masakan tersebut?
2) Apakah kegunaan bahan masakan tersebut?
3) Selain untuk tujuan masakan, apakah kegunaan
lain bahan-bahan tersebut?

Langkah 1
(20 minit)

1) Guru membahagikan pelajar kepada dua kumpulan


mengikut jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Pembahagian
Kumpulan.
Pemberian
Arahan.
Persiapan
Pelajar

2) Arahan kepada pelajar:


a. Kumpulan lelaki dikehendaki untuk menyediakan
idea-idea bernas tentang kebaikan perubatan
tradisional dan keburukan perubatan moden.
b. Kumpulan perempuan dikehendaki untuk
menyediakan idea-idea bernas tentang kebaikan
perubatan moden dan keburukan perubatan
tradisional.
c. Setiap kumpulan dikehendaki memilih seorang
wakil untuk berdebat secara bersemuka di
hadapan kelas.
3) Setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit
untuk menyediakan bahan.

Langkah 2
(20 minit)

1) Wakil kumpulan lelaki memulakan sesi perdebatan


diikuti dengan wakil kumpulan perempuan.

Debat ala
parlimen

2) Setelah tamat sesi pertama, wakil pelajar lelaki


dikehendaki untuk memberikan hujah tentang
keburukan perubatan moden. Kemudian, wakil pelajar
perempuan dikehendaki memberikan hujah tentang
keburukan perubatan tradisional.

3) Sesi debat dilancarkan dengan kawalan oleh pelajar


agar tidak terlalu menyimpang daripada tujuan asal.
Langkah 3
(10 minit)

1) Setelah tamat perdebatan, para pelajar dikehendaki


melengkapkan Lembaran Grafik 1 berdasarkan ideaidea yang dikemukan oleh kedua-dua orang pendebat
tersebut.
2) Pelajar melangkapkan Lembaran Grafik 1 sambil
diawasi oleh guru.

Penutup
(5 minit)

1) Guru merumuskan isi pembelajaran :


a. Setiap perkara ada baik dan buruk.
b. Dalam perkembangan teknologi, jangan lupakan
alam sekitar yang lebih sihat.
c. Perubatan tradisional harus melalui transformasi
untuk menjadikan produk kesihatan berasaskan
herba mudah diterima masyarakat.
d. Amalkan budaya hidup sihat.

Lembaran Grafik 1

PERUBATAN MODEN
KEBAIKAN

KEBURUKAN

PERUBATAN TRADISIONAL
KEBAIKAN

KEBURUKAN

You might also like