You are on page 1of 4

TARIKH : 30 OGOS HARI : ISNIN MASA : 11.

30 am - TINGKATAN : 1 AMINUDDIN
2021 12.30 am BAKI

JUMLAH MURID : 22 MATA PELAJARAN : SAINS LOKASI : ATAS TALIAN

TEMA Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

BIDANG
4.0 Pembiakan
PEMBELAJARAN

STANDARD
4.7 Pembiakan Tumbuhan
KANDUNGAN/TAJUK

STANDARD 4.7.1 Berkomunikasi mengenai struktur dan fungsi setiap bahagian


PEMBELAJARAN bunga.
4.7.2 Mewajarkan proses pendebungaan.
4.7.3 Memerihalkan proses persenyawaan dan menerangkan
pembentukan biji benih dan buah pada tumbuhan.

HASIL Murid dapat:


PEMBELAJARAN
1. Menerangkan struktur dan fungsi bahagian bunga.
2. Menerangkan proses pendebungaan.
3. Menerangkan mengenai proses persenyawaan tumbuhan serta
pembentukkan biji benih dan buah pada tumbuhan.

PENGETAHUAN Murid telah mempelajari mengenai struktur bunga semasa di sekolah


SEDIA ADA rendah.

KEMAHIRAN PROSES
Memerhati, Berkomunikasi, Mengeksperimen
SAINS

ISI KANDUNGAN Bunga dan Pendebungaan


1. Bunga merupakan struktur pembiakan bagi tumbuhan berbunga.
2. Sel pembiakan jantan tumbuhan berbunga terdapat di dalam butir
debunga.
3. Sel pembiakan betina tumbuhan berbunga terdapat di dalam ovul.
4. Pendebungaan ialah satu proses pemindahan butir debunga dari
anter ke stigma suatu bunga.
5. Terdapat tiga agen pendebungaan yang utama, iaitu haiwan, angin
dan air.
6. Pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk adalah dua jenis
pendebungaan.
7. Pendebungaan sendiri berlaku pada pokok yang sama manakala
pendebungaan kacuk berlaku pada pokok yang berlainan.

Persenyawaan dan Perkembangan Biji Benih


1. Persenyawaan dalam tumbuhan berlaku apabila gamet jantan dan
gamet betina bercantum untuk membentuk zigot di dalam ovari.
2. Selepas persenyawaan, zigot akan menjalankan pembahagian sel
dan membesar untuk membentuk embrio.
3. Ovul akan berkembang menjadi biji benih manakala ovari akan
berkembang menjadi buah.
4. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian, iaitu testa, kotiledon, dan
embrio.
5. Embrio terdiri daripada plumul, radikel, dan kotiledon.
6. Plumul akan membesar menjadi pucuk manakala radikel akan
membesar menjadi akar.

Percambahan Biji Benih


1. Percambahan adalah satu proses pertumbuhan embrio dalam biji
benih menjadi anak benih.
2. Syarat-syarat yang diperlukan untuk percambahan ialah dengan
adanya air, udara (oksigen) dan suhu (haba) yang sesuai.

PERKEMBANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN


CATATAN
PEMBELAJARAN PEMUDAHCARAAN

Permulaan / Guru menunggu murid untuk memasuki Google KPS :


Pencungkilan Idea Meet dan menyapa murid. - Memerhati
- Berkomunikasi
Guru meminta murid mengingatkan rakan yang
tidak dapat menyertai sesi pembelajaran untuk
menghubungi guru.
ABM :
Guru memulakan pengajaran dengan - Slaid
menerangkan mengenai struktur bunga dan pengajaran
berdiskusi bersama murid mengenai struktur
bunga.

Aktiviti Utama Guru menunjukkan slaid pengajaran mengenai KPS :


sistem pembiakan aseks tumbuhan berbunga. - Memerhati
- Berkomunikasi
Guru menerangkan mengenai cara pendebungaan
disebarkan bagi tumbuhan dengan menunjukkan ABM :
rajah yang menunjukkan perbezaan - Slaid
pendebungaan dibawa oleh serangga dan pengajaran
tumbuhan bagi memudahkan murid untuk melihat
perbezaan.
Guru menerangkan mengenai pendebungaan
sendiri dan pendebungaan kacuk. Bagi
memudahkan murid untuk membeza guru
menggunakan rajah yang menunjukkan perbezaan
pendebungaan kacuk dan pendebungaan sendiri.

Guru seterusnya menerangkan mengenai aplikasi


pendebungaan kacuk dalam pertanian.

Guru memasuki subtopik yang berkaitan dengan


projek murid iaitu percambahan biji benih dalam
tumbuhan.

Guru menerangkan mengenai struktur dan fungsi


biji benih. Seterusnya mengenai percambahan dan
syarat percambahan benih.

Penutup Guru meminta murid untuk membuat kesimpulan KPS :


dan menyatakan apa yang telah murid telah dapat - Berkomunikasi
daripada sesi pengajaran yang telah dijalankan.
Guru meminta murid untuk mula membuat projek
topik pembiakan ini.

Hasil kerja projek ini akan dibentang semasa kelas


hari Jumaat pada minggu hadapan.

Guru menamatkan sesi pengajaran di Google


Meet.

Pentaksiran Melalui penghantaran projek di Whatsapp.

Refleksi - Kehadiran pada hari 2 daripada 22 murid hadir. Kehadiran murid


kurang memberansangkan atas factor silibus telah habis dan murid
merasakan tiada kepentingan menyertai kelas.
- Standard pembelajaran dapat dicapai bagi beberapa murid.Hal ini
kerana, murid – murid merespon soalan yang diajukan dan
berkomunikasi dengan baik.
- Terdapat beberapa murid menghubungi guru tidak dapat menyertai
Meet atas faktor jaringan internet yang kurang baik. Sesetengah
murid telah dihubungi guru kerana tidak menyertai kelas tetapi
tiada respon dan tidak dapat dihubungi.
- Pentaksiran sukar dijalankan kerana hanya beberapa murid yang
menghantar. Namun guru masih menunggu mungkin murid
mempunyai masalah penghantaran kerja.
- Murid yang menyertai pdp dan menghantar latihan terus diberi
pujian dan sokongan agar prestasinya konsisten.

You might also like