You are on page 1of 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BIOLOGI TINGKATAN 4
Tarikh / Hari : 5/8/2023 ( Isnin)
Bilangan pelajar : / 10 Masa : 0700 - 0830 Tingkatan : 4 STEM
Tema/Topik/Modul : ASAS BIOLOGI
Bidang Pembelajaran : 2.0 Biologi sel dan Organisasi Sel
Standard Kandungan : 2.2 Proses Hidup Organisma Unisel
2.3 Proses Hidup Organisma Multisel
Standard Pembelajaran : 2.2.1 Mengkonsepsikan proses hidup organisma unisel seperti Amoeba sp. dan Paramecium sp.
2.2.2 Mengitlak proses hidup organisma unisel seperti yang dilihat menerusi mikroskop cahaya.
2.3.1 Menghubung kait keunikan struktur sel khusus dengan fungsi sel dalam organisma multisel.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, pelajar berupaya:
(Assessment for learning) 1. Mengkonsepsikan proses hidup organisma unisel seperti Amoeba sp. dan Paramecium sp.
2. Mengitlak proses hidup organisma unisel seperti yang dilihat menerusi mikroskop cahaya.
3. Menghubung kait keunikan struktur sel khusus dengan fungsi sel dalam organisma multisel.
Aktiviti Pembelajaran & ENGAGE
Pengajaran : 1. Guru mengemukakan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
2. Guru memaklumkan bahawa akan mengulang semula kandungan pembelajaran yang telah
diajaran pada sesi PdPc yang lalu memandangkan kelas telah dirombak dan terdapat
penambahan murid baharu.
EXPLORE
1. Seterusnya, guru menyemak tugasan yang telah diberikan
2. Guru berbincang jawapan bagi buku NILAM untuk Bab 1.
3. Guru menceritakan cara penamaan haiwan dan tumbuhan. Guru memberikan contoh dua
spesies iaitu Panthera leo (singa) dan Panthera tigris (harimau).
4. Guru menceritakan bahawa mereka terdiri daripada genus yang sama (Panthera) tetapi
berbeza spesies.
EXPLAIN
1. Seterusnya, guru meminta murid mengisi tempat kosong bagi proses hidup Ameoba sp.
2. Guru menyemak jawapan bersama murid.
3. Guru menerangkan proses hidup dua species unisel iaitu Ameoba sp. dan Paramecium sp.
ELABORATE
1. Guru menerangkan secara ringkas perkaitan keunikan struktur sel khusus dengan fungsi
sel dalam organisma multisel.
EVALUATE
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keseluruhan aktiviti.
2. Guru memberikan tugasan kepada murid untuk dihantar pada sesi PdPc yang akan datang.
3. Murid mendengar guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran.
Bahan Bantu Mengajar & Belajar: Pen penanda, buku rujukan, ruang di dalam bilik darjah, papan putih,buku NILAM, buku teks, dan buku
tulis.

Refleksi :

You might also like