You are on page 1of 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BIOLOGI TINGKATAN 4
Tarikh / Hari : 5/12/2023 ( Jumaat)
Bilangan pelajar : / 10 Masa : 0700 - 0800 Tingkatan : 4 STEM
Tema/Topik/Modul : ASAS BIOLOGI
Bidang Pembelajaran : 2.0 Biologi sel dan Organisasi Sel
Standard Kandungan : 2.3 Proses Hidup Organisma Multisel
Standard Pembelajaran : 2.3.2 Mengenal pasti sel khusus dalam organisma multisel.
2.3.3 Mencerakinkan kepadatan organel tertentu dengan fungsi sel khusus dalam organisma multisel
2.3.4 Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau kegagalan fungsi suatu organel bagi sel
tertentu dalam organisma multisel.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, pelajar berupaya:
(Assessment for learning) 1. Mengenal pasti sel khusus dalam organisma multisel.
2. Mencerakinkan kepadatan organel tertentu dengan fungsi sel khusus dalam organisma multisel.
3. Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau kegagalan fungsi suatu organel bagi sel tertentu
dalam organisma multisel.
Aktiviti Pembelajaran & ENGAGE
Pengajaran : 1. Guru mengemukakan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
2. Guru meminta murid menjawab soalan objektif bagi bab 2.
EXPLORE
1. Seterusnya, guru berbincang jawapan bersama murid.
2. Guru mengadakan kuiz tentang organel untuk menguji pengetahuan sedia ada murid.
3. Guru mencerakinkan organel tertentu dengan fungsi sel khusus dalam organisma multisel.
EXPLAIN
1. Seterusnya, guru menunjukkan contoh sel khusus dalam organisma multisel.
2. Guru meminta murid berfikir kesan kekurangan, ketiadaan atau kegagalan fungsi suatu
organel bagi sel tertentu dalam organisma multisel.
3. Guru bersoal jawab bersama murid berkenaan perkara tersebut.
ELABORATE
1. Guru menerangkan format kertas soalan bagi kertas SPM Biologi.
EVALUATE
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keseluruhan aktiviti.
2. Guru memberikan tugasan kepada murid untuk dihantar pada sesi PdPc yang akan datang.
3. Murid mendengar guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran.
Bahan Bantu Mengajar & Belajar: Pen penanda, buku rujukan, ruang di dalam bilik darjah, papan putih,buku NILAM, buku teks, dan buku
tulis.

Refleksi :

You might also like