You are on page 1of 1

BAB 4 JADUAL BERKALA UNSUR LATIHAN

1. Pernyataan di bawah adalah suatu pola yang diperhatikan oleh seorang saintis dalam pembangunan Jadual Berkala.
Sifat yang sama berulang pada setiap unsur kelapan apabila unsur-unsur disusun mengikut jisim atom secara
meningkat.
Saintis manakah yang menemui pola berkala ini?
A. J.W. Dobereiner B. John Newland C. Dimitri Mendeleev D. Henry Moseley

2. Antara berikut, yang manakah boleh diramal berdasarkan kedudukan unsur dalam jadual Berkala Unsur?
A. Jisim atom relatif unsur itu C. Bilangan isotop yang dipunyai oleh unsur itu
B. Bilangan neutron dalam nukleus unsur itu D. Cas ion yang terbentuk oleh unsur itu

3. Unsur Y berada di bawah unsur X dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala. Berapakah nombor proton unsur X jika
susunan elektron unsur Y ialah 2.8.7?
A. 7 B. 9 C. 17 D. 35

4. Unsur M membentuk ion dengan formula M2+ yang mempunyai 18 elektron. Apakah kedudukan unsur M dalam Jadual Berkala?

Kala Kumpulan
A 2 2
B 4 2
C 3 16
D 3 18
5. Yang manakah dapat diramalkan oleh nombor kala dalam Jadual Berkala?
A. Susunan elektron unsur itu C. Bilangan petala elektron yang berisi electron unsur itu
B. Bilangan proton dalam nukleus D. Bilangan elektron valens

6. Rajah menunjukkan susunan elektron bagi atom Y


susunan elekron yang manakah menunjukkannya terletak dalam kumpulan yang sama dengan atom Y
dalam Jadual Berkala Unsur?

7. Bilangan elektron valens bagi satu atom unsur boleh menentukan…


I. Sifat fizikalnya III. Kumpulan unsur dalam Jadual Berkala
II. Sifat kimianya IV. Kala unsur dalam Jadual Berkala
Jawapan: _________________________________

8. Pada kumpulan dan kala yang manakah unsur dengan nombor proton 14 terletak? ___________________________

9. Antara berikut, ciri manakah yang sama bagi semua unsur Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala?
A. Mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi C. Wujud sebagai gas pada suhu bilik
B. Wujud sebagai molekul dwiatom D. Larut dalam air membentuk larutan berasid

10. Apabila menuruni kumpulan 18 dalam Jadual Berkala Unsur,


A. Takat didih unsur berkurang C. Reaktiviti bertambah
B. Saiz atom bertambah D. Keterlarutan unsur dalam air bertambah

11. Antara berikut, gas manakah yang digunakan untuk mengisi belon kaji cuaca?
A. Neon B. Helium C. Hidrogen D. Nitrogen

12. Gas lengai tidak bertindak balas dengan unsur lain kerana
A. Ia wujud sebagai monoatom
B. Ia ahli Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala
C. Petala terluarnya terisi dengan penuh
D. Ia mempunyai daya Van der Waals yang lemah

13. Persamaan kimia manakah yang mewakili tindak balas antara logam litium dan gas oksigen?
A. Li + O  LiO
B. Li + O2  LiO2
C. 2Li + O2  Li2O2
D. 4Li + O2  2Li2O

You might also like