You are on page 1of 30

MODUL PdP

#learning@home

NEGERI PERAK 2020

SAINS TINGKATAN 1

BAB 2 :

SEL SEBAGAI UNIT


ASAS HIDUPAN

1
TEMA PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP
TINGKATAN Satu
BAB 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
STANDARD 2.1 Sel- struktur, fungsi dan organisasi
KANDUNGAN
STANDARD 2.1.1 Menerangkan benda hidup dibina daripada sel yang
PEMBELAJARAN menjalankan fungsi hidup dan mengalami pembahagian sel.
2.1. Menjelaskan dengan contoh ciri organisma unisel dan
2 multisel bagi kedua-dua haiwan dan tumbuhan.
2.1. Membezakan jenis dan fungsi sel haiwan dan sel
3 tumbuhan.
2.1. Mengkonsepsikan pembentukan tumbuhan dan haiwan
4
mengikut urutan tahap organisasi sel, tisu, organ, sistem, dan
organisma

OBJEKTIF Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


PEMBELAJARAN 1. Menerangkan benda hidup dibina daripada sel yang
menjalankan fungsi hidup dan mengalami pembahagian sel.
2. Menjelaskan dengan contoh ciri organisma unisel dan
multisel bagi kedua-dua haiwan dan tumbuhan.
3. Membezakan jenis dan fungsi sel haiwan dan sel tumbuhan.
4. Mengkonsepsikan pembentukan tumbuhan dan haiwan
mengikut urutan tahap organisasi sel, tisu, organ, sistem dan
organisma.

2
Nota Ringkas:

Sel
1. Sel ialah unit asas bagi semua benda hidup.
2. Sel adalah seni dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop.
3. Sel menjalankan semua fungsi hidup seperti pertumbuhan,respirasi,pembiakan
dan perkhumuhan
4. Sel menjalani proses pembahagian untuk membentuk sel-sel baru untuk
menggantikan sel yang rosak.
5. Satu sel tunggal akan menjadi dua sel berasingan dan seterusnya.

Gambar 1: Pembahagian sel

6. Dalam keadaan terkawal sel membahagi secara normal.Kanser terbentuk apabila


sel normal membahagi secara berterusan dan tidak terkawal.
7. Rajah 1: menunjukkan tiga peringkat perkembangan sel kanser.

Rajah 1: Peringkat pembentukan kanser

https://www.youtube.com/watch?v=9ZRHARkhmRM

3
Struktur sel haiwan dan sel tumbuhan

1. Penyediaan slaid sel haiwan

Rajah 2: Cara penyediaan slaid sel haiwan

4
2. Penyediaan slaid sel tumbuhan

Rajah 3: Penyediaan slaid tumbuhan

5
Fungsi struktur sel haiwan dan sel tumbuhan
Struktrur sel haiwan Struktur sel tumbuhan

Struktur sel Fungsi

Membran sel Mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.

Sitoplasma Bertindak sebagai medium tindak balas kimia berlaku.

Nukleus Menawal keseluruhan aktiviti sel.


Mengandungi kromosom yang terdiri daripada asid
deoksiribonukleik (DNA) yang membawa maklumat genetik.

Mitokondria Menghasilkan tenaga untuk bertindak balas.

Vakuol Memberikan sokongan kepada sap sel apabila dipenuhi sap


sel.

Kloroplas Menyerap tenaga cahaya untuk proses fotosintesis.

6
Perbandingan Antara Sel Haiwan Dan Sel Tumbuhan

PERSAMAAN:
1. Sel ialah unit asas haiwan dan tumbuhan.
2. Kedua-duanya mempunyai nukleus, membran sel, sitoplasma dan
mitokondria.

PERBEZAAN DARI ASPEK:

Sel haiwan Sel tumbuhan

Bentuk tidak sekata dan Bentuk sel Berbentuk tetap dan sekata.
tidak tetap

Tiada dinding sel Dinding sel Mempunyai dinding sel yang


terdiri daripada selulosa.

Tiada kloroplas Kloroplas Mempunyai kloroplas.

Hanya .terdapat pada Vakuol Mempunyai vakuol yang


haiwan peringkat rendah. besar.

Organisma unisel dan organisma multisel

Organisma unisel Organisma multisel

Organisma unisel terbina daripada Organisma multisel adalah


satu sel sahaja. organisma yang mempunyai banyak
sel.

Euglena mempunyai ciri-ciri Contoh haiwan:


tumbuhan dan haiwan.Euglena
boleh membuat makanan sendiri
dan bergerak.

Contoh haiwan :

Mamalia Amfibia Reptilia

Ameba Paramesium.
Hidra Burung Ikan

7
Contoh tumbuhan:
Contoh tumbuhan:

Yis. Euglena

Spirogyra Tumbuhan Paku


berbunga. pakis

Pleurokokus Klamidomonas

Mukor Alga

8
Jenis dan fungsi sel haiwan dan tumbuhan
Sel saraf

> Membawa impuls dari


Sel darah merah satu bahagian badan ke
bahagian yang lain.
> Membawa oksigen dalam
bentuk oksihemoglobin ke Sel pembiakan
seluruh badan melalui darah.
> Sel sperma membawa
> Tiada nukleus. bahan genetik lelaki dan
ovum membawa bahan
> Berbentuk cakera dwicekung genetik perempuan.
untuk menambah luas
permukaan. > Gamet untuk
menghasilkan anak.
> Mengangkut karbon dioksida
dari sel di seluruh badan balik ke
peparu.

SEL
HAIWAN
Sel epitelium

> Melindungi sel yang


terletak dibawahnya.

Sel otot >Sel ini juga mengandungi


mukus.
> Sel otot yang boleh
mengecut dan mengendur
dapat menggerakkan
bahagian badan tertentu.

Sel darah putih

> Membunuh bakteria dalam


badan.

9
Sel epidemis Sel palisad

 Mengurangkan kehilangan air.  Mengandungi klorofil untuk


menyerap dan menjalankan
 Membolehkan pertukaran gas. proses fotosintesis.
 Penyeraan air dan nutrien.

SEL
TUMBUHAN

Sel pengawal
Sel rerambut akar
 Stoma merupakan liang seni di
antara sepasang sel yang disebut  Sel rerambut akar yang banyak
sel pengawal. meningkatkan luas permukaan
untuk menyerap lebih banyak air
 Stoma biasanya terbuka pada dan nutrien dari tanah
siang hari untuk menjalankan
proses fotosintesis.
 Stoma tertutup pada malam hari
atau semasa tumbuhan kehilangan
banyak air pada hari yang panas.
 Sel pengawal mengawal
pembukaan dan penutupan stoma

Pembentukan suatu organisma

10
Sel organ Sistem
Tisu
organisma

Tisu-tisu
Sel-sel berlainan Beberapa
Sel-sel yang Semua sistem
Contoh:
dalam bekerjasama Organ yang
mempunyai bekerjasama
organisma untuk mempunyai
Dalam fungsi yang untuk
multisel menjalankan fungsi yang
sama membolehkan
haiwan
mempunyai satu fungsi berkaitan
bergabung organisma
fungsi membentuk akan
membentuk berfungsi
spesifik. Organ. berkerjasam
Sistem
Sel tisuTisu Jantung dengan baik.
Contoh : a bergabung
peredaran
jantung
Dalam otot membentuk
darah Manusia
sistem.
tumbuhan

Tisu Sistem Pokok


Sel epidermis Daun pengangkutan
epidermis

Sistem dalam badan dan fungsi

SISTEM PEMBIAKAN SISTEM LIMFA

 Menghasilkan sel-sel  Mengalirkan bendalir limfa ke


pembiakan selarun darah untuk
mempertahankan badan
daripada penyakit.

11
SISTEM RESPIRASI

 Membekalkan oksigen
SISTEM OTOT
kepada badan dan
menyinkirkan karbon  Membolehkan pergerakan
dioksida badan

SISTEM RANGKA SISTEM PERCERNAAN

 Menyokong badan dan  Mencerna makanan kompleks


melindungi organ dalaman kepada yang lebih ringkas
seperti hati dan peparu

SISTEM ENDOKRIN SISTEM PEREDARAN DARAH

 Menghasilkan hormon untuk  Mengangkut oksigen, karbon


menyelaraskan tindak balas dioksida, nutrien dan hormon
dalam badan. yang diperlukan ke semua
bahagian badan.

SISTEM PERKUMUHAN 12 SISTEM SARAF

 Menyinkirkan hasil  Menghantar impuls


perkumuhan atau bahan (maklumat) ke seluruh
buangan berlebihan daripada bahagian badan
badan
SISTEM INTEGUMEN

 Melindungi badan

SOALAN PENGUKUHAN

Soalan objektif

1 Rajah 1 menunjukkan suatu sel haiwan.

Rajah1
Apakah fungsi X?
A Mengawal ketebalan sel
B Mengawal segala aktiviti sel
C Menyerap air dan mineral
D Menjana sel baharu

2 Antara sel berikut, yang manakah terdapat di dalam sel tumbuhan?


13
A Sel saraf
B Sel epitelium
C Sel darah
D Sel pengawal

3 Antara yang berikut, yang manakah susunan organisasi sel dalam


badan manusia yang betul?
A Sel → Tisu → Sistem → Organ → Organisma
B Tisu →Sel → Sistem → Organ → Organisma
C Sel → Tisu → Organ → Sistem → Organisma
D Tisu → Sel → Organ → Sistem → Organisma

4 Rajah 2 menunjukkan keratan rentas sekeping daun hijau.

Rajah 2
Sekiranya sel palisad dikeluarkan, apakah yang akan berlaku pada
tumbuhan selepas satu minggu?
A Tumbuhan menjadi semakin tinggi
B Tumbuhan akan layu
C Tumbuhan akan menghasilkan daun baharu
D Tumbuhan kekal dalam keadaan sama

5 Apakah fungsi sistem otot?


A Menyerap oksigen dan membebaskan karbon dioksida
B Menghalang badan daripada jangkitan
C Membantu manusia untuk bergerak
D Menghasilkan sel sperma, telur dan hormon bagi menghasilkan
keturunan

Soalan struktur

1 a. Rajah 1 menunjukkan satu organisma unisel


Lengkapkan petak di bawah dengan perkataan yang diberi.

Kloroplas Nukleus Vaku Sitoplasma

14
i:

ii: Rajah 1

b. Nyatakan fungsi bagi bahagian pada sel tumbuhan berikut


i. Mitokondria:
ii . Vakuol:

2 a. Rajah 2 menunjukkan pelbagai jenis sel yang terdapat dalam badan


manusia.

E F G H
Rajah 2

Tuliskan E, F,G dan H untuk menentukan sel yang terdapat di dalam

i. sistem peredaran darah:……………………………………………

ii . sistem pembiakan:………………………………………………….

b. Nyatakan dua ciri istimewa sel darah merah di rajah 3

15
Rajah 3

i. …………………………………………………………………………
….

ii .
……………………………………………………………………………..

3 a Senarai berikut merupakan peringkat-peringkat dalam organisasi sel

Tisu Sistem Sel Organisma Organ

Bedasarkan pernyataan yang diberi, isikan peringkat organisasi yang


betul ke dalam petak yang disediakan.
i. Dua atau lebih organ
yang bekerjasama untuk
menjalankan fungsi
tertentu.
ii. Sekumpulan sel yang
sama jenis yang
menjalankan fungsi
yang sama

b. Rajah 4 menunjukkan dua sistem dalam badan manusia. Nyatakan nama bagi
sistem-sistem tersebut.

I: ……………………………………………………… ii:……………………………………………………..

4 Semua benda hidup terdiri daripada sel.


16
i.Apakah yang dimaksudkan sebagai sel?

……………………………………………………………………………………………
.

ii.Mengapakah sel hanya dapat dilihat melalui mikroskop?

……………………………………………………………………………………………

5 Terangkan kepentingan pengkhususan sel dalam manusia?

…………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

Jawapan

17
Objektif
1 B
2 D
3 C
4 B
5 C

Struktur

1 a i. nukleus
ii. sitoplasma

b i. tindak balas kimia berlaku menghasilkan tenaga


ii. mengawal kesegahan sel

2 a i.F dan H
ii . E dan G

b i.Bentuk dwi cekung untuk menambah luas permukaan.


ii . Mengandungi hemoglobin yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke
seluruh badan

3 a i. Sistem
ii . tisu

b i. Sistem perkumuhan
ii . sistem pencernaan

4 i. Sel ialah unit asas bagi benda hidup.


ii. Sel adalah seni dan hanya dapat dilihat melalui mikroskop.
5 Manusia mempunyai sel khusus seperti sel darah, sel saraf, sel otot dan
sebagainya untuk menjalankan fungsi khusus untuk keperluan badan.
Pelbagai proses berlaku serentak seperti pencernaan, respirasi, perkumuhan
dan sebagainya yang diselaraskan oleh sel khusus supaya dapat
memaksimumkan kecekapan.

TEMA PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


18
TINGKATAN Satu

BAB 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan

STANDARD 2.2 Respirasi dan fotosintesis


PEMBELAJARAN
2.2. Berkomunikasi mengenai respirasi
sel.
1

2.2. Berkomunikasi mengenai


proses fotosintesis.
2

2.2. Membezakan antara proses respirasi


sel dan fotosintesis.
3

2.2. Menerangkan bagaimana proses


respirasi sel dan
4 fotosintesis saling melengkapi.
OBJEKTIF Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
PEMBELAJARAN 5. Berkomunikasi mengenai respirasi sel.

6. Berkomunikasi mengenai proses fotosintesis.

7. Membezakan antara proses respirasi sel dan fotosintesis.

8. Menerangkan bagaimana proses respirasi sel dan


fotosintesis saling melengkapi.

Nota ringkas:

RESPIRASI SEL DAN FOTOSINTESIS

Respirasi

 Respirasi terbahagi kepada respirasi luar (pernafasan) dan


respirasi dalam( respirasi sel).

 Pernafasan merupakan pertukaran gas antara organisma dengan


persekitarannya.

 Respirasi sel ialah proses pengoksidaan dan penguraian glukosa


yang berlaku di dalam sel hidup untuk membebaskan tenaga.

Respirasi Sel

 Respirasi sel ialah proses penguraian makanan untuk membebaskan


tenaga.

 Proses respirasi sel memerlukan oksigen dan glukosa untuk


19
menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air.

Glukosa + Oksigen → karbon dioksida Air + Tenaga


Apa itu proses fotosintesis ?

Fotosintesis

 Tumbuhan hijau mensintesis makanan sendiri melalui fotosintesis.


 Makanan yang dibuat oleh tumbuhan iaitu glukosa kemudiaan disimpan
dalam bentuk kanji.
 Cahaya matahari,karbon dioksida, air dan klorofil diperlukan untuk
fotosintesis.

cahaya matahari

air + karbon dioksida glukosa + oksigen

klorofil

Ujian kehadiran kanji

Prosedur:

1. Masukkan sehelai daun ke dalam air mendidih untuk memecahkan


dinding sel daun dan melembutkannya.
2. Masukkan etanol sehingga memenuhi separuh daripada tabung didih
dan masukkandaun itu ke dalamnya.
3. Letakkan tabung didih di dalam bikar yang mengandungi air panas.
4. Selepas 5 minit keluarkan daun dari tabung didih. Perhatikan
perubahan warna pada daun tersebut.
5. Celupkan daun ke dalam air panas untuk beberapa saat untuk
melembutkan daun.
6. Letakkan daun di atas jubin putih dan titiskan beberapa titik larutan
iodin.

20
Rajah: langkah-langkah menjalankan ujian kanji

Eksperimen 2.1

Pernyataan masalah: Adakah tenaga cahaya diperlukan dalam proses


fotosintesis?

Hipotesis: Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis

Tujuan: mengkaji keperluan cahaya matahari untuk fotosintesis.

pemboleh ubah:

Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran cahaya matahari

Pemboleh ubah bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin

Pemboleh ubah dimalarkan: jenis tumbuhan

Bahan dan radas: Dua tumbuhan yang sama jenis dalam pasu yang
berasingan, air panas, etanol, larutan iodin, tabung didih, jubin putih, penitis,
forceps,tungku kaki tiga, kaki retort, penunu Bunsen,kasa dawai.

Prosedur:

1. Letakkan dua tumbuhan yang sama di dalam gelap selama dua hari
untuk menghilangkan kanji.
2. Selepas dua hari, tumbuhan diletakkan di bawah cahaya matahari.
3. Selepas seminggu, petik daun daripada kedua-dua tumbuhan tersebut.
4. Jalankan ujian kanji pada kedua-dua daun itu dan catatkan
pemerhatian.

5. Kesimpulan: Hipotesis diterima atau ditolak?Berikan alasan anda.

https://youtu.be/GY5bynIWewU

21
Eksperimen 2.2

Pernyataan masalah: Adakah klorofil diperlukan dalam proses fotosintesis?

Hipotesis: tumbuhan memerlukan untuk fotosintesis

Tujuan: mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis.

pemboleh ubah:

Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran klorofil

Pemboleh ubah bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin

Pemboleh ubah dimalarkan: jenis tumbuhan

Bahan dan radas: Daun bervariegasi, air panas, etanol, larutan iodin, tabung
didih, jubin putih, penitis, forceps,tungku kaki tiga, kaki retort, penunu
Bunsen,kasa dawai.

Prosedur:

1. Petik sehelai daun bervariegasi yang terdedah kepada cahaya matahari


selama beberapa jam.
2. Lukis gambar rajah yang menunjukkan taburan warna hijau pada daun.
3. Lakukan ujian kanji pada daun tersebut.

4. Rekodkan pemerhatian anda.


5. Kesimpulan: Hipotesis diterima atau ditolak?Berikan alasan anda.

https://youtu.be/T2b4Ac9Lwks

22
Eksperimen 2.3

Pernyataan masalah: Adakah karbon dioksida diperlukan dalam proses


fotosintesis?

Hipotesis: tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk proses fotosintesis

Tujuan: mengkaji keperluan karbon dioksida untuk fotosintesis.

pemboleh ubah:

Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran karbon dioksida

Pemboleh ubah bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin

Pemboleh ubah dimalarkan: jenis tumbuhan

Bahan dan radas: Dua tumbuhan yang sama jenis dalam pasu yang
berasingan, air panas, etanol, larutan iodin, tabung didih, jubin putih, penitis,
forceps,tungku kaki tiga, kaki retort, penunu Bunsen,kasa dawai.plat kaca
disapu vaselin

Prosedur:

1. Letakkan dua tumbuhan yang sama di dalam gelap selama dua hari
untuk menghilangkan kanji.
2. Letakkan tumbuhan di dalam serkup kaca dan labelkan A dan B setiap
satunya.
3. Dalam serkup A, letakkan satu bikar larutan kalium hidroksida. Larutan
kalium hidroksida berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida di
dalam udara.
4. letakkan kedua-dua tumbuhan dalam serkup kaca ini di bawah cahaya
matahari selama empat hari

Eksperimen 2.2

5. Lakukan ujian kanji pada kedua-dua tumbuhan tersebut.


6. Rekodkan pemerhatian anda.

23
Kesimpulan: Hipotesis diterima atau ditolak? Berikan alasan anda.
Eksperimen 2.4

Pernyataan masalah: Adakah air diperlukan dalam proses fotosintesis?

Hipotesis: tumbuhan memerlukan air untuk proses fotosintesis

Tujuan: mengkaji keperluan air untuk fotosintesis.

pemboleh ubah:

Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran air

Pemboleh ubah bergerak balas: Perubahan warna larutan iodin

Pemboleh ubah dimalarkan: jenis tumbuhan

Bahan dan radas: Dua tumbuhan yang sama jenis dalam pasu yang
berasingan, air panas, etanol, larutan iodin, tabung didih, jubin putih, penitis,
forceps,tungku kaki tiga, kaki retort, penunu Bunsen,kasa dawai.

Prosedur:

1. Letakkan dua tumbuhan yang sama di dalam gelap selama dua


hari untuk menghilangkan kanji.
2. Selepas dua hari, kedua-dua tumbuhan tersebut diletakkan
tumbuhan di bawah cahaya matahari.
3. Satu tumbuhan disiram setiap hari manakala satu lagi tidak di
siram air.
4. Selepas seminggu, petik sehelai daun daripada kedua-dua
tumbuhan tersebut.

5. Lakukan ujian kanji pada kedua-dua tumbuhan tersebut.


6. Rekodkan pemerhatian anda.

Kesimpulan: Hipotesis diterima atau ditolak? Berikan alasan anda.


24
 Proses respirasi sel dan fotosintesis saling melengkapi.

 Semasa respirasi sel gas oksigen diserap dan gas karbon dioksida
disingkirkan.

 Karbon dioksida yang disingkirkan akan digunakan oleh tumbuhan


hijau untuk melakukan fotosintesis.

 Oksigen yang dihasil daripada proses fotosintesis pula digunakan


oleh semua organisma untuk respirasi sel.

Perbezaan antara proses respirasi sel dan fotosintesis

Respirasi sel Fotosintesis

Berlaku dalam mitokondria Ber laku dalam kloroplas

Proses yang membebaskan tenaga Proses yang menyerap tenaga

Menggunakan tenaga kimia dalam Menggunakan tenaga daripada cahaya


makanan matahari

Berlaku pada manusia, haiwan, Berlaku pada tumbuhan dan


tumbuhan dan mikroorganisma mikroorganisma

Menghuraikan glukosa untuk Mensintesis glukosa


menghasilkan tenaga

Menggunakan oksigen dan glukosa Menggunakan karbon dioksida dan air


untuk menghasilkan karbon dioksida, air untuk menghasilkan oksigen dan glukosa
dan tenaga.

Sentiasa berlaku Berlaku ketika ada cahaya.

25
Soalan pengukuhan 2.2

1. Proses fotosintesis dapat diringkaskan dengan persamaan perkataan berikut.

Air+karbon dioksida → X+Oksigen

Antara berikut yang manakah mewakili X?

A. Cahaya

B. Klorofil

C. Glukosa

D. Kloroplas

2. Apakah yang akan terjadi sekiranya tumbuhan di sesuatu kawasan semakin


berkurang?

A. Suhu sekitar makin bertambah

B. Haiwan semakin bertambah

C. Kuantiti oksigen dan karbon dioksida akan kekal

D. Sumber makanan untuk semua benda hidup akan bertambah

3. Proses respirasi sel dapat diringkan dengan persamaan perkataan berikut

Glukosa + X Air → Karbon dioksida + Y

Antara yang berikut, yang manakah mewakili X dan Y?

X Y

A. Klorofil Oksigen

B. Tenaga Klorofil

C. Klorofil Tenaga

D. Oksigen Tenaga

4. Apakah peranan klorofil dalam proses fotosintesis?

26
A. Untuk menyerap karbon dioksida

B. Untuk menyerap cahaya matahari

C. Untuk menyerap oksigen

D. Untuk menyerap air

5.. Rajah 1 menunjukkan struktur –struktur sel yang terdapat di dalam sel
tumbuhan. Antara struktur –struktur berikut, yang manakah terlibat dalam
proses fotosintesis?

A C

B
D

Rajah 1

27
Soalan struktur

1 A Tuliskan jawapan yang betul dalam jadual yang disediakan dengan


menggunakan perkataan yang diberi.

Sel palisad Sel rerambut akar Sel epidermis Sel pengawal

i. Mengandungi klorofil untuk menyerap


cahaya bagi proses fotosintesis

ii. Melapisi permukaan atas daun

2 Azman menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji faktor yang


mempengaruhi fotosintesis tumbuhan. Rajah 2.1 dan rajah 2.2
menunjukkan susunan bahan untuk eksperimen tersebut. Kedua-dua
bahan itu dibiarkan 6 jam.

J K

Rajah 2.1 Rajah 2.2

a Sebelum menjalankan eksperimen, Azman menyimpan kedua-dua tumbuhan


di dalam almari gelap selama 24 jam. Apakah tujuan langkah ini,

……………………………………………………………………………………………

b Selepas 6 jam, daun daripada tumbuhan J dan K dipetik dan ujian kanji
dilakukan. Terangkan pemerhatian dan keputusan yang diperolehi.

……………………………………………………………………………………………

28
……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

c i. Selain kanji, apakah bahan lain yang terbentuk semasa fotosintesis.

………………………………………………………………………………

d ii.Terangkan bagaimana anda menguji kehadiran bahan yang dinamakan


di 2 c(i).

……………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

3 Rajah 2 menunjukkan satu aktiviti manusia.

Rajah 2

Terangkan bagaimana aktiviti tersebut menganggu proses fotosintesis dan


kesan kepada proses respirasi

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

29
Jawapan

1. C

2. A

3. D

4. B

5. D

1 i Sel palisad

ii Sel epidermis

2 a Untuk menyinkirkan kanji simpanan yang terdapat pada daun

b Warna daun tumbuhan J bertukar menjadi biru tua apabila diuji


dengan larutan iodin.Hal ini menunjukkan kehadiran kanji dalam
daun.

Daun tumbuhan K tidak memberikan keputusan positif dengan ujian


kanji. Hal ini kerana tumbuhan K tidak dapat melakukan fotosintesis
tanpa kehadiran cahaya matahari.

c i Gas oksigen

ii Menguji gas oksigen yang terkumpul di dalam tabung uji dengan


kayu uji berbara.

Kayu uji berbara menyala semula dengan marak mrnunjukkan


kehadiran oksigen.

3 Apabila pokok ditebang.Tumbuhan tidak boleh menjalankan proses


fotosintesis. Oleh itu oksigen tidak dapat dihasilkan dan digunakan
dalam proses respirasi.

30

You might also like