You are on page 1of 55

STRUKTUR SEL DAN FUNGSI

Bab 2
2.1 STRUKTUR SEL & FUNGSI
Organisma hidup terdiri daripada unit-unit asas yang
disebut sel.
Komponen hidup sesuatu sel dipanggil protoplasma.
Protoplasma terdiri daripada sitoplasma dan nukleus.
Protoplasma diselaputi oleh membran plasma dalam
kedua-dua sel haiwan dan tumbuhan.
Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang menyelaputi
keseluruhan membran plasma.
Sitoplasma mengandungi struktur-struktur yang dipanggil
organel-organel yang menjalankan fungsi-fungsi tertentu.
Contoh organel termasuk nukleus, jalinan endoplasma,
ribosom, mitokondrion, jasad golgi, vakuol dan kloroplas.
Komponen sel dalam sel haiwan
dan sel tumbuhan
Bukan organel:
Membran plasma
Dinding sel
Sitoplasma

Organel:
Nukleus
Vakuol
Mitokondrion
Ribosom
Lisosom
Jalinan endoplasma
Alat golgi
Sentriol
Kloroplas
1. Membran plasma
Struktur Fungsi
Membran pada permukaan yang
menyelaputi kandungan sel
Terdiri daripada protein dan
fosfolipid
Separa telap
Membentuk suatu sempadan
yang mengasingkan kandungan sel
daripada persekitaran luar.
Bertindak sebagai halangan
memilih dengan mengawal
pergerakan bahan-bahan ke dalam
dan keluar dari sel
2. Dinding sel
Lapisan luar yang tegar yang
menyelaputi membran plasma sel-
sel tumbuhan.
Terdiri daripada selulosa
Telap penuh
Memberi bentuk kepada sel
tumbuhan
Memberi kekuatan mekanikal
dan sokongan kepada sel
tumbuhan
Struktur Fungsi
Kawasan antara nukleus
dan membran plasma
Matriks seperti jeli yang
mengandungi bahan-bahan
organik dan bahan-bahan
bukan organik
Mengandungi organel-
organel
Bertindak sebagai medium
bagi tindak balas biokimia
dalam sel.
Membekalkan bahan-
bahan yang diperolehi dari
luar sel kepada organel-
organel
3. Sitoplasma
4. Nukleus
Struktur Fungsi
Besar, tumpat dan sfera
Diselaputi oleh membran
nukleus
Mengandungi
nukleoplasma, nukleolus dan
kromosom
Mengandungi maklumat
genetik yang menentukan ciri-
ciri dan fungsi sel
Mengawal aktiviti-aktiviti sel
5. Vakuol
Kantung berisi cecair
Diselaputi oleh membran
separa telap tonoplas
Cecair dalam vakuol
dipanggil sap sel
Bertindak sebagai tempat simpanan
dalam sel, di mana sap sel
mengandungi air, asid organik, gula,
asid amino, garam mineral dan
buangan, pigmen dan hasil metabolik.
Sel sap membekalkan sokongan
kepada tumbuhan herba.
6. Mitokondrion
Struktur Fungsi
Kecil, berbentuk sfera atau
bujur
Tapak bagi respirasi sel
Tenaga yang dibebaskan
disimpan dalam bentuk
(Adenosine triphosphate)
7. Ribosom
Padat, sfera
Terikat kepada jalinan
endoplasma kasar atau
bertabur secara bebas dalam
sitoplasma
Terdiri daripada asid
ribonukleik(RNA) dan protein
Sintesis protein berlaku
pada ribosom
8. Lisosom
Struktur Fungsi
Kantung dilingkungi membran Mengandungi enzim-enzim
hidrolitik yang mencernakan
atau memecahkan molekul-
molekul organik yang
kompleks seperti protein,
polisakarida dan lipid.
Enzim-enzim memusnahkan
organel-organel yang lusuh
dan rosak
Jalinan Endoplasma
9. Jalinan Endoplasma
Struktur Fungsi
Terdiri daripada suatu rangkaian
membran berganda yang
membentuk tubul-tubul
bersambung atau kantung yang
bersambung dengan membran
nukleus.
Jalinan endoplasma kasar
mempunyai ribosom terikat pada
permukaan, sementara jalinan
endoplasma licin tidak mempunyai
ribosom.
Jalinan endoplasma kasar
mengangkut protein yang disintesis
oleh ribosom
Jalinan endoplasma licin adalah
tapak bagi sintesis lipid dan
penyahtoksikan dadah dan racun
10. Alat Golgi
Struktur Fungsi
Terdiri daripada suatu
timbunan kantung
bermembran yang pipih

Memproses karbohidrat,
protein, fosfolipid dan
glikoprotein jalinan
endoplasma
Hasil disusun oleh alat golgi
dan di bungkus ke dalam
vesikel
Vesikel-vesikel kemudian
membebaskan kandungannya
ke luar sel
Sentriol
11. Sentriol
Struktur Fungsi
Sepasang struktur bujur
yang kecil
Berada di luar nukleus
Terdiri daripada mikrotubul
Membentuk gentian-gentian
gelendung semasa
pembahagian sel dalam sel
haiwan
12. Kloroplas
Organel berbentuk cakera
Mengandungi pigmen hijau,
klorofil yang memerangkap
tenaga cahaya matahari
Menjalankan fotosintesis
Latihan
Nyatakan persamaan antara sel haiwan
dengan sel tumbuhan
Nyatakan perbezaan antara sel haiwan dan sel
tumbuhan dari segi bentuk, dinding sel,
vakuol, kloroplas dan bahan simpanan
2.2 ORGANISASI SEL
Organisma dibahagikan kepada dua jenis:
(a) Organisma unisel
(b) Organisma multisel


Organisma unisel:
Organisma satu sel
Contoh: Ameba sp. , Paramesium sp.
Organisma-organisma ini boleh menjalankan
semua fungsi dalam suatu sel



Ameba sp.
Ameba sp.
1. Ciri-ciri Ameba sp:
(a) Hidup bebas dalam tasik dan kolam air tawar serta dalam
tanah
(b) Tidak mempunyai bentuk tetap dan diselaputi oleh membran
plasma
(c) Sitoplasma dibahagikan kepada suatu lapisan luar yang disebut
ektoplasma sementara lapisan dalam disebut endoplasma
(d) Bergerak dengan menghulurkan pseudopodia sementara (kaki
palsu). Ini diikuti dengan aliran sitoplasma ke dalam
pseudopodia yang dipanjangkan.
Ameba sp.
(e) Mengepung makanan secara fagositosis.
Ameba sp.
(f) Memakan organisma-organisma mikroskopik seperti
bakteria.
(g) Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku
melalui membran plasma secara resapan.
(h) Bahan buangan dibuang melalui membran plasma
secara resapan
(i) Air meresap ke dalam sel secara osmosis dan
memenuhi vakuol mengecut. Apabila vakuol itu
penuh, air berlebihan dikeluarkan daripada sel itu
mengecut.
(j) Membiak secara aseks melalui belahan dedua. Dalam
keadaan yang tidak sesuai, Ameba sp.membentuk
spora.
Ameba sp.
Paramesium sp.
Paramesium sp.
1. Ciri-ciri paramesium sp.
(a) Ia hidup dalam air bertakung yang mengandungi bahan
organik yang mereput
(b) Membentuk bentuk seperti suatu tapak kaki
(c) Ia diselaputi oleh membran plasma dan silia
(d) Hujung anterior adalah tumpul sementara posteriornya
adalah tajam
(e) Ia mempunyai dua nukleus:
(i) Makronukleus (lebih besar)
Untuk mengawal perkembangan dan fungsi sel yang biasa
(i) Mikronukleus (lebih kecil)
Untuk pertukaran bahan genetik semasa pembiakan seks
Paramesium sp.
(f) Mempunyai dua vakuol mengecut, suatu vakuol mengecut
anterior dan suatu vakuol mengecut posterior. Vakuol
mengecut berselang-seli.
(g) Pukulan secara beritma air oleh silia membolehkannya
bergerak ke hadapan dan berputar mengelilingi paksinya.






Silia dalam alur menarik makanan ke dalam salur
pencernaan (gullet). Kemudian, ia memasuki sitoplasma,
membentuk suatu vakuol makanan. Enzim dirembeskan
untuk mencernakan makanan dan semasa ia dicernakan,
makanan bergerak dalam suatu bulatan di sekitar sel dalam
proses disebut siklosis. Bahan tidak dicernakan dikeluarkan
melalui liang dubur.


(i) Pengosmokawalaturan dijalankan oleh vakuol mengecut.
(j) (a) Konjugasi secara aseks
(b) Pembiakan secara seks

Organisma Multisel
1. Organisma-organisma yang terdiri daripada lebih
daripada satu sel.
2. Sel-sel sama jenis yang menjalankan fungsi yang sama
diorganisasikan ke dalam tisu.
(i) Tisu
- suatu kumpulan sel sama yang bekerja bersama untuk
menjalankan suatu fungsi spesifik
(ii) Organ
- suatu kumpulan tisu yang bekerja bersama untuk
menjalankan suatu fungsi spesifik
(iii) Sistem
- beberapa organ yang bekerja bersama untuk
menjalankan suatu fungsi spesifik
(iv) Organisma
- semua sistem bekerja bersama untuk membentuk
benda hidup, suatu organisma

Organisma Multisel
1. Organisma multisel diorganisasikan seperti berikut:
Sel

Tisu

Organ

Sistem

Organisma

Terdapat empat jenis tisu haiwan:
Tisu epitelium
Tisu otot
Tisu saraf
Tisu penghubung
Organisma Sel Dalam Haiwan
1. Tisu Epitelium terdiri daripada satu atau lebih lapisan sel
Terdiri daripada satu atau lebih lapisan sel.
(i) Membentuk satu lapisan yang bersambung di permukaan
badan (kulit dan lapisan permukaan mulut dan esofagus) dan
permukaan dalaman ruang-ruang (permukaan paru-paru,
ruang badan, jantung dan salur darah). Lapisan kulit
membentuk lapisan pelindung terhadap jangkitan, kecederaan
mekanikal dan pendehidratan.



1. Tisu Epitelium
(ii) Membentuk lapisan permukaan tubul-tubuk ginjal,
kelenjar dan duktus


(iii) Sel-sel pada lapisan permukaan usus kecil membentuk
sel-sel goblet yang merembeskan mukus
1. Tisu Epitelium
(iv) Tisu yang melapisi trakea terdiri daripada sel-sel dengan
silia


2. Tisu Otot
Terdiri daripada sel-sel disebut gentian otot
(i) Pengecutan dan pengenduran otot-otot ini adalah bertanggungjawab
bagi pergerakan luar kawalan seperti peristalsis dalam salur pencernaan



(ii) Pengecutan dan pengenduran otot menggerakkan tulang




Otot rangka (terdapat dalam lengan dan kaki)
Otot licin (dalam usus, salur darah,
salur kencing dan salur pembiakan)
2. Tisu Otot
(iii) Mengecut untuk mengepam darah






3. Tisu Saraf










Otot kardium
(terdapat dalam dinding jantung)
Terdiri daripada neuron atau sel saraf
Setiap neuron terdiri daripada badan
sel dan gentian saraf disebut dendrit
dan akson
Mengesan ransangan dan mengutus
impuls saraf kepada otot dan kelenjar
Mengawal dan mengkordinasikan
aktiviti-aktiviti badan
4. Tisu penghubung
Tisu penghubung longgar
Tisu penghubung tumpat,
bergentian



Terdiri daripada pelbagai jenis sel dalam
suatu matriks intersel:
(i) Mengikat tisu kepada tisu dan
memegang organ-organ pada
tempatnya
(ii) Terdapat tendon yang menghubungkan
otot kepada tulang dan dalam ligamen,
di mana tulang disambungkan pada
sendi
3. Tisu Saraf









Membekalkan sokongan bagi hidung dan
telinga
Menyelaputi hujung tulang
Cakera di antara vertebra bertindak
sebagai kusyen untuk menyerap tekanan
4. Tisu penghubung



Terdiri daripada sel-sel dalamsuatu matriks
kolagen yang dikeraskan ole enapan mineral
seperti kalsium
Memberi perlindungan kepada organ-
organ
Memberi sokongan kepada badan









Berfungsi dalam mengangkut gas-gas
respirasi, nutrien, hormon dan hasil buangan
Mempunyai fungsi perlindungan dalam
sistem keimunan
4. Tisu penghubung



Terdiri daripada sel-sel yang disusun padat
yang menyimpan lemak
Terdapat dalam dermis kulit dan di sekitar
organ-organ
Bertindak sebagai simpanan tenaga
Membekalkan penebatan dan
perlindungan
Organ dan sistem
Suatu organ adalah gabungan suatu kumpulan tisu yang
berbeza jenis bertindak secara bersepadu untuk
menjalankan fungsi tertentu.
Contoh organ termasuk jantung, perut dan usus kecil
Jantung terdiri daripada gabungan tisu otot, tisu
penghubung dan tisu saraf. Usus kecil terdiri daripada
tisu epitelium dan tisu otot.
Beberapa organ bertindak secara bersepadu untuk
menjalankan fungsi bersama sistem.
Terdapat 11 sistem yang menjalankan fungsi-fungsi
badan.
Setiap sistem terdiri daripada beberapa organ. Sebagai
contoh, sistem pencernaan terdiri daripada mulut,
esofagus, perut, ileum, duodenum dan usus besar.
Semua sistem bekerjasama untuk membentuk suatu
organisma.
Terdapat dua jenis tisu tumbuhan yang utama:
1. Tisu meristem
2. Tisu kekal
(a) Tisu epidermis
(b) Tisu asas
(i) Tisu parenkima
(ii) Tisu kolenkima
(iii) Tisu sklerenkima
(c) Tisu vaskular
(i) xilem
(ii) floem
Organisasi sel dalam tumbuhan
Jenis-jenis tisu Struktur dan fungsi
1. Tisu meristem


Terdiri daripada sel-sel kecil berdinding
nipis, bernuklues besar, sitoplasma tumpat
dan tiada vakuol.
Sel-sel yang muda dan membahagi secara
aktif yang belum mengalami pembezaan.
bertempat pada hujung akar dan pucuk
2. Tisu kekal
- Terdiri daripada 3 jenis tisu kekal yang matang yang telah mengalami
pembezaan.

(a) Tisu epidermis







Terdiri daripada sel-sel leper dengan vakuol besar
Adalah lapisan paling luar yang meliputi permukaan
tumbuhan
Dinding sel diselaputi dengan kutikel, suatu selaput
kalis air berlilin
Kutikel mengurangkan keihilangan air secara
penyejatam, melindungi tumbuhan daripada
kecederaan mekanikal dan menghalang penyakit.
(a) Tisu epidermis

Sel epidermis akar mempunyai rambut
untuk menambahkan luas permukaan
bagi penyerapan air.
Sel-sel epidermis khusus disebut sel
pengawal mengawal pembukaan dan
penutupan stoma
(b) Tisu asas
(i) Tisu parenkima










Membentuk kebanayakan suatu
tumbuhan
Terdapat dalam semua organ-organ
tumbuhan
Sel-sel mempunyai dinding primer nipis
dan vakuol besar
Digunakan untuk menyimpan gula dan
kanji
Sel-sel segah memberi sokongan dan
bentuk kepada tumbuhan herba
(ii) Tisu Kolenkima





Sel-sel mempunyai dinding yang tebal
pada sudut-sudutnya
Menyokong tumbuhan herba, batang-
batang muda



(ii) Tisu Sklerenkima







Sel-sel mempunyai dinding sel yang
ditebalkan oleh serata lignin
Sel-sel adalah bukan hidup
Memberi sokongan dan kekuatan
mekanikal kepada kawasan matang
tumbuhan
(c) Tisu Vaskular
(i) Xilem Terdiri daripada vesel xilem bersambung
dari hujung ke hujung
Tiada sitoplasma dalam salur xilem
Mengangkut air dan garam mineral
terlarut dari akar ke bahagian lain tumbuhan
Dinding sel vessel xilem ditebalkan dengan
lignin untuk memberi sokongan dan
kekuatan mekanikal
(ii) Floem Terdiri daripada tiub lapis disusun hujung
ke hujung
Mengangkut bahan-bahan organik yang
disintesis dalam daun ke bahagian lain
tumbuhan
Organ dan sistem
1. Contoh organ-organ dalam tumbuhan ialah:
(a) daun yang terdiri daripada tisu epidermis, tisu asas
dan tisu vaskular
(b) batang yang terdiri daripada tisu epidermis dan tisu
vaskular
(c) akar yang terdiri daripada tisu meristem dan tisu
vaskular
2. Suatu tumbuhan berbunga mempunyai dua sistem yang
utama:
(a) sistem akar yang terdiri daripada akar-akar
tumbuhan
(b) sistem pucuk yang terdiri daripada batang, daun,
pucuk, bunga dan buah
Pengawalaturan persekitaran dalam
Keperluan mengekalkan persekitaran dalam
yang optimum
Faktor-faktor fizikal dan kimia persekitaran dalam
perlu dikawalatur walau apa pun keadaan
persekitaran di luar sel supaya sel dapat berfungsi
dalam keadaan yang optimum.
Faktor-faktor fizikal: suhu, tekanan darah dan
tekanan osmosis
Faktor-faktor kimia: kandungan garam dan gula
serta nilai pH
Homeostasis
Pengawalaturan persekitaran dalam yang secara
relatifnya tetap untuk sel berfungsi dalam
keadaan optimum.
Sebarang peningkatan nilai faktor fizikal atau
kimia akan mencetuskan satu mekanisme
homeostasis untuk mengembalikan nilai tersebut
ke aras yang normal.
Sebarang penurunan dalam nilai akan
mencetuskan mekanisma hemostasis untuk
meningkatkan semula nilai ke aras yang normal.

Pengawalaturan aras glukosa darah
Aras glukosa
normal
Aras glukosa
dalam darah
menurun
Insulin
merangsang
penukaran
glukosa
menjadi
glikogen
Pankreas
merembes
insulin
Aras glukosa
dalam darah
meningkat
Aras glukosa
dalam darah
meningkat
Glukagon
merangsang
penukaran
glikogen
menjadi
glukosa
Pankreas
merembes
glokagon
Aras glukosa
dalam darah
menurun
Aras glukosa
normal
Bagaimanakah peningkatan suhu badan
dikawalatur dalam persekitaran dalaman bagi
memastikan ia kembali ke paras yang normal?

Apabila suhu meningkat reseptor mengesan
kenaikan maklumat dihantar ke hipotalamus
hipotalamus hantar maklumat ke efektor
salur darah mengembang kelenjar peluh
diransang suhu badan menurun

You might also like