You are on page 1of 5

Pengenalan

Running-Base Anaerobic Sprint Test (RAST) dibangunkan di Universiti Wolverhampton


United Kingdom untuk menguji tahap anaerobik atlet. RAST adalah sama dengan ujian
Wingate Anaerobic 30 Cycle Test (WANT) yang mengukur kuasa dan indeks kelesuan.
WANT adalah lebih spesifik kepada penunggang basikal manakala RAST pula adalah untuk
mengukur tahap kuasa dan kelesuan bagi atlet yang terlibat dengan larian sebagai asas
dalam sukan mahupun acara yang diceburi.
Nama ujian
Running Base Anaerobic Sprint (RAST)
objektif ujian
1. Mengukur tahap kuasa dan indeks kelesuan atlet.
fungsi ujian
1. Mengukur tahap kuasa dan indeks kelesuan atlet dalam acara dan sukan yang
diceburi.
2. Membantu jurulatih mengenalpasti acara sukan yang sesuai untuk atlet
3. Membantu jurulatih untuk mengenalpasti kedudukan atlet dalam acara sukan
permainan
4. Membantu jurulatih untuk merancang program latihan yang lebih berkesan untuk
meningkatkan pencapaian atlet.

Sejarah Instrumen
Ujian ini telah dibangunkan oleh Draper Nick dan Greg Whyte di Universiti Wolverhampton
United Kingdom. Profesor Greg Whyte adalah Pengarah EIS Sains dan Penyelidikan dan
merupakan bekas pensyarah Universiti Wolverhampton dan bekas pentathlete Olimpik
moden.




Korelasi kesahan, kebolehpercayaan,
1. Kuasa Maksimum : diukur bagi menilai tahap ketinggian kuasa yang memberi
maklumat kuasa dan pecutan maksima atlet. Kitaran kajian adalah 1054 watts hingga
676 watts.
2. Kuasa minimum : tahap kuasa terendah yang dicapai dalam pecutan 35 meter,
digunakan untuk mengira indeks kelesuan.
3. Purata kuasa : mengukur tahap kebolehan atlet untuk mengekalkan kebolehan kuasa
mengatasi masa. semakin tinggi skor semakin baik pencapaian atlet dalam
mengekalkan persembahan anaerobik.
4. Nilai rendah bagi tahap pencapaian indeks kelesuan atlet (<10) dan nilai tinggi bagi
tahap pencapaian indeks kelesuan atlet adalah (>10)
5. Kesahan ujian bergantung kepada sejauh mana ketegasan prosedur pelaksanaan
dijalankan dan sejauh mana tahap persembahan maksima atlet dalam melakukan
ujian.
6. Tidak terdapat jadual yang diterbitkan yang berkaitan dengan potensi tahap
pencapaian.
Prosedur pelaksanaan

Peserta
1. Berat sampel diambil dan dicatat dalam borang ujian
2. Sesi pemanasan badan selama 10-15 minit
3. 5 minit rehat sebelum mula
4. Lari 6 ulangan 35 meter tempoh larian maksimum
5. Peserta akan berlari secara maksimum apabila mendengar wisel
6. Di setiap ulangan 10 saat rehat diberikan kepada sampel.
Penguji
1. Penguji berdiri di garisan mula dan juga garisan penamat
2. Penguji 1 mengambil masa setiap larian 35 meter.
3. Penguji 2 akan mencatat masa larian peserta
4. Penguji 3 akan memberikan arahan wisel untuk peserta melakukan ulangan larian 35
meter.
5. membuat kalkulus data masa ujian

Cara Pengiraan

Rajah 1 : Cara pengiraan data masa RAST
(Adalah amat penting bagi setiap kali ujian ditadbir. Prosedur dan Protokol ujian dipatuhi dan
haruslah sama seperti sewaktu pra ujian di jalankan antaranya: trek yang sama atau hampir
sama, masa ujian, jenis pemanasan badan, keadaan ujian)
Alatan yang diperlukan
1. Trek 400 meter ditandakan dengan jarak 35 meter lurus.
2. Kon ataupun pita diletakkan di garisan permulaan dan juga garisan penamat.
3. Pembantu tadbir ujian
4. Jam Randik
5. Wisel
6. Kalkulator
7. Pita pengukur

Limitasi perlaksanaan
Ahli penguji yang terlatih untuk menjadi pembantu pelaksana ujian ini adalah sangat penting
bagi membolehkan data masa ujian diambil dengan cekap.



Organisasi pengujian


Rajah 2 : Organisasi pelaksanaan RAST












Borang Penilaian RAST

You might also like