You are on page 1of 5

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (RENDAH) MSSD KLANG 2018

1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Bola Tampar Peringkat Umur Bawah 12 Tahun Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Klang 2018.

2. PENGELOLAAN
Kejohanan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Klang dengan
kerjasama Sekolah Kebangsaan (1) Tengku Bendahara Azman, Klang.
Tarikh Kejohanan : 30 April, 02 –04 Mei 2018
Tempat : SJKC Taman Rashna, Klang

3. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Tampar Pasukan Lelaki Bawah 12 Tahun
Pertandingan Bola Tampar Pasukan Perempuan Bawah 12 Tahun

4. PENDAFTARAN PEMAIN
4.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan.
4.2 Setiap pasukan boleh mendaftar lapan belas (18) orang pemain diperingkat awal.
Walaubagaimanapun , setiap pasukan hanya boleh menyenaraikan tidak lebih daripada
dua belas (12) orang pemain dan tidak kurang daripada enam (6) orang pemain pada
hari pertandingan.
4.3 Pemain daripada senarai nama pemain yang berdaftar sahaja layak bertanding dalam
kejohanan ini.
4.4 Setiap pasukan yang menyertai diwajibkan membayar Bayaran Penyertaan bagi
pengurusan pengelolaan sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja)
4.5 Borang penyertaan hendaklah ditaip dengan lengkap (cetakan untuk pasukan Lelaki
warna Biru, Perempuan warna Pink) dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong
Kanan dan cop rasmi sekolah dalam dua (2) salinan dan dihantar kepada penganjur
pada atau sebelum 20 April 2018 (Jumaat) jam 5.00 petang beserta dengan bayaran.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pusingan awal akan dipertandingkan secara liga kumpulan. Pusingan suku akhir,
separuh akhir dan akhir akan dipertandingkan secara kalah mati.
5.2 Jika terdapat pendaftaran lima (5) pasukan atau kurang, pusingan awal akan
dipertandingkan secara liga satu kumpulan.
5.3 Jika terdapat pendaftaran enam (6) pasukan dan tidak lebih lapan (8) pasukan,
pusingan awal akan dipertandingkan secara liga dua kumpulan.
5.4 Jika terdapat pendaftaran sembilan (9) pasukan dan tidak lebih sebelas (11) pasukan,
pusingan awal akan dipertandingkan secara liga tiga kumpulan.
5.5 Jika terdapat pendaftaran dua belas (12) pasukan dan lebih, pusingan awal akan
dipertandingkan secara liga empat kumpulan.

6. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan adalah untuk lelaki dan perempuan bagi peringkat umur 12
tahun dan ke bawah. Perlawanan adalah dimainkan mengikut undang-undang rasmi yang
ditetapkan oleh FIVB kecuali perkara berikut ;

1
6.1 GELANGGANG DAN JARING
6.1.1 Gelanggang permainan berukuran 16m x 8m. Garisan serangan dilukis 2.7m
selari dengan garisan tengah gelanggang.
6.1.2 Kawasan servis adalah kawasan yang berukuran 8m di belakang garisan hujung.
6.1.3 Kawasan servis dihadkan oleh dua garisan 15cm x 5cm dilukis lurus dengan
garisan tepi dipisahkan jarak 20cm dari garisan hujung.
6.1.4 Ketingginan jaring ialah 2.10m.

6.2 CIRI-CIRI BOLA


6.2.1 Bola adalah berbentuk sfera diperbuat daripada kulit atau kain sintetik dengan
satu pundi di dalamnya diperbuat daripada getah atau bahan serupa.
6.2.2 Warnanya hendaklah seragam dan serupa.
6.2.3 Lilitan : 62cm – 64cm
6.2.4 Jisim : 200gm – 220gm
6.2.5 Tekanan dalam : 0.30 – 0.325kg/cm3
6.2.6 Jenis : Saiz 4

6.3 SISTEM SKOR


6.3.1 Sistem “Point Rally” akan digunakan.
6.3.2 Memenangi satu set, semua perlawanan akan dimainkan berdasarkan kepada
tiga set terbaik. Untuk set pertama dan kedua, mana-mana pasukan yang
terdahulu mendapat 25 mata dengan kelebihan 2 mata akan memenangi set
tersebut.
6.3.3 Jika kedua-dua pasukan seri pada mata 24-24, maka pasukan yang mendahului
2 mata akan memenangi set tersebut dengan mata siling 27.
6.3.4 Bagi set penentuan, pasukan akan bertukar gelanggang apabila mana-mana
pasukan mencapai mata 8 dan tamat pada mata 15.
6.3.5 Jika kedua-dua pasukan mencapai mata 14-14, teknik lebih 2 mata juga akan
digunakan dengan mata siling 17.
6.3.6 Satu perlawanan akan dimenangi oleh pasukan yang memperolehi kemenangan
2 set dengan keputusan 2-0 atau 2-1
6.3.7 Kaedah mata siling tidak akan digunakan untuk perlawanan Akhir.

6.4 PENGIRAAN DALAM KUMPULAN


6.4.1 Pasukan yang memenangi perlawanan 2-0 akan memperolehi tiga (3) mata
manakala yang kalah tiada memperolehi mata.
6.4.2 Pasukan yang memenangi perlawanan 2 -1 akan memperolehi dua (2) mata
manakala yang kalah akan memperolehi satu (1) mata.
6.4.3 Pasukan yang memperolehi mata terkumpul yang terbanyak akan diiktirafkan
sebagai Johan Kumpulan diikuti dengan kedua banyak dan seterusnya.
6.4.4 Pasukan-pasukan yang memperolehi kumpulan mata yang sama/seri akan
dibandingbezakan dengan set ratio terlebih dahulu. Sekiranya set ratio adalah
sama/seri juga, maka ratio skor akan diambilkira. Sekiranya ratio skor juga
sama/seri, maka perlawanan di antara dua pasukan yang ratio skor sama/seri
akan diambilkira. Sekiranya ratio skor sama/seri adalah 3 pasukan dan lebih,
maka perkiraan semula akan dilakukan dengan tidak mengambilkira
perlawanan-perlawanan di antara 3 atau lebih pasukan yang ratio skor
sama/seri tersebut. Perkiraan semula ini akan mengambil kira turutan dari mula
iaitu mata, ratio set dan diikuti dengan ratio skor.

2
6.5 KOMPOSISI BARISAN UTAMA
6.5.1 Barisan utama sesuatu pasukan terdiri daripada enam (6) orang pemain
mengikut giliran servis (Rotational order) di dalam gelanggang didaftarkan pada
permulaan set.

6.6 PUTARAN SERVIS


6.6.1 Sistem putaran servis akan dipatuhi seperti yang terdapat dalam undang-
undang bola tampar FIVB. Pasukan yang mendapat servis akan bergerak satu
kedudukan mengikut pusingan jam.
6.6.2 Semasa servis, tiap-tiap pemain utama mesti berada dalam gelanggang masing-
masing mengikut susunan giliran servis.

6.7 PEMAIN LIBERO (PERATURAN 20 FIVB)


6.7.1 Satu pasukan boleh mendaftar dua (2) pemain Libero yang memakai jersi yang
berlainan warna daripada jersi pasukannya.
6.7.2 Pemain Libero boleh menggantikan mana-mana pemain barisan belakang dan
digantikan dengan pemain asal apabila bergerak ke kedudukan hadapan.
6.7.3 Pemain Libero tidak boleh membuat servis, blok atau menyerang dengan bola di
atas paras jaring di mana jua kawasan gelanggang.

6.8 PEMBATALAN
6.8.1 Setiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 30 minit sebelum masa yang
ditetapkan untuk perlawanan.
6.8.2 Jika satu pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa
sebab munasabah, pasukan tersebut dianggap menarik diri dan pasukan
lawannya akan diberikan mata kemenangan percuma (walkover).
6.8.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan
perlawanan berikutnya dan semua keputusan perlawanan yang melibatkan
pasukan ini sebelumnya akan dibatalkan.

6.9 KAEDAH MEMBUAT BANTAHAN/RAYUAN


6.9.1 Bantahan secara bertulis hendaklah dikemukan kepada pihak pengelola dalam
masa 30 minit selepas perlawanan tamat.
6.9.2 Semua bantahan hendaklah disertakan dengan wang bantahan sebanyak
RM300.00 secara tunai.
6.9.3 Wang bantahan ini tidak akan dikembalikan bila bantahan tersebut didapati
tidak mengikut peraturan atau tidak munasabah.
6.9.4 Hanya Ketua Pasukan boleh membuat bantahan dan perlu memaklumkan
kepada pegawai bertugas dan pegawai bertugas akan mencatat bantahan
tersebut.

6.10 PAKAIAN SERAGAM


6.10.1 Setiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar seragam.
6.10.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna daripada
warna jersi pasukannya.
6.10.3 Jersi hendaklah bernombor dengan saiz tidak kurang 15cm tingginya di depan
dan 20cm di belakang. Nombor untuk depan dan belakang adalah wajib.
6.10.4 Nombor yang boleh digunakan adalah daripada 1 hingga 18 sahaja.
6.10.5 Lebar garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2cm.
6.10.6 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan akan dilarang bermain

3
dan perlawanan pasukannya akan dibatalkan.
6.10.7 Pegawai-pegawai pasukan hendaklah memakai pakaian seragam yang berwarna
selain daripada pemainnya.

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Setiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang ditetapkan.


Walaubagaimanapun, pengelola berhak meminda susunan jadual jika perlu dan akan
memaklumkan kepada pasukan yang terlibat secepat mungkin.
7.2 Selain daripada pegawai dan pemain pasukan bertanding, tiada sesiapapun dibenarkan
masuk ke dalam gelanggang atau duduk di bangku pemain gantian.
7.3 Ahli-ahli pasukan yang dibenarkan duduk di bangku pemain gantian semasa
perlawanan pasukannya adalah : seorang ketua jurulatih, seorang penolong jurulatih,
seorang pegawai perubatan dan enam orang pemain gantian.
7.4 Pengurus dan jurulatih pasukan adalah bertanggungjawab terus ke atas disiplin pemain
dan penyokong mereka.
7.5 Sebarang perkara mengenai peraturan pertandingan yang tidak dinyatakan akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. Keputusan Adalah Muktamad.

4
5

You might also like