You are on page 1of 20

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


TAJUK: KEMAHIRAN RAGBI

Nama: Nurul Dania Binti Helmee

No. KP: 000210-14-1152

Tingkatan: 5 Sains 2

Nama Guru Penilai: Pn. Hjh Salmah Binti Hj. Husin


ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1.0 Penghargaan 3

2.0 Pengenalan 4-5

3.0 6
Definisi
4.0 Aspek permainan ragbi 7-8

5.0 Kemahiran dalam permainan ragbi 9-12

6.0 Info permainan 13

7.0 Undang-undang dan peraturan 14

8.0 Aspek-aspek keselamatan 15

9.0 Rumusan 16

10.0 Lampiran 17-19


11.0 Rujukan 20

2
1.0 PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana saya telah
dapat menyiapkan folio pendidikan jasmani ini pada masa yang telah ditetapkan olah guru
pendidikan jasmani saya.

Seterusnya, ucapan penghargaan saya ditujukan kepada guru matapelajaran pendidikan jasmani
saya iaitu Pn. Hjh Salmah Binti Hj. Husin kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya
sehingga siapnya folio ini.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini saya tujukan khas kepada kedua bonda serta ayahanda
saya yang telah memberikan sokongan dan bantuan dari segi kewangan, maklumat dan
sebagainya untuk saya menyelesaikan folio ini.

Akhir sekali, saya ingin tujukan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan saya
yang telah memberikan dorongan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Juga kepada pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa saya menyiapkan folio pendidikan
jasmani ini.

3
2.0 PENGENALAN
Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola
bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda
berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya
mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula
"conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam
pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol (pemain lain juga boleh
mengambil tendangan "conversion")

2.1 SEJARAH RAGBI

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb
Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya
perlawanan ragbi.sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan.

Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan


membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England.
Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh
tahun kemudian.

Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama
dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan
perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah
diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu
pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke
bawah dan saling dan tekan untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf melemparkan bola
dan pemain tengah (hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain
biasanya dipanggil oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan
(longgar banyak orang.

Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan
pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi
mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi.

1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Football di Amerika
Syarikat.

Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New


Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab
antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The
United States of America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang
sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.

4
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika
betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang
membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga
dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak.
Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan
mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua
pasukan ini adalah sahabat yang baik.

2.2 PERMULAAN

Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu
William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah
mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu
Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah
diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah
membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.

Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada
mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah.
Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk
mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba
merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang
mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.

Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Apa yang penting
dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus
dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain dan boleh
juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain.

5
3.0 DEFINISI
Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari
setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola
sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan
lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan
menang bagi perlawanan ini.

6
4.0 ASPEK PERMAINAN RAGBI
Dalam permainan raghbi terdapat beberapa perkara asas yang perlu dikuasai oleh pemain.
Antaranya ialah padang permainan, bola raghbi, pakaian pemain dan posisi pemain.

4.1 PAKAIAN

Baju dan seluar pemain ragbi diperbuat daripada kain yang tahan lasak dan tidak mudah koyak.
Pemain dibenarkan memakai alat keselamatan seperti padding pada bahu, alat pelindung gigi,
kepala dan shoulder guard. But pemain ragbi mempunyai stud yang diperbuat daripada getah
atau logam. Pengadil berhak menyuruh pemain menanggalkan alatan yang dianggap berbahaya
dan boleh mencederakan pemain lain seperti seluar berzip, cincin dan jam tangan.

4.2 PADANG PERMAINAN

Padang permainan ragbi berukuran tidak melebihi 100 meter panjang dan 70 meter lebar.
Kawasan gol berada pada hujung padang tiap-tiap kawasan yang berukuran tidak melebihi 22
meter dari garisan gol. Pada jarak 5 meter dari garisan gol kedua-dua bahagian padang terdapat
garisan putus-putus yang dipanggil garisan 5 meter.

Bola ragbi berukuran 280-300 mm panjang, 760-790 mm ukur lilit dan 400-440 gm berat.

7
4.3 POSISI PEMAIN

Suatu pasukan ragbi mengandungi 15 orang pemain dan beberapa orang pemain gantian. Posisi
pemain boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang.

Pemain Hadapan
(Forwards)
1. Hooker
2. Prop
3. Prop
4. Lock
5. Lock
6. Planker
7. Planker
8. Anchor

Pemain Belakang
(Three QS/Back)
9. Skrum Half (SH)
10. Fly Half (FH)
11. Inside Centre (IC)
12. Outside Centre (OC)
13. Wing
14. Wing
15. Full Back (FB)

8
5.0 KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN RAGBI
Permainan ragbi memerlukan pemain menguasai kemahiran individu, unit dan pasukan. Dalam
topik ini kita akan membincangkan beberapa kemahiran utama iaitu menghantar dan menerima,
menendang, menangkap, berlari, tackle dan skrum.

Menghantar dan menerima bola adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pemain ragbi.

5.1 MENGHANTAR

Menghantar boleh dibuat melalui hantaran sisi jauh, hantaran sisi dekat, hantaran bawah dan
hantaran pendek searas. Hantaran sisi adalah hantaran asas dalam ragbi.

5.1.1 Teknik hantaran sisi


a) Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
b) Tangan dibengkokkan dengan menarik bola ke belakang.
c) Bahu menghadap penerima bola.
d) Mata pandang ke arah penerima.
e) Ayun bola ke sisi badan dan ke belakang sedikit daripada arah penerima.
f) Luruskan tangan semasa menghantar bola. Hantar di antara aras dada dan pusat penerima.

5.2 MENERIMA

Kemahiran menerima bola mesti dikuasai pemain bagi memastikan bola yang dihantar dapat
ditangkap dengan kemas untuk memudahkan pergerakan seterusnya.

5.2.1 Teknik menerima bola hantaran


a) Penerima berada di belakang penghantar bola.
b) Tumpukan perhatian kepada pergerakan bola yang hendak ditangkap.
c) Berlari dengan tangan terbuka semasa hendak menerima bola.
d) Terima bola dengan kedua-dua belah tangan.
e) Serap daya dengan membawa bola ke arah badan.

9
5.3 MENENDANG

5.3.1.1 Tendangan setempat


Dilakukan ketika:
- Memulakan permainan.
- Memulakan permainan selepas pasukan lawan mendapat jaringan jaringan penalti.
Teknik:
a) Letak bola secara menegak.
b) Undur untuk mendapatkan jarak atau sudut larian yang sesuai.
c) Mata tumpu ke arah bola.
d) Bergerak ke arah bola. Gerakan jangan terlampau laju.
e) Kaki yang tidak menendang berada di belakang atau sisi bola.
f) Tendang bola dengan kaki dominan.
g) Ikut lajak dengan mengayun kaki tinggi.

5.3.2.1 Tendangan lantun

Dilakukan ketika:
- Memulakan semula permainan di atas garisan 22 meter atau conversion try berhampiran
garisan gol.
- Tendangan drop goal.
- Memulakan permainan setelah gagal melakukakn conversion.
Teknik:
a) Pegang bola. Bucu bola dicondongkan sedikit menghala ke badan.
b) Lepaskan bola di hadapan kaki yang tidak menendang.
c) Tendang bola sebaik sahaja bola tersentuh tanah.

5.3.3.1 Tendangan grubber

Dilakukan ketika:
- Menghantar bola ke kawasan pihak lawan semasa menyerang dan bertahan.
Teknik:
a) Pegang bola bawah sedikit dari aras pinggang. Bucu bola menghala ke bawah/atas.
b) Lepaskan bola berhampiran kaki.
c) Tendang bola ketika bola hampir menyentuh tanah dan arah ke tanah.

10
5.3.4.1 Tendangan punt

Dilakukan ketika:
- Melakukan tendangan hantaran tinggi atau jarak jauh.
Teknik:
a) Pegang bola pada aras pinggang. Bucu bola menghala ke hadapan/belakang.
b) Lepaskan bola.
c) Tendang bola sebaik bola berada pada aras lutut.
d) Tendang dengan menggunakan bahagian luar kaki.
e) Ikut lajak dengan mengayun kaki tinggi.

5.4 TACKLE

Tackle berlaku apabila pemain yang membawa bola dijatuhkan ke tanah oleh seorang atau lebih
pemain lawan. Tujuan melakukan tackle adalah untuk mematahkan serangan lawan. Terdapat
beberapa jenis tackle yang boleh boleh dilakukan oleh pemain, antaranya ialah:

a) Tackle sisi
b) Tackle belakang
c) Tackle hadapan

Teknik melakukan tackle dari sisi

a) Terkam pada bahagian paha pembawa bola.


b) Gunakan bahu untuk mengenakan daya sambil merangkul paha pembawa bola.
c) Peluk kedua-dua belah peha pembawa bola dengan kemas untuk menjatuhkannya.
d) Kepala berada di sebelah atau di atas punggung lawan.

Kesalahan semasa melakukan tackle

a) Membuat tackle yang berbahaya seperti menarik leher atau kolar baju pemain lain.
b) Membuat tackle terhadap pemain yang tidak membawa bola.

11
5.4 SKRUM

Skrum dibentuk oleh kelapan-lapan orang forwards daripada setiap pasukan. Setiap pasukan
membuat binding dalam 3 barisan. Kedua-dua pasukan berhadapan secara bahu-membahu antara
satu sama lain hingga membentuk seolah-olah satu terowong atau laluan untuk skrum half
memasukkan bola.

Skrum dibentuk untuk memulakan semula permainan setelah diberhentikan disebabkan oleh
beberapa kesalahan.

Barisan hadapan terdiri daripada 2 prop dan hooker. Barisan kedua terdiri daripada 2 locks atau
second row dan 2 flanker atau wing forward. Barisan akhir dipanggil anchor atau number 8.
Binding dilakukan dengan keseluruhan bahagian tangan merangkul kemas bahu atau pinggang
rakan. Hal ini penting untuk mendapatkan kesepaduan daya tolakan. Kegagalan membuat
binding membolehkan pihak lawan memperoleh penalty kick.

Apabila bola dimasukkan ke belakang, hooker akan menguis dan pemain lain akan menolak
skrum ke hadapan.

Kesalahan semasa melakukan skrum


a) Melengah-lengahkan pembentukan skrum.
b) Menjatuhkan skrum dengan sengaja.
c) Memegang bola semasa dalam skrum.

12
6.0 INFO PERMAINAN
6.1 MATA PEMARKAHAN

Ada beberapa cara menentukan mata pemarkahan dalam permainan ini:

Nilai 5 mata- Penalty try


o Jika pemain memiliki score, tetapi ada pelanggaran dari lawan, berlaku tendangan
pinalti.
Nilai 2 mata- Conversion goal
o Ketika score pemain tercipta hanya dalam sekali tendangan saja, ini juga berlaku
dalam penalty try. Tendangan jauh ini disebut conversion kick. Conversion kick dapat
juga berupa tempat menendang atau menjatuhkan tendangan.
Nilai 7 mata- Goal
Nilai 3 mata- Penalty goal
o Jika nilai penalty goal seorang pemain tercipta yang merupakan tendangan gol dari
tendangan penalti.
Nilai 3 mata- Dropped goal
o Jika score pemain ditentukan dari jatuhnya gol oleh karena tendangan gol dari sebuah
tendangan jatuhan, sehingga satu tim mendapatkan sebuah tendangan bebas. Ini pun
baru tercipta score setelah bola mati, atau setelah bola direbut pihak lawan, dapat juga
bola direbut setelah dipantulkan atau posisi maul. Barulah free kick mendapat poin.

6.2 OTOT UTAMA YANG TERLIBAT DALAM RAGBI

Biceps brachii
Triceps brachii
Brachialis
Deltoid
Teres major
Pectoralis major
Rectus abdominis
Gluteal
Sartorius
Gastrocnemius
Harmstring

6.3 LINE OUT


Bertujuan untuk memulakan semula permainan setelah bola keluar dari kawasan permainan.
Bola akan dilontar ke dalam di antara dua barisan pemain. Kedua-dua pasukan akan cuba
mendapatkan bola tersebut.

13
7.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
a) Pemain tidak boleh melempar atau memukul bola dengan tangan ke hadapan semasa
membuat hantaran.
b) Pemain yang ditackle mati (tidak boleh menghantar bola) apabila salah satu lututnya
tersentuh tanah.
c) Pemain yang ditackle tidak boleh berbaring bersama bola dengan sengaja.
d) Pemain tidak boleh melakukan tackle terhadap pemain yang tidak membawa bola.
e) Bola dikira keluar jika kaki pemain telah menyentuh garisan tepi.
f) Sekurang-kurangnya dua orang pemain daripada satu pasukan diperlukan untuk membentuk
line-out.
g) Pemain yang off-side tidak dibenarkan memainkan bola selagi belum berada dalam posisi
on-side.

14
8.0 ASPEK-ASPEK KESELAMATAN
Memastikan peralatan yang digunakan semasa latihan seperti scrum-machine dan tiang
gol tidak terdapat sebarang kerosakan.
Membalut tiang gol ragbi dengan foam atau pelapik yang sesuai.
Memastikan padang ragbi berumput, rata dan tiada batu atau benda-benda tajam seperti
kaca.
Menghentikan permainan jika cuaca buruk.

Apabila pengadil meniup wisel penamat, kedua-dua pasukan yang bertandingakan membentuk 2
barisan di tepi padang. Biasanya, pasukan yang menangakan berbaris dahulu dan pasukan yang
kalah akan berjalan melalui barisanpasukan yang menang sambil bersalaman. Selepas itu,
pasukan yang kalah akanterus membuat barisan dan pasukan yang menang pula akan melalui
pasukanyang kalah dan bersalaman. Perlakuan ini menunjukkan keunikan permainanragbi dalam
membentuk keharmonian dan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan pemain-pemainnya.

15
9.0 RUMUSAN
Pemain ragbi perlu mempunyai kecergasan fizikal dan mental kerana ragbi adalah permainan
yang lasak.
Pemain ragbi perlu menguasai kemahiran individu, berunit dan berpasukan. Antara
kemahiran tersebut ialah menghantar bola, menerima, menendang, tackle, skrum dan line out.
Empat cara tendangan dalam permainan ragbi ialah tendangan setempat, tendangan lantun,
tendangan grubber dan tendangan punt.
Pembentukan skrum terdiri daripada tiga barisan utama. Pembentukan dan keupayaan
sesuatu skrum bergantung pada binding dan kesepaduan daya tolakan.
Line out ialah lontaran bola ke dalam di antara dua pasukan untuk memulakan permainan
setelah bola keluar dari padang.
aspek keselamatan perlu diberi penekanan bagi menghindarkan risiko kecederaan .

16
10.0 LAMPIRAN

Pakaian ragbi

Gol ragbi

Dimensi bola ragbi

17
Ukuran padang permainan ragbi

Posisi pemain ragbi

Aksi pemain ragbi melakukan hantaran sisi

18
Aksi pemain ragbi melakukan tendangan punt

Tackle hadapan- kepala penyerang


berada di sisi pembawa bola

Aksi skrum

19
11.0 RUJUKAN
Buku teks pendidikan jasmani dan kesihatan tingkatan 5.
Internet
http://wisbenbae.blogspot.com/2013/04/aturan-dan-cara-bermain-rugby.html
http://www.academia.edu/6083739/Pendidikan_Jasmani_dan_Sukan_untuk_Sekolah-
sekolah_Malaysia_Pendidikan_Jasmani_dan_Sukan_untuk_Sekolah-sekolah_Malaysia
https://olahraga2u.wordpress.com/2015/09/15/ragbi/

20

You might also like