You are on page 1of 2

Fungsi SPP

-Melantik (calon ke jawatan tetap/kontrak/atau sementara dlm perkhidmatan pelajaran)


-mengesahkan (dlm perkhidmatan anggota yang dilantik tetap)
-memasukkan ke jawatan tetap atau pencen
-menaikkan pangkat
-menukarkan
-menjalankan kawalan tatatertib
SEJARAH SPP
SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz
untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan
Persekutuan.
Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang
Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan,
kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan
kawalan tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat
dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

VISI, MISI DAN OBJEKTIF


Visi SPP
Peneraju Transformasi Modal Insan Perkhidmatan Pendidikan

Misi SPP
Melantik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Dalam Perkhidmatan Pendidikan Melalui Pengurusan Perkhidmatan Yang Transformatif
Objektif SPP
Memastikan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam urusan pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik pangkat
dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif

You might also like