You are on page 1of 7

EDUP 3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

KONSEP DAN DEFINISI

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor
mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan
meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan
standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga memerlukan
pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa untuk mentaksir
pembelajaran dan pemahamannya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran
tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis,
mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang
dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang
sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran.


Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran
akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.
Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan
murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu
tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat
diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian
seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan,
kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan yang sesuai mengikut tahap
kebolehannya.

Manakala, menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan
pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan
EDUP 3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.


Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan


murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah
dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta
550). Manakal menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap
sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang


melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan
perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini
melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai.

Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu
bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat
yang diperlukan. Umapamanya, kemahiran bermain hoki boleh diukur melalui pemerhatian
sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual. Oleh itu, kita perlulah
menggunakan kaedah dan alat ukur yang sesuai agar pentaksiran yang dibuat itu sah.

Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi


murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran
membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu
guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor.

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
EDUP 3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa
ke semasa.

iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.

v. Mengesan keberkesanan pengajaran.

vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRAN

i. Mengesan keberkesanan pengajaran.

ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.

iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan


murid.

iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke
semasa.

vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

vii. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam


pembelajaran.

viii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

ix. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.

x. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN
EDUP 3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

· Instrument

· Kumpulan yang ditaksir

· Respon

· Kumpulan yang menaksiran

· Skor

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

1. Kesahan skor

a. Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.

2. Kebolehpercayaan Skor

a. Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.

3. Keobjektifan

a. Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

4. Kebolehtadbiran

a. Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau


berasaskan sekolah.

5. Kemudahtafsiran

a. Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon,


ketepatan tujuan mengadakan ujian.

6. Kekomprehensifan

a. Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau


pengajaran.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN


EDUP 3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

1. Mengenalpasti masalah

a. Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam


bacaan dan mengira.

b. Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.

c. Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan
segera.

2. Penempatan

a. Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.

b. Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu


mereka mendapat perkhidmatan yang khusus.

3. Pemilihan strategi pemulihan

a. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan


bahan bantu mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai
kemahiran.

b. Persediaan RPH sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif


pembelajaran.

c. Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk


belajar bahasa.

d. Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa


berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN


EDUP 3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

1. Merancang: Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang


perkara-perkara berikut:

a. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.

b. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

c. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.

d. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.

e. Menentukan tempoh masa pemerhatian.

f. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

2. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Tujuan yang jelas.

b. Menepati apa yang hendak dinilai.

c. Item boleh diukur.

d. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan boleh dikategorikan kepada:

1. Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas

2. Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku

3. Pentaksiran Kemahiran Lisan

4. Pentaksiran Kemahiran Bacaan

5. Pentaksiran Kemahiran Menulis

6. Pentaksiran Kemahiran Matematik

STRATEGI/ KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN


JASMANI
EDUP 3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

PRINSIP PEMBINAAN UJIAN

You might also like